Sunday, January 22, 2012

Hujan Batu Di Negara Sendiri...

assalamualaikum...

bersiaran dari Malaysia..hehehe

seminggu yg sangat pack..badan bekerja tanpa henti..
saya, en husben, kakak dan emak, tak dilupa 2 budak kecik itu lea dan izzah..

takde istilah jet lag..cuma hari pertama izzah muntah dan pening...
saya jugak penin berpanjangan dek cuaca huhuhu...

culture shock di negara sendiri..
setahun setengah banyak mengubah keadaan...
migrain dengan rege barang yg langsung saya rasa tak reasonable..

brekpes 3 pinggan nasik lemak dan air di gerai tepi jalan yg lalat tak dapat dikira dengan jari berharga RM 14!!

menyelesaikan urusan di JPJ Putrajaya sangat mencabar kesabaran saya..
frontdesk yg sangat hampeh, mungkin dia bercita cita nak jadi inspektor polis..
tanya soklan yg sangat panjang lebar, bersoal jawab mengalahkan CSI, akhirnya bagitau yg lesen takleh di renew di situ..
terima kasih kerana berjaya menghabiskan air liur saya dan tenaga berjalan kaki dr tempat parking di tengahari yg panas itu...
oh abang jaga frontdesk, bukan kah lebih senang keje anda kalau terus aje bgtau direct dr awal?
adakah dengan bersoal jawap begitu anda akan dapat Anugerah Pekerja Cemerlang??

mmmmm...nampaknya saya akan terus dihujani 'hujan batu' selama beberapa minggu ini..

Friday, January 13, 2012

Schnee @ Winterberg..

assalamualaikum..

salam Jumaat semua..

gambar2 di bawah ni adalah gambar Ahad lepas, kami mencarik-carik salji (schnee) di Winterberg, dek kerana ketiadaan salji di Duisburg huhu...
Winterberg ni still dalam negeri yg sama dengan kami, tapi 2 jam jugak perjalanannye..
kami pegi balik hari je, sbb tak jauh sangat..dan bertolak pagi jugakla dlm kol 7 lebih..
brenti sarapan di RnR, igtkan nak makan kat luar sambil menikmati pemandangan (acecece) tp sbb sejuk sangat so makan dlm kete aje..(bukti muka model yg berkerut2 menahan sejuk :P)


on the way...hujan renyai, dari takde salji....


pelan-pelan dah nampak salji...yeeeeee


dan salji yg penuh merata2 bila sampai je di Winterberg...alhamdulillah


kami semua takde baju skii yg khas, so masa tuh saya n en husben pakai jeans dan baju winter biasa aje..lea pakai baju winter yg skali terus ngan seluar dan izzah pakai baju hujan heheh...
bila dah balik tuh izzah aje menten tak basah baju dan seluar belah dalamnya, saya lah paling teruk abis basah lenccuuunnnn jeans sbb sesuka ati duduk merata2 hahaha...:P

view di Winterberg..putih semuanya sbb schnee turun lebat..



ramai jugak orang sbb kalau ikut ramalan, ari Ahad tuh las turun schnee kat situ, next week nye (minggu ni la) dah cerah aje..


orang main skii...


slide dari atas bukit..yeeeee..macam macam aksi..aksi kepala ke depan, aksi baring, aksi kaki ke depan, aksi pusing2 (cam kami la tuh hahahah)


kami buat aktiviti kekeluargaan aje..buat orang selji..cun tak?


main slide dengan dulang plestik ni..dia tulis 'under 50 kg' tp en husben naik, menten aje bentuk dulang tuh sampai sudah hahahaha..:P


oh ya takde bayaran masuk unt main-main ni, just kalau nak sewa kelengkapan baru bayar dan jugak unt naik lift ke atas bukit unt slide/skii..
tak salah ada yg per hour, per day dan lain-lain terms and condition hehehe..
bagi yg nak terjah, boleh surf website dia ni..siap ada webcam lagi..:)
http://www.skiliftkarussell.de/

on the way balik, schnee turun sangat lebat dan perlahan2 takde bila menjauhi Winterberg..huhuhu..
tapi view sepanjang pergi dan balik mmg sangat priceless..subhanallah..
syukur alhamdulillah diberi kesempatan dapat melihat dengan mata sendiri kebesaran Yang Esa..:)



cuma yg tak besnya jalan di sini (dan kebanyakan area luar bandar) agak sempit, ngam ngam unt kete lalu..dan takde bahu jalan..so sangat susah unt berhenti snap gamba..terpaksalah snap dr kete yg bergerak huhuhu...

