Showing posts with label Frühling / Spring. Show all posts
Showing posts with label Frühling / Spring. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Bunga Kuning yang Jadi Minyak Masak..

assalamualaikum...

Lautan Bunga Canola Raps yang menguning... Subhanallah

 
 

Bunga ni biasanya menguning bulan April, time awal2 musim bunga..



macamana dr bunga boleh jadi minyak masak?

Actually bukan bunga nya tapi bijinya yang diproses menjadi minyak masak :)


Apapon, Canola Oil atau Rapsöil (dalam bahasa Jerman) merupakan sumber ketiga terbesar minyak masak berasaskan tumbuhan di dunia, selepas soybean dan minyak kelapa sawit.


Juga dikatakan, Rapsöil ni rendah kandungan lemaknya dan mengandungi Omega-6 dan Omega-3 fatty acids dalam ratio of 2:1


Selain digunakan untuk jadi miyak masak, pokok Rapeseed ni juga diproses menjadi makanan haiwan dan biodisel. Ladang Canola Rapeseed ni boleh didapati di European Union, Canada, USA, Australia, China dan India.

Sebenarnya saya pon tak tau fakta ni sebelum ni, walaupon kami kat Germany ni mmg pakai minyak ni untuk masak. Kami pakai pon sebab harganya lebih murah dr Sunflower Oil, Minyak Jagung ataupun Minyak Zaitun.. 1 botol 1 liter ni hanya €1.29 sahaja hehehe...

Sumber artikel dan beberapa gambar dari Wikipedia

Posing berempat.. eh eh mana Zayd?


okey, skarang dah ada anak lanang saya yang sorang ni hihihi... :P


close up gambar bunganya ek...

 

Sebenarnya bunga ni berbau tau. Harum la jugak.. eh harum ke ek? mmmm yang penting mmg berbau la.. tapi paling ketara, warna kuning dia melekat kat baju hahahaha.. :P
time kasih en husben yang sudi melayan karenah isterimu ini.. hihiiih

dan lastly, lautan bunga kuning ni dari highway.. cantik sangat sangat :)

Wednesday, April 16, 2014

Sakura Germany Super Duper Lawa di Bonn...

assalamualaikum....

dah ujung2 dok germany ni baru tau ada tempat super duper lawa kalau nak tengok Sakura.. hahaha
nasib kami baik, ada kawan duduk Bonn yang selalu lalu di jalan ni, so dia lah informer tak resmi kami hahaha.. :P
time kasih Abang Mael & Zura :D

actually, saya tau dari taun lepas, tapi masa tu musim sakura dah abis..
untuk info, sakura ni tak lama kembangnya tau..
dalam masa beberapa hari pon dah nampak bezanya.. huhuhu
Europe ni Musim Bunganya dalam April - Mei, sakura ni biasanya kembang awal dari Tulips..
tapi kadang2 susah jugak nak agak bila full bloom nya sebab cuaca sekarang tak menentu huhu..

cuma satu je yang kurang syioknya, laluan ni kenderaan boleh lalu, so kalau nak gambar kat tengah2 jalan kena hati2 la.. huhu

dari jalan besar, macam masuk dalam satu dunia lain yang penuh indah.. :)


amacam cantik tak? Subhanallah.. saya kalau tengok tempat lawa camni, selalu pikir, macam manalah agaknya cantik Syurga tu kan?







Sakura yang dah berguguran, kami pegi time full bloom so tak banyak la kelopak2 dia kat jalan :)


Ada aktiviti melukis untuk kanak2 masa ni.. cantik2 hasil yang derang lukis :)

 

Us.. alhamdulillah dah berlima :D
 


Wednesday, April 2, 2014

Munga Munga Munga...

assalamualaikum..

Dah masuk Spring atau Frühling kata orang Jerman..
Musim munga yang munga ada di mana-mana..
Sampaikan munga kecik melata seketul tepi jalan pon saya belek.. hihihi



  

 




Monday, July 1, 2013

Kenangan Frühling / Musim Bunga 2013..

assalamualaikum...

sekejap je kan dah berlalu separuh tahun 2013..
saya nak kongsikan gambar2 kenangan masa musim bunga yang lepas..
rata2 Europe mengalami musim sejuk yang luar biasa tahun ni, iaitu lebih lama dr tahun2 sebelum ni..
jadinya musim bunga dah jadi pendek, banyak bunga kena timpa seleji macam di entri saya sebelum ini di SINI..
dan taman mini dekat umah jiran kami yang pada tahun2 sebelum ni lawa berkembang tulipnya macam saya penah publish di SINI, tahun ni tak jadi tau..syedih giler sob sob sob...

so layan je la beberapa keping gamba yang sempat saya snap ni..

bunga cintan cintun siap ada lap lap lagi hihihi

sekali imbas bunga ni tak jauh beza dr bunga2 yang lain kan..

tapi tengok ni belah belakang bunga ni.. tajam2 hihihi...

dan bunga ni masa dia kuncup...pemalu abis hihihi...

antara bunga pelik yang saya jumpa sejak dok europe :)

  

Monday, June 3, 2013

Segmen Khas: Cherry Blossom atau Sakura...

assalamualaikum...

sempena memperingati Frühling (Musim Bunga) sesi 2013 yang lepas, saya nak kongsikan dari lens amatur saya, Cherry Blossom atau jugak femes dipanggil Sakura..
kalau ikutkan German Wikipedia, orang2 sini panggil Japanische Kirschblüte...hehehe





 
 





Monday, April 22, 2013