Tuesday, May 31, 2011

Aiskerim Lagi dan Lagi...


assalamualaikum...

short entri..saje nak share aiskerim Milo anda jadi sihat dan kuat ni pada semua..
sebenanye resepi asal aiskerim coklat..
tapi rakyat jelata kat umah ni request nak perasa milo plak..
saya buat half adunan..saje nak test test dulu..:)
hummmmm memang terangkat la...tambah2 lak time camni yg dah nak masuk summer..
time kasih banyak2 ros yang share dlm Jintanmanis...

AISKERIM MILO
(asalnya Rich Chocolate Ice Cream)

Sumber resepi dari buku masakan Chocolate Katherine Edelston
Di edit oleh Ros@Jintanmanis

Bahan-bahannya
400ml whipping cream
100gram coklat masakan *saya tukar 2 pek milo panjang2 tu..
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco *saya tak letak
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar

Cara-caranya
1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
* Saya campurkan serbuk milo dan susu segar, larutkan mcm step kat atas

2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.
*saya pastikan adunan betul2 sejuk, baru campurkan dengan whip cream yg dah dipukul

3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.

Monday, May 30, 2011

Trödelmarkt im Voll der Ruhr..

assalamualaikum...

ni la hasil usha2 di Trödelmarkt dlm entri lepas..

hula hoop izzah ni 1 euro..sengeh sampai ke telinga makcik kecik ni, sbb dah lama dia dok eager nak hola hoop..hehehehe


jaket saya ni harga 4 euro..asalnye 5 euro tp saya mintak vier..vier (four..four)..sambil sengeh2..hihihi


model tak berbayar dok bergaya ngan jacke kat ladang strawberi..hehehehe


buku - Meine Kleiner Brockhaus (Die Tiere) ni harga 50 sen..
kamus bergambar haiwan..



buku - Mein Buntes Vorschullexikon ni harga 1.50 euro..
kamus bergambar gak, tp ikut abjad dan ada ayat mudah dlm tuh..
sesuai unt kinder (budak) umur 3-6 jahre (tahun)...tapi nampaknye sesuai gak untuk mutter (emak budak) yg umur 30 tahun...hahahahahahaha :P



time kasih kak azi yg suggest beli buku2 ni..memang berguna unt kami yg baru nak merangkak2 dlm deutsch..hehehehe..
bkn ape, risau gak saya bila bebudak kecik2 comel2 kt kindergarten tuh selalu tegur saya nak ajak borak..tp saya nganga je la...es tut mir laid, ich verstehen nich deutsch..huhuhuhu..*maksudnya: maafkan saya, saya tak pandai cakap german..uwaaaa

gamba2 yg sempat di snap di trodelmarkt tuh..



Sunday, May 29, 2011

Voll die Ruhr..

assalamualaikum...

sabtu lepas kami ke Voll die Ruhr di Mulhiem..
banyak aktiviti untuk kinder la..main2..
unt emak dan bapak kinder pon ada jugak..Trodelmarkt la..hehehehe

tp banyak aktiviti yg izzah tak lepas nak main..
cth cam panjat2 spt gamba bawah ni, sbb tak cukup ketinggian...hahahaha
kesian dia nangis2 nak main..



so dia main lompat2 atas trampoline ni jek la..
menunggu nya punya laaammmaaaaa...biasalah free so ramai la yg nak join hehehe..


abang german ensyem tengah pasangkan tali2 kat izzah..


jump izzah jump...hehehehe..



yg ni pon lepas la unt izzah main..


gambar2 sekitar hari tuh..
derang siap bubuh pasir kat tepi sungai ni, kenkonon cam tepi pantai la..gara2 susah nak jumpa pantai kat sini..
hihihi kesian mat mat saleh german ni..huhuhu





Friday, May 27, 2011

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken..


assalamualaikum..

selamat berhari minggu unt semua..

ujung2 minggu ni meh kita layan resepi ayam yg simple, tapi marbeles rasanye..
leh dibuat siaran ulangan lagi dan lagi dan lagi ni..hehehe
time kasih pada kak tulip77 selaku pencipta resepi..
jugak kak izah daut sbb sudi share..
izinkan saya tepek2 di sini unt tambah koleksi plak ek..hehehe

VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
- by Tulip77@MyResepi, dan Kak Izah@Izah Mufin Lover..

