Thursday, April 19, 2012

PTPTN - Kalaupon Anda Tidak Menyokong..

assalamualaikum...

*ni entri luahan perasaan so maafkan saya kalau terkasar bahasa*

Kalaupon anda tidak menyokong pada FREE EDUCATION (atas sebab apa pon), tolonglah jangan buat statement kepada peminjam2 PTPTN spt di bawah ini:

1) Awak jugak yg sain aggreement dengan senyum di bibir
2) Dah tau ada caj perkhidmatan, tp terima jugak. skarang pandai nak komplen
3) Kalau taknak berhutang, tak payah la pinjam
4) Peminjam pinjaman pendidikan lain (Yayasan, MARA dll) pon kene bayar, macamlah korang je yg kene tanggung hutang..
5) Dulu masa dapat, bermewah2..tak beringat...skarang?

dan lain lain statement pendek akal yg tak dapat nak dinyatakan di sini...

tahukah anda...

Saya meminjam dengan PTPTN unt pengajian degree selama 4 tahun, di MMU..setahun 16k so semuanya 64K dan termasuk caj perkhimatan (masa tuh 4%) JUMLAH 96K

Saya terpaksa membayar balik RM400 selama 20 tahun, yg mana RM160 hanya unt caj perkhidmatan!

Selepas ujrah 1%, ansuran bulanan saya ialah RM360, yg mana caj perkhidmatan ialah RM59 selama 11 tahun dari sekarang.

Saya pernah bayar 1.4k sebulan selama 5 bulan berturut2 kerana hampir di blacklist (sbb ada tunggakan 5k), memandangkan saya nak ikut suami ke oversea, so takut apa2 hal jadi nanti susah..

dan

1) Saya tak pernah sain dengan senyum tp apalah budak berumur 18 thn yg berasal dari kampung tahu? Saya bukan anak orang senang yg famili mampu sponsor bulanan..

2) saya juga bukan scorer unt layak dapat mana mana biasiswa (setahu saya masa itu pinjaman/biasiswa Telekom hanya diberikan kepada anak anak Telekom dan SPM bawah agreget 10)

3) Yuran belajar saya di MMU pernah mencecah 13k setahun, so saya cuma ada 3k unt bayar hostel dan duit belanja. Mewah?? Tolonglah, mungkin ada budak IPTA yg boleh buat camtuh tp BUKAN SAYA..

4) yes mmg saya alert dengan caj itu tp apa pilihan yg saya ada? perlu ke saya berhenti dr MMU serta merta? kemudian tunggu je nasib kalau dapat panggilan dr IPTA (pendaftaran MMU awal dr result IPTA) sedangkan saya tahu peluang sangat limited, dan saya bukanlah pelajar cemerlang SPM? bekerja sambilan unt tampung 13k yuran pengajian saya?

5) Jumlah peminjam PTPTN adalah yg paling banyak di Msia, dan caj perkhidmatannya adalah paling membebankan antara yg lain...ada sapa nak argue bab ni??

6) Saya takde pilihan selain dr MMU masa itu, kerana saya dah membayar yuran 1k lebih dan kemudian baru tahu dapat pilihan yg saya langsung tak pilih di IPTA..

saya menulis bukan unt komplen, kerana saya sedar diri saya meminjam dan saya sangat komited membayarnya (tunggakan kerana awal2 dulu bayar tak cukup RM400 kerana gaji kecik dan penah tak keje)..skarang ni pon walau coti tak bergaji, PTPTN saya still saya lunaskan...

jadi kepada semua yg menulis di FB ayat2 pendek akal di atas, tolonglah hentikan kerana saya dan ramai lagi peminjam PTPTN sangat terguris membaca nya..mungkin anda tak kena macam kami atau anda tak baca habis pasal free education tuh tp nak menentang, walla hu a'lam..

dan pada kengkawan IPTA yg hanya bayar RM100 sebulan, tolonglah komited dengan bayaran anda..kerana nasib saya jauh lagi teruk dr anda..
dan jgn kerana anda, orang2 yg komited bayar beratus2 tiap2 bulan tp ada tunggakan kerana masa lampau menjadi mangsa ugutan surat blacklist itu (spt saya)...

So soalan nya, adakah PTPTN ini tidak membebankan??
ANDA NILAIKAN SENDIRI...

31 comments:

  1. entahla...pasal ptptn ni x tau nak komen camana... cuma sebagai peminjam tiap2 bulan bayar, berhutang la katakan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh dah reply ni smalam..huhuhu..betul2 kak saya sokong, dah pinjam mesti bayar..:)

      Delete
  2. betul tuh, dah pinjam kene bayar. tp masalahnya orang2 yg tak terlibat ni dok kuarkan perkataan2 yg menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  3. Betul tu.
    Bagi mereka yang cakap macam tu banyak duit kah untuk tampung yuran pengajian tanpa perlu pinjam ptptn? mereka top scorer kah? layak dapat biasiswa/tajaan sepenuhnya kah? kami tak ada pilihan sebab tu kami sign jugak agreement. pahit pun terpaksa ditelan. yang tak seronok, mereka yang dah tamat pengajian dan dah bekerja tu kenapa satu sen pun tak bayar balik? entahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh, kengkadang sbb derang yg tamo bayar ni la jadi beban kat kita..huhuhu

