Showing posts with label Istanbul. Show all posts
Showing posts with label Istanbul. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Istanbul - Grand Bazaar & Spice Bazaar...

assalamualaikum...

rasanya entri terakhir untuk Istanbul.. hehe...

kenapa letak bab shopping di entri terakhir?
sebabnya shopping bukanlah priority kami... keh keh keh..
nampak saje kami ni berjalan sana sini, tp jgn tak caya biasanya kami hanya beli 1,2 Fridge Magnet dan kadang2 saya suka beli Tshirt (sbb t shirt boleh pakai) atau lukisan pemandangan..
beli benda2 yang hanya letak dlm almari, terasa membazir pulak (ni pendapat saya tau..hehehe :P)

Spice Bazaar
Juga dikenali dengan nama Egyptian Bazaar, dibina pada tahun 1664.
Lebih kepada menjual rempah ratus, teh bermacam2 perisa, manisan manisan Turki dan buah buah kering, bermacam2 jenis kacang dll.. ada jugak FM dan barang2 lain tp tak banyak..
Lokasi berdekatan  Eminönü dan New Mosque (Yeni Cami). so boleh sekali harung aje... hehehe

 




teh pelbagai perisa..

buah buahan kering dan kacang2...
 


kasut dan lampu Aladdin pon ada hehehe... :P



set minum teh, cantik2...


dr Spice Bazaar, kami berjalan kaki ke Grand Bazaar.. jauh rupanya huhu.. nasib baik tak sesat


Grand Bazaar
Merupakan antara bazar bertutup yang terbesar dan tertua di dunia, dengan 61 jalan bertutup dan 3000 kedai, ada sumber lain mengatakan 5000 kedai (wow!)
Pembinaan bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mehmet II (Sultan Fatih) pada tahun 1455. Menjadi trading centre yang penting sejak 1461. Dibesarkan pada kurun ke 16 sewaktu pemerintahan Sultan Süleyman.
Dibuka Isnin - Sabtu dari pukul 9.00 pagi - 7.00 malam.  Ahad dan bank holiday tutup ye kengkawan... :)
Sumber dari SINI dan SINI


Ada 4 gate di Grand Bazaar ni, so akan jadi masuk sini dan keluar sana..hihihihi :P

salah satu gatenya, sumber dari SINI


Mempunyai banyak section mengikut jenis barang yang dijual. Contohnya bahagian kapet,  bahagian kulit, jewellery dll.


antara cenderahati yang boleh dibeli..


 

map Grand Bazaar

lampu2 yang sinonim dengan Istanbul.. cantik2 hehehehe


Pashmina bergantungan (tp mahel huhu)



actually Grand Bazaar ni mmg grand dr segi regenya..
mmg saya advice tak payah la beli di sini.. hahaha
kami mmg touch n go aje, tangkap gamba lebih kurang pastu zaaassss...
better kalau nak carik FM, beli di jalan besar, dekat laluan tram (dr stesen Beyazit ke SultanAhmet). lagi murah2 hehehe...

sebagai penutup, saya mmg advice semua untuk pegi Istanbul ni. honestly dalam banyak2 tempat yang kami pegi, trip ke Istanbul ni paling bermakna dan paling bes bagi kami (nyesal tak pegi awal2 huhuhu)
bagi yang duduk Europe, rasanya baik pegi dari sini sbb lagi murah berbanding pegi dari Malaysia..

dan akhirnya, saya sertakan link perjalanan kami untuk rujukan sesiapa yang berkenaan:
1) Eyüb Mosque, Masjid Penuh Syahdu
2) Dolmabahçe Palace & Mustafa Kemal Atatürk
3) Blue Mosque, Masjid Paling Gelemer di Istanbul
4) Istanbul, Syurga Makanan
5) Hagia Sophia & Topkapi Palace
6) Istanbul, Sejarah Silam, Selat Bosphorus & Fatih Mosque
7) Istanbul, Basic Info yang Perlu Anda Tahu
8) Süleymaniye Mosque, Masjid Paling Grand di Istanbul











Friday, August 30, 2013

Istanbul - Süleymaniye Mosque, Masjid Sepesel...

assalamualaikum...