Bahan-bahan ( 5 org )

3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 *saya goreng sebentar
3sb gula
2sb minyak masak
3sb sos ikan
3btg serai - ketuk
1sb cuka
1sb sos tiram
1bj bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong *saya tukar lada benggala
1 biji tomato - dipotong baji *saya tambah

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain &gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.

p/s: denga citer cik Rohaniah tuh dah lama tak pegang bawang..resepi ni sangat simple so rasanye leh la prektis2 kat dapur ekk..hahaha :P

Thursday, May 26, 2011

Sama Tak Serupa..


assalamualaikum..

dua beradik yg sama tapi tak serupa..
izzah; kakak yang menten comel dan kecik..
lea; adik yang makin menyaingi kebesaran dan ketinggian kakaknye..

umur yang jauh berbeza, tapi dari belakang dah tak nampak beza sangat..
kan..kan kan?? hehehe


semoga menten rukun dua beradik ini..
emak (kengkadang lea sebut mama..hahahaha :P) dan abah sayang sangat sangat korang berdua..muah muah muaaahhh..!!

Wednesday, May 25, 2011

Mufin Kopi..


assalamualaikum..

meh layan muffin kopi ni..
bes bes pasal selalu asik makan mufin choco je kan..hehehe
lagipon rasa kopinya takde la kaw kaw sangat, kalu time panas2 memang naik aroma nescafe nye, bila dah sejuk bau nescafenya dah ala-ala manje gitu..hehehe

time kasih pada penyumbang resepi, kak Hanieliza..juga kak Izah Mufin Lover sebab kongsi dlm blog dia..
izinkan saya tepek tepek kat sini gak ye..hehehehe



MUFFIN KOPI COKLAT CHIPS
- sumber Kak Hanieliza, dan dikongsi bersama oleh kak Izah Daut

Bahan-bahan:
Bahan A
350 g tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
200 g gula perang

Bahan B
150 g minyak jagung
250 ml susu kopi
1 sudu kecil nescafe *saya lebihkan menjadi 1 1/2 sudu kecil
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 sudu kecil essence vanilla

Coklat chip secukupnya

Caranya: Gaul rata bahan A dan ayak. Satukan semua bahan B dan gaul rata. Masukkan bahan B ke dalam A dan gaul rata. Jangan gaul terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Cedukkan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat chip. Bakar 180 C selama 18-20 minit.

Tuesday, May 24, 2011

Kami dan Duisburg..part 2


duisburg - 24 hb Mei 2011...9.45 malam

assalamualaikum..

senja di duisburg..baru lepas masuk waktu magrib..
skarang isyak di sini pukul 11.45 malam..hehehehehe :)

view dr tingkap umah saya yg mengadap jalan besar..

Homemade Serikaya..


assalamualaikum...

meh layan serikaya simple tapi sedap macam beli kat kedai, resepi dari puan ros kite..hehehehe..
kaya ni selain makan ngan roti, saya buat inti roti dan inti pau jugak..:)

suka betul izzah n zahim dapat makan..
pasal dulu memang peberet derang, so kiranya dah dekat setaun tak makan..hihihi
time kasih ros..izinkan saya tepek tepek di sini plak ye...muah muahhh..

HOMEMADE SERIKAYA
- sumber Ros@JintanManis

Bahan-bahannya
350ml santan pekat ( ros guna santan dalam tin ayam brand)
3/4 cawan gula ( 3 suku cawan gula, ros guna cawan minum kopi 180ml tu)
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh)
beberapa titik pewarna hijau

Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais. Selamat Mencuba.

