Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Mihun Goreng Special..


assalamualaikum...

mihun goreng ni saya buat masa BBQ bulan Ogos time Summer harituh rasanya..
skarang dah masuk Autumn (musim luruh) so suhu pon dah semakin sejuk.. maksudnya dah tak berapa sesuai nak buat aktiviti kat luar hehehe..
apapon resepi ni special skit sbb letak air asam jawa tau hehehe...

time kasih pada tukang share, Nabialishad Fotopages.. dia dapat dr Baby Batriesyia Fotopages (sumber asal menurut Baby Batriesyia ni dia dah lupa)...
izinkan saya tepek2 di sini plak ek :)

MIHUN GORENG SPECIAL
- sumber copy dari Baby Batriesyia Fotopages dan Nabialishad Fotopages




Bahan-bahan

 

Bihun (direndam hingga lembut)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar/cili boh

Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat 

1 sudu besar sos tiram 

3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa
Garam/Gula

Sayur Sawi/Taugeh
Udang - dibuang kulit 
Ayam - dipotong kecil2
Daging batang pinang - dipotong kecil2

Cara-cara


Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau. Kemudian masukkan semua bahan A. Kacau hingga sebati. Masukkan ayam,daging, garam dan gula. Biar sebentar hingga masak. Kemudian, masukkan bihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!




Friday, November 11, 2011

Laksa Johor..

laksa johor-1
assalamualaikum..

salam hari Jumaat semua..
tarikh yg cantik, 11.11.11 kan..ramai amik kesempatan unt bertunang, berkahwin pada hari ni..ambik berkat hari Jumaat jugak..:)
sebut pasal tarikh cantik ni, teringat saya tarikh saya berkahwin iaitu 04.04.04..
sebenanye bukanlah beria sangat nak tarikh lawa tuh, cuma memang plan unt membina masjid dlm bln 4, so alhamdulillah dah 7 thn lebih usia perkahwinan kami..
pada saya, tarikh cantik ni satu bonus aje, apa yg lebih penting ialah usaha kita unt mempertahankan dan membahagiakan kehidupan selepas tarikh tu (alam perkahwinan)..

mm meh la layan resepi laksa johor yg bes ni..tapi tak tahulah betul2 100% rasa laksa johor atau tidak, sbb macam-macam resepi yg saya jumpa..
banyak yg list bahannye berjela, hummm patutla emak saya tak pernah buat walaupon kami asal dr Johor..hahahaha :P
tapi pada saya, resepi yg ni sedap la dan simple aje bahan2nya..
kene la ngan saya yg *agak rajin ni..hik hik hik...
time kasih pada penyumbang asal resepi Mamasya dan Kak Hana sifu saya yg dah pencen kot berblogging..izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)

LAKSA JOHOR
- sumber Mamasya dan di share bersama oleh Kak Hana

Bahan-bahan
• 1/2 kg ikan (ikut suka sebaiknya guna ikan parang)
• air rebusan udang - nih hana tmbh.klu tk nk pon tkpe. *saya tak bubuh
• *1 inci lengkuas
• *3 ulas bawang putih
• *2 biji bawang besar
• *sedikit belacan
• *1 sudu udang kering
• 2 batang serai,di ketuk
• 1 pkt kecil rempah kari *saya pakai dlm 1 1/2 sudu besar
• 2 sudu makan kerisik
• 500 gm santan
• asam keping
• garam secukup rasa
• gula melaka - nih pon hana tmbh
• daun kesum - nih pon *makcik takde huhu
• minyak untuk menumis
• spagetthi
• ulam2an
• sambal belacan
• limau kasturi/limau nipis

Cara-cara
• Rebus ikan- ambil isinya dan kisar bersama bahan-bahan yg bertanda *.
• Tumiskan bahan kisar. then masukkan rempah kari n serai sehingga naik baunya.
• Masukkan santan,air rebusan ikan n udang berserta isi ikan tadi n asam keping. Kacau hingga pekat.
• Masukkan daun kesum, gula melaka n garam secukup rasa.akhir sekali masukkan kerisik. tutup api.
• Cara hidang, amik spagethi, taburkan ulam2an n curahkan kuah laksa. letak sambal belacan n limau. ok siap!