Süleymaniye Mosque berdiri megah di puncak bukit (view dari Galata Bridge)


apa yang sepesel sangat tu ek? hehehehe...


Süleymaniye Mosque atau Süleymaniye Camii (bahasa Turki) atau Sulaiman Mosque (nama mudahnya) merupakan satu satunya Masjid yang kami jumpa, ada air suam untuk wuduk...
tidak di Blue Mosque, tidak di Fatih Mosque, tidak di Eyüb Mosque dan juga tidak di beberapa masjid kecil yang kami singgah..
hummmm meibi bagi sesetengah orang, tak berapa penting tapi bagi kami yang urlaub time Winter (Disember), akhirnya dapat wuduk dengan air suam saaaangggaaattlaaahhh bahagieeee hehehe...

tempat wuduk dan toilet yang proper, mmg berbeza dr Masjid2 lain di Istanbul (yang biasanya perempuan amik wuduk kat toilet).. ada sesetengah Masjid, saya terpaksa ambik wuduk di tempat lelaki (tempat wuduk terbuka) sbb toilet pompuan dah tutup.. huhuhu..
cumanya pesen Masjid di Istabul ni, semua toilet dan tempat wuduk di luar bangunan utama Masjid ye kengkawan..
lain pesen dr stail kat Msia tu hihihi...


Masjid yang terbesar dan ter grand di Istanbul, terletak di atas bukit berhadapan  laut Golden Horn yang di atasnya ada Galata Bridge, pusat orang ramai Eminönü (tempat makan burger ikan 5 lira), New Mosque (Yeni Camii) dan dekat jugak dengan Grand Bazaar .


cabaran utamanya ialah BUKIT!! so bersedia lah untuk climb ke atas (bayangkan anda turpaksa jalan kaki naik bukit dr bawah) tapi bila dah sampai, mmg berbaloi baloi :D

Süleymaniye Mosque ni dibina atas arahan Sultan Süleyman (Süleyman the Magnificent). Mula dibina pada tahun 1550 dan siap pada 1558. Menggabungkan elemen senibina Islam dan Byzantine. Mempunyai 4 menara, dan kompleks masjid ini mengandungi 10 dewan solat (cami) dan halaman (avlu), kompleks masjid juga termasuk suatu caravanserai, sebuah dapur awam (imaret) yang membekalkan makanan ke fakir miskin, sebuah hospital (darüşşifa), empat sekolah Al Quran, sebuah sekolah pakar untuk pengajian hadith, dan sebuah rumah mandi (hamam).

Replika kecik Süleymaniye Mosque di Miniaturk



Pernah musnah dibakar api pada tahun 1660, kemudian sebahagiannya musnah dek gempa bumi pada 1766, sewaktu Perang Dunia Pertama, ia menjadi gudang senjata dan terbakar lagi. Sehinggalah pada 1956, barulah masjid ni betul2 elok balik..huhuhu...

Bahagian dalam, mmg paling cantik antara banyak2 masjid di Istanbul. Hasil dari ke genius an arkiteknya Mimar Sinan

  

di sebalik kayu berukir ni adalah tempat solat perempuan. kelihatan jugak tempat kasut :)


kami di ruangan pelawat. disebabkan masjid2 ni terbuka untuk semua (muslim atau non muslim), ada ruang khas untuk pelawat yang terletak di antara tempat solat lelaki dan perempuan. dan ada Abang Jaga yang sedia berkawal :)


view sekitar. kami tak sempat menjelajah abis pong..huhuhu

 

oh ya, di dalam kawasan komplek masjid ni jugak ada gerai2 makan dan kedai2 jual Pashmina. siapa minat pashmina, boleh borong di sini. saya dapat paling murah hanya 10 lira, benda yang sama di Grand Bazaar jual 20-25 lira - take it or leave it style (nak beli ambik, tanak sudah hehehe)

so untuk sesiapa yang nak jenjalan ke Istanbul, jgn lepaskan peluang untuk ke Süleymaniye Mosque ni. sebab biasanya sebut Istanbul, orang akan pegi Blue Mosque tp personally saya lebih prefer Suleymaniye Mosque ni...hehehehe

