Showing posts with label desert. Show all posts
Showing posts with label desert. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Apfelmus...

assalamualaikum...

Apfelmus atau dalam Englishnya Applesauce saya buat tempohari waktu tengah musim memetik epal di sini...
tempohari - mode baca: dulu bulan September hahaha :P
 
terbekenan dengan Apfelmus ni first time bila lepas D&C arituh dihidangkan dengannya, masa tgh kelaparan dan dalam keadaan minda separa sedar akibat bius...
masyaAllah sangat sedap rasanya...
tak sempat nak snap gamba sbb kepala masih ting tong..dan berebut2 dengan budak2 sama..hehehe..

so untuk versi Apfelmus saya ni, saya follow resepi dari Allrecipes.com di SINI. siap ada video cara nak buat tau..
jugak dari buku sekolah Izzah...hehehe...
senang giler nak buat, sesapa yg ada epal kat rumah tu boleh la cuba...:)

UPDATE: Apfelmus ni kami makan camtu aje..tp boleh jugak makan dengan wafel ke, penkek ke (something yg tak manis). dan gula tu boleh dikurangkan, sbb result kemanisan apfelmus ni bergantung jugak pada kemanisan semulajadi epal..:)


APFELMUS
- by Sarah's Applesauce@Allrecipes.com

Ingredients
4 Apples - peeled, cored & chopped
1/4 cup white sugar
3/4 cup water
1/2 teaspoon ground cinnamon *ni saya skip sbb tak suka cinnamon

Method
In a saucepan, combine apples, water, sugar, and cinnamon. Cover, and cook over medium heat for 15 to 20 minutes, or until apples are soft. Allow to cool, then mash with a fork or potato masher.



Sunday, July 29, 2012

Puding Kacang Merah..

assalamualaikum...

selamat berhari Isnin semua..ada yg ber Monday blues tak? hehehe
bagi saya yg jadi housewife ni, Isnin - Ahad sama aje, takde perubahan sangat...lagi2 time Ramadhan ni sbb kami lebih banyak memerap di umah hehehe...

entri kali ni saya nak share resepi Puding Kacang Merah..
sangat senang dan cepat disediakan, sesuai dibuat waktu Ramadhan ni..
yg penting, bahan utama iaitu kacang merah, macam saya ada inti kacang merah readymade dr Msia, lagi la senang keje...hihihihi
puding ni rasa cam eskerim kacang merah tau, so tersenyum lebar la en husben saya since dia peminat tegar eskerim tu...hik hik hik
apapon time kasih pada AlongRiz as tukang cipta resepi, tp saya copy resepi ni dari Kak Hana..
time kasih dedua, izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek...hehehe

PUDING KACANG MERAH
- by AlongRiz dan dishare oleh Kak Hana


Bahan-bahan 
*saya buat half dr adunan di bawah
  • 1 cawan kacang merah - hana tukar 2 cawan inti kacang merah readymade *saya pakai 1 cawan shj
  • 1 peket @ 13g serbuk agar2 *6g serbuk agar2
  • 1 liter air - jika guna serbuk agar2 yg 10g, kurangkan sedikit sukatan air ye *500 ml air
  • 240g gula - hana ltk 1/2 cwn jer sbb inti dah manis * 1/4 cawan
  • 1 tin susu cair *200g susu cair kotak
  • 1sb tepung jagung *1/2 sudu besar
  • 1 helai daun pandan simpul *takde
  • sedikit pewarna merah jambu *saya pakai pewarna merah

Cara-cara
  • Rebus kacang merah hingga empuk. Ambil 1/2 cawan ratakan ke dalam acuan. Blend baki kacang dengan susu, tepung jagung, pewarna sehingga sebati. - hana guna inti kacang merah readymade
  • Masak air dengan serbuk agar-agar, gula, daun pandan sehingga sebati.
  • Ambil setengah cawan air tersebut dan tuang ke atas kacang merah tadi. Biarkan mengeras sebentar. -hana tak buat lapis
  • Masukkan kacang merah yang telah dikisar tadi ke dalam agar2 dan masak sehingga mendidih.
  • Bila lapisan kacang merah telah mengeras, lorekan sedikit menggunakan garfu dan tuang pula adunan agar2 tadi. Sejukkan dalam suhu bilik dahulu kemudian baru masukkan peti ais. Potong dan hidangkan.

