Tuesday, January 28, 2014

Roti Kukus dan Pau Jugak..


assalamualaikum...

ni resepi Roti Kukus tapi actually macam Pau jugak..
resepi pun guna tepung pau..
rasa pon macam pau.. hihihi...

tankiu pada Ika @ Arah yang bersusah payah carik balik resepi ni..
dan pada pencipta resepi, Ayin.. izinkan saya tepek2 resepi kat sini plak ek :)



ROTI KUKUS
Resepi Asal : AYIN
Copy n Paste : KAK CM dan Ika @ Arah

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung pau.
5 tbsp gula kaster.
1 1/2 tsp yis segera.
2 tsp baking powder.
Secubit garam.
1 1/3 cawan susu segar.
1 tbsp minyak jagung.>>yg ni kita gantikan dgn shortening

Cara-caranya:
 
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali susu segar.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli perlahan-lahan (Cm guna KA)>>uli tgn .
Uli hingga sebati dan elastik dohnya.
Perap selama 1 jam.
Kemudian uli buang angin dan .bentukkan bulat bulat.atur dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.Biarkan doh kembang hingga dua kali ganda saiz asal.
Panaskan air untuk kukusan.Kukus sehingga masak.
Sedap dimakan dengan kari ayam atau sardin atau pun disapu dengan kaya.

Tuesday, January 21, 2014

Berminat Dengan Corelle, Corningware & Pyrex?

assalamualaikum...

ada yang berminat dengan Corelle, Corningware & Pyrex?

kami di HOT CORELLE MALAYSIA tengah open PRE ORDER untuk 3 brand ni..

untuk Corelle, ada Dinnerset 76, Dinnerset 30, Dinnerset 18 dan Dinnerset 16..


kami juga menerima order untuk Loose Item, contohnya Dinner plate, Lunch Plate, Serving Bowl (untuk hidang nasi dan lauk), Soup/Cereal Bowl, Mug, Tray, Serving Platter, Gelas dan lain-lain...
 

tak dilupa Microwave Cookware yang boleh masuk dalam microwave dan freezer yang semestinya BPA free dan Small Bowl Set yang kedap udara dan tahan karat dan tahan calar..

untuk Corningware, ada Casserole, Stovetop, Bakeware. semuanya boleh masuk dalam oven dan microwave..

dan peminat Pyrex?
jangan risau, ada banyak pilihan contohnya Baking Dish, Casserole dan Storage Set.. nak request apa2 pon boleh, insyaAllah kami cuba carikkan untuk anda :)



harga dan lebih pilihan?
boleh refer di fb page kami, HOT CORELLE MALAYSIA..
ada banyak lagi pilihan yang menarik, tak muat nak letak dlm poster ni hehehe.. :P
jugak ada diskaun harga untuk Previous Customer..

so jumpa di sana ye.. :)


Thursday, January 16, 2014

Nak Tengok Bilik Bersalin Germany?

assalamualaikum...


seperti yang dijanjikan, saya kongsikan Labour Room di Germany..
rasanya lebih kurang sama je mana2 hospital di sini.. :)

Pertamanya, prosedur nak bersalin di sini lain skit dr Msia..
beberapa minggu sebelum due, kita kena register di hospital mana yang kita nak bersalin..
di Duisburg ni, ada beberapa hospital bersalin tapi saya pilih Bethesda Krankenhaus, tempat yang sama saya D&C dulu...



pintu masuk Kreißsaal (Labour Room) yang dalamnya ada beberapa bilik bersalin, beberapa bilik check up dan 1 operation room..


seminggu sekali, ada Open Day di Labour Room ni. bakal2 ibu dan bapa boleh melawat in advance bilik2 bersalin dan wad nanti. so senang la kan, dah familiar dengan tempat2 ni.. :)

Hebamme (midwife) adalah orang yang sama sepanjang proses bersalin tu, kiranya takde la tukar2 orang.. sentiasa menemani kita yang tengah dok keluh kesah sakit tu.. huhuhuhu...
Hebamme saya yang dalam bulatan tu, sangat2 baik.. :)


inilah bilik bersalin saya.. sorang satu bilik, mmg privacy habis dan mendamaikan betul suasananya.. 
dalam bilik ni, mmg lengkap dengan kelengkapan untuk bersalin, katil yang besar muat 2 orang (suami boleh berbaring sama incase nak tenangkan isteri sewaktu sakit contraction dan proses bersalin)..


sesiapa nak bersalin kaedah water birth pon boleh.. tp saya pilih kaedah atas katil je hehehe...


lengkap jugak dengan toilet..


siap ada CD player dan CD lagu yang berentak sentimental, untuk menenangkan pesakit... :)


saya dok sini hanya beberapa jam je.. selepas rehat, saya dipindahkan ke wad bersalin dan kena stay selama 3 malam sbb bersalin normal (kalau ceaser, normally 5 malam)..