Tuesday, October 4, 2011

Spegeti Goreng Kari..

spegeti goreng kari
assalamualaikum...

resepi yg asalnya dari Kak Nor Secubit Garam - Mee Sanggul..
kemudian dishare oleh Kak Izah Muffin Lover - Mee Kuning..
teeeerrrbang ke duisburg, jadi Spegeti...hik hik hik...
jangan marah kakak-kakak semua ye..izinkan saya tepek2 resepi di sini...:)

sedap..cuma izzah mengadu pedas padahal LANGSUNG..diulangi LANGSUNG tak bubuh cili..
cili mesin ke cili api ke, memang tak nampak batang hidung...huhuhu...
melayan karenah budak tak bape nak kecik tuh memang kengkadang memeningkan...hadoi hadoi dan hadoi....huhuhuhuhu

MEE SANGGUL GORENG KARI
- sumber Kak Nor Secubit Garam, dishare dr umah Kak Izah

Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin *saya tukar serbuk paprika
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas) *x bubuh
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis/sawi *x bubuh jugak
1 bj tomato *x bubuh jugak
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris *xde
limau kasturi/limau nipis *xde

Cara :
1. Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan. (Rebus spegeti mcm biasa dan toskan)
2. Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
3. Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
5. Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
6. Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
7. Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
8. Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
9. Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
10. Kacau dan goreng hingga mee masak.
11. Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
12. Selamat mencuba..

Wednesday, September 28, 2011

Laksa Kuah Putih..

laksa kuah putih
assalamualaikum...

laksa ni asal kejadiannya sebab teringin makan laksa johor..
saya memang suka laksa, tp laksa penang tuh selalu gak makan sbb kawan2 kat sini memang terrer bab laksa asam tuh dan kat Msia dulu pon senang nak dapat kan hehehe..
cuma laksa johor ni payah sket nak dapt merasa, walaupon emak saya orang johor tp dia prefer laksa asam tuh, meibi sbb emak saya memang kureeengg bab bab santan ni dan laksa penang lagi senang nak buat kot..huhuhu..

so saya kat sini memang selalu termimpi2 laksa tau hik hik hik..:P
cuma bab nak buat tuh cam berchenta sket gara2 susah nak jumpe ikan fresh..
so arituh dah mengadu domba ngan sorang aunty Malaysia yg dah berpuluh tahun dok German..dia ckp dia pakai kepingan ikan aje..
dan ada sorang kakak senior di sini, kalau tak silap saya dia campur ngan ikan makarel dlm tin tuh setiap kali dia buat laksa penang..
so baru ni smangat la nak buat, sbb ikan slice yg sejuk beku tuh banyak jual kat pasaraya biasa, then ingatnye nak tambah tuna ajelah..
skali tengok resepi, pakai serbuk kari plak..
huhuhuhu terus kensol sbb serbuk kari (masa tuh)dah abis dlm simpanan uhuk uhuk..
kesimpulannye jadi la laksa kuah putih..
dan laksa nye pakai spegeti...muhahahhaha....

pada penyumbang resepi, kak hana thanks a lot..
izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

LAKSA KUAH PUTIH
- sumber Kak Hana

Bahan-bahan
• 2-3 ekor ikan kembung@selayang - rebus *saya pakai ikan slice aje
• 4 biji bwg merah @ 1/2 biji bwg besar - kisar
• 1 ulas bwg putih - kisar
• 1 sk lada hitam - kisar
• 1 inci halia - kisar
• 1 keping asam gelugur
• santan pekat
• garam
• gula
• @ Jika suka masukkan skali daun kesum@serai ketuk masa rebus.
• Bahan sampingan dan ulama2an
• bawang besar, belacan (potong kecil2), sambal belacan, timun, kcg pjg dll.
* saya tambah 1/2 tuna dlm tin

Cara-cara
• Ambil isi ikan dan blend menggunakan air rebusan ikan tadi. ketepikan.
• Blend tulang2 ikan dan kemudian tapis dan masukkan lam mangkuk isi ikan tadi.
• Masukkan semua bahan ke dalam periuk termasuk santan. Didihkan.
• Perasakan dengan garam dan gula.
• Siap di hidang dengan mee udon@laksa, ulam2 dan sambal belacan.