Cara saya yg pakai inti readymade
  • Inti kacang merah tu saya masakkan bersama 200ml air - untuk bagi dia lembut dan cair. Kacau bagi jangan berketul
  • Masak lebihan air dengan serbuk agar-agar, gula, susu cair dan inti di atas sehingga sebati. Masukkan tepung jagung dan pewarna dan didihkan bagi pekat sedikit
  • Masukkan dalam bekas. Biarkan sejuk sepenuhnya baru masukkan dlm peti ais. Sedia dihidangkan waktu buka puasa :)

Thursday, July 5, 2012

Puding Santan dan Susu Strawberry..

assalamualaikum....

time kasih atas respon semua unt entri Apartment Tour tu..
mmm sebenanye before datang German lagi saya mmg suka baca blog orang, tambah2 yg diperantauan tu dok cerita pasal stail hidup, makanan, suka duka hidup kat negara tu..
so walaupon saya tak dapat pegi, atleast tahu jugak kan sikit sebanyak..hehehe

then bila saya dapat kesempatan hidup di sini, saya suka nak share, tambah2 benda yg lain or takde di Msia..kadang2 selit pasal masak2, kadang2 pasal jalan2, kadang2 info jugak...
dan kadang2 kalau tabung dah penuh dan dapat melancong ke tempat lain, kalau ada kenal kengkawan Msian di situ, mmg kami prefer tido di umah derang dr hotel, mmg la kalau ikutkan di hotel lagi selesa tp dengan cara tu lah kami dapat tukar2 info pasal tempat mereka dan berkenalan dengan lebih rapat..(ayat karangan :P)

okehla sebenanye takde topik nak citer pasal entri masak kali ni..
bagi penggemar santan rasanya resepi ni patut dicuba sbb mmg ada kelainan..
bagi saya kurang skitlah huhuhu...
takpelah musim strawberi pon dah abis di sini, las week kami pegi pon mmg kena korek celah2 pokok..huhuh...semoga panjang umur dapat jumpa musim strawberi lagi next year insyaAllah...:)

puding ni asalnya perasa pandan, resepi asal dr Gert (takde link plak), tapi saya copy dr Kak Nieza yg telah tukarkan pada puding strawbery (kalau tak silap)...

time kasih pada semua, izinkan saya tepek2 di sni plak ek...hehehhe


PUDING SANTAN & SUSU STRAWBERRY
- adaptasi dr resepi Puding Pandan oleh Gert, dishare oleh Kak Nieza


Bahan :
·         600 ml air
·         120 gram gula pasir
·         10 gram serbuk agar agar
·         300 ml susu segar
·         300 ml santan
·         beberapa titik esen strawberry/ pewarna merah atau pink *saya blend strawberry jugak

Cara membuatnya :
  1. Satukan serbuk agar2, air dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
  3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen strawberry dan pewarna merah/pink, selebihnya biarkan warna asal. *saya blend strawberry jugak
  4. Tuang adunan strawberry kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer. *saya letak bahagian putih dulu, baru bahagian merah
  5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding strawberry tadi .
  6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan ketika sejuk.
  7. **Sementara menunggu adunan strawberry beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan strawberry beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan strawberry tadi. Selamat mencuba

Tuesday, January 3, 2012

Puding Kastard Berkuah..

kastard koktel

assalamualaikum...

pembuka entri di tahun baru...semoga Catatan Dari Deutschland akan terus mengabadikan kenangan saya dan keluarga di bumi German ini...
blog yg menjadi catatan pengalaman saya, unt saya kongsikan pada semua..
baik entri masak-masak, atau entri info saya, harapnya kita semua mendapat sesuatu darinya..:)

puding kastard ni sangat bes..
saya buat separuh aje dari resepi di bawah kerana tepung kastard dah 'limited edition'..hehehe
lagipon hasilnya ngam ngam la unt kami 4 beranak..
time kasih Missima @ MyResepi as pencipta asal resepi ni, dan Kak Cek @ Kitchen is My World atas tukang olah dan tukang share..izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)

PUDING KASTARD BERKUAH

- by Missima @ MyResepi dan Kak Cek @ Kitchen is My World

BAHAN-BAHAN A - Kastard

• 1 cawan tepung kastard
• 1/2 sudu kecil garam
• 5 cawan air
• 2 - 3 sudu besar susu pekat
• 2 - 3 sudu besar gula pasir