lasly nak share gambar perumahan yg sama je kalernya (dinding putih dan atap hitam) dan tertumpu dalam kawasan segi 4 tuh aje..
dari jauh nampak sangat cantikkan? hehehe


perjalanan yg menyeronokkan, kami memang heppi abis..dan izzah kasik 10 markah!! yeeee :D

Tuesday, January 10, 2012

Ikon/Idola. Kita dan Mereka.


*sekadar gambar hiasan dari pakcik gugel

Assalamualaikum..

Bukan Salah Ikon. Salah Orang Yang Memilih Ikon.

tertarik dengan tulisan di FB Imam Muda Asyraf..meh sama sama kita baca..:)

Ikon/Idola. Kita dan Mereka.

Kita semua mengetahui bahawa beberapa waktu kebelakangan ini, kita digegarkan dengan berita satu ikon yang dahulunya berimej baik, kemudian berubah perwatakannya. Saya melihat kejian, cacian, makian. Tidak kurang juga kata-kata berupa sindiran dan perlian. Tidak terlepas juga pandangan mata saya dari melihat nada-nada kekecewaan beberapa orang yang mungkin dahulunya menjadikan ikon itu idola hidupnya.

Di sinilah saya ingin membicarakan beberapa perkara, juga memberikan beberapa pendapat saya berkenaan hal ikon, atau idola.


Dia diangkat menjadi ikon kerana apa?

Satu perkara apabila kita memilih, mengangkat seseorang itu menjadi ikon, kita perlu melihat kerana apakah dia diangkat sedemikian rupa?

Kalau kita perhatikan sistem kehidupan hari ini, jarang sebenarnya kita mengangkat ikon kita kerana dia membawa satu imej yang menyeluruh dan hampir lengkap. Tetapi kita angkat seseorang itu menjadi ikon hanya kerana salah satu kebolehannya.

Contoh pemain bola. Kita tidak pernah peduli dia solat atau menutup aurat. Tetapi kita puja pemain bola kerana kehebatannya bermain bola.

Contoh artis. Kita tidak pernah peduli pengetahuannya di dalam agama. Tetapi kita puja dan angkatnya sebagai ikon kerana suaranya yang lunak, wajahnya yang lawa, dan lagunya yang mantap.

Contoh penulis. Kita mungkin tidak pernah peduli sikapnya bagaimana. Tetapi kita puja dan puji dirinya kerana kehebatan penulisannya yang mungkin memukau dan menarik minat kita membaca.

Contoh pemidato, penceramah. Kita mungkin tidak pernah peduli bagaimana akhlak sebenarnya. Tetapi kita puja dan puji dirinya kerana cara dia bercakap seronok, kena dengan jiwa kita, dan sebagainya.

Dan begitulah lainnya. Perasan atau tidak, itulah dia sistem kita dalam mengangkat seseorang menjadi ikon. Aras ukur kita hanya pada kebolehannya, penonjolannya pada satu-satu sisi, tanpa mempedulikan sisi-sisi yang lain.

Di sinilah munculnya pelbagai permasalahan yang lain.


Bila sisi lain seorang ikon terdedah.

Saya ambil contoh satu perkara yang menggemparkan Malaysia beberapa kali. Artis memberikan komentar berkenaan aurat contohnya, Artis memberikan komentar berkenaan hukum sentuh bukan mahram contohnya, dan yang agak terkini, artis memberikan pandangan berkenaan hukum hudud.

Gempar. Apatah lagi apabila, pandangan-pandangannya jauh menyimpang daripada apa yang digariskan agama, disepakati ulama’. Ramai yang mencaci. Mencela. Mengeji tindakan para artis yang memberikan komentar itu. Ada juga yang kecewa, kerana ikon yang diminati mereka selama ini, yang ditonton dramanya selama ini, yang diminati lawaknya selama ini, memberikan komentar yang jelas bertentangan dengan kefahaman agama.

