Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

PTPTN - 10% Diskaun..


assalamualaikum...

masih ingat Bajet 2012 tahun lepas pasal PTPTN ni?
saya penah menulis di SINI dulu, berkenaan diskaun 20% dan 10% kepada yang layak..

of kos lah 20% tu saya tak layak (untuk yang bayar abis pinjaman mereka).. so selama setahun ni saya mmg fokus untuk dapatkan 10% tu..

secara ringkasnya,  diskaun 10% ni diberikan kepada pembayar yang bayar ikut amaun yang ditetapkan oleh PTPTN selama setahun, bermula Oktober 2012 - Oktober 2013..
macam kes saya, saya kena bayar RM360 sebulan so kalau saya dapat bayar elok tanpa miss (lebih bayar takpe, kurang takleh ek...), so November 2013, saya akan dapat la diskaun 10% ni...
dan kita tak perlu buat permohonan sbb dia akan automatik rebatkan terus dlm akaun PTPTN kita (bukan dapat dlm bentuk duit)...

untuk lebih detail tentang ni, boleh klik di SINI, mereka ada keluarkan FAQ, 18 soalan yang berkaitan dengan isu ini...

selama ni dok ingat 10% tu dr total pinjaman, so berangan la dlm kepala, berapa ribu aku leh dapat less ni...
rupanya...
10% dari TOTAL BAYARAN BALIK selama setahun tu tau... hua hua hua..
(patutlah dok pikir, takkan la PTPTN baik ati sangat kan...gegegegge :P)

so dalam kes saya, RM360 x 12 bulan =  RM4320
less 10% = RM431.99 

ok lah kan dr takde langsung... huhuhuhu...
apapon alhamdulillah November ni dah dapat pon diskaun tu...



(jgn terkejut baki saya masih ada RM42k ++, sbb total pinjaman saya hampir RM100k)

so bagi kawan2 yang terlibat, sentiasa cek penyata anda..
kalau ada apa2 pertanyaan, call je derang (walau saya paling maleh bab ni huhuhu)...
walau kadang2 jawapan mereka menyakitkan hati, walau kadang2 jawapan mereka buat kita lagi tak paham, walau kadang2 jawapan mereka sterotype 'Puan jangan bimbang, kami akan selaraskan kemudian'... hua hua hua :P

Wednesday, October 24, 2012

PTPTN - 10% Diskaun bagi Pembayar Konsisten..

 
 assalamualaikum...

topik PTPTN, kalau ikut maleh nak nulis tp share aje la mana tau ada yg berminat untuk tahu..

kalau perasan, Buget 2013 yg lepas, ada disebut pasal PTPTN. berkenaan diskaun 20% bagi yg lunaskan semua pinjaman (maleh nak komen bab ni sbb saya mmg tak mampu nak lunaskan) dan berkenaan 10% diskaun bagi pembayar konsisten.

2,3 hari lepas, ada email dr PTPTN, maklumkan nama pegawai yg handle akaun kita. so kalau ada apa2 kemusykilan, boleh email direct pada dia. dan sekiranya pegawai tersebut tak respon dlm masa 7 hari, kita boleh buat aduan (wallahua'lam akan ada tindakan ke tak). so semalam saya email ke pegawai terbabit dan alhamdulillah hari ini dah dapat jawapan.. (walaupon dia tak menjawap sepenuhnya pertanyaan saya)

berkenaan 10% diskaun tu, boleh baca FAQ di SINI, dari website PTPTN

dr apa yg saya faham:

1) untuk validkan kita dapat diskaun tu, MESTI bayar ikut jumlah bulanan yg ditetapkan (kes saya RM360 sebulan) selama 12 bulan BERTURUT-TURUT mulai 1 OKTOBER 2012

2) kalau bayar lebih dr amaun takpe, kurang tak boleh, baca: TAK LAYAK (walaupon konsisten)

3) diskaun akan dibayar mengikut PELARASAN SEMULA akaun, selepas habis tempoh 12 bulan tu (bukan duit tunai ek hehe)

4) pembayar konsisten before 1 Oktober 2012, TAK TERMASUK dlm diskaun ni. hanya pembayar konsisten BERMULA 1 Oktober 2012 sahaja yg layak.