BAHAN-BAHAN B - Kuah Kastard
• 1 tin susu cair IDEAL *saya pakai susu cair tp dlm kotak (bkn susu segar), sbb yg dlm tin regenye lebih mahal hehe
• 1 tin air *saya guna kotak susu cair sbg sukatan
• 4 sudu besar gula dan 4 sudu besar susu pekat *terpulang pada citarasa memasing ya
• 1 biji kuning telur *kak cek tak letak, saya pon sama
• 1 sudu kecil esen vanila
• 2 sudu besar tepung kastard *campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair @ air

BAHAN-BAHAN C - Hiasan
• Fruit Cocktail @ Nata De CoCo @ apa saje buah2an dalam tin yang disukai...
* saya pakai buah segar kiwi dan koktel peach

CARA-CARA PENYEDIAANNYA..


A. Kastard

• Masukkan tepung kastard kedalam periuk..campurkan garam...gaul sebati
• Campurkan sume bahan2 cair....kacau sebati...
• Tuangkan bahan2 cair kedalam periuk berisi campuran tepung kastard....kacau sebati....
• Masak bahan2 kastard diatas api kecil...menggunakan senduk kayu...kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat...
• Bila adunan kastard mula meletup2....matikan api...
• Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian....*saya pakai mould yg dibasahkan sedikit air
• Setelah siap acuan/bekas diisi...biarkan sejuk...sebelum dimasukkan kedalam fridge...

B. Kuah Kastard
• Masukkan sume bahan kedalam periuk...
• Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit....siap dah ...tutupkan api....

C. Hiasan Puding
• Letakkanlah bahan2 hiasan didalam puding yang dihidangkan bersama kuah kastard.. jika suka boleh juga dicampurkan dengan air jus buahan2 dalam tin yang digunakan....

Tuesday, October 18, 2011

Kek Lapis Cheese Persona..

cheese kek pesona
assalamualaikum...

sila lah semuanya terpesona dengan kek ini...
seiring dengan namanya, memang rasanya SANGAT mempersona tau...
en husben kasik markah rendaaahhh skit aje dari kek devil itu..hehehe
tapi saya melapis takde la cung melecung cm orang lain punye, dan rasanye cm terlembik or kurang melapis..
apapon memang saya rekemen 100 peratus hheeehehehhe :D

tak sia2 saya terliur masa kak izah tayang di umahnye..hik hik hik
saya makan sambil pejam mata sbb nak menikmati kenikmatan cis yg menggebu2 itu..hahaha :P
vielen vielen dank pada pencipta resepi ini, Ryo (cm nama orang jepun plak hehe) dan kakak-kakak blogger yg menggelemer kannye...
izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
- sumber Ryo@RyoAzhar, di share bersama oleh Kak Nor Secubit Garam, Kak Mas Duniaku, Zaliedana dan Kak Izah

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
*saya pakai butterkeks
500 ml susu segar,dipanaskan *saya campurkan serbuk cappucino sket

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar *izah lebihkan 1 sb
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Nota: saya buat 1/2 adunan unt percubaan, lapis cuma 2 kali dan tak celupkan biskut sebaliknya spray aje..:)

Thursday, September 15, 2011

Puding Roti Marble Coklat...

puding marble
assalamualaikum..

mood entri unt masak-masak dah ke laut semua..
ni pon kejadian tah Zaman Kesultanan Melayu Melaka yg mana pon taktau hehehe..:P
cuma seingatnya masa bulan pose, nak berbuka umah kawan arituh..huhuhuhu
bes bes biasalah resepi kak hana yg dah menyelam tak timbul2 tuh..
tapi saya copy dari umah kak izah daut yg baru tukar gamba profile yg cung melecung itu :P
then masa nak paste kat sini baru prasan dah penah copy resepi yg sama (cuma bersi english) dari MamaFami...
punyela tak prasan padahal yg MamaFami ni pon saya dah penah cuba..patutla masa buat tuh rasa cam sama...hik hik hik
apapon time kasih akak-akak semua...halalkan saya nak tepek tepek di sini plak ekk..:)

PUDING ROTI MARBLE COKLAT
- sumber Kak Hana, di kongsi bersama oleh MamaFami dan Kak Izah

Bahan-bahan
4 keping roti *saya buang kerak tepinya kalau ia agak hitam
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara
1) Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2) Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3) Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4) Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
5) Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6) Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Tuesday, July 19, 2011

