Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Saturday, July 30, 2016

Antara saya, Ros Jintanmanis dan Kak Ina Hanamemories...

Assalamualaikum

Saje nak share gambar saya dengan dua sifu memasakku ini


Ros Jintanmanis yang sedang bercoti-coti Malaysia, terima kasih weh sudi luangkan masa singgah ke rumah.



Dan Kak Hana yang balik dari ambik anak asrama sempat join sesi bergambar. Memasing bertolak-tolak tamo dok depan...
Hahaha Ros gomenne... apapon Ros tetap selim melim macam zaman anak dara dolu hihihi... (ayat bodek 😂😂😂)



Ni gambar encik-encik husben kami. Actually derang lah yg berkawan baik. Dah 22 tahun rasanya, sejak derang rumaja sampailah sekarang, turn anak-anak derang plak rumaja. Kaum wife ni nompang-nompang je hehehe

Thursday, July 31, 2014

Salam Aidilfitri 2014..

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya.... Hihihihi


Tuesday, August 27, 2013

Conflakes Madu..


assalamualaikum...

untuk rujukan saya di masa hadapan, memandangkan kedua2 puteri saya ni suka sangat kuih ni terutamanya izzah..

dan seronok (kadang2 stress hahaha :P) bila tahun ni, buat kuih raya, ada 2 askar yang rela hati nak menolong..
takpe lah, buat kenangan di masa tua..hihihi

btw tankiu pada Kak Hasue atas resepi ni. juga Ros Jintanmanis as tukang share. izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek..
oh ya, last year saya buat resepi lain, Honey Conflakes dari Kak Hana. taun ni saje tukar angin ngeeee :D


CONFLAKES MADU BERKACANG
- sumber asal Kak Hasue dan di share oleh Ros Jintanmanis


Bahan-bahan *sila guna cawan yang sama saiz bagi setiap bahan

1 cawan kacang tanah - goreng dengan minyak dan toskan.(goreng jap jer,dalam 2 minit)  * saya pakai kacang yang dah dipotong dadu halus2 dalam plestik tu aje
4 cawan Cornflakes * saya tambah lagi ikut kesesuaian
1/2 cawan madu
1/2 cawan mentega
Papercups secukupnya

Cara-cara:

 
Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. sejukkan sebentar.
Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.
Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi.
Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 130c. Sejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Monday, August 12, 2013

German Cookies yang Cair di Mulut..

assalamualaikum...

masih dalam mood raya?
kami di sini mood raya hanya waktu gather2 je.. rasanya semua kengkawan di obersea pon sama kan..hihihi...

kali ni nak share satu resepi biskut yang pada saya dan anak2 antara 'the best'.. buktinya 1 tupperware bersaiz sederhana abis dikerjakan lea sahaja..hihihi.. :P

time kasih pada Ros Jintanmanis yang bersungguh2 peromot..
dia cakap saya mesti buat sbb saya mmg duduk Germany hahaha... :P
jugak pada pencipta resepi, Kak Rima.. time kasih atas resepi yang simple tp sedap ni :)
izinkan saya tepek2 di sini jugak ek...



GERMAN COOKIES
- resepi asal Kak Rima, di share jugak oleh Mat Gebu, Kak Yati, Ika dan Ros



BAHAN-BAHANNYA :-)

125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch *untuk kengkawan Germany, saya pakai Kartoffel Mehl, sila rujuk gambar di bawah ni ek
80 gram tepung halus ( superfine) *saya pakai tepung kek Weizen Mehl Kod 1050
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak)
*sedikit gula castor yang digaul pewarna – untuk topping (idea dari Ika Ijayuji)


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
- cara ros toppingkan gula tu, lepas gentel cookies ni bulat-bulat, ros celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak.

mmm untuk tepung kentang tu, saya gunakan Kartoffel Mehl macam gamba ni bawah ni, beli di Edeka saje :D

Monday, August 5, 2013

Kali Ke 4 Beraya di Perantauan...

assalamualaikum...

sob sob sob...
rata2 kengkawan di Msia dah upload gamba kete beratur di highway, dah upload status 'di R&R', dah upload gamba anyam ketupat... uwaaaaa

mmmm masuk tahun ni, tahun ni merupakan tahun ke 4 kami KENA beraya di sini..
dulu kami jejakkan kaki di Germany ni 2 minggu sebelum puasa tahun 2010.. baik punya timing kan
datang2 je, terkejut terus tgk azan Magrib kol 9 lebih dan subuh kol 3 pagi hahaha..:P
mmg kenangan betul..


so untuk saje2 ubatkan hati yang tak dapat makan ketupat nasik dah nak masuk 4 tahun ni, saya publishkan balik gamba2 kami beraya bersama kengkawan di sini..