5) pemberian diskaun 10% tiada had. (ni tak berapa paham). macam leh dapat sekali setiap tahun,  asalkan kita konsisten, sampailah abis utang..wallahua'lam


Thursday, April 19, 2012

PTPTN - Kalaupon Anda Tidak Menyokong..

assalamualaikum...

*ni entri luahan perasaan so maafkan saya kalau terkasar bahasa*

Kalaupon anda tidak menyokong pada FREE EDUCATION (atas sebab apa pon), tolonglah jangan buat statement kepada peminjam2 PTPTN spt di bawah ini:

1) Awak jugak yg sain aggreement dengan senyum di bibir
2) Dah tau ada caj perkhidmatan, tp terima jugak. skarang pandai nak komplen
3) Kalau taknak berhutang, tak payah la pinjam
4) Peminjam pinjaman pendidikan lain (Yayasan, MARA dll) pon kene bayar, macamlah korang je yg kene tanggung hutang..
5) Dulu masa dapat, bermewah2..tak beringat...skarang?

dan lain lain statement pendek akal yg tak dapat nak dinyatakan di sini...

tahukah anda...

Saya meminjam dengan PTPTN unt pengajian degree selama 4 tahun, di MMU..setahun 16k so semuanya 64K dan termasuk caj perkhimatan (masa tuh 4%) JUMLAH 96K

Saya terpaksa membayar balik RM400 selama 20 tahun, yg mana RM160 hanya unt caj perkhidmatan!

Selepas ujrah 1%, ansuran bulanan saya ialah RM360, yg mana caj perkhidmatan ialah RM59 selama 11 tahun dari sekarang.

Saya pernah bayar 1.4k sebulan selama 5 bulan berturut2 kerana hampir di blacklist (sbb ada tunggakan 5k), memandangkan saya nak ikut suami ke oversea, so takut apa2 hal jadi nanti susah..

dan

1) Saya tak pernah sain dengan senyum tp apalah budak berumur 18 thn yg berasal dari kampung tahu? Saya bukan anak orang senang yg famili mampu sponsor bulanan..

2) saya juga bukan scorer unt layak dapat mana mana biasiswa (setahu saya masa itu pinjaman/biasiswa Telekom hanya diberikan kepada anak anak Telekom dan SPM bawah agreget 10)

3) Yuran belajar saya di MMU pernah mencecah 13k setahun, so saya cuma ada 3k unt bayar hostel dan duit belanja. Mewah?? Tolonglah, mungkin ada budak IPTA yg boleh buat camtuh tp BUKAN SAYA..

4) yes mmg saya alert dengan caj itu tp apa pilihan yg saya ada? perlu ke saya berhenti dr MMU serta merta? kemudian tunggu je nasib kalau dapat panggilan dr IPTA (pendaftaran MMU awal dr result IPTA) sedangkan saya tahu peluang sangat limited, dan saya bukanlah pelajar cemerlang SPM? bekerja sambilan unt tampung 13k yuran pengajian saya?

5) Jumlah peminjam PTPTN adalah yg paling banyak di Msia, dan caj perkhidmatannya adalah paling membebankan antara yg lain...ada sapa nak argue bab ni??

6) Saya takde pilihan selain dr MMU masa itu, kerana saya dah membayar yuran 1k lebih dan kemudian baru tahu dapat pilihan yg saya langsung tak pilih di IPTA..

saya menulis bukan unt komplen, kerana saya sedar diri saya meminjam dan saya sangat komited membayarnya (tunggakan kerana awal2 dulu bayar tak cukup RM400 kerana gaji kecik dan penah tak keje)..skarang ni pon walau coti tak bergaji, PTPTN saya still saya lunaskan...

jadi kepada semua yg menulis di FB ayat2 pendek akal di atas, tolonglah hentikan kerana saya dan ramai lagi peminjam PTPTN sangat terguris membaca nya..mungkin anda tak kena macam kami atau anda tak baca habis pasal free education tuh tp nak menentang, walla hu a'lam..

dan pada kengkawan IPTA yg hanya bayar RM100 sebulan, tolonglah komited dengan bayaran anda..kerana nasib saya jauh lagi teruk dr anda..
dan jgn kerana anda, orang2 yg komited bayar beratus2 tiap2 bulan tp ada tunggakan kerana masa lampau menjadi mangsa ugutan surat blacklist itu (spt saya)...

So soalan nya, adakah PTPTN ini tidak membebankan??
ANDA NILAIKAN SENDIRI...