Assalamualaikum...
Pengalaman Zayd disahkan ada
jangkitan kuman Pneumonia di paru-parunya antara pengalaman mengerikan saya di hujung 2014..
Bayangkan perasaan saya bila dia tiba2 seperti tak sedarkan diri, tak bagi respon walaupon ditegakkan badannya, kepalanya terkulai?
walau ditampar2 perlahan pipinya, dia tak bukak mata?
ya Allah, luluh hati saya..
sepanjang perjalanan ke Hospital, satu je doa saya...
Susahnya saya nak dapatkan dia ya Allah, bermacam2 cerita duka saya tempuhi, baru hampir setahun dia bersama kami, jgnlah hendaknya ya Allah tarik balik pinjaman Mu... bagilah peluang kami ya Allah...
Kisah ni terjadi beberapa hari sebelum Geburtstag (Birthday) Zayd ke setahun.
Elok kami tengah jenjalan di ECM, dia tiba2 muntah yang sangat banyak. Dua kali muntah, kami decide untuk balik dan singgah ke klinik, memandangkan dia baru beberapa hari baik dari demam.
Masa tu dia OK je, tak merengek or apa2 tanda yang pelik..
Elok masuk ke kereta, saya baringkan dia, mata dia tiba2 kuyu dan tertutup (seolah2 dia tido)..
Saya mula tak sedap hati, panggil2 nama dia, dia buka mata sedikit tapi tertutup balik, seolah2 dia penat sangat..
Dan lepas tu memang dia tak respon langsung dah apa saya buat, saya panggil dia tak respon, saya tegakkan badan dia, mmg kepala dia terkulai.
Walau nampak dia bernafas macam biasa, suhu badan normal, tapi kami terus ke
DMMC (Darul Makmur Medical Center) memandangkan HTAA mesti lambat kan... huhu
Di Bhgn Kecemasan, Zayd dah mula terjaga. Alhamdulillah leganya hati saya...
Tapi keadaannya tak menentu, perlahan2 dia tertido semula, sehingga time doktor amik darah dia pon, dia tak berapa bertindak balas..
Seterusnya, apalagi... menetap lah kami di Wad anak beranak hehehe...
Hasil X Ray dan ujian darahnya menunjukkan paru2 nya dijangkiti kuman pneumonia..
Pneumonia ni sebenarnya bahaya sangat tau, ada kajian dari UNICEF mengatakan 3 juta kanak2 di seluruh dunia meninggal disebabkan kuman ni tau...
Bayi di bawah usia 2 tahun yang senang mendapat jangkitan ni.
Antara tanda2 nya ialah:
- Demam
- Batuk
- Tidak mempunyai selera makan
- Tidak aktif (simptom Zayd)
- Merengek dan mudah marah
- Bernafas dengan laju
- Tidur berdengkur dan susah bernafas
Sumber dari Blog
Dr Zubaidi
Hari pertama di wad, mmg lemah abis dia. asik muntah je alahaiii siannyaaaa my little boy uwaaaa...
Nasib baik dia tak demam, so simptom dia hanyalah muntah2 tu je..
Time dah sihat mulalah merata dia jalan. habis jarum kat tangan ditarik2.. huhu
Katil Zayd tapi Lea selalu amik alih. Misi datang nak isi ubat, konpius yang mana satu yang sakit sebenarnya hihihi..
3 malam kat wad, makanan mmg bes2, derang bagi bubur nasik dan lauk2.. bubur zayd ngan kakak2 nya tibai, lauk mak bapak zayd tibai ekekkeke :P
Ni lah DMMC, alhamdulillah layanan nurse2 nya sangat memuaskan hati. cuma Doktor dia je yang susah nak bagi kita kuar wad... huhuhu
Kami entitle bilik single, walau sebelum tu masuk bilik double sbb tak cek bebetul ngan insurans..
Ada katil, Sofa bed, TV, bilik air, aircond, almari. mmmm not bad :)
Time kasih sumer warga DMMC atas layanan baik anda semua.
dan Terima kasih ya Allah kerana sembuhkan Zayd... huhuhuhu masih ngeri bila kenangkan kisah ni, semoga tak berulang lagi Aminnnn