Nota Ros: Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )

Monday, May 23, 2011

Brekpes Hari Minggu..


assalamualaikum..

hari minggu lepas takde special program bagi kami..
so bangun tido tuh dok termanggu2 apa nak makan pagi ni..hehehehe
tunggu rakyat jelata bangun dulu, baru tanye nak makan ape..
en husben jawab nasik lemak telur mata kerbau..
so ini la hasilnya, ketung ketang di dapur pagi2 ahad lepas...:P

nasik lemak daun limau purut by Maz@IlhamDapur...dan sambal bilis by MommaMia@MyResepi...
tp semua resepi di copy dari umah kak hana my sifu my idola dan segala my my lagi la...hehehehe
time kasih ye kak..izinkan saya tepek tepek di sini plak...
lappp u muah muahhh...

NASI LEMAK DAUN LIMAU PURUT
- sumber Maz@IlhamDapur, di kongsi oleh Kak Hana@Hanamemories

Bahan-bahan
• 2 cawan beras
• 2 cawan santan cair @ ikut sukatan air beras masing-masing
• 4-5 helai daun limau purut
• 1 batang serai - diketuk - x letak hana ganti halia dan halba, sama ngan saya
• sedikit garam

Cara-cara
• Cuci beras bersih-bersih dan masukkan dalam rice cooker/periuk.
• Masukkan santan, daun limau purut, serai dan sedikit garam. Kacau sebati.
• Masak seperti nasi biasa sehingga masak. Bila dah masak, balik-balikkan sikit permukaan nasi agar berderai.
• Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan sambal bilis, telur rebus atau lauk pilihan mengikut selera.

SAMBAL BILIS
- sumber MommaMia@MyResepi

Bahan - Bahan
• 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
• 1 labu bawang besar dimayang
• 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
• 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
• 4-5 sudu cili boh
• 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
• ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam)
• Garam dan Gula secukupnya

Cara-cara

Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.Tambahkan air asam, gula dan garam.Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)

Trödelmarkt..


assalamualaikum..

saje nak share gamba2 di trödelmarkt or car boot sale..
trödelmarkt ni pasar open air yg jual mostly barang2 2nd hand..
kami selalu pegi di MSV Arena, Duisburg..
bule tahan besarnya dan biasanya sebulan sekali..
macam-macam ada...dari yang biasa2 hinggalah yg pelik2...hehehe..

pinggan mangkuk, yg moden stail, antik stail semua ada..
kaca, porselain..pilih je..


barang2 unt bebudak pon banyak giler..
pasal orang german ni biasanya anak cuma 2 or 3 orang, then rapat-rapat..
so anak dah besar, memang tak guna la dah barang2 ni semua...
biasanya pakaian baby/budak kecik la banyak...stroller..beskal..mainan..anak patung..buku..



hardware pon ada..yg baru or 2nd hand, pilih aje..
lampu isyarat pon ada..erkkk..??
tayar beskal pon ada jual..hihhihihi




alat senam pon ada..


biasanya derang longgok2 cam ni aje..kita kene belek la satu2..



kengkadang diorang gantung..biasanya baju orang besar la..kami kompom tak muat..hahaha :P


dah penat jalan..makan kebab turki dulu..hehehe..
pstt psttt tuh mainan baru borong la tuh..2 uero aje..hihhihi



biasanya kami carik mainan unt budak2 ni..cam gamba kat atas tuh..
baju izzah kami dah 'ter' beli banyak masa sale arituh..hehehehe
jaket izzah plak banyak diturunkan oleh satu famili yg dah balik ke Msia baru2 ni..
baju kami?? huhuhu susah nak carik saiz pasal kami cam chomel..hiks hiks hiks..

mmmm orang di sini tak kisah pakai barang 2nd hand, tak macam kita..
saya tak tuju pada sesiapa, sbb kami pon di Msia dulu camtuh..
baju bundle tuh kami cuma beli zaman menoreh dulu, buat ke ladang..
tapi hidup di sini sedikit sebanyak mengajar kami unt lebih fleksibel dlm hidup..
lagipon barang2 ni kebanyakannya elok lagi, macam t shirt budak, paling murah buleh dapat 50 sen aje..

