Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

Biskut Senyum yang Tak Senyum.. :)

 
assalamualaikum...

projek cuti sekolah Autumn harituh dengan budak2..
Smiley Face Cookies tapi yang versi kami tak berjaya senyum hahaha...lawak2
tapi apapon budak2 berdua ni seronok dan puas hati.. alhamdulillah :)

saya ambik resepi dari Youtube, How To Make Smiley Face Cookies..
siap ditunjukkan step by step camne nak buat..
cuma versi kami selain tak senyum, muka dari bulat jadi 4 segi hihihi...

SMILEY FACE COOKIES
- How To Make Smiley Face Cookies (Youtube)

Ingredients
1 cup unsalted butter - softened
1/2 cup sugar
1 tsp pure vanilla extract
1/4 tsp salt
2 3/4 cup flour -sifted
2 1/2 tbs cocoa powder

Methods
1) In an electronic mixing bowl, cream butter and sugar until well blended and fluffy.
2) Add vanila extract and salt.
3) On low speed, gradually add the flour of bowl. The dough will be loose and crumbly.
4) Lightly knead dough just until texture is even.
5) Divide dough into 3 portions:

1/3 - Chocolate dough (for eyes, nose & lip)
Sprinkle cocoa powder over the 1/3 portion. Knead until cocoa has been fully incorporated.

2/3 - (for face)
Keep back in the mixing bowl

Tips:
- If dough is too soft, wrap in plastic and chill in the Freezer (5-10 min) or in the Fridge (10-20 min)

For the process to built a cookies face, please watch THIS :)

Hasil lebihan doh coklat dan krim tu.. huhuhu dah ala ala Angry Bird pon iye kami nengok :P


actually rasa cookies ni biasa biasa je.. cuma menarik sbb ada smiley face tu kan.. budak2 pon seronok nak tolong buat dan tolong makan.. hihihi.. cuma nak buat tu mmg agak leceh la skit tp asalkan anak2 eppi, emaknya pon eppi sama.. hihihihi :D

Tuesday, August 27, 2013

Conflakes Madu..


assalamualaikum...

untuk rujukan saya di masa hadapan, memandangkan kedua2 puteri saya ni suka sangat kuih ni terutamanya izzah..

dan seronok (kadang2 stress hahaha :P) bila tahun ni, buat kuih raya, ada 2 askar yang rela hati nak menolong..
takpe lah, buat kenangan di masa tua..hihihi

btw tankiu pada Kak Hasue atas resepi ni. juga Ros Jintanmanis as tukang share. izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek..
oh ya, last year saya buat resepi lain, Honey Conflakes dari Kak Hana. taun ni saje tukar angin ngeeee :D


CONFLAKES MADU BERKACANG
- sumber asal Kak Hasue dan di share oleh Ros Jintanmanis


Bahan-bahan *sila guna cawan yang sama saiz bagi setiap bahan

1 cawan kacang tanah - goreng dengan minyak dan toskan.(goreng jap jer,dalam 2 minit)  * saya pakai kacang yang dah dipotong dadu halus2 dalam plestik tu aje
4 cawan Cornflakes * saya tambah lagi ikut kesesuaian
1/2 cawan madu
1/2 cawan mentega
Papercups secukupnya

Cara-cara:

 
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. sejukkan sebentar.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.
Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi.
Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 130c. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Monday, August 12, 2013

German Cookies yang Cair di Mulut..

assalamualaikum...

masih dalam mood raya?
kami di sini mood raya hanya waktu gather2 je.. rasanya semua kengkawan di obersea pon sama kan..hihihi...

kali ni nak share satu resepi biskut yang pada saya dan anak2 antara 'the best'.. buktinya 1 tupperware bersaiz sederhana abis dikerjakan lea sahaja..hihihi.. :P

time kasih pada Ros Jintanmanis yang bersungguh2 peromot..
dia cakap saya mesti buat sbb saya mmg duduk Germany hahaha... :P
jugak pada pencipta resepi, Kak Rima.. time kasih atas resepi yang simple tp sedap ni :)
izinkan saya tepek2 di sini jugak ek...



GERMAN COOKIES
- resepi asal Kak Rima, di share jugak oleh Mat Gebu, Kak Yati, Ika dan Ros



BAHAN-BAHANNYA :-)

125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch *untuk kengkawan Germany, saya pakai Kartoffel Mehl, sila rujuk gambar di bawah ni ek
80 gram tepung halus ( superfine) *saya pakai tepung kek Weizen Mehl Kod 1050
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak)
*sedikit gula castor yang digaul pewarna – untuk topping (idea dari Ika Ijayuji)


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
- cara ros toppingkan gula tu, lepas gentel cookies ni bulat-bulat, ros celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak.

mmm untuk tepung kentang tu, saya gunakan Kartoffel Mehl macam gamba ni bawah ni, beli di Edeka saje :D

Monday, September 26, 2011

Famous Amos Choco Chips Cookies..

famous amous cookies
assalamualaikum...

selamat ber Monday blues semua..:)

salah satu cookies yg saya buat masa Aidilfitri arituh..
dah bermukim dengan aman pon dlm perut hehehe..