Desert unt Summer yg Sejuk..

strawberry panacotta
assalamualaikum...

ada fenin baca tajuk saya?? hehehe...
bukan apa, biasanya desert kita makan waktu cuaca panas kan..so nyaman2 gitu desert yg sejuk masuk mulut...
tp lately sejuk plak di duisburg ni, walaupon skarang Sommer (musim panas)..harap2nya kekal la camni sampai Ramadhan nanti ngeh ngeh ngeh..:)

Strawberry Panacotta ni dibuat gara2 tertawan dkt umah kak nieza finland itu..
memang bes rasa dia, bahan pon senang, step pon ringkas aje...memang puas ati la hehehe...
tengok merah puri srawberry ni memang tak tahan iman, so walaupon cuaca sejuk, still gak nak menikmati petang smalam...:P
time kasih pada pencipta resepi asal, Gert, jugak Kak Nor dan Kak Nieza sbb sudi share..izinkan saya tepek2 di sini plak ek..

strawberry panacotta 2

STRAWBERRY PANACOTTA
- sumber Gert, dikongsi bersama oleh Kak Nor@Secubit Garam dan Kak Nieza Finland

Bahan-bahan
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Strawberry ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula (saya bubuh 2 1/2 sudu besar saja gula)

Cara-cara:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah strawberry ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri strawberry keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

Nota: leh jugak kalau nak tukar stroberi kepada buah2 jus yg lain, cam kiwi, pelam dll..sekian :)

Monday, July 4, 2011

Tiramisu versi 3

tiramisu
assalamualaikum...

tiramisu ni memang peberet kami satu famili..
kali ni saya cuba resepi dr ijan finland..tak pakai gelatin or agar-agar..
tp masa buat tuh, disebabkan ketidak pro an nya saya, terober beat hehehe..
nampak cam cair so alter la sket...saya tambah agar-agar...
mahap ye ijan, saya derhaka sket...
tp memang bes giler tiramisu ni..

base dia saya buat eggless choco cake..
dan tiramisu ni saya pakai philadelphia cheese je, tak pakai mascarpone cheese tuh..
dan saya buat satu layer aje, biar banyak sket rasa cheese nye tuh hehehehe..
pada ana yg minat tiramisu tuh, apalagi meh meh kita tambahkan lemak2 di badan...hihihi
dan kak azi jugak, smangat tiramisu datang balik tak lepas tengok versi saya ni? hehehe

tiramisu2
TIRAMISU IJAN FINLAND
- sumber ijan finland
- olahan hajar@catatandarideutschland

Bahan-bahan
• 1 biji sponge kek atau apa2 kek
• 250ml whipping cream
• 200ml cream cheese
• 1/2 cawan gula halus
• 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
• 1 sudu makan serbuk nescafe
• serbuk koko untuk hiasan
• 1/4 cawan air *ni saya tambah
• 1 sudu kecil serbuk agar-agar *ni saya tambah juga

Cara-cara
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. At the meantime, Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih
5. Masukkan larutan agar2 ke dalam adunan dan kacau rata.
6. Potong kek pada bahagian-bahagian kecil dan susun dlm bekas/cawan
7. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
8. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
9. tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar
10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya…

Nota: kalau nak buat 2 layer, ulang step 6-8..:)

Wednesday, June 15, 2011

Puding Coklat Sos Kastard..

assalamualaikum...

entri yang lepas, saya ada post tentang seminar Sharing session on From Zero to Hero: How to make money in property investment..
dengan kata mudah, seminar ni untuk sesiapa saja, bukan hanya pada yang nak buat pelaburan hartanah..
tapi jugak pada yang baru nak beli umah untuk diri sendiri..
sebab mungkin ramai yang kata, tak cukup duit unt beli banyak umah kan..
honestly speaking, tak perlu banyak duit unt beli banyak umah..
asalkan kita tau caranya, insyaAllah tak rugi melabur dlm bidang hartanah ni..
senang citer la, kalau lokasi umah tuh bagus, banyak permintaan dan boleh dpt untung dr sewa umah, kita tak perlu keluarkan duit sendiri unt bayar pada bank..
sebab dgn duit sewa boleh top up bayar bank bulan-bulan + dpt untung lagi masuk poket..
bukan kah bagus tuh...dapat duit senang2 camtuh aje...hehehhe
itulah tujuan seminar ni, nak kasik pendedahan pada kita semua..sebab dlm seminar ni akan diajar camne nak pilih lokasi, pasal bank, aggreement dan macam-macam...

