Showing posts with label Denmark. Show all posts
Showing posts with label Denmark. Show all posts

Sunday, February 9, 2014

Scandinavian Tour - Lyngby, Denmark..

assalamualaikum..

Frilandsmuseet (Open Air Museum)..
tempat yang saya rekemen kalau nak berjalan ke Copenhagen..
actually, Frilandsmuseet ni terletak kat Lyngby, Denmark. Tapi dari Copenhagen hanya kira-kira 20 minit berkereta, jadi memang sepatutnya lah kena pegi kan.. hehehe
kenapa?

meh teruskan membaca ek... hihihihihihi


Frilandsmuseet ni adalah open air muzium yang tak ada Entrance Fees, yang besarnya 40 hektar, dibuka pada tahun 1897. Memaparkan 100 rekabentuk bangunan luar bandar (desa) dari tahun 1650-1950.

sapa terer baca tulisan Danish ni? hurup2nya ada yang lain dari Deutsch so saya mmg tak berapa pass la.. hehehe :P

Apa yang menariknya tentang bangunan-bangunan ni?
Semua binaan ni original tau, di mana dipindahkan piece by piece dari lokasi asal. Hebat kan?

 

tengok, sampai dah berlumut2 dah atap dia.. huhuhu
p/s: tankiu rai betulkan bab kulat tu.. muahahaha malu i :P

setiap rumah, diletakkan info tentangnya. Dibina taun berapa, sapa yang duduk, pekerjaan penghuni rumah tu dll..
 

dalam setiap rumah ni dipamerkan barang-barang dan hiasan. so boleh la berangan ala ala kita di zaman dolu-dolu.. hehehe

dalam banyak2 ni, cuma Windmill je yang mmg dah asal2 ada kat situ, maksudnya bukan dipindahkan dari tempat lain la.. tapi Windmill ada dua, so tatau yang mana satu yang dimaksudkan tu.. ekekekke :P

meibi yang ni..

atau yang ni.. huhuhu

budak2 yang paling seronok.. cuba benda ni, benda tu..

budak jakun tengok ayam.. hehehehe

view dalam Open Air Museum ni memang cantik, lagi2 masa ni Autumn, pokok2 semua menguning je.. Subhanallah :)


 
 

jadi pada yang nak datang berkunjung ke Copenhagen, jangan lupa masukkan Open Air Museum ni dalam tentatif anda ye.. insyaAllah tak nyesal.. :D

Friday, January 31, 2014

Scandinavian Tour - Copenhagen, Denmark..

assalamualaikum...

Scandinavian Tour - projek urlaub kami Autumn (Oktober) lepas..
hahaha actually takde la tour mana pong, cuma sempat ke Copenhagen, Denmark n Malmo, Sweeden jek.. :P
itupon kami gedik2 ikut en husben yang pegi conference.. gegegege...

Copenhagen, untuk yang nak urlaub (jenjalan) tapi tak ada masa lapang sangat..
bandar yang cantik, rasanya boleh round dalam sehari dua jek.. hehehe..

Denmark, kami datang... hihihi


Copenhagen atau dalam bahasa Danishnya København, merupakan ibu negara Denmark dan bandar paling padat di Denmark. 
Sejarah asalnya, merupakan fishing village orang2 Viking yang dijumpai pada abad ke 10 dan seterusnya menjadi capital of Denmark pada abad ke 15.. ooo dah lama upenye hehehe




Laluan beskal.. oh ya beskal mmg antara pengangkuta femes di Europe ni.. :)




Teksi Copenhagen, cantik dan baru.. meriah.. hihihi

 

selain sightseeing bandar Copenhagen, antara tempat menarik lain ialah:

Nyhavn (New Habour)
Merupakan tempat paling femes kat Copenhagen hehe.. 
Dibina oleh King Christian V pada tahun 1670 to 1673 yang mana buruhnya dari kalangan tahanan perang Swedish..
Pelabuhan yang mana terdapat deretan townhouse, bar dan restoren dari abad ke 17 dan 18 yang berwarna warni dan cantik2 giler.. kaaann??




 

Smørrebrød, makanan sepesel orang Danish..
Bawah sekali roti, dan atasnya bergantung.. kami pilih salmon & sayur.. sedap2 hehehe...



Strøget
Kawasan pejalan kaki dalam bandar, tempat orang soping2...


Danish Souvenier, kedai cenderahati paling murah di dalam bandar Copenhagen (menurut kenalan kami, En Imran)..


souvenier berbentuk orang Viking mmg banyak kat sini.. 


Shawarma Cafe, antara kedai makan halal kat Copenhagen..

 

Amalienborg
Merupakan kediaman Musim Sejuk (Winter) bagi Danish Royal Family..
Asalnya dibina untuk 4 noble family, tapi selepas Christiansborg Palace terbakar pada tahun 1794, famili diraja beli Amalienborg ni dan pindah duduk sini..

  


Abang Guard Diraja yang setia ke hulu ke hilir.. hihihi



Rundetårn (Round Tower)
Tower dari abad ke 17, asalnya dibina untuk tujuan astronomical observatory, tapi skarang untuk pelancong tengok Copenhagen dari atas..


pusing-pusing sebanyak 7.5 pusingan, seronok budak2 ni.. emak bapaknya yang mengah hahaha :P


 

Copenhagen dari atas, not bad.. :)



actually ada satu tempat femes, Trivoli (taman tema).. tapi sayangnya tutop plak sbb biasanya park orang main2 ni mmg akan tutup time ujung Autumn & Winter.. huhuhu... syedey budak2 ni.. :(

so abislah ronda2 kami sehari di Copenhagen.. :)