Monday, July 15, 2013

Wanita Mengandung yang Tak Mampu Puasa, Perlu Qada' Tak?

assalamualaikum....

nak share info yang saya dapat dari FB page Kak Wardina Safiyyah berkenaan wanita mengandung yang tak mampu nak berpuasa di bulan Ramadhan...

biasanya atas 2 sebab:
1) diri sendiri tak larat (loya, pening or muntah)
2) risaukan keadaan baby dalam kandungan (baby akan dapat cukup nutrisi tak, kerana kita tahu baby mmg bergantung sepenuhnya dengan sumber makanan dan air dari ibu)

berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 184

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang terdaya berpuasa (lalu mereka meninggalkan puasa) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu), kalau kamu mengetahui. 

Ni status beliau, saya ambil dari SINI...

Sebenarnya Islam agama yang tidak menyusahkan umatnya. Nabi sendiri selalu menyuruh memilih yang lebih mudah. TIDAK WAJIB bagi wanita mengandung, orang uzur, musafir, orang tua dan kanak-kanak untuk berpuasa. Ambil lah tanggungjawab menjaga amanah yang Allah beri (iaitu nyawa/kesihatan dalam kandungan kita-bayi kita) sebaiknya. Bukan fikir mengenai diri KITA iaitu "takut nak ganti" atau "saya larat" adakah bayi anda larat tanpa air dan makanan? Allah sudah beri kelonggaraan maka gunakanlah. Saya tidak berpuasa ketika saya hamil ataupun menyusu kerana risau anak saya. Saya bersimpati dengan mereka yang hamil atau menyusu sampai lembik sebab berpuasa. Islam tak suruh begitu. Bayi dalam perut perlukan nutrien secukupnya. Akhirnya kita buat keputusan yang terbaik bedasarkan ilmu, nasihat pakar dan badan kita sendiri. 


Sekadar berkongsi. Telah berbeza pendapat para fuqaha' berkenaan puasa wanita hamil dan menyusui anak kepada 5 pendapat, iaitu:

Alhamdulillah saya mengikut pendapat pertama.

1- Golongan pertama berpendapat keduanya wajib memberi fidyah tanpa qadha'.

2- Golongan kedua membezakan antara hamil dan menyusui anak, iaitu yang hamil wajib qadha' sedang yang menyusui wajib qadha' dan memberi fidyah.

3
- Golongan ketiga berpendapat keduanya wajib mengqadha' dan memberi fidyah

4- Golongan keempat berpendapat keduanya wajib mengqadha' tanpa fidyah.

5- Golongan kelima berpendapat keduanya tidak wajib qadha' dan tidak wajib juga memberi fidyah.

Yang rajih (kuat) berdasarkan kekuatan dalil dan hujah ialah pendapat pertama, wanita hamil dan wanita yang menyusui anak dibenarkan tidak berpuasa, dan wajib memberi fidyah iaitu memberi makan satu orang miskin untuk setiap hari dia tidak berpuasa, tanpa perlu mengqadha'nya.

Demikianlah pendapat para Sahabat Nabi semisal Ibn 'Abbas dan Ibn 'Umar, bahkan kata Syaikh Abu Malik Kamal al-Sayyid Salim "tidak diketahui adanya Sahabat Nabi yang menyelisihi pendapat ini" [Rujuk: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3/168]. Allah Maha Mengetahui.


~Oleh: Ustaz Fathi al-Sakandary ~


dan Kak Wardina juga sertakan info tambahan bagi kita sama2 nilaikan, tulisan dari Ustaz Salman Ali, saya highlightkan beberapa perkara..

1) Imam al-Syafi’i dan Ahmad berpandangan bahawa orang yang meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan mengandung ataupun sedang menyusukan anak hendaklah menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan disamping memberi makan orang miskin sebanyak hari yang ditinggalkan.Ini adalah jalan selamat dan keluar dari dengan menggabungkan kedua-dua keadaan(orang sakit dan musafir serta orang tua dan uzur) - inilah yang saya tahu dan pegang selama ini

2) Ibn Abbas berpandangan bahawa mereka hanya diwajibkan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa (R.al-Daraqutni dengan sanad yang sahih) 

Saya berpandangan bahawa dalam bab ini , pandangan yang paling kuat adalah pandangn Ibn Abbas iaitu perempuan yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana mengandung ataupun menyusukan anak hanya perlu memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan tanpa perlu menggantikan puasa atas alasan berikut:

1)Jika orang tua dan uzur yang meninggalkan puasa kerana kemudharatan diri sendiri dibenarkan sekadar membayar fidyah , sepatutnya ibu mengandung dan menyusukan anak lebih patut kerana mereka meninggalkan puasa kerana kemudaratan orang lain.
2)Bagi perempuan yang meninggalkan puasa untuk tempoh yang panjang kerana mengandung atau menyusukan anak, adalah sesuatu yang sukar bagi kebanyakan mereka menggantikan kesemua bilangan hari yang telah ditinggalkan.
3)Berpegang dengan hadith sahih riwayat al-Bukhari “Permudahkanlah dan janganlah kamu menyusahkan”
  


so, harapnya info2 di atas ni membantu bagi yang memerlukan. secara jujurnya, tulisan Kak Wardina ini membuka mata saya, lagi2 berkenaan 'DIRI SENDIRI' atau kena consider 'KEADAAN BAYI'...