macam arituh saya pegi london, tumpang menginap di umah sedara..
terkejut dia bila dia tahu jaket winter saya 39 euro..
padahal tuh kira antara abis murah la yg saya leh dapat..hehehe
dia nye jaket tah bape pound aje, car boot sale la tuh..
rasa malu gak masa tuh heheheh..dan nyesal gak sebab bukan leh pakai lama pon..
abis lama 4 tahun..huhuhuhu
4 thn pon bukan ari2 saya blasah..cuma time winter yg bape bulan tuh aje le..
then bergaye la saya ngan selai jaket gumuks tuh selama 4 thn...huhuhu

bila musim luruh kene pakai jaket tak bape nipis..
bila musim bunga kene pakai jaket nipis..
bila musim panas memang tak pakai jaket langsung...hihihi :P

mmm memang banyak kene spend duit di pakaian..tambah lak kami 4 orang..
izzah pegi sekolah takde uniform..so paham paham je la kan...hihihi
kalu nak ikutkan, memang abis duit ke situ aje le...
so kene pandai2 la carik alternatif...

nak buat camne inilah asam garam dok di perantauan....hehehehe

Sunday, May 22, 2011

Brekpes Pagi Sabtu..


assalamualaikum..

hari ni izzah cuti, selsema dan batuk..
suka la lea, ada kawan unt gasak-gasak kat umah ni...hehehe

pagi-pagi sabtu lepas kami layan roti hot dog ni unt brekpes..
eh takde la pagi sangat, biasalah kalu nak guna khidmat bakti makcik BM tuh, kene bersabar sket la..hihihi
itupon start menguli kol 6 am..siap nguli dah 1 jam 30 min, nak bentuk kan la, perap lagi kasik naik dan bakar..
alhamdulillah naik cantik skarang..sebab cuaca dah panas so senang sket..
kalu cam masa awal2 saya blaja meroti arituh, time winter plak tu, laaaaaama nak tunggu roti tuh naik..memang frust bila tak menjadi..huhuhuhu..
takpe la pengalaman tuh sumer...asik senang je sumer tak tahu susah plak nanti..hihihi

okeh la layan resepi ni ye..time kasih pada penyumbang resepi, Amy Beh dan Noreen UK atas step by step bun making nye..
izinkan saya tepek tepek di sini plak..:D



SESAME HOT DOG BUNS
- sumber Amy Beh, di CnP oleh Noreen UK

Bahan-bahan (10 biji):
250gm tepung roti
50gm tepung gandum - boleh juga digantikan dengan tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur
1/2 camt garam
1 camt susu tepung
1 camt yis
1/4 camt bread improver - optional
160ml air
25gm shortening - boleh juga digantikan dengan butter

10 biji hot dog
bijan secukupnya
egg wash - untuk sapuan

cara:
• masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
• tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam dan ini bergantung pada jenis BM masing2
• keluarkan doh dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
• tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
• bahagikan doh kepada 10 bahagian dengan setiap satu seberat 55gm/60gm
• bentukkan setiap doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
• ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk rectangular (seperti di dalam gambar SINI)
• letakkan satu biji hot dog dan potongkan bahagian kiri dan kanan kepada 5 bahagian (lihat gambar)
• kemudian cantumkan bahagian2 yang dipotong tadi (lihat gambar)
• lakukan sehingga habis dan susunkan ke dalam loyang/dulang yang telah digris
• sapukan dengan egg wash dan taburkan dengan bijan
• kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 30-45 min
• pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan ke dalam oven tanpa perlu 'ON' kan oven
• apitkan kiri/kanan atau atas bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas supaya proses penaikan doh akan menjadi cepat
• selepas itu bakarlah pada suhu 200C selama 5 min
• kemudian turunkan suhu oven pada 180C dan bakar lagi selama 10-12 min atau sehingga keperangan

Nota: dulu masa winter, memang saya buat letak air panas tuh, tp dah panas ni saya tutup dan letak tepi tingkap kasik kene panas aje..hihiihi