Tetapi saya tidak pernah terkejut. Pertamanya mereka itu bukan ikon saya. Keduanya, kerana saya memang tahu mereka itu popular bukan kerana pengetahuan agama atau terkenal sebagai yang mengambil agama sebagai cara hidup secara syaamil dan kaamil. Maka saya amat faham apabila mereka mengeluarkan pendapat sedemikian. Mereka menjadi ikon, kerana mereka pandai menyanyi, berlakon, buat lawak dan sebagainya. Apatah lagi jelas kita sendiri melihat, beberapa peraturan agama yang dilanggar terang-terangan dalam kehidupan artis-artis. Seperti tidak menutup aurat, bersentuhan dengan bukan mahram dan sebagainya. Justeru, logiknya, apa yang nak diharapkan daripada mereka ini, apabila mereka mengeluarkan pandangan terhadap agama?

Begitulah juga isunya apabila seorang ikon yang cemerlang dalam pelajaran, dikatakan berubah, terkena kejutan suasana dan sebagainya. Persoalannya, benarkah berubah? Atau dia memang begitu dari dahulu? Siapa yang sebenarnya benar-benar mengenalinya? Atau kita selama ini, mengangkatnya sebagai ikon kerana dia sering muncul di dada akhbar? Dan dia muncul di dada akhbar itu kerana apa? Kefahaman agamanya? Kehidupannya yang mengamalkan Islam secara syaamil dan kaamil?

Begitulah kita melihat juga ikon-ikon lain, yang mungkin terdedah ‘sisi’nya yang lain, menyimpang dari agama, berubah dari bertudung kepada tidak bertudung contohnya, berubah dari dahulunya macam insaf dah kemudian berjoget semula, dulu penyanyi nasyid sekarang sudah jadi macam pondan dan sebagainya. Ya, kita perlu melihat semula. Kehidupan mereka yang sebenarnya bagaimana. Mereka ini faham Islam bagaimana sebenarnya selama ini? Itu kita kena lihat semula. Jangan jadikan televisyen, radio, internet yang selama ini mempopularkan mereka dan cerita mereka sebagai dalil.

Di sini kita melihat semula.

Bila kita melihat semula ini, Maka apa yang hendak diterkejutkan sebenarnya?


Bukan Salah Ikon. Salah Orang Yang Memilih Ikon.

Siapa yang menaikkan mereka?

Sistem ini. Sistem yang kita tahu korup. Sistem yang kita tahu tujuan utamanya adalah kebendaan. Duit. Apa yang boleh jual, boleh bagi banyak duit, itu yang diutamakan. Ya, apa yang nak diharapkan daripada ikon-ikon yang diketengahkan sistem ini?

Kita sendiri dapat lihat sekarang, bagaimana ISLAM itu sendiri dijadikan jualan. Orang suka pada cerita Islam, berbondong-bondong novel bersalut Islami keluar, cerita-cerita berbentuk agak keagamaan keluar. Tetapi isinya? Isinya? Tiada. Pelakonnya di luar layar tidak mampu menjadi contoh. Penulis di luar novelnya tidak mampu menjadi pemandu kepada pembaca-pembacanya.

Tetapi salah merekakah? Ya. Mungkin ada sahamnya. Mereka yang masuk akademi, mereka yang pergi hantar proposal, mereka yang nak jadi seleb. Tetapi ada juga antara mereka yang tidak begitu. Mereka diangkat kerana ada natural talent. Mereka dipopularkan, bukan mempopularkan diri.

Akhirnya, sampai kepada titik yang sebenar. Kita. Ya. Kita yang memilih Ikon.

Maka kita memilih seseorang itu sebagai ikon atas sebab apa sebenarnya?

Di titik inilah kita perlu melihat semula.

Persoalan yang patut kita soal lagi adalah, ‘siapakah sebenarnya yang layak menjadi ikon buat diri kita?’. Ya, kita perlu melihat semula.


Kuasa seorang Ikon.

Ikon ada kuasa. Contohnya, ikon berambut ikal mayang, yang fanatik semuanya akan mahu tiru. Contohnya, ikon pakai tudung bidang, yang fanatik semuanya mahu tiru. Contohnya, ikon pakai cermin mata besar, yang fanatik semuanya tiru. Pakai kasut jenama A contohnya, rebut-rebut orang beli kasut jenama A, sebab mahu tiru.