okehla ni nak citer pasal puding ni plak..hehehe
memang bes, rasa cam satu jenama puding kat sini yg anak saya, si izzah suka makan, Paula..
patutla kak izah daut tu beria peromot...hehehehe
memang kene betul rasa coklat ngan kastard tuh...
time kasih pada penyumbang resepi, kak dayang jack atas resepi yg marbeles ini..
izinkan saya tepek tepek di sini plak ek....:)

puding coklat sos kastard
PUDING COKLAT SOS KASTARD
- sumber Kak Dayang Jack, tapi saya kopi dr umah Kak Izah Daut..

Bahan-bahan :
5-7 orang makan

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya) * saya pakai susu segar aje
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka

Thursday, June 9, 2011

Puding Tembikai..


assalamualaikum...

puding ni dibuat gara-gara tak tahan iman menengok puding cun cun di umah kakak-kakak idolaku; kak nieza n kak izah daut..
masa tgk kak nieza tayang tuh, dah kecur air liur dah..tahaannn tahannn..
skali kak izah pon tayang puding tembikai dia yg mahal sbb takde bijik tuh (hihihi :P)..memang agak agak meleleh air liur la..hahahaha
tp cuak jugak, sbb saya tak penah hayat buat puding or agar-agar ni..
sebab dr kecik memang jarang makan makanan yg berasaskan santan or susu..
tapi pelik camne la masa kami kecik2 dolu, semua ala-ala tem tem gitu..huhuhuhu
nasib baik memasing tak menten tem tem sampai skarang...hihihihi ;)

okehla, layaan resepi plak pada sesapa yg nak coba..
kalu tamo coba kita layan gamba aje la ekkk...hihihi
time kasih pada penyumbang resepi, Kak Noorma@Cendana Kasih..
dan juga kepada kak nieza n kak izah atas gamba2 cun cun mereka yg telah memprovok saya mencubanya..
izinkan saya tepek2 di sini plak ek...:D

PUDING TEMBIKAI
by Kak Noorma@Cendana Kasih, tp saya cnp dr umah Kak Nieza Finland..

Bahan-Bahan:
• 1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)
• 2 keping roti gardenia *
• 6 cawan air (4cwn air)
• 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
• 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
• 1 cawan susu cair (kak nieza tambah) *
• 2 sudu besar mentega
• 1 sudu kecil esen vanila
• cincau dipotong kecil
• sedikit pewarna hijau /merah

Cara-Cara:
1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
5. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Nota: tembikai saya ni jenis murah aje, tu bijik tembikai besa besa gedabak..hihih

Monday, June 6, 2011

Aiskerim Strawberry..

assalamualaikum...

sesi abiskan strawbery part 2...

selain dok buat strawbery dew, ni la lagi hasilnya strawberi2 yg dah lunyai tuh..
walaupon rupe luaran dah out, nasib baik rasa still ok, so dapatlah buat merasa kami anak branak..hehehe

aiskerim strawbery


dan aiskerim strawberi stail batang ni..baru lepas dapat beli acuan dia, so ni pes produk la...hihihihi


memang yummy tambah2 lak cuaca paneh dan badan yg kepenatan kan..heheheh :P

sekian laporan strawbery kali ini..:D

Sunday, June 5, 2011

Strawberry Dew..


Assalamualaikum...

sesi mengabiskan strawberi part 1..

di entri ni, saya ada citerkan kisah tragis strawberi yg kami petik dr ladang arituh..
menitik2 air strawberi laksana jus merata-rata sementara nak sampai ke umah..
so balik tuh, gerak gempur la saya di dapur, misi menyelamatkan strawberi ni..

godeh godeh internet, jumpa satu resepi ni..
sangat simple dan saya tak penah buat lagi...
hasilnya sangat sangat mabelesss....hihihii...:D

terima kasih pada (kak) Kenari..
izinkan saya tepek2 di sini plak ek...:D



STRAWBERRY DEW
- sumber Kenari@TryMasak

Bahan-bahan
- 2 sudu besar gula
- 200g nature yoghurt tanpa perisa
- sedikit esen vanille
- sedikit air limau
- Vanille Eis Cream 1-2 scoops *saya tukar aiskerim Milo
- 200g strawberry

