Monday, May 20, 2013

Roti Coklat Berkismis..

assalamualaikum..

dah lama tak meroti..
bermakna dah lama saya membiarkan makcik BM itu bersenang lenang berbalut dirinya menambah lemak (tapi macam lemak saya je yang bertambah selama ni huhuhu)...
tiba2 teringin nak makan roti pepanas...
musim skarang plak asik ujan renyai je (di germany ni susah nak dapat hujan lebat berguruh petir tu semua tau)...

berintikan nutella dan kacang merah, berselera kami makan ptg arituh..
time kasih pada pencipta resepi asal, Puan Roshayati  Johari dan Mamafami serta Kak Hana Memories..
izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek...hehehe

ROTI COKLAT BERKISMIS
- resepi asal  Puan Roshayati  Johari (takde link), Mamafami serta Kak Hana Memories (edited)



Bahan-bahan
Basic Dough
  • 500g tepung gandum@tepung roti
  • 100g gula
  • 30g susu tepung - abaikan jika menggunakan susu segar
  • 11g yis mauripan@sebungkus
  • 1sk garam
  • 1sk bread improver - optional
  • 1sk bread softener - optional *saya tak letak
  • 80g butter@marjerin
  • 250ml air@susu segar
  • 1 biji telur - kacau sedikit

Bahan Tambahan (mengikut citarasa)
  • setengah cawan kismis hitam atau kuning - cincang
  • 1 sb serbuk koko
  • 1/2 sk coklat emulco - optional *saya tak letak

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
  • Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  • Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1.30jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  • Bahagikan bulat2 kecil kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi.
  • Sebelum bakar spray permukaan roti dgn air biasa dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  • Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.

Nota : Terpulang kepada anda utk masukkan kismis kemudian atau masukkan sekali ketika menguli. Hana masukkan awal supaya kismis hancur (saya jugak).Untuk kaedah uli tangan sila rujuk resepi asal.




Sunday, May 12, 2013

KDrama : I Miss You..

assalamualaikum...

I Miss You, cerita korea yang syedey sob sob sob...
ekceli saya tak berapa suka citer sedih2 tp tertarik lepas Lady Ayu share OST dia..
lagipon heroin ni heroin kegemaran saya, Yoon Eun Hye ( heroin Coffee Prince) ekekek...
rasanya sumer citer dia saya tgk termasuk lah Goong (walau lembab giler ku gagahkan jua hehehe)...
dan heronya, Micky Yoochun, hero yang boleh tahan jugak lakonan dia dlm Rooftop Prince..

wah, mmg mantap citer ni, Eun Hye mmg tak dinafikan dah kehebatan dia, plus Micky Yoochun mmg power abis..
dan pelakon kanak2 dia pon mmg power jugak, Kim So Hyun (jadi kakak yg jahat dlm Rooftop Prince, watak budak) dan Yeo Jin Goo..
cuma pada saya, kalau plot citer ni lebih fokus kepada kesedihan ibu heroin yang kehilangan anak, mesti lagi sedih.. (ye lah bab ibu ibu ni biasanya mmg touching kan huhuhu)

cerita ni mengisahkan Soo Yeon, berumur 15 thn yang hilang (disahkan mati dibunuh oleh polis) semasa di kidnap bersama kawan baiknya Jung Woo (yang terselamat). Jung Woo yang percaya Soo Yeon masih hidup, tinggal bersama emak Soo Yeon selepas kejadian tersebut dan membesar menjadi Detektif untuk mencari first lovenya.

Selepas 14 tahun, mereka berjumpa semula, Soo Yeon telah bertukar menjadi Zoe Lou, seorang pereka fesyen terkenal. Beliau tinggal bersama Harry Borrison, yang menyelamatkan beliau dahulu (sebenarnya Harry ni jahat dan pakcik kepada Jung Woo).

Zoe ni tak mengaku dia Soo Yeon, di antara sebabnya, pengalaman zaman remaja dia yang penuh cerita sedih dan dia berdendam pada Jung Woo yang larikan diri sorang2 masa derang diculik dulu.
boleh baca sinopsis dengan lebih lanjut di SINI...


Banyak adegan2 sedih, terutamanya bila beliau berdepan dengan ibunya sendiri, berdepan dengan penculik yang pernah merogol beliau, dan di tengah2 antara cinta (Jung Woo) dan budi (Harry).
Tapi jgn risau, mestilah eppi ending hehehe...
 

ibu Soo Yeon, pandai ahjumma ni belakon...sedih wooo...huhuhu

tulisan I Miss You yang Soo Yeon tulis di hadapan rumah dia, sebelum dia diculik. lepas dia hilang, Jung Woo kekalkan tulisan tu..huhuhu


payung kuning yang masih kekal disimpan 14 tahun lamanya..huhuhu
 


apapon mmg thums up pada Eun Hye dan Micky Yoochun, sapa yang tak tgk lagi, boleh la start tengok ek...hehehe...