Wednesday, August 17, 2011

Laksa Sarawak...

laksa sarawak
assalamualaikum...

laksa sarawak ni penah makan masa ikut en husben outstation ke Kuching dulu...
memang seronok masa tuh, tambah2 plak pegi berdua, ala ala honeymoon gitu hik hik hik..
banyak experience baru bab bab makan ni kat sana, laksa sarawak, nasi ayam penyet, air teh dia yg sedap tu, dan kek lapis jugaaakkk....
waaahhhh terasa rindu nak pegi lagi...hehehehehe

laksa sarawak ni yg sepesel nye, kalau nak buat kene ada pes dia..
so kebetulan baru ni kawan di sini balik Msia bercuti, so saya beli online di Aishiteru Shoppe ni, dan kawan bawakkan dr Msia..
thanks a lot tuh Ash sbb sudi bawakkan pes saya 3 ketul ni...hehehehe....

hasilnya..?? jeng jeng jeng....
bes bes leh buat lagi lain kali hehehehhe....
time kasih pada Kak Dayang Jack yg rasanye memang orang Sarawak atas resepi yg bes ni..izinkan saya tepek tepek di sini plak ek...:)

LAKSA SARAWAK
- sumber Kak Dayang Jack @MyResepi

Bahan-bahan ( 4-5orang )
• 150 gm pes laksa Sarawak (klu xde perencahnya, sila rujuk homemade pes laksa sarawak di www.myresipi.com/top/detail/6425)
• 1 peket bihun (dicuci dan dicelur)
• 200 gm udang basah
• 200 gm santan
• 2 keping tauhu (digoreng dan dihiris)
• 100 gm tauge (dicelur)
• 3 ketul dada ayam (direbus dan dicarik halus) *saya goreng dan carik2kan
• 1½ liter air
• 2 sudu besar cili kisar
• 2 batang serai (diketuk)
• sedikit daun ketumbar/daun sup (diracik)
• 1 helai daun limau purut
• 4 biji limau kasturi (dibelah dua)
• garam dan gula secukup rasa
• 2 biji telur (digoreng dan dihiris halus)
• utk sambal : 5 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar udang kering, 1/2 inci belacan, 2 ulas bawang merah, 1 ulas bawang putih, sedikit garam,gula dan asam jawa.

Cara-cara
1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan udang(dgn kulit dan kepalanya) dan rebus sampai masak. Kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan dan masak semula.
2. Masukkan pula pes laksa, cili kisar serta serai ke dlm air rebusan udang td. Kacau dan tunggu sampai mendidih. Guna api perlahan shj.
3. Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk membuat sambalnya : Bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering dikisar halus. Tumiskan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan pula bhn2 kisar td dan kacau lg. masukkan air asam jawa dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
Cara menghidang : Masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan lain di dlm mangkuk. Tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dgn daun ketumbar/daun sup dan perahkan limau.

