Wednesday, August 29, 2012

Aidilfitri di Germany Kali ke Tiga..

assalamualaikum...


inilah dia komuniti kawan2 saya sempena Aidilfitri kali ke tiga ni..
dari Duisburg, Aachen, Bonn, Koblenz dan Zweibrücken berkampung di Kaiserslautern...

walau jauh jarak antara kami, tak menghalang ukhwah unt bersama2 di hari raya..
walau sikit tp tetap meriah dengan kasih sayang..
terima kasih tak terhingga kerana menceriakan Aidilfitri kami...:)

pagi Aidilfitri dimulakan dengan takbir hari raya, solat sunat Aidilfitri dan khutbah bahasa Melayu yg susah nak jumpa kat dochland ni hehe..


then bermula la sesi makan2 setelah bergotong royong masak semalam..

 
 
dan sesi tangkap gamba famili potret setiap keluarga..

sesi kasik hadiah pada Kak Pah yg akan balik ke Msia..

dengan cuaca panas mencecah 38 darjah celcius (paling panas sepanjang summer tahun ni), kami gigih berposing.......di bawah pokok...muhahahahaha....:P





tetamu paling las dr Heidelberg, Kak Hani..:)

Selamat Hari Raya Semua..!!

Sunday, August 26, 2012

Pre Aidilfitri 2012..

assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

entri kali ni saya nak kongsikan persiapan kami bagi menyambut Hari Lebaran tahun ni..
sedikit berbeza dengan tahun2 yg lepas di mana tahun ni kami sekeluarga berkampung di rumah kawan seMalaysia, Fauzana & Azmir di Kaiserslautern..

jarak dr Duisburg ke KL dalam lebih kurang 3 jam lebih, mmg happening dlm kereta ditemani lagu2 raya, terasa macam betul2 balik kampung...hehehe
tp dlm masa yg sama kene tahan hidung sbb lea tanpa segan silu mengunyah biskut dlm kereta huhuhu...

pemandangan sepanjang jalan...alhamdulillah jalan tak jem sbb orang jerman tak balik beraya hihihihi...


juga ladang anggur dan sayur sayur yg menghijau sepanjang jalan...subhanallah..


sampai je kawan2 lain yg lain yg datang berjemaah naik tren, dan sesi rewang pon bermula..hehehe

potong daging...



kuah kacang dlm proses...

kaum lelaki cucuk sate (menu sepraisss tuan umah)


dan memproses lemang tanpa buluh jugak, hero2 kebanggaan kami tunjuk bakat terpendam...hahaha





untuk berbuka puasa last Ramadhan, kami bergerak gerak ke umah Kak Azi & Akmal...menu yg macam pagi raya dah...hehehe time kasih u all...siap kasik duit raya (unt budak2 je la huhu)..

makan time...



sesi main munga api..sesi yg ditunggu2 oleh kanak2 dan emak bapak kanak2 hehehe...

dengan itu alhamdulillah selesai sudah puasa 30 hari tahun ini..semoga berjumpa lagi Ramadhan ya Karim...insyaAllah

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf atas segala salah laku dan perkataan saya sekiranya ada..
Selamat bergembira di hari lebaran bersama orang tersayang...




Saturday, August 11, 2012

For You & Me..

assalamualaikum...

untuk semua yg pernah hadir dalam hidup saya - sesetengahnya kawan dan selebihnya hanya kenalan..


jadilah diri sendiri, di hadapan atau di belakang orang .... :)





Monday, August 6, 2012

Projek Hujung Persekolahan - BBQ

assalamualaikum..

projek hujung persekolahan bagi Klasse 1C Raben (Darjah 1C Burung Gagak (nama kelas izzah).. apadaa nama tak gelemer langsung huhu..
actually skarang Izzah tengah coti panjang. so ni gambar before dia cuti aritu la..hehehe

stail di sini, takde penyampaian hadiah ke ape, sbb takde ujian mahupon exam..
so masa dah ujung2 sekolah tu, cikgu kelas dia anjurkan satu BBQ untuk semua ibu bapa dan ada persembahan lakonan dr budak2 ni..

tajuknya dah lupa, tp ceritanya pasal Telur dan Raja..


ini tukang hasilkan telur, ada telur bulat, segi2..hahaha lawak2


tukang curik telur (watak jahat)..


Raja yg ensyem..hihihi


ni dayang2 istana, opss ada sorang dayang lelaki hehehehe....


para pelakon a.k.a student kelas dia, dlm 18 orang je sekelas..


BBQ stail bawak sendiri, bakar sendiri, makan sendiri..
dan yg besnya mereka asingkan set BBQ untuk Muslim dan non Muslim. yg Muslimnya ada 3 orang je termasuk kami...hehehe

ada ibu bapak yg bawak makanan lain, roti, salad, buah (makanan ruji derang huhu)



BBQ Muslim


skodeng BBQ orang2 German..perghh giler la proper hehehe


cikgu kelas Izzah, ada 2 orang..sorang boleh berbahasa Inggeris sorang lagi so-so...hehehe
 

aktiviti budak2 masa mak bapak makan..hehehe



Saturday, August 4, 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake..

assalamualaikum...

unt paparan sepanjang wiken ini, Super Moist Eggless Chocolate Cake..
kek yg super duper gelemer dan diakui kesedapannya oleh rakan rakan blogger...hehehe
saya kukus kek ni dlm bekas kaca tahan panas ni, mengambik idea Fauzana, rakan seMalaysia di sini hehe..
senang, bila dah sejuk terus tuang ganache di atasnya..hias ala kadar, inilah hasilnya...
mmg sehingga menjilat jari di bulan puasa...hihihi

time kasih pada pencipta resepi, Kak Dayang Jack dan saya copy resepi ni dah laaammmaaa dr Kak Nor Secubit Garam..
izinkan saya tepek2 di sini buat bekalan di hari tua :D
oh ya saya buat half dr adunan aje, cukupla unt kuarga comel kami hehehe...

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
by Kak Dayang Jack @ DapurKu Sayang dan Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak. *saya kukus
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.