meibi situasi di Msia tak ketara, tapi di sini, bila terkena Ramadhan sewaktu Summer, puasa sehingga hampir pukul 10 mlm (org kat Msia dah abis tarawih waktu ni huhu), saya sedar berapa sangatlah kuantiti makanan dan air yang boleh disalurkan seorang ibu kepada bayi yang dikandungnya (dalam baki tempoh 5 jam, itupon termasuk time tido)..

disebabkan dok pikir kena qada', banyak ibu ambil sikap 'saya mampu', bak kata Kak Wardina. yelah, selepas bersalin, menyusu pulak. belum lagi kena kerja kan. so seboleh2nya kita nak minimumkan qada' puasa kita huhuhu... 

apapon terpulang pada penilaian masing2.. jgn ambik kesempatan buta tuli atas kelonggaran yang Allah bagi, dah le.. Allah tahu niat di hati kita macamana kan..

Salam Ramadhan :)




 

14 comments:

  1. sy dulu masa bulan posa prgnant 5bln..tinggal la jgk 2ari tu sebab kena minum air gula 2x..hihihi...lepas raya jer sy terus gnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..tak penah rasa lagi camne air gula tu..cam horror je huhu

      Delete
  2. tahun lepas sy mengandung masa bulan puasa...tp sy tak tau yg sy mengandung... sy puasa penuh...Alhamdulillah.... penat nye Allah shj yg tahu...letih lesu rasa badan sbb berpuasa di musim panas...

    Tahun ni sy berpuasa semasa menyusukan baby (fully breastfeed)... masuk hari ketiga puasa susu bdn pun mengering di siang hari... sy tertekan...huhuhu... nk kena pam lg utk buat stok sbb dh masuk kije... pi ofis dok kije mengepam susu je... memang terfikir taknak puasa...tp tu laaa... rasa tak mampu nak ganti...

    tq for sharing this info... boleh la dijadikan panduan...

    Anyway congrats ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan fnf, saya rasa semua ibu2 pikir benda yang sama.. btw cuba la gugel lagi info.. saya pon lepas baca kak wardina tulis tu, baru luaskan pembacaan :).. btw congrates untuk apa ye? hihihhi

      Delete
  3. salam ramadhan siti,

    saya pulak berpegang pada pendapat ni
    (1)kalau tak puasa sebab risau kesihatan diri/penat/tak larat - wajib ganti tak perlu bayar fidyah
    (2) kalau tak puasa sebab risau kesihatan bayi/tak cukup zat/takde susu - wajib ganti dan bayar fidyah

    :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah setakat ni peknen 3 org,takde mslh nak posa ;)

    ReplyDelete
  5. Dh biler sensei ckp my red blood cells x cukup mmg x pose dah la...takut sbb effect both of us...means ai kena mkn mcm hari biasa....perut makin bsq mmg cepat lapaq n letih...Allah jer tahu mcm mana letih nyer summer plus 17hours pose ni...lepaih ni kena Ganti la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu, dr Asri (Dr Maza) pon ada share benda yang sama, pasal kalau pregnen tp risaukan kesihatan baby, tak perlu qada. dan pendapat tu berdasarkan sumber yang sahih. so terpulang la pada kaum2 ibu yang pregnen ni nak pilih untuk ikut pendapat mana satu (nak qada ke tak) hehehe

      Delete
  6. minta izin kongsi ilmu ya.
    http://sitihusnaahassan.blogspot.com/2014/06/wanita-yang-wajib-qada-puasa-sahaja.html

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah terjumpa entry ini. Dapat jawapan dan pencerahan..thank you..

    ReplyDelete
  8. 1st time sy dgr tg pompuan mgndg n mnyusu xwajib qada dlm tv rncgn ust fatimah syarha. Sy rs tertarik,dlm ms sm tkejut sbb xpnh diajar.
    Dhla gagahkn diri puasa, nk gnti xmampu hbs dlm thn sms, byr fidyah n gnti thn berikutny.
    Mgndg n myusu dh tntu sbln, bkn sng nk gnti jd bersyukur Allah bg rukhsah.

    ReplyDelete
  9. Salam. Sy bersalin pada 1 Ramadhan 2016. Dan sebulan tu memang tak puasa kerana nifas. Lepas tu sy continue fully breastfeed baby sy sampai sekarang. Jadi pada pandangan puan, wajib kah sy qada 30 hari tu? Sy ada terbaza tulisan dari Dr Maza. Hanya perlu bayar fidyah. Tapi bila orang sekeliling sy sibuk ganti sy jadi was was. Dan untuk bayar fidyah, perlukah sy gandakan amount? Kerana sekarang dah 2018 kan. Tq ya

    ReplyDelete