sedap..peroi..leh buat lagi tanpa menunggu raya..hehehehehe :D
time kasih pada insan2 pencipta dan peng share resepi, izinkan saya tepek tepek di sini plak ye...:)

FAMOUS AMOS CHOCO CHIPS COOKIES
- resepi asal dari All Recipes.com, diterjemah oleh Syari MyResepi, dan saya copy dari umah Kak Hana..:)

Bahan-bahan
• 1 cawan gula
• 1 cawan padat gula perang
• 1 cawan mentega
• 1 cawan minyak
• 1 telor
• 1 sb susu segar
• 4 cawan tepung gandum
• 1 sk garam
• 1 sk cream of tartar *saya gune emplex
• 1 sk baking soda
• ½ cawan walnut cincang
• 2 cawan semisweet chocolate chips *saya campur ngan coklat rice
• 1 sk vanilla extract

Cara-cara
1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris. *saya alas ngan kertas minyak
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)

Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
* Cookies ini agak peroi, jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
* Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain.

Tuesday, September 20, 2011

Biskut Cinta 3 Warna..

biskut cinta
assalamualaikum...

Syawal dah nak ke penghujung, saya baru hupdet pasal biskut raya..
pejam mata sebelah aje la ye kengkawan....hihihihi

resepi biskut ni saya cilok secara berhemah dr umah kak Izah Daut..
tertarik ngan kaler dan pakai minyak sapi..
nasib baik Asia Markt kedai India kat sini ada jual..kalu idak telan air liur aje la nengok kak izah tayang..hik hik hik...

time kasih ek kak izah, izinkan saya tepek2 kat sini plak ekkk...:)

BISKUT CINTA 3 WARNA
- sumber Kak Izah Muffin Lover

Bahan-bahan
300 gm minyak sapi
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
500 gm tepung gandum
pewarna makanan yang disukai

Caranya:

1) Pukul minyak sapi bersama gula kastor hingga sebati dan berkrim.
2) Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga sebati.
3) Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli sebati.
4) Bahagikan doh kepada 3 dan masukkan pewarna yang disukai. Ulikan sehingga warna sebati. Cantumkan tiga warna menjadi saiz sebesar guli dan letakkan ke dalam paper cup.
5) Bakar pada suhu 180 C selama 22-25 minit.

Wednesday, May 18, 2011

Biskut Cornflakes..


assalamualaikum...

dah lama tak citer pasal masak-masak kan..:)
biskut conflakes ni dah kali ke 2 buat..
pes time saya buat, unt makan-makan sempena satu famili kat sini nak balik Msia..
dia dengan pemurahnya kasik stok2 makanan yg ada kt dapur dia pada saya..
so conflakes ni antara salah satunya la..
time kasih kak ja, sampai skarang ada lagi yg berbaki kat dapur saya tuh...hihihi

time kasih pada penyumbang resepi..izinkan saya tepek di sini plak ye...heheheh
simple je resepinya..leh simpan resepi ni unt kegunaan masa raya nanti..
oh ye sebut pasal raya, baju raya saya bile nak sampai...sob sob sob..



CONFLAKES COOKIES
- by Ja's Kitchen

Ingredients:

225g butter (room temperature)
300g plain flour
1 tsp baking powder
1 egg
100g castor sugar
1 medium pack unsweetened cornflakes (crushed) * saya pakai dlm 2 cwn conflakes
A pinch of salt

Method:

1. Cream the butter with the sugar till creamy and pale white
2. Add the beaten egg and mix well
3. Sieve flour and baking powder. Then add the salt and fold into the batter.
4. Mix well into a soft pastry dough.
5. Make small balls of dough with a two spoons.
6. Roll and coat evenly with cornflakes.
7. Bake on un-greased trays at 180 degree in a preheated oven till brown

Nota: saya tak buat pon aksi golek2 ngan conflakes tuh..just hancurkan conflakes dan lebur skali dlm adunan..dan saya tambah tepung sket kasik doh leh bulat2 kan guna jari...hehehehe

Monday, August 23, 2010

Projek Blaja Memasak Tahap 2

hehe..saje nak meng share gamba cookies yg saya buat..izzah tukang pilih resepi aje, yg menggodehnye mak dia la nih huhu..x sedap x leh salahkan izzah la ye hihi..

Tajuk Cookies : Shortbread Cookies
Sumber : Kak Hana blogspot
Result : hummm bule la haha..

Sunday, August 15, 2010

Projek Blaja Memasak..

dah memegang jawatan fulltime housewife nih, terpaksalah memasak kan..
bkn la aku nih x pandai masak langsung..
cuma memetik kata2 mak di dpn mak mertua aku arituh..

"anak saya sumernya boleh memasak..cuma lauk yg biasa2 aje la.."

sejak dtg sini ada la gak menerai resepi2 baru..yg x penah termimpi nak buat dedolu..
- aiskerim
- cheese kek
- puding roti..(jiha u jgn x caye tau hehe..)

so weeken nih projek memasak seterusnye adalah cookies..
resepi amik dkt kak hana ..
bule la dikatakan jadik..agaknye la hehe..

nih belom dibakar


nih hasilnye..bulee la hehe..