2010 - lea masa ni tak pandai jalan lagi..hehehe

 

2011

 

2012 - pengalaman beraya dlm cuaca 38 darjah celcius. mmg kalau kat Msia steady je, tp kami yang jarang2 merasa panas ni, mmg mencabar giler. pengalaman crowded dengan berpuluh2 orang dalam satu umah, hanya ada 2 kipas yang ala ala je.. fuh fuhhh mmg menarik :)



sebenarnya, mmg kurang meriah puasa dan raya di perantauan ni. lagi2 macam kami yang duduk jaaauuuhh dr Embessy so tak de harapan la nak join majlis buka pose ke, majlis jamuan raya ke..hehehe... mmg sangat rindu dengan suasana puasa di Msia, tarawih ramai2, bazaar Ramadhan dan bila wiken balik kampung berbuka dengan famili besar, balik kampung untuk sambut raya.. arghh stress hihi..

namun di sebaliknya, pengalaman ni mengajar kami satu famili untuk lebih berserdehana dlm berbuka puasa, tak membazir beli juadah yang lebih2 dr yang nak di makan.. juga lebih jimat bab2 baju raya sendiri dan anak2.. (baju kurung pakai sekali setahun saje hihi).. jugak jimat bab duit raya!! ekekek :P

apapon benda ni pengalaman kan.. walaupon sedih tp kadang2 seronok jugak dapat merasa pengalaman beraya di tempat orang ni hehe.. balik Msia kang dah tak merasa dah syahdu syahdan bila dengar lagu raya..hahaha :P

so, untuk semua, Selamat all out untuk Ramadhan yang beberapa hari je lagi ni.. Selamat Hari Raya jugak pada semua.. mintak maaf kalau tersalah bahasa atau entri, semoga semua selamat2 je hendaknya, semoga bergumbira bersama orang2 tersayang ..:)


Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri di Germany Kali ke Tiga..

assalamualaikum...


inilah dia komuniti kawan2 saya sempena Aidilfitri kali ke tiga ni..
dari Duisburg, Aachen, Bonn, Koblenz dan Zweibrücken berkampung di Kaiserslautern...

walau jauh jarak antara kami, tak menghalang ukhwah unt bersama2 di hari raya..
walau sikit tp tetap meriah dengan kasih sayang..
terima kasih tak terhingga kerana menceriakan Aidilfitri kami...:)

pagi Aidilfitri dimulakan dengan takbir hari raya, solat sunat Aidilfitri dan khutbah bahasa Melayu yg susah nak jumpa kat dochland ni hehe..


then bermula la sesi makan2 setelah bergotong royong masak semalam..

 
 
dan sesi tangkap gamba famili potret setiap keluarga..

sesi kasik hadiah pada Kak Pah yg akan balik ke Msia..

dengan cuaca panas mencecah 38 darjah celcius (paling panas sepanjang summer tahun ni), kami gigih berposing.......di bawah pokok...muhahahahaha....:P





tetamu paling las dr Heidelberg, Kak Hani..:)

Selamat Hari Raya Semua..!!

Sunday, August 26, 2012

Pre Aidilfitri 2012..

assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

entri kali ni saya nak kongsikan persiapan kami bagi menyambut Hari Lebaran tahun ni..
sedikit berbeza dengan tahun2 yg lepas di mana tahun ni kami sekeluarga berkampung di rumah kawan seMalaysia, Fauzana & Azmir di Kaiserslautern..

jarak dr Duisburg ke KL dalam lebih kurang 3 jam lebih, mmg happening dlm kereta ditemani lagu2 raya, terasa macam betul2 balik kampung...hehehe
tp dlm masa yg sama kene tahan hidung sbb lea tanpa segan silu mengunyah biskut dlm kereta huhuhu...

pemandangan sepanjang jalan...alhamdulillah jalan tak jem sbb orang jerman tak balik beraya hihihihi...


juga ladang anggur dan sayur sayur yg menghijau sepanjang jalan...subhanallah..


sampai je kawan2 lain yg lain yg datang berjemaah naik tren, dan sesi rewang pon bermula..hehehe

potong daging...



kuah kacang dlm proses...

kaum lelaki cucuk sate (menu sepraisss tuan umah)


dan memproses lemang tanpa buluh jugak, hero2 kebanggaan kami tunjuk bakat terpendam...hahaha





untuk berbuka puasa last Ramadhan, kami bergerak gerak ke umah Kak Azi & Akmal...menu yg macam pagi raya dah...hehehe time kasih u all...siap kasik duit raya (unt budak2 je la huhu)..

makan time...



sesi main munga api..sesi yg ditunggu2 oleh kanak2 dan emak bapak kanak2 hehehe...

dengan itu alhamdulillah selesai sudah puasa 30 hari tahun ini..semoga berjumpa lagi Ramadhan ya Karim...insyaAllah

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf atas segala salah laku dan perkataan saya sekiranya ada..
Selamat bergembira di hari lebaran bersama orang tersayang...




Wednesday, September 7, 2011

Open House Ost strasse..

assalamualaikum...

hari sabtu lepas turn umah kami (Ost strasse) buat makan-makan..
kali ni saya buat nasi lemak, nasi impit, rendang ayam, daging masak sate, soto, mihun sup, puding tembikai, murtabak, kek spesel request dr adik2 undergrad dan lain-lain..




alhamdulillah kerja masak-masak berjalan lancar sbb essisten chep en husben dah semakin cekap bab-bab memotong dan membasuh...hihihi...

dan adik2 undergrad yg ringan tangan dan tulang tolong basuh membasuh periuk belanga..hihihihi

terima kasih byk2 pada yg sudi datang...yg pes time datang dan yg dah berapa kali pes time jugak...hehehehe :P
mahapla nasik lemak dah abis awal2 takleh nak 2nd and 3rd round...:P
dan sup ayam pon licin akhirnya, tinggal serpihan tulang aje...:D
dan mahap jugak sbb lupa nak warning sambal kicap terober pedas...hihihihi :D

acara wajib posing2 di antara sesi makan-makan...:)