      Delete
  4. ceettttt.. senyum kebendanya masa sign.. gigil ada... tapi takkan la nak susahkan makayah yang menoreh getah?yang membawa bas? brapa gaji diorang?hidup mewah? plzzz laa.. tak pernah cukup duit.. masa tu duk pikir jugak.. "u" ni makan duit banyak sangat ke ek? sebab satu sem tu brapa jek dapat. apakah tafsiran 'mewah' dikalangan studen? tapi tak pernah melupakan dengan pinjaman tu jugak kita tamat belajar..cume ai memang tak alert pun pasal caj yang tak masuk akal tu.. sekian..kiki.. ala diorg saja jek tu hajar bagi hangin sikittt dengan kenyataan tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe time kasih kak izah..tuh la mmg tak penah melupakan jasa ptptn, tp caj tuh mmg tak masuk akal...huhuhu

      Delete
  5. mmg mcm2 org ckp hajar tp yg bercakap tu shallow minded,enuf said..huhu..

    ckp mmg senang,semua org blh ckp kan?dorg tu nasik tambah yg lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nasik tambah? cayalah kak suzi lap lap u :D

      Delete
  6. dah mcm loan beli umah
    5thn baru setel bayaq bunga jer ngeeee
    sabaq uols ai paham
    wah curlastt masuk MMU ekkk
    MMU pernah terjah sekali tahun 2003 kot

    ReplyDelete
  7. sy tak dpt plak nk komen sbb tak pernah laluinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. js, takpe..saya ni pon hanya bercerita pengalaman sendiri..:)

      Delete
  8. dah tau xtopscorer..kenapa dulu xblaja elok2..sumer terletak pada diri sendiri kan..usaha tu penting kan...jangan dah terkene baru nak ternganga sbb kene bayar hutang ptptn beribu2..sbb tu dari dulu orang tua pesan blaja rajin2 biar pandai sng masuk IPTA..masuk ipta ada subsidi..xyah bayar beribu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mentaliti sempit pasal subsidi..takpe la saya assume awak budak tak cukup umur lagi

      Delete
    2. fiqriz, kalau belajar elok2 pun, anda tuhan ke yg tahu sure akan dapat 12A? itu semua kan rezeki. anda lupa pada kuasa Allah? kalau dah tak dpt 12A, maknanya tak perlu sambung belajar la ye? kalau tak dpt IPTA, tak perlu belajar dan baik jadi mat rempit ke? itu maksud anda. anda yg tidak bijak sebenanya! yang masuk IPTA pun kena bayar interest gak weh, kena pinjam PTPTN gak seab mak ayah dulu tak semua kaya dan mampu. banyak juga kes yg score semua A tapi kemudiannya gagaldalam kolej matrik. sebab? sebab mereka diajar utk hafal ramalan soalan dan skema jawapan. sebab pendidikan kita beroreientasikan peperiksaan semata-mata. sebab kuasa Allah kita tak tahu .. rezeki adalah di tangannya. jangan terlalu mendabik dada dan sombong.

      Delete
    3. bayangkan kalau semua dapat 12A, larat ke nak bagi free biasiswa kat semua. agak2lah kan. result exam pun ada gak kuotanya. tak semua org yg rajin belajar dapat topscorer. betullah rohaniah noor kata, kuasa Tuhan kita tak tahu.

      Delete
    4. biarlah, nanti dia ada anak baru dia rasa. mungkin sekarang nasib dia baik tp nasib anak2 dia?

      Delete
  9. cik fiqriz....anda sgt berfikiran sempit....

    ReplyDelete
  10. ispun bukan dari keluarga senang.. nak xnak kena sain jugak sebab yang tu je sumber untuk kita teruskan perjuangan dalam bidang pelajaran di peringkat tertinggi... orang cakap senang, tapi full duit ptptn mang guna untuk beli buku, esaiman, sara hidup di negeri orang dll...

    caj perkhidmatan yang tinggi, pas abis blajaq, dapat qeja gov, alhamdulillah, tapi dengan taraf pendidikan yang tidak sepatutnya, gaji yang ada hanya cukup untuk cover perbelanjaan bulanan keluarga... sangat perit membaca kata2 sedemikian kan? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya yg sewenang2 nya keluarkan statement2 kat atas tuh, anak orang berada, paling tak pon mak bapak mampu sponsor sara bulanan..
      dan scorer jugak..atau lebih hebat genius..

      Delete
  11. Salam hajar! kita ni budak tak tahu langsung sbb dah kawen awai hihihi... walau mcm manapun kita phm perasaan hajar, sabar ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih ika..saya pon kawen awal tp hutang tetap kene lunas..huhuhuhu

      Delete
  12. akak tak ada pengalaman pasal pinjaman ni sebab dulu study dpt biasiswa jer tapi turut simpati dgn nasib golongan yg mengalami ni..apapun sabar jer lah yer hajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih kak nieza atas keprihatinan akak..itulah manusia ni ada batas kesabaran jugak bila di cucuk2 dengan komen2 negetif mmg kengkalah kalah..huhuhu

      Delete
  13. sebagai anak penoreh getah, apa pilihan yg kita ada? tak sain nanti tak dpt belajar. serupa mcm sain dgn ahlong le pulak... ishhhh... interest tinggi drp loan beli kereta ni. kerja belum lagi dah nampak interest tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan kak..takpe la mungkin orang2 yg kasik komen negetif tuh tak merasa hidup susah..tak merasa takde pilihan dalam hidup..:(

      Delete
  14. setuju ngn akak.. finally ada jugak orang rasa ape yg saya rasa.. hehe.. sy pon bayar tiap2 bulan.. sbbkan living cost yang agak tinggi, gaji pon x sempat nak merasa kena bayar hutang2.. hehe..

    ReplyDelete
  15. saya masih dalam proses untuk penukaran ke ujrah. banyaknya kos pentadbiran dia. huhuhu. memang rasa terbeban, dan so far didik diri sentiasa konsisten bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis aida, tak payah tukar. tipu je ujrah tu huhu

      Delete