2 orang satu bilik..


ada TV, almari, tempat tukar lampin baby dan toilet lengkap shower..




Hospital ni menyediakan Muslim Meal, so senang la tak perlu jadi vegetarian. dan yang besnya, masakannya orang bersalin boleh makan, apalagi tibai je la hehehe...

Menu lunch sepanjang 3 hari tu, ikan, daging dan nudeln (noodles)..





oh ya, sepanjang tempoh dalam wad, semua kelengkapan baby disediakan oleh pihak hospital, dari pampers sampailah ke baju.. hehehehe menarik giler kan :P

dan lagi menarik, bayaran bersalin dan stay di wad ni ditanggung oleh insurans kesihatan. bermaksud, kita tak perlu bayar apa2 kepada pihak hospital.. sebab itulah insurans kesihatan adalah WAJIB bagi setiap orang di Germany :)

lastly, layanan Nurse, Hebamme dan Doktor memang tip top. memang dilayan macam puteri, ye lah kita tengah2 sakit contraction, dia urutkan... kita tak larat bangun ke toilet, dia pimpin, teman dan bersihkan untuk kita. dan walaupun ada sesetengah staf tak pandai berbahasa Inggeris, derang tetap cuba berkomunikasi dengan kita. takde nak kerut2 muka bila kita tak berapa paham dia speaking Deutsch hehehe.. pendek kata, mmg pengalaman manis betul bersalin di Germany ni.. :)

Monday, January 13, 2014

Memperkenalkan Hero Kami, Zayd...

assalamualaikum...

entri permulaan di tahun baru 2014...
memperkenalkan hero kami, Zayd...


alhamdulillah, akhirnya penantian kami selama ni terbalas sudah..
tak tergambar betapa bersyukurnya saya bila selamat melahirkan baby lelaki ni..
dengan berat 3.6kg, memang kami terkejut sangat..
since scan cuma 3.1 kg dan masa last2 tengah2 sakit tu, doktor scan berat cuma 3kg..
dah la kami ni jenis comel2 je... hihihihi...
nasib baik dah lahir baru tau 3.6kg, kalau still dalam perut dah tau, mesti saya cuak... hahahaha :P


berpantang di perantauan ni mmg berdikari abis..
takde import mak dari Msia, just en husben bercoti dari lab untuk jaga saya (dan jaga anak2 hehehe)..
hihihihi time kasih banyak2 ye abang... :P

dan ni wajah2 kakak-kakak, budak2 undergrad Duisburg yang sudi jaga Izzah n Lea masa saya kat labour room..

time kasih banyak2 u all..hehehehe...


nak tgk bilik bersalin German? hehehe nanti saya kongsikan di next entri ye..

apapon syukur alhamdulillah sangat2 semuanya dipermudahkan..
sakit bersalin pon tak lama, en husben dapat teman saya bersalin, Izzah n Lea ada orang jaga, bersalin dapat doktor perempuan, Zayd pon takde kena jaundis..
ye lah, biasanya benda2 tu la yang kita risaukan sangat kan..

alhamdulillah skarang tinggal menghabiskan pantang lagi 2 minggu..
lepas tu leh merdekaaaa..... heheheheh
Zayd pon muka dah lain dr lepas lahir arituh.. mata dah besar... gegegege


oh ya, ni kad yang Hebamme (Midwife) buat sejurus lepas saya bersalin tu... sweet kan? 



Sunday, December 8, 2013

Banjir di Kuantan & Kemaman, Info Untuk yang Nak Jadi Sukarelawan & Menderma..


assalamualaikum...

Ada yang berminat nak jadi Sukarelawan dan derma barang2 keperluan untuk mangsa banjir?

Pertubuhan IKRAM Malaysia telah bukak 2 Pusat Bantuan Banjir di Kuantan..