Bila ikon beri pandangan, pandangannya jadi dalil. Ada orang buat pegangan.

Bila ikon beri hentaman, hentamannya menjadi dalil. Ada orang pakai untuk hentam orang yang sama dengan berkata: “Ikon sekian-sekian pun cakap bahawa si fulan bin si fulan ini tidak boleh pakai.”

Tetapi meihat semula, siapakah yang memberikan kuasa sebesar ini kepada ikon itu?

Kita.

Tidakkah kita yang perlu bijak memilih mereka dan mengangkat mereka?


Ikon Yang Sebenar.

Maka sepatutnya kita mengkaji semula ukuran kita dalam menjadikan seseorang itu ikon, idola, contoh buat diri kita. Sepatutnya kita mengangkat seseorang yang mampu membawa kita ke syurga. Yang hidupnya mengamalkan cara hidup Islam. Bukan semata-mata kerana dia pandai main bola, bukan semata-mata kerana suaranya lunak, bukan semata-mata kerana filemnya seronok, bukan semata-mata kerana penulisannya menusuk kalbu, bukan semata-mata kerana cara dia berbicara hebat.

Potensi atau Kebolehan bukanlah kayu ukur yang sebenar untuk menjadikan seseorang itu ikon.

Saya kekal dengan kayu ukur saya – Ikon Yang Sebenar adalah yang mampu memandu kita ke syurga Allah SWT. Bukan semata-mata dengan kebolehannya, tetapi dengan kehidupannya. Dia mengamalkannya, dia ada fikrah yang jelas, dia ada pegangan yang jelas. Ya. Itu ikon yang sebenar.

Kerana itu, susuk sebegini sukar dicari sebenarnya, maka ternyata ikon terbaik adalah Rasulullah SAW dan para sahabat-sahabiat baginda, juga mereka yang menuruti mereka, yang telah pergi meninggalkan kita. Mereka ini telah terbukti bahawa kehidupan mereka berjaya, mati dalam keadaan berjaya. Maka apakah wujud contoh yang lebih baik, ikon yang lebih baik?


Ikon Yang Masih Hidup.


Bukan tidak boleh mengambil mereka yang masih hidup sebagai ikon. Tetapi perlu kita sedari, bahawa kita tidak mengenali mereka sepenuhnya. Kita hanya melihat mereka dari jarak jauh. Mengikuti mereka dari sisi-sisi kebolehan dan potensi mereka semata-mata. Mereka juga manusia seperti kita. Ada salah, ada betul, ada bagus, ada buruk, ada turun, ada naiknya. Mereka belum mati. Belum terbukti kehidupan mereka berjaya secara sebenarnya.

Maka, jika kita mahu angkat seseorang yang masih hidup itu sebagai ikon kita, qudwah kita, idola kita, contoh kita, maka bersedialah juga untuk memapahnya apabila dia kesilapan.

Jangan ketika dia baik, memberikan pandangan bagus, memberikan hiburan kepada kita, memberikan ketenangan dan kelapangan kepada kita, kita puji melangit. Suka. Cinta.

Tetapi apabila dia tersasar, tersilap, ada kecacatan yang terzahir, kita hentam dan kritik, kita keji, kita cerca, kita hentak dia seakan-akan mahu tertanam terus ke bumi.

Ikon juga manusia. Dan ada pula ikon itu, memang tidak dibesarkan dalam kefahaman agama, memang tidak belajar pun agama, memang tidak hidup dengan kehidupan beragama secara benar. Ada pula ikon itu, tidak mahu jadi ikon pun, tiba-tiba diangkat menjadi ikon. Kita yang membesar-besarkan mereka. Kita yang mengangkat mereka.

Mengapa kita pula yang mengeji dan mencerca mereka?

Mereka tidak minta kita percayakan mereka. Kita yang mahu percayakan mereka walaupun kita tidaklah mengenali mereka. Kita yang teruja dengan mereka. Maka mengapa bila mereka silap, kita tidak bantu mereka?


Penutup: Kita tanya siapa ikon kita, dan kenapa?