Cara-cara

1. Masukkan gula,air limau dan esen vanille kedalam yoghurt dan kacau hingga sebati.
2. Bersihkan Strawberry dan blend hingga halus.Tinggalkan sedikit untuk hiasan jika suka.
3. Masukkan youghurt kedalam gelas atau bekas dessert.Letakkan 1-2 scoop eis cream keatasnya, tuangkan starwberry sauce, hias dengan strawberry dan taburkan sedikit kacang hazel....dah siap untuk dihidang! yummy yummy

Tuesday, May 31, 2011

Aiskerim Lagi dan Lagi...


assalamualaikum...

short entri..saje nak share aiskerim Milo anda jadi sihat dan kuat ni pada semua..
sebenanye resepi asal aiskerim coklat..
tapi rakyat jelata kat umah ni request nak perasa milo plak..
saya buat half adunan..saje nak test test dulu..:)
hummmmm memang terangkat la...tambah2 lak time camni yg dah nak masuk summer..
time kasih banyak2 ros yang share dlm Jintanmanis...

AISKERIM MILO
(asalnya Rich Chocolate Ice Cream)

Sumber resepi dari buku masakan Chocolate Katherine Edelston
Di edit oleh Ros@Jintanmanis

Bahan-bahannya
400ml whipping cream
100gram coklat masakan *saya tukar 2 pek milo panjang2 tu..
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco *saya tak letak
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar

Cara-caranya
1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
* Saya campurkan serbuk milo dan susu segar, larutkan mcm step kat atas

2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.
*saya pastikan adunan betul2 sejuk, baru campurkan dengan whip cream yg dah dipukul

3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.

Saturday, May 21, 2011

Aiskerim Lagi..


assalamualaikum..

selamat berhujung minggu buat semua..

skarang cuaca tak menentu di sini, last week hujan renyai so suhu turun dlm 13 darjah camtuh..
tapi hujan pon takde la mcm di Msia..renyai halus-halus setakat basah jalan aje..hehehe
arini plak, Sabtu (Samstag) panas, 25 darjah..
pening plak kepala dok lelama kat luar..huhuhu

layan aiskerim memang menarikkk...heheheh :D
simple aje resepinya, saya ikut puan ros ni, buat 2 perisa..strawberi dan vanila..
tapi tak bape jelas plak bila snap gamba..hihihhi
time kasih ros, izinkan saya tepek tepek di sini plak ye..:D

HOMEMADE ICE CREAM
- sumber Cookpad.com, ditranslate oleh Ros@JintanManis.com

Bahan-bahan
3 biji telur
200 ml whipping cream
80 gram gula
2 sudu kecil esen vanila ( ni ros tambah)
sedikit esen strawberi dan pewarna merah (juga ditambah)

Cara-caranya
1. Asing putih dan kuning telur, kemudian pukul putih telur hingga menjadi meringue.
2. Di dalam bekas lain pukul pulak whipping cream sehingga menjadi krim, tapi tak perlu terlalu kental.
3. Kemudian pukul pula kuning telur dan gula, hingga kembang dan putih, akhir sekali campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan masukkan esen vanila, gaul dengan spatula atau handmixer, pastikan sebati. Simpan di dalam peti ais sehinga aiskrim keras dan sedia untuk dihidangkan.

Nota dari Ros: Ros bahagi dua adunan aiskerim ni, satu letak perasa strawberry dan satu lagi perasa vanila..

Monday, May 16, 2011

Homemade Aiskerim..


assalamualaikum..

aiskerim ni kalu di german derang panggil Eis..
best giler makan time cuaca panas..
arituh la, izzah dok request eis ni, pasal kami ada gak makan di kedai eis, ada yg non-alcohol tp kalu amek sepinggan tuh dlm 5 euro gak..
so sbb takleh nak pulun eis kat kedai selalu kan, terpaksalah saya merajinkan diri..hihihi..
tapi versi saya ni tak la sesedap yg kat kedai tuh, cuma cukup la buat lepas gian...hehehe

tapi aiskerim yg saya buat ni kengkadang jadinya lembut, kengkadang jadinya terkeras skit..
nasib baik masuk dlm mulut cair gak, so buleee la kan...hihihi :P