Nota: Sambal belacan tuh saya buat yg simple aje, tumbuk belacan n lada dan isi gula + perah limau sket..:)

Wednesday, May 4, 2011

Rojak Mee Kuah Kacang..


assalamualaikum..

honestly saya tak bape minat rojak mee..
sebabnya ia sinonim dengan seseorang yang saya tak bape suka nak ingat..
cuma adik bradik rojak iaitu pasembor aje yg saya suka..hehehe
tapi bila dah lama tak jumpe makanan msia ni, apa pon jadi suka kan? hihihi

sebenanye plan nak buat rojak ni masa makan-makan arituh..
back up pada tauhu sumbat, sebab before tuh jumpa tauhu sebungkus aje..
tp alhamdulillah sehari before ari kejadian, ada lak tauhu lagi kat Asia Markt tuh..

las2 last week buat gak, sbb dok teringat2 kat rojak ni..
resepi pon dah carik, so ini lah hasilnya...hehehe
kuah nye ni agak leceh nak buat, tp hasilnya sedap..hehehe
saya combine resepi cucur udang dan kuah kacang dari cik mat gebu..
time kasih ye..izinkan saya nak tepek tepek di sini..:)

ROJAK MEE KUAH KACANG
- sumber CMG@Dapur Tanpa Sempadan di SINI dan SINI
- olahan hajar@catatandarideutschland

Bahan (unt Rojak)
Spegeti
Timun
Tauhu
Kolrabi @ Sengkuang

Cara
1) Spegeti direbus dan ditos.
2) Tauhu digoreng dan dipotong sederhana
3) Sayur lain dipotong ikut suka

Bahan (unt Cucur Udang)
• 2 cawan tepung gandum
• 1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
• 1 3/4 cwn air (yg ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cwn air dia) - saya bubuh 1 1/2
• 1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
• 5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
• 1 pokok daun bawang, hiris
• 1/3 camca teh serbuk kunyit
• 1 camca teh garam
• 20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

Cara-cara

• Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
• Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. - saya lebur jerk udang dalam tepung kemudian goreng, tuang sesenduk demi sesenduk ke dalam kuali.
• Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel.

Bahan (unt Kuah Kacang)
150 g kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
50 g udang kering, direndam 10 minit, toskan dan goreng garing, kisar halus
50 g biskut marie, dikisar halus
50 g kismis*
50 g cili kering, dibuang biji, rendam dalam air panas dan toskan*
8 biji bawang merah kecil*
3 biji bawang putih*
1 1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Asam jawa sebesar duit 20 sen + 1/2 cawan air, ramas dan tapis utk jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara
1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan harum.
2) Masukkan kacang tanah dan udang kering kisar. Masak hingga terbit minyak.
3) Masukkan kisaran biskut marie dan masak sekejap. Tuang air mengikut keperluan dan biar mendidih, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa (jika suka), masak hingga pekat sedikit dan matikan api.

Thursday, April 28, 2011

Mari Menambah Kolestrol..


assalamualaikum..

hujan renyai di bumi duisburg..
alhamdulillah sejuk sikit rasa, sebab dah 2 minggu ni memang panas aje..huhuhu

mee ni sebenanye serba salah nak bgtau namanye..
MEE RACUN..heheh terkejut tak?
nak ditukar, susah gak pasal bukan saya yg menciptanya..
tapi memang bes rasa dia..memang 5 bintang saya kasik..hehehe
mana tak star-star, lengkap dlm ni, ada tulang lembu, udang, ayam, telur bagai..huhuhu
maka bersoraklah lemak2 di badan, kerana dapat adik angkat baru...muhahahah :P

terima kasih pada che iza penyumbang resepi, dan ika bangkok yg dah lama menyepi tuh..agak2 gi mana la ek...huhuhu
mintak izin tepek tepek di sini plak ek...:)

MEE RACUN
- by Che 'Iza dan di share oleh Ika Bangkok

Bahan-bahan
• 600 g mee kuning * saya guna spegeti
• 1/2 kg tulang kambing * saya guna tulang cik lem
• 1/2 inci halia ditumbuk
• beberapa ekor udang, boleh tambah ayam ker sotong ker
• 3-4 biji bawang merah dikisar
• 2-3 ulas bawang putih dikisar
• 4 sb lada boh
• 5 sb sos tomato
• 4 sb sos cili
• 1 sb gula
• 1 kiub ayam * saya gantikan kiub lembu :D
• 2 kelopak kobis * saya letak sawi
• sebiji tomato (dipotong baji)
• sedikit garam
• * saya tambah meatball - dipotong 4
• * saya tambah 2 biji telur
• sedikit serbuk lada sulah