Untuk rujukan sesiapa yang berkenaan:
1) Eyüb Mosque, Masjid Penuh Syahdu
2) Dolmabahçe Palace & Mustafa Kemal Atatürk
3) Blue Mosque, Masjid Paling Gelemer di Istanbul
4) Istanbul, Syurga Makanan
5) Hagia Sophia & Topkapi Palace
6) Istanbul, Sejarah Silam, Selat Bosphorus & Fatih Mosque
7) Istanbul, Basic Info yang Perlu Anda Tahu


Tuesday, July 30, 2013

Masjid di Europe..

assalamualaikum...

entri ini ditulis untuk memberikan info berkenaan Rumah Allah yang sempat saya pergi masa berjalan2...
alhamdulillah, nak mencari Masjid di Europe ni tak sesusah mana. Kalau dlm German ni, banyak jugak, sebab ramai Muslim terutamanya orang2 Turki di sini..
cumanya kadang2 Masjid di Europe ni takde lah sebijik macam di Msia tu, kadang2 simple je dlm bangunan..
asalkan namanya Masjid, ok aje kan.. janji dapat iktikaf dan sunat Tahiyat Masjid di situ.. :)

1) Merkez Moschee, Duisburg, Germany
pes skali mestilah masjid di bandarku kan..hihihi...

Merkez Mosque ni di bawah seliaan Muslim Turki
kalau ikutkan sumber dari Wikipedia ni, masjid ni merupakan yang ke 4 terbesar di Germany dan boleh memuatkan maksimum 1200 orang pada satu2 masa..
tempat parking kereta yang luas dan lokasi masjid ni dekat dengan Autobahn (highway) tp jauh skit dr bandar Duisburg


cantik kan hiasan dalaman nya :)

 

Addressnya Warbruckstr. 51, 47169 Duisburg, Germany dan untuk lebih info, boleh klik websitenya di SINI (tp dalam bahasa german hehehe)


2) Ali Mosque, Duisburg, Germany
masjid yang en husben selalu pegi untuk Solat Jumaat (saya penah kongsikan di SINI). Masjid Morocco dan terletak di kawasan perumahan yang majoritinya Muslim di Hochfeld, Duisburg.

 

Addressnya Antonienstraße 29, 47053 Duisburg, Germany


3) The Cologne Central Mosque, Köln, Germany
masa kami pegi ni (Mac 2013), tak siap lagi (walau dr luar macam dah siap kan hehehe)..
agak jauh jugak dr public transport (masa tu kami naik tren / tram), nasib baik derang ada sediakan tempat solat sementara tp kena lalu tempat parking untuk masuk ke situ..
Masjid ni di bawah penyeliaan Muslim Turki dan kalau siap sepenuhnya, akan menjadi salah satu masjid yang terbesar di Europe :)


Addressnya Venloer Straße 164‎, 50823 Köln, Germany dan kalau pakai GPS koordinatnya
50°56′44″N 6°55′42″E
Boleh klik lebih lanjut di SINI

oh ya, di pusat bandar Frankfurt pon banyak masjid tau, dekat2 dengan Hbf (stesen utama pengangkutan awamnya). saya tak sharekan sbb tak tangkap gambar dan tempat solatnya biasanya simple2 aje (ada yang tak ada tempat solat untuk perempuan so kena tanya orang sekitar). kalau nak masjid yang besar di Frankfurt, boleh rujuk link di SINI ye :)

dan untuk list penuh Masjid2 di Germany (mengikut negeri), boleh klik di SINI jugak- sumber Wikipedia



4) The Great Mosque of Brussels, Belgium
Masjid tertua di Brussels, terletak di Cinquantenaire Park. Dibina pada tahun 1880 mengikut Arabic style.
Pada tahun 1967, King Baudouin (Belgian King), menghadiahkan Masjid ini kepada King Faisal ibn Abd al-Aziz, Arab Saudi semasa lawatan rasmi baginda ke Belgium.
Sekarang, selain digunakan untuk solat, masjid ini juga berperanan sebagai sekolah dan Islamic research centre :)