Maka kita kembali bertanya kepada diri. Siapa ikon kita? Dan kenapa dia kita pilih menjadi ikon kita?

Kadangkala saya rasa rawan apabila orang memilih ikon yang jelas, terang-terangan menyimpang daripada agama. Hanya kerana kebolehannya berlakon, hanya kerana kebolehannya menyanyi, hanya kerana kebolehannya bercakap, hanya kerana jawatannya yang tinggi dalam negara, hanya kerana ramah mesranya, terus diangkat menjadi ikon.

Akhirnya, sisi-sisi buruk ikon menjadi ikutan. Stail rambut menjadi tiruan. Cara berpakaian menjadi fesyen dan sebagainya. Kalau baik, ikut syariat, tak mengapalah juga.

Jelas, kita, sebagai masyarakat inilah yang perlu bijak memilih ikon. Perlu tahu bagaimana hendak memilih ikon. Perlu ada pegangan, kayu ukur dalam memilih ikon. Kuasa seorang ikon, hanya valid sekiranya kita yang berikan sokongan. Walaupun sistem cuba angkat, kalau kita tidak berikan sokongan, tidak akan berjaya.

Saya bagi contoh mudah. Rancangan-rancangan realiti. Itu semua cara untuk mengetengahkan ikon acuan sistem hari ini. Tetapi kita hanya ingat kepada mereka yang kita berikan sokongan bukan? Peserta-peserta yang lain, ada apa mereka hari ini? Tiada apa-apa. Cakap pun orang tak dengar. Ya. Itu contoh KUASA KITA kepada pembinaan ikon.

Maka biarlah sistem hari ini hendak angkat siapa, kita ada kayu ukur kita.

Dan pada kita, ikon itu pun manusia.

Bila dia silap, kita berikan teguran berhemah, berakhlak. Kita papah. Kita bantu.

Kerana kita juga inginkan perkara yang sama, apabila kita jatuh.


~ seorang hamba,

Hilal Asyraf

http://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643

Thursday, January 5, 2012

Mufin Yogurt Strawberi ..

mufin yogurt strawbery
assalamualaikum...

laaaaaammmaaaaaa (harkat panjang sket ek) tak memapin..
nak buek camno Kak Izah yg Mufin Lover pon dah laaammmmaaaa tak tayang entri mapin memapin ni..hehehe
(kak izah jgn marah saya buat iklan kejap :P)
sebut pasal Kak Izah Mufin Lover ni saya mmg suke ketuk pintu umah (belog) dia sbb mapin yg dia tayang semuanye bes bes..
kiranya menepati selera anak tekak saya lah, anak tekak en husben dan anak-anak biasanye takde masalah..biasalah tukang makan mana leh demand lebih kan hahaha :P

mapin yogurt ni dah beberapa kali dibuat siaran ulangan, cuma tak sampai seru aje nak meng entri..
kali ni kita kasik can derang interprem ek..
kalu ikut apa yg ditulis, resepi ni asalnye dr Precious Moments tapi dah diedit bab sukatan gram dan cawan oleh kak izah...
so time kasih pada dedua la ek..mintak izin saya tepek tepek di sini plak okeeehhh..:)
dan oh ye..kak izah nye mapin kaler merah2 strawberi gitu, saya nye mapin nampak kaler kunin sbb bubuh inti lebihan cis spongebob..haha jangan marah :P

MUFIN YOGURT STRAWBERRY
by Precious Moments dan Kak Izah Daut

Bahan
2 cwn tepung
1 1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn yogurt plain @ perasa *saya pakai yogurt strawberi
2 biji telur
2/3 cwn gula kastor
100 ml minyak sayur @ butter cair
1 sk essence vanilla
1 sk strawberry paste
5-7 biji strawberry size sederhana *xde stok

Caranya:

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla, strawbery paste dan sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25-28 minit.