Cara-cara
1. Rebus tulang dengan halia hingga empuk.
2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan n naik bau.
3. Masukkan lada boh, tumis hingga garing.
4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato n sos cili biar mendidih
5. Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam n serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis n tomato.
6. Masukkan mee.. Tapi den celur jer mee... Kuah tuang kemudian...(sama ngan saya)
7. Boleh letak telur kalu suker..
8. Sedia di hidang... Taburkan daun bawang n bawang goreng.

Saturday, April 2, 2011

Char Kueh Tiew..


assalamualaikum...

char kueh tiew ni kami start ketagih masa dok permatang pauh dolu..
zaman betul2 lepas kawen, sampailah izzah lahir di hosp bkt mertajam dan kami pindah ke kuantan masa izzah umur 10 bln..
char kueh tiew dkt simpang 4 permatang pauh tuh mmg terangkat betul di tekak kami..
tuh la antara bende2 yg dirindui selain pasar ramadhan di kubang semang yg panjang berjela2 tuh..hehehhe..

tak penah terpikir pon unt buat char kueh tiew ni di sini..
tp arituh member se'german', ana tayang char kueh tiew dia..
sangat simple, so versi yg tayang arini sebenanye dah kali ke 3 saya buat..
rasanye kali ni paling suksess..sebab before ni, kengkadang rasa cam kueh tiew goreng basah pon ada...hahaha :P
walaupon camtuh still tak puas ati, still nak rasa orang kaiserslauten buat sbb kompom mmg lagi bes..:D
time kasih ye ana, saya modified detailkan skit..hehe..izinkan saya share di sini..:)

CHAR KUEH TIEW
- sumber Ana@Life's Like That

Bahan-bahan

Kue tiaw - unt 3 org makan
kerang - saya x bubuh
6 ekor udang
cili besar - saya tukar dengan 1 sudu besar serbuk paprika
2 ulas garlic
sedikit daun kucai - dipotong
segenggam tauge - saya tak bubuh versi kali ni :P
2 biji telur
sedikit serbuk black and white pepper
sos tiram
light soya sauce
salts

Method:

1) Rebus kerang with serai. Bila dah masak, keluarkan kerang and kopek satu2..
2) Gaul udang dengan serbuk black and white pepper plus garam skit, and goreng. Angkat udang once cooked.
3) Blend cili besar and garlic, then tumis dlm minyak udang tadi smpai wangi.
4) Masukkan sos tiram skit, and soya sauce skit.
5) Masukkan sotong or kerang, and some water.
6) Bila mendidih, masukkan udang yg digoreng tadi, kucai, tauge, telur and kue tiaw. Kacau rata, tutup api. Oh ye, jgn lupekan garam ok hehe..

Wednesday, March 16, 2011

Meegi Goreng pon Sodap...


assalamualaikum..

ni entri makanan yg org kata tak bape berkhasiat kan..
so jgn le dibuat selalu..
tapi sapa la yg x suka meegi kan..
even izzah pon dah pandai jawab soklan saya 'nak makan ape ek arini?'..dengan jawapan 'meegi..!!'
lea coma pandai hangguk-hangguk kepala...hihihihihi
kat sini selalu makan meegi indon aje le..
tapi takleh lawan la rasa meegi Msia, ekspecially jenama Meegi tuh..
tapi dah x de nak buat camne kan, belasah aje le...heheheh :P

okehla layan ini resepii...