 

Addressnya Parc du Cinquantenaire 14, 1000 Bruxelles, Belgium dan koordinat GPS ialah 50°50′36″N 4°23′16″E


5) Mevlana Mosque, Rotterdam, Netherlands (Belanda)
Serve mainly untuk Muslim Turkish-Dutch. Dibina pada tahun 2001dan pernah di vote sebagai Rotterdam's most attractive building pada tahun 2006. Lokasi dekat dengan public transport dan tempat parking yang luas. saya pernah kongsikan di SINI dahulu :)



Addressnya Mevlanaplein 1, 3022 EP Rotterdam, Netherlands


6) AyaSofya Camii, Amsterdam, Netherlands
Kecik dan comel aje masjid ni. Rasanya penubuhannya lebih kepada untuk komuniti setempat (sbb dalam kawasan perumahan). Ada sebuah kedai barangan keperluan di sini. Sori, address tak jumpa plak kat Internet hehehe... tp jgn risau, di Amsterdam banyak masjid so boleh google mana yang terhampir dgn anda :) 


oh ya, untuk review tak professional saya berkenaan Masjid2 di Istanbul, Turki (sbb Turki ni dikira Europe jugak kan hehe), kengkawan boleh klik link di bawah ni ye :)
1) Masjid Fatih, Istanbul
2) Blue Mosque, Istanbul
3) Eyüb Mosque, Istanbul
4) Suleymaniye Mosque, Istanbul - tak dan nak nulis lagi hahaha :P
5) Zeyrek Mosque, Istanbul - masa tu tgh tutup sbb renovation huhuhu :(


semoga sedikit info ni dapat menolong bagi sesiapa yang memerlukan. tak berniat nak menunjuk or apa, cuma sebenarnya, dulu kami biasanya solat di hotel je kalau melancong, sbb ingatkan susah nak carik masjid. sayang kan? selepas nampak sorang kawan di FB sharekan gamba2 masjid yang dia dah pegi, barulah saya terdetik hati dan rasa menyesal pon ada..huhuhu.. so selepas tu, barulah saya gugel dan sedar rupanya banyak betul masjid di Europe ni, dan berusaha untuk spend sedikit masa kami untuk cuba carik rumah rumah Allah ni.. (penah carik Masjid di Strassbourg, France tp salah address huhuhu)...


Sunday, March 3, 2013

Istanbul - Eyüb Mosque yang Penuh Syahdu..

assalamualaikum..

kembali ke entri Istanbul, kali ni saya nak share pasal Masjid Eyüb..
Masjid yang dibina di maqam salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abu Ayyub Al Ansari..

Siapakah Abu Ayyub ini?
Nama sebenar beliau ialah Khalid ibn Zayd ibn Kulayb
Beliau merupakan salah seorang kaum Ansar di Madinah, yang mana rumahnya telah dipilih oleh unta Rasullah dan Rasulullah menumpang di rumahnya selama 7 bulan selepas peristiwa Hijrah.


Merupakan seorang Muslim yang tidak pernah miss menyertai peperangan semasa zaman Rasulullah sehinggalah ke zaman Muawiyyah, kecualilah clash antara satu perang dengan perang yang lain. Hebat bukan?

Beliau sudah lanjut usianya (dikhabarkan 80 tahun usianya, ada yang berkata 98 tahun) semasa menyertai peperangan tentera Islam membebaskan Costantinople. Semasa beliau jatuh sakit, Yazid anak Muawiyyah yang mengetuai peperangan itu bertanya sekiranya beliau perlukan apa-apa. dan beliau menjawab: "Sampaikan salamku kepada tentera Islam dan katakan Abu Ayyub menggesa mereka berjuang sejauh mana yang mereka mampu. Bawalah aku bersama dan kebumikanlah aku di bawah dinding Kota Costantinople" (Ada sumber mengatakan, beliau ingin dikebumikan di bawah kota Costantinople kerana ingin mendengar tapak kaki tentera Islam dan siapakah Sultan yang hebat yang berjaya menakluk Costantinople itu, seperti yang telah disebut oleh Rasulullah)

Selepas beliau meninggal dunia, tentera Islam bersungguh2 mara hingga ke Kota Costantinople dan mengebumikan jenazah beliau di situ.

