Saturday, August 4, 2012

Super Moist Eggless Chocolate Cake..

assalamualaikum...

unt paparan sepanjang wiken ini, Super Moist Eggless Chocolate Cake..
kek yg super duper gelemer dan diakui kesedapannya oleh rakan rakan blogger...hehehe
saya kukus kek ni dlm bekas kaca tahan panas ni, mengambik idea Fauzana, rakan seMalaysia di sini hehe..
senang, bila dah sejuk terus tuang ganache di atasnya..hias ala kadar, inilah hasilnya...
mmg sehingga menjilat jari di bulan puasa...hihihi

time kasih pada pencipta resepi, Kak Dayang Jack dan saya copy resepi ni dah laaammmaaa dr Kak Nor Secubit Garam..
izinkan saya tepek2 di sini buat bekalan di hari tua :D
oh ya saya buat half dr adunan aje, cukupla unt kuarga comel kami hehehe...

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
by Kak Dayang Jack @ DapurKu Sayang dan Kak Nor @ Secubit Garam

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak. *saya kukus
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

9 comments:

  1. memang best sangat resepi kak dayang nie...
    mas suka...

    ReplyDelete
  2. Salam hajar!! alahaiiii... kita dah tak boleh nak makan kek2 cekelat skrg nii, sejak tekak dah tua ni kan, nikmat coklat dah ditarik separuh huhu.. kalau tak dulu2 kita antu cekelat, skrg ni ntahlah faktor umur dah semakin tuaa hihihi.... kalau dpt mkn sesudu pun rasanyer dah mengenyangkan kat tekak kita nii :D masak apa hajar? kita arini tak masak sbb takde selera pulak, nak mkn maggi korea jerr buka nanti dgn kuih lepat :D

    ReplyDelete
  3. oh..nyum3x... nk kek cekelat sepotong ;)

    ReplyDelete
  4. yaa Allah sedapnya kak :) tgh hari lagi ni kat sini heee

    ReplyDelete
  5. aduhai sedapnya kek itu....js duk tercari2 gak kek coklat bln puasa kt petronas putrajaya takde la plak...kalau hari biasa ada je...maybe byk tempahan kot utk raya...hihi

    ReplyDelete
  6. ramai yg puji tapi akak tak pernah try lagi, huhu.. meronta-ronta hati bila tengok SitieZahim buat, huhu

    ReplyDelete
  7. That looks really delicious! I would love to try that one now. Can't wait to make this.

    Regards,
    Haley McAdams
    Food Handlers Card

    ReplyDelete
  8. That looks really delicious! I would love to try that one now. Can't wait to make this.

    Regards,
    Haley McAdams
    Food Handlers Card

    ReplyDelete