MEEGI GORENG
- by hajar@catatandarideutschland

Bahan-bahan
3 paket meegi - tak kisah jenama dan perisa apa
1/2 biji bawang besar - blend
2 biji bawang putih - blend
2 biji telur
sayur campur - optional
2 sudu sos tiram

Cara-cara
1) Rebus meegi dlm air mendidih, angkat dan ketepikan
2) Panaskan minyak, goreng telur cam nak buat scrambe egg tuh. Angkat dan ketepikan
3) Tumis bawang besar dan bawang putih blend sampai naik bau, kemudian masukkan sos tiram dan perencah meegi (saya pakai 2 paket perencah aje)
4) Masukkan sayur campur kalau mahu.
5) Masukkan meegi yg dah direbus tadi. Gaul sebati. Masukkan juga telur scrambe egg. Rasa la garam gula nya..Siap..

Monday, February 14, 2011

Mihun Goreng Singapore..


assalamualaikum...

resepi ni saya upload atas permintaan kawan..
saya pon servey-servey dr Internet..
rasa mcm banyak versi mihun singapore yg saya dapat..
saya pon dah buat 2 versi, cuma versi pertama yg saya cuba, mihun nya tak kaler putih sangat...tatau kenapa...tak dan nak study punca nya hahaha...:P

yg kali ni ok la gak, mihun nya dah pakai fair & lovely kot...
hahaha jus joking..
okehla unt kak suzi ekspecially, layaaannn ye...
p/s: kredit pada en fadzly yg snap gamba, ni masa makan-makan arituh, tukang masak nye dah tau nak makan aje, sampai lupe nak snap gamba...muhahaha

MIHUN GORENG SINGAPORE

- sumber dari Sofinar@MyResepi..thanks a lot, sedap resepi ni...:D

Bahan-bahan ( 10 orang makan )
• 1 bungkus bihun - direndam dulu
• 300g daging - dipotong kecil2 - saya pakai ayam boneless
• 3-4 keping fish cake - saya ganti dgn sosej
• sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis - saya pakai carrot dipotong mancis
• 3 sudu makan cuka - saya tukar jus lemon
• 6 ulas bawang putih
• 1 sudu makan lada hitam / lada putih - saya pakai lada hitam & lada putih serbuk aje
• 2 biji tomato - potong nipis jika suka - tak isi
• garam dan gula secukupnya
• cili api- potong nipis + kicap sebagai sos - x buat..hehehe

Cara-cara
1. lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
2. panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
3. masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawang putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
4. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Siap

Sunday, December 12, 2010

Crispy Egg Noodles..


assalamualaikum..

dah hari ahad..huhu kejap aje wiken..
kenapa la x dibuat weekdays tu 2 hari, weekend yg 5 hari..muhahaha..
esok dah back to normal..
then nak menunggu wiken kene la menempuh 5 ari yg 'agak-agak' membosankan itu..huhu

wiken depan kami tengah berkira-kira..
sbb isnin satu lagi tu besday izzah si makcik besar nih..
memula igt nak sambut satu famili aje..
dah slow talk ngan dia..
sbb isnin tuh mmg 'kene' sambut di kindergarten..
haha kalu di Msia no problem bab2 nih..sbb kedai kek melambak kan..
tunjuk aje kek yg bekenan..hanta ke taska..
tp nih kene la makcik tua nih berusaha siang dan malam...
stakat makan sendrik tuh insyaAllah la..
ni nk bagi kanak-kanak dan chekgu german dia nih makan..
uwaaaa mau sembahyang hajat 2, 3 malam...hahaha
tp smalam member seMalaysia kat sini ada buat besday party unt anak dia..
haha izzah apa lagi..belom sampai umah dah request itu-ini..
apalagi...nak BESDAY PARTY la..huhu..
hadoi hadoi migrain kepalo den...

okehla sebenanye nak share resepi brekpes kami semalam..
ye lah tajuk bukan main ek..
skali makcik nih dok bebel pasal lain plaks...
hahaha layan layaaaannnnn...

CRISPY EGG NOODLES
-sumber asal dr 3hungrytummies dan thanks pada kak hana yg berjaya membuat air liurku meleleh, lantas ke Asia Mart secepat kilat unt carik Egg Noodles ini..haha..