Sehinggalah Costantinople berjaya dibebaskan oleh Sultan Mehmet II (Sultan al Fatih), dan menjumpai maqam Abu Ayyub ini. Dikhabarkan, jenazahnya masih elok semasa dijumpai dan semua tentera Islam mengambil kesempatan mencium kaki Abu Ayyub. Namun, semasa giliran Sultan al Fatih, kaki tersebut tiba2 masuk ke dalam tanah. Berdasarkan sumber, Abu Ayyub merasa malu dan hormat kepada Sultan al Fatih dan baginya, beliau tidak layak dicium kakinya oleh seseorang yang terhormat seperti Sultan al Fatih itu.
Sumber dari SINI, SINI dan SINI


di sinilah maqam beliau, mmg sayu rasa hati semasa kami menziarahi pusaranya

Kemudiannya, sebuah masjid dibina oleh Sultan al Fatih bersebelahan maqam tersebut selepas 5 tahun Istanbul berjaya ditakluki. Dikhabarkan, masjid ini menjadi tempat tradisi bagi setiap Putera Kerajaan Uthmaniyyah menjalankan upacara pertabalan rasmi mereka (girt with the Sword of Osman)

Kawasan luar Masjid Eyüb

Perkarangan Masjid

Dalam Masjid (Bahagian Lelaki). Maaf saya ambik sumber dari Google je sebab fotographer masa tu ketar tangan hehehe...
sumber dari SINI, SINI dan SINI 

Bahagian Muslimat

kucin ada di mana2 di Istanbul ni hehehe...

Kuasa Allah, tak tahu kenapa saya tak terjenguk ke kawasan Muslimin solat. Rasa ralat dan sedih sangat lepas tu huhu..tambah2 bila nampak hasil gamba yang gegar (hehe sori en husben :P)
Mungkin dipengaruhi rasa sejuk sangat cuaca ketika itu (time winter dan kami sampai di situ dah gelap), dan mencabar jugak nak ke Eyüb Mosque ni, disebabkan kena naik bas (bukan kawasan pelancongan so tren takde)..
dan oh ya, kebanyakan Masjid di Istanbul tak ada air panas tau. so berwuduklah kami dalam keadaan udara sekeliling yang sangat sejuk dan menggunakan air sejuk seperti ais itu.

dan selain tiada air panas, kekurangan masjid-masjid di Istanbul ialah bab toilet dan tempat muslimat berwuduk. Kebiasaannya, tempat wuduk di tempat terbuka jadi wanita perlu berwuduk di toilet. dan kebanyakan masjid yang kami pergi, toiletnya tutup time malam (bukan malam sangat pon tapi winter kan kol 4 lebih dah magrib so dah dikira malam). dan toiletnya di luar masjid so lepas ambik wuduk, kita kena pakai balik tudung hehe..

dan rasanya di Eyüb Mosque ni ada bukit, so bolehla sesapa nak menikmati pemandangan. Kami? dah gelap gulita dah masa tu, meraban2 carik bas so dah dapat sampai ke masjid tu pon dah syukur alhamdulillah sesangat...hehehe..










Wednesday, January 30, 2013

Istanbul - Dolmabahçe Palace & Mustafa Kemal Atatürk..

assalamualaikum..

Dolmabahçe Palace, merupakan pusat pentadbiran utama Kerajaan Uthmaniyyah di Istanbul dari tahun 1856 sehingga 1922. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdülmecid I 

Juga merupakan kediaman rasmi Sultan dan keluarganya, menggantikan Topkapi Palace, yang ketinggalan dari segi luxury dan style (huhuhu).
Rekabentuk yang lebih Western dan moden berbanding Topkapi Palace.
Hiasan Dolmabahçe Palace ini lebih kepada kristal dan emas, manakala Topkapi Palace lebih kepada hiasan tradisional (jubin dan ukiran)
Pengunjung pula perlu menggunakan Guided Tour (free of charge) di dalam bangunan Dolmabahçe Palace tetapi bebas merayau2 sesuka ati di Topkapi Palace. hehehe....