AISKERIM STRAWBERY (asalnya AISKERIM TEMBIKAI)
- sumber Nadia@MyResepi
- dishare bersama: Ros@Jintanmanis

Bahan-bahannya
300cc tembikai ( ros guna 200ml - saya pakai strawberi fresh)
1sb madu ( x letak)
300cc fresh cream ( ros letak 200ml)
3 sb gula halus ( 2 sudu besar)

Cara-cara
1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit. ( ros pukul sampai creamy dan agak kental)
3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
4. Bekukan dalam freezer
5. Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali. ( ros pukul sekali je, pastu terus simpan dalam freezer- kes malas nak pukul banyak kali lah ni hehheehe - dah chekgunya males pukul byk kali, anak murid pon males jugek..hihihi :P)

Thursday, April 21, 2011

Tiramisu Kak Nadia..


assalamualaikum..

salam petang Khamis semua..

tiramisu ni saya buat atas permintaan bos kecik si izzah tuh..
sibuk nak makan tiramisu, meh la emak nye yg baik ati ni buat..hihihi
bertuah budak2 sekarang, kecik2 dah pandai makan tiramisu..
saya dolu KFC pon dah besar baru pandai masuk..huhuhu
igt lagi kalau balik kg di Batu Pahat, on the way kalu nampak KFC mesti kecek mak nak masuk..
hahaha tapi jgn harapla weh...
telan air liur aje le jawabnye...hihihihi

tiramisu ni simpe aje stepnye, amek resepi masa awal2 dolu, zaman kegelapan ilmu memasak...hahaha..
ketaq weh baca resepi dia, pasal tatau apa tuh mascarpone cheese ngan savoiardi...:P
tp berkat perturun ilmu dari kakak senior di sini, kak Nadia, saya dah buat 2 kali..hehehe
time kasih byk2 akak ye, mintak halal ilmu semua tuh..:D

TIRAMISU
- sumber: Kak Nadia Essen

Bahan-bahan

3 biji telur asingkan kuning & putih
50g gula
500 g mascarpone cheese
175 ml dark coffee (espresso)
savoiardi (löffel biskuit)secukupnya
serbuk koko

Cara-cara

1) pukul (PAKAI MESIN) telur putih sampai keras.
2) dlm bekas lain, pkl telur kuning dgn gula sampai kembang (PAKAI MESIN)
3) kacau mascarpone dlm bekas asing (saya pakai mixer sekejap), campurkan ke dlm telur kuning. kacau lg. campurkan telur putih dan kacau lg.
4) celupkan biskut ke dalam air kopi pekat tu dlm 4 saat camtu. susun dlm bekas,
5) tuang bancuhan tiramisu. suka hati la nak buat berapa layer. tp last sekali mesti layer bancuhan cheese tu...
6) sejukkan minimum 2 jam, taburkan serbuk koko sblm makan..siap

Friday, March 11, 2011

Hijau Lagi..dan Lagi...


assalamualaikum...

terkejut denga berita Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami kan..
semoga kengkawan dan umat Islam kat sana dilindungi Allah hendaknya..
teringat tsunami yg melanda Msia 6 thn lepas, masa tuh saya baru beberapa hari melahirkan Izzah..
masa tuh dah balik ke Jengka unt berpantang, then Izzah kene warded satu malam sbb kuning..
mmg berdebar dan terkejut x hengat la, tambah2 plak kami pon dok Penang masa tuh, cuma bkn di island la..
tp sepanjang dok penang mmg sempat merasa 2 kali gegaran, sekali di umah dan skali di UiTM, tengah2 miting fakulti tetibe rasa gegar..
semua panik, turun guna tangga..dah la tingkat 7, saya plak sempat singgah bilik di ting 4 unt amek purse..hahahah :P
sampai bawah, carik2 en husben taderk, risau nyeee la...
upenye dia dan kengkawan dia stay aje dlm bilik miting tuh...hahahha aparaaaaaa :P

okehla berbalik pada entri kali ni..
tengok pes time kat umah kak izah terus jatuh chenta..
sebab cun sangat mmg tertarik kaw kaw la..kaler ijau lak tuh my peberet..
sebab kedua ialah kene la ngan tema minggu ini kan..tema HIJAU...hahahahah :P
mmg sedap, kalu lepas2 ni ada daun pandan sesat kat umah ni leh la buat...gegegege
ekceli rasa dia cam kuih sagu kaler merah tuh, mmg saya suuukaaa...tp ni ada rasa tambahan dek santan di atasnye tuh..
ada ke izzah nak makan santan tuh aje..mana aci kan..??
hahahah jahat benooo ini emak...gegegege :P