Bahan-bahan
• 2-3 ikat dry egg noodles
• 2 ekor udang galah besar - belah tgh@bleh guna daging - hana gune udang biasa
• 1 inci halia - hiris
• 2 ulas bawang putih - cincang
• sayur kailan atau sawi - potong
• 2 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar kicap cair
• setitik minyak bijan
• 1.5 cawan stok ayam - hana campur air+kiub ayam
• 1 biji telur - kocok
• serbuk lada sulah
• tepung jagung utk pekatkan kuah

Cara-cara
• Rebus mee hingga lembut kemudian basuh dgn air sejuk dan toskan. keringkan sekejap. Panaskan minyak. Goreng hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
• Kuali lain, panaskan sedikit minyak.. masukkan bawang putih dan halia. tumis hingga naik bau. Masukkan sos tiram, kicap, minyak bijan, lada sulah dan stok ayam. Masukkan pula udang dan sayur kailan@sawi. Biarkan sebentar hingga masak. Toskan sayur dan udang utk mengelakkan terlebih masak dan letak di atas mee. (hana tak toskan pong..akceli malas! hihi- sama la ngan saya..ikut master la katekan hihi)
• Kecilkan api, bancuh tepung jagung dan juga sedikit air. Kacau. Kemudian masukkan telur. Siramkan kuah ke atas mee dan sayur serta udang tadi. Hidangkan dengan chili/lada jeruk.

Nota: gamba di atas tuh dah x nampak noodles nye..dah tenggelam dek telur yg mengganas..saya bubuh 2 bijik hahaa..bedolat chekgu..ampunn ampunn..:D

Monday, November 15, 2010

Mee Bandung Versi Duisburg..


assalamualaikum sumer...

Selamat Hari Raya Haji..

mm raye aji kami x de yg sepesel..daging pon masih di Basken (di kedai x beli lagi la tuh hahah..) honestly speaking tatau la beli ke tak, sbb en husben pon bizi di lab n izzah pon tatau nak amek cuti ke x..huhu

okeh la..biasa la weeken masak yg sepesel2 sket haha (sepesel ke..?? :P)
dah lama nak makan mee bandung..arituh pegi umah kawan, dia buatkan la..sedap2 tp agak pedas bagi makcik mengada nih (saya la tuh hehe..)
mengada sangat kan..so buat sendrik le..
nak kata jadik tuh..huhu...tah le..so-so la kot..

teringat lak makan mee bandung dkt jelebu dolu..ngan geng-geng lama..:(
sob sob sob..

oh ye supposely jadik spegeti bandung sbb saya tukar mee dgn spegeti..nak pakai mihun pon bule, mee meegi pon bule..tp meegi saya sayang sbb stok terhad..hehe

thanks to MyR atas resepi yg bes ini, tapi saya C&P dr Ika Bangkok..tankiu muah2

MEE BANDUNG DAGANG

Bahan-bahan
• 500g udang kering segar (saya amek segenggam setengah aje)
• cili untuk menumis
• gula pasir
• bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
• bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
• mee kuning 1 peket (spegeti agak-agak bape tekak nak makan hehe)
• sotong basah (saya tukar udang sorang 2 ekor)
• telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
• Sayur sawi 2 ikat
• tauhu goreng 5 keping
• garam
• air untuk kuah (Yg ni kita ikut cara akak ipar kita guna air rebusan daging then masukkan paste)
• 5 biji tomato segar (saya pakai sebijik tp tomato besa gedabak)
• minyak untuk menumis
• daging (optional) (smalam pakai daging cincang)
• Bawang goreng

Cara-cara
1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili (yg unt pes).
2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
4. Cuci mee kuning dan toskan
5. Potong sayur sawi dan tomato

Untuk memasak perencah mee bandung:
6. Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.

Untuk memasak mee bandung:
9. Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
14. Makan semasa panas
15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

Nota: saya x campurkan spegeti ke dalam kuah. rebus spegeti asing, n masa nak makan baru letakkan kuah di atasnye..:)