View paling cantik adalah dari seberang selat (boleh dapat full). Sumber dari SINI

Tripod kamera kena tinggal dalam safety locker. Beg kena scan..huhu (sama macam di Topkapi Palace)
Entrance fees bagi 'Selamlik' - 15YTL (dalam €7.50), 'Harem' - 10YTL dan Combined - 20YTL

View sekitar

 

Tour ada 2 bahagian, 1 di 'Selamlik' (Opis) dan 1 lagi di 'Harem' (kediaman Sultan)
oh ya, kena sarung kasut dulu dengan pelestik sebelum masuk ke dalam bangunan..kiuttt...hihihi

Dalam Main Building, mmg SANGAT SANGAT MEWAH dan MENAKJUBKAN
(saya sangkakan No Camera Please, so saya cilok dr pakcik gugel hehehe. tp ada website tulis boleh cuma kena additional fees *rugi kitorang huhu)

Tangga yang kalah cerita Hindustan hahaha. Sumber SINI

Ceremonial Hall. Sumber SINI

Bilik apa tah tapi mmg power kan hehehe..sumber SINI

Sebenarnya masa di Topkapi, kami terlepas untuk melawat Harem. so memang acara wajib la di Dolmabahçe ni kan..yelah nak tgk jugak camne kediaman Sultan2 ni..
tapi menurut guided staf ni, Harem di Dolmabahçe Palace lebih simple berbanding Harem di Topkapi Palace.
Harem ni merupakan kediaman Sultan, Isteri isteri isteri (sesetengah Sultan ada lebih dr 4 isteri huhu), anak, ibu, adik beradik perempuan Sultan (selagi belum berkahwin) dan orang gaji.

Bedroom. Sumber SINI

Hall. Sumber SINI

Toilet. Macam tandas cangkung Msia cuma stail pelik sket hehe..Sumber SINI


Hammam (tempat mandi). Sumber SINI

dan di sinilah tempatnya sekiranya anda ingin melihat katil dan bilik Mustafa Kamal Atatürk, Presiden Pertama Turki..
di atas katil inilah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, berpunca dari masalah hati kesan dr pengambilan alkohol yg berlebihan..
oh ya sumber dr SINI okeh

Mustafa Kamal ini bukanlah keturunan Sultan mahupun kerabat diraja, beliau asalnya seorang pegawai tentera dan akhirnya berjaya mendapat gelaran Atatürk (Father of the Turks, gelaran yg dilarang penggunaannya oleh orang lain oleh Parlimen Turki) kerana berjaya menjadikan Turki sebagai sebuah negara Republik.

Beliau berkahwin dengan Latife Uşaklıgil tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 2 tahun lebih. Selepas itu, beliau mahupun bekas isterinya tidak berkahwin lagi.
Latife Uşaklıgil ini, dipengaruhi oleh fahaman kuat sekular Mustafa Kemal,  menjadi 'wanita Turki moden' dengan menanggalkan hijab dan berpakaian stail Barat. *no wonder kebanyakan wanita di Istanbul (terutamanya warga muda) tidak berhijab sekarang..huhuhu
Mustafa Kemal bersama isteri. Sumber dari SINI

mereka tidak dikurniakan anak namun sepanjang hidupnya, Mustafa Kemal mengambil 13 anak angkat - 1 lelaki dan 12 perempuan. Salah seorangnya ialah Sabiha Gökçen, juruterbang wanita Turki yang pertama.
*rupanya Sabiha Gökçen Airport tu di ambil sempena nama dia..

hummm banyaknya lagi entri tertunggak.. Suleymaniye Mosque, Eyüb Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, bla bla bla...hehehehhe
insyaAllah jumpa lagi di lain entri ek
wassalam