PUDING SAGU DGN PATI SANTAN
- sumber Kak Nor @Secubit Garam, di share bersama oleh Kak Izah @Izah Mufin Lover..time kasih kakak-kakak, izinkan saya share plak ye..:D

Bahan-bahan ( 6 bekas )
1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung *kak nor dan kak izah guna tpg jagung - saya guna tepung ubi
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar) - saya kurangkan sket

Bahan2 utk pati santan:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-cara
1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
2. Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
3. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
4. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
5. Cara2 utk membuat pati santan:
6. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
7. Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan

p/s: tengah kire bape banyak santan yg masuk dlm perut saya lately..ishk ishk ishk..

Thursday, February 17, 2011

Dessert Lagi..


assalamualaikum...

sejak 2 menjak ni suka plak buat dessert ye..hehehe
sebenanye baru lepas eh tak la baru sangat, dapat beli cawan unt dessert ni..
ala beli di trödelmarkt aje, 6 biji 3 euro...
so dah beli, kene la buat eksperimen kan...hahahaha

so smalam terai la strawberry mousse..
bagi saya bes bes..
bagi izzah n en husben, bule la...
lea 50-50..biasa la makcik ni, sejak merasa dia 'dah' besa ni, agak selektip dlm makanan..huhuhu..
hahahaha takpe takpe, tak suke no hal, saya balun sorang tanpa rasa besalah..:P

STRAWBERRY MOUSSE
- sumber Yani@MyResepi..terima kasih ye, izinkan saya share di sini..:)

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
• 10g(2tbsp) gelatin
• 100ml air panas
• 200g strawberry
• 70g gula
• 200ml fresh cream/whipping cream
• 1 sudu besar lemon jus

Cara-cara
1. Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
2. Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
3. Masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.

Nota: Sila abaikan gamba yg x bape cun tuh, hehe bab deco ni mmg saya fail..surrender awal-awal...hihihi

Sunday, February 13, 2011

Tiramisu Time....


assalamualaikum...

selamat ber Montag (Monday) semua...hehehe
projek semalam, tiramisu..
dah 2nd time buat, tapi pes time arituh guna resepi kak nadia, pakai mascarpone cheese..
tapi biasalah kan, saya ni pes time biasanya ala-ala lulus di tekak aje..
eh eh kengkadang dah 2nd, 3rd dan seterusnya pon camtuh gak, camne tuh?? hahahaha :P

smalam saje gedik2 terai resepi dr blog ros plak, lgpon ada kek lebih arituh, kek kukus munira resepi dr kak hana, x muat nak kukus, saya letak dlm muffin cup..
so saya jadikan base bawah unt tiramisu ni la...
cis krim plak dah lama bertapa dlm fridge tuh, nak buat cis kek, baru aje dok membaham cis kek ashrina yg sedap x hengat..
las2 buat la tiramisu ni..
oh ye, kalu sesapa tak mo pakai gelatin leh cuba resepi Ijan Finland ni, lebih kurang aje..

seperti yg selalu-selalu makan di umah kak nadia, mmg sedap tiramisu ni..pergghhh mmg tak tahan kesedapannya..hehehehe

TIRAMISU SIMPLE
- sumber dr Chef Hanieliza, saya CnP dari Ros@Jintanmanis, terima kasih ye..saya tukar skit ikut apa ada dkt dapur..hehe

Bahan:-

1 gulung kek swiss roll kopi - saya pakai kek coklat kukus
250 gm keju cream philidephia - saya guna 265 gm
150 ml yogurt asli - saya ganti dgn 200 ml whipping cream
1/2 cawan gula
1 biji lemon [ambil jusnya] - saya x letak
serbuk nescafe - ganti dgn serbuk koko

Larutan Agar-agar:-

1/4 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar - saya ganti dengan 1 sudu besar gelatin

Cara

1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan rata.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan

Nota: saya buat selapis aje, so skali aje la proses melapisnya..then saya pukul dulu cis, gula dan whipping cream, baru cairkan gelatin, unt mengelakkan gelatin keras balik..sbb cuaca sini sejuk...huhuhu