meh layan OST yang paling syedey di abad ini.. Look At You by Jung Dong Ha

Tears Are Falling by WAX

oh ya, biasanya saya layan KDrama ni di Dramacrazy, Dramafans or EPDrama. kat germany ni internet mmg laju giler so biasanya saya mmg stream online je...hehehe

Wednesday, May 8, 2013

Kisah Peperangan Yarmouk dan Saidina Umar Al Khattab r.a...

assalamualaikum...
nak share satu kisah yang menarik, tq Ida sbb berkongsi di FB beliau, saya C&P sebijik2 :)
Kisah Peperangan Yarmouk menjadi wacana minda di pagi hari;

melalui perang ini, tentera Rom dikalahkan dengan teruk...
Melalui kehebatan Abu 'Ubaidah Al Jarrah r.a, Baitul Muqaddis dapat ditawan..
sifat toleransi yang tinggi menyebabkan Abu 'Ubaidah r.a menerima syarat drpd paderi yang ingin menyerahkan sendiri kunci kota kepada khalifah Islam pada waktu itu..ketika itu, zaman pemerintahan Umar Al Khattab r.a

Saidina Umar bertolak ke Baitul Muqaddis dengan seorang khadam serta seekor kuda tunggangan...bukan ditemani oleh rombongan pembesar islam..
Sepanjang perjalanan, Saidina Umar dan khadamnya bersilih ganti menunggang kuda
Hinggalah tiba di Baitul Muqaddis, khadam sedang menunggang...
tp Saidina Umar sedang berjalan sambil memimpin kuda..

Paderi tersebut menunggu dengan pakaian terbaiknya..ingin melihat bagaimanakah peribadi khalifah hebat yang akan memiliki kunci kota suci...
Alangkah terkejut apabila yang dilihat adalah seorang lelaki yang sangat berbeza daripada apa yang digambarkan...

Paderi berkata:" Benarlah, ini sememangnya akan terjadi. Orang yang akan menguasai Baitul Muqaddis ini memiliki 3 tanda yang dijelaskan dalam kitab Injil"
1- orang itu berjalan, manakala khadamnya menaiki kuda
2-kedua-dua kakinya penuh diselaputi tanah
3-bajunya yang penuh dengan jahitan tampalan....

Sememangnya Saidina Umar memiliki keperibadian unggul;
bukan sahaja kota suci berjaya ditaklukinya..
bahkan beribu hati serta jiwa sang Nasrani berjaya dilembutkan olehnya

Ibrah di pagi hari...betapa hebat akhlak seorang pemimpin...
Perkara yang baik harus diteladani..
kepada sang pemimpin..sesungguhnya ikutlah resmi padi...
sampai bilakah agaknya mahu mendongak langit???

Monday, May 6, 2013

505 Paling Keji Dalam Sejarah...

 assalamualaikum...

malas nak cakap banyak, cuma nak share video ni..
bagi yang claim sayangkan Melayu, sayangkan Islam, sayangkan Malaysia, silalah tonton..
tp kalau nak buat tak tahu macam biasa pon no hal..:P
pilihan di tangan anda..
yang penting, mat mat bangla dalam video ni adalah pelakon utama..hahahaha

cuma satu pesanan saya pada SPR, time kasih atas pembaziran duit bagi dakwat 'kekal' dan taktik lapuk blackout..
enjoooyyyyy this video ye kengkawan :D


Friday, May 3, 2013

Selamat Ber PRU ke 13..:)

assalamualaikum...

nak share satu video pendek dari UAI ni, adakah kita akan dibangkitkan bersama pemimpin yang kita pilih..



so, berhati2 lah dalam memangkah ye kengkawan..
semoga Msia menjadi sebuah negara yang jauh lebih Islamik dan jauh lebih maju selepas ini, insyaAllah :)

Sunday, April 28, 2013

Undi Pos, Rahsia atau Tak?

assalamualaikum..

hari ni kawan kami ada sharekan satu video ini, tentang Undi Pos Luar Negara..
info yang sangat2 bagus, di saat kebanyakan rakyat Msia obersea (terutamanya saya) mmg blur habis tentang undi pos ni...
paling penting, undi anda rahsia ke tak? nak tahu, saksikan sendiri...:)


thanks a lot Nazri Berlin sbb share...dan sekalung tahniah pada MyDurian TV atas inisiatif mereka..
mmg betul2 bermanafaat..

mmmm honestly saya rasa info macam ni patut diketahui umum lebih awal..sepatutnya Kementerian Penerangan buat dah lama, since nak daftar mengundi pos pon mmg kena buat awal2 kan...
barulah rakyat Msia di oversea boleh dapat info yang secukupnya seterusnya buat keputusan nak mengundi ke tak..
dan oh ya, bagi yang tak tahu, undi dijalankan di Kedutaan Msia sahaja..

p/s: rasa frust jugak bila tahu kertas undi tu akan dibuka untuk tgk no siri...:(