Wednesday, January 4, 2012

Neujahr 2012..

assalamualaikum...

sambutan tahun baru (neujahr) di sini..ost strasse..hihihi

tradisi orang jerman sambut ngan mercun dan bunga api..
kalau bandar2 besar ada pertunjukan bunga api (fireworks) tapi bagi kami yg maleh nak keluar midnight dan bersesak2 ni, main mercun tepi umah pon dah cukup..hehehe

mana-mana pasaraya ada jual..yg besar, yg kocik, mercun katak, bunga api kucing, unt budak2 dan emak bapak budak..sumer ada...hehehe



ni stok kami unt tahun ni 2012..hehehe



suasana before midnight (dlm kol 11 lebih) - memang lengang giler...


heeeeee orang depan umah kami dah start kuar dlm 11.50 malam..get reaadddyyy :D
en husben tgh bakar mercun..


mercun ni stail naik ke langit dan...


meletup macam fireworks tuh..cuma takla sebesar fireworks yg dlm show tuh..hehehe
*gambar ihsan pakcik gugel sbb saya tak terrer tangkap gamba :P


ada yg letak kat tanah aje dan mercik2 cam ni..cantikkan?


suasana meriah dan sekeliling pon dah macam perang..penuh ngan asap..


saya n izzah main bunga api kucing ni je la..tapi ada yg besar dan panjang tau kira-kira 1 meter so sempat la posing2 before bunga api ni abis hehehe


lea? membuta dlm umah..hahaha..nasib baik dia tak bangun dok berdentum dentam kat luar..

insyaAllah tahun depan nak mulakan tahun baru dengan asmaul husna..macam ni..amiinnn :)

Tuesday, January 3, 2012

Puding Kastard Berkuah..

kastard koktel

assalamualaikum...

pembuka entri di tahun baru...semoga Catatan Dari Deutschland akan terus mengabadikan kenangan saya dan keluarga di bumi German ini...
blog yg menjadi catatan pengalaman saya, unt saya kongsikan pada semua..
baik entri masak-masak, atau entri info saya, harapnya kita semua mendapat sesuatu darinya..:)

puding kastard ni sangat bes..
saya buat separuh aje dari resepi di bawah kerana tepung kastard dah 'limited edition'..hehehe
lagipon hasilnya ngam ngam la unt kami 4 beranak..
time kasih Missima @ MyResepi as pencipta asal resepi ni, dan Kak Cek @ Kitchen is My World atas tukang olah dan tukang share..izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)

PUDING KASTARD BERKUAH

- by Missima @ MyResepi dan Kak Cek @ Kitchen is My World

BAHAN-BAHAN A - Kastard

• 1 cawan tepung kastard
• 1/2 sudu kecil garam
• 5 cawan air
• 2 - 3 sudu besar susu pekat
• 2 - 3 sudu besar gula pasir

BAHAN-BAHAN B - Kuah Kastard
• 1 tin susu cair IDEAL *saya pakai susu cair tp dlm kotak (bkn susu segar), sbb yg dlm tin regenye lebih mahal hehe
• 1 tin air *saya guna kotak susu cair sbg sukatan
• 4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat *terpulang pada citarasa memasing ya
• 1 biji kuning telur *kak cek tak letak, saya pon sama
• 1 sudu kecil esen vanila
• 2 sudu besar tepung kastard *campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair @ air

BAHAN-BAHAN C - Hiasan
• Fruit Cocktail @ Nata De CoCo @ apa saje buah2an dalam tin yang disukai...
* saya pakai buah segar kiwi dan koktel peach

CARA-CARA PENYEDIAANNYA..


A. Kastard

• Masukkan tepung kastard kedalam periuk..campurkan garam...gaul sebati
• Campurkan sume bahan2 cair....kacau sebati...
• Tuangkan bahan2 cair kedalam periuk berisi campuran tepung kastard....kacau sebati....
• Masak bahan2 kastard diatas api kecil...menggunakan senduk kayu...kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat...
• Bila adunan kastard mula meletup2....matikan api...
• Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian....*saya pakai mould yg dibasahkan sedikit air
• Setelah siap acuan/bekas diisi...biarkan sejuk...sebelum dimasukkan kedalam fridge...

B. Kuah Kastard
• Masukkan sume bahan kedalam periuk...
• Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit....siap dah ...tutupkan api....

C. Hiasan Puding
• Letakkanlah bahan2 hiasan didalam puding yang dihidangkan bersama kuah kastard.. jika suka boleh juga dicampurkan dengan air jus buahan2 dalam tin yang digunakan....