1. SRI Al Amin Paya Besar - terletak di belakang Pasaraya Terus Maju (contact person: Abang Irfan +60199903390)

Alamat Penuh Sri Al Amin Paya Besar:
B14 Lorong Seri Damai Perdana 5, Batu 6,
Jalan Gambang-Kuantan,
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

 


2. Pejabat IKRAM IM 8 (contact person: Pak Ngah Suhaimi 0197550796)

Alamat Pusat Bantuan Banjir IKRAM:
Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia Pahang,
B76-1, Taman Mahkota Putra, IM8,
25200 Kuantan Pahang.



Juga kepada warga Selangor, saya sharekan beberapa tempat pengumpulan yang mungkin dekat dengan anda :) 


antara barang2 keperluan yang boleh di donate ialah air mineral, selimut, pampers, tuala wanita, telekung, sejadah, barang mandian, stokin dan lain2...


semoga Allah membalas kebaikan kita semua yang sama2 menderma untuk mereka yang memerlukan.. insyaAllah



Thursday, December 5, 2013

Banjir di Kuantan & Kemaman, Mari Sama Membantu...

assalamualaikum...

forward dari FB Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di Kuala Lumpur ialah di Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan di Taman Keramat Permai

Bahan bantuan yang diterima ialah:

1. Pakaian yang baik dan tidak koyak/rosak (sila asing kepada pakaian dewasa lelaki, dewasa wanita, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan dan bayi.

2. Makanan dan minuman

3. Lampin pakai buang

4. Sumbangan kewangan untuk sumbangan kepada mangsa dan kos pengurusan.

Sebarang urusan bantuan sumbangan, boleh hubungi Sdr Abdul Hafidz Hashim, Pengerusi Bantuan Banjir IKRAM WP (019-3566760).



Untuk option lain, boleh jugak refer poster2 di bawah ni..




mari sama2 membantu.. paling tidak pon bantu doa atau bantu dr segi concern anda kepada kawan2 atau kenalan yang terlibat. semoga banjir di Kuantan & Kemaman surut cepat, amin..

Tuesday, December 3, 2013

Buttermilk Cupcake yang Sedap Ump ump...


assalamualaikum...

nak share satu resepi kek / cupcake yang bes di tekak kami dan cikgu2 kindergarten lea...
actually cupcake ni saya buat untuk hantar ke kindergarten untuk lea celebrate ngan kengkawan dia masa besday dia haritu..
biasanya cikgu2 tadika dia prefer cupcake / muffin dari kek seketul tu, sbb lagi senang nak handle budak2 makan...
btw kek ni guna buttermilk, so hasilnya mmg moist dan berbeza dengan kek yang tak pakai buttermilk..
time kasih pada Kak Azie Kitchen atas resepi yang marbeles ni, izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek... :)


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE EVER
- dari Azie Kitchen



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara Penyediaan : 
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Untuk frosting kat atas cupcake tu, saya pakai resepi oleh Our Best Bites, yang dishare oleh Liza Frankfurt.. danke both of u.. bes jugak frosting ni, leh buat lain kali heheheh...
deco ni hasil keras tangan kami 4 beranak.. abis dengan en husben pon turun padang sbb ketua chep dah takde idea nak buat design apa.. hihihihi


CUPCAKE FROSTING & FILLING
- resepi asal Our Best Bites (English version dan gambar step by step), diterjemahkan kepada Bahasa Melayu Kedah oleh Liza Frankfurt :P



Bahan² :
  • 6 sb tepung
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan @ 1/2 butter
  • 1 cawan gula ( blh kurangkan )
  • 1 sk essen vanilla @ perasa apa²
  • color - kalau nak

Cara² :
  1. Campur n kacau tepung + susu - hilang ketul² tepung
  2. Panaskan pan n panaskan tepung + susu smp jadi mcm doh lembik - always kacau
  3. Masukkan doh dalam fridge - letak kat luar pon tak pa.. asalkan bila nak guna dia betul² dah sejuk
  4. Guna mixer utk pukul butter + gula smp putih..
  5. Masukkan doh tepung + susu td dan pukul lg... + essen vanilla + color
  6. Pukul 5-7minit (lebih pon takpa) smp adunan lembut dan cantik - check dengan tenyeh kat 2 jari.. kalau tak rasa gula, means dah ok
  7. kaut tepi² mangkuk, so that semua gaul sebati n gula hancur
  8. then blh deco cake or cupcakes.... (i masukkan dlm fridge sat then br guna...)