Tuesday, June 3, 2014

Kenangan Dolu - Batu Bersegi Giant's Causeway di North Ireland...

assalamualaikum...

stay up mode mencuci rumah..
dah tak larat buat keje, sementara tunggu subuh 3.09 am, saya sharekan dengan kengkawan kenangan dedolu kami...
April 2012, Jelajah UK kami yang saya hanya buat satu entri di SINI... hahaha :P

antara banyak2 tempat di UK, saya sangat rekemen untuk pegi sini tau, Giant's Causeway.. kenapa?
lihatlah sendiri, menakjubkan kan?



Giant's Causeway ni terletak di County Antrim, North Ireland, dan 3 batu dari Bushmills. Penemuannya di war warkan kepada umum pada tahun 1693 dan diisytiharkan sebagai salah satu Wold Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1986. Sekarang, ia dah dipunyai dan diuruskan oleh National Trust. 


Dari tempat parking kereta ke tepi laut ni, agak jauh kena jalan kaki, tapi series tak terasa sebab view yang sangat cantik subhanallah...

 


Menurut para ahli geologi, Giant's Causeway terbentuk dari sebuah letusan gunung berapi 60 juta tahun yang lalu. Letusan dahsyat itu membentuk lebih kurang 40 ribu kumpulan batu-batu basal, menghasilkan batu yang kebanyakannya berbentuk heksagon (segi enam)


 

Namun, nak tahu tak, ada mitos berkenaan Giant's Causeway ni tau.. hehehe
Mengikut cerita lagenda, batu bersegi ni dibina oleh seorang Raksasa Ireland bernama Finn McCumhail. Dia bina causeway ni sebab nak berlawan dengan Raksasa Scotland bernama Benandonner. Satu versi mengatakan beliau menang. Satu versi lagi mengatakan beliau bersembunyi bila menyedari yang lawannya jauh lebih besar. Kemudian, isterinya mendandan Finn menjadi seperti seorang bayi, dan taktik ni menyebabkan raksasa lawannya, Benandonner takut. Sebab dia fikir, baby pon dah besar macam ni, ayah baby ni kompomlah jauh lebih besar.. dipendekkan cerita, Raksasa Finn pon menang la.. ekekekke... lawak plak rasa :P

Kasut raksasa..

View dari tepi. Batu2 ni ada yang mencecah 12 meter tinggi.. tengoklah orang putih tu nampak kecik je kan.. huhuhu



Akhir sekali, gambar kami di sini, cukuplah tepek sekeping gambar kami kan.. hehehe



2 comments:

  1. Subhanallah...cantiknya ciptaan Allah SWT..

    bila laa dpt g tmpt org nih..hehehe

    ReplyDelete