Showing posts with label Swiss. Show all posts
Showing posts with label Swiss. Show all posts

Sunday, June 23, 2013

Projek Mega Hjh Arpah & Famili - Interlaken, Swiss..

assalamualaikum...

untuk segmen terakhir jalan2 rombongan Hjh Arpah, saya kongsikan gambar2 kami di Interlaken, Swiss..

oh ya, mari kita kenali sikit sebanyak berkenaan Swiss, negara yang femes untuk lokasi penggambaran kebanyakan filem2 Hindustan..hihihi :P
(model di bawah ni bukan Rani Mukherji ek..hahaha)



Switzerland merupakan sebuah negara Republik Persekutuan, mempunyai penduduk sebanyak 7.5 juta orang. Bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Autria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.

Info menarik tentang Swiss:
1) Ibu negara nya ialah Bern dan bandar terbesar ialah Zurich
2) Matawang yang digunakan ialah Swiss franc (CHF), RM1 bersamaan CHF0.29  dan €1 bersamaan CHF1.23
3) Hanya ada 12 universiti di Switzerland
4) Tiada tol di Swiss tapi setiap kereta dan trak perlu membeli sticker yang berharga CHF40 (yearly).
5) Di kebanyakan tempat di Swiss, household rubbish disposal kena bayar. Sampah disposal hanya akan dikutip sekiranya sampah tu dalam plastik yang bersticker berbayar atau dalam beg sampah rasmi yang masa beli tu dah kena caj siap2. Ini bertujuan untuk menggalakkan kitar semula (recycle free)...hahaha menarik kan??

tong recycle depan supermarket di Swiss

rumah Swiss

Info dari Wikipedia

Interlaken, bandar yang gelemer dari segi pelancongan. kalau dah duduk Europe, mmg tak sah kalau tak pegi Interlaken..hehehe...

Antara cenderahati di bandar Interlaken, loceng lombu...hehehe

Tasik yang clear giler airnya di sini..subhanallah


Duisburg - Interlaken, perjalanan berkereta kalau direct 7 jam, fuhh mmg lenguh punggung la jawapnya..huhuhu

Interlaken ni terletak di antara 2 tasik besar, iaitu Lake Thun dan Lake Brienz. Dikelilingi oleh 3 gunung iaitu Jungfrau (paling gelemer), Eiger dan Mönch.

Hajat ati nak naik sampai Jungfraujoch tp mengenangkan tiket mencecah €150 seorang (dalam RM600), turpaksa biarkan hajat tu terpendam jauh di lubuk ati..hehehehe :P

so kami pilih Interlaken - Lauterbrunen - Winteregg - Mürren - Allmendhubel sahaja...itupon semua orang dah tersenyum gembira dan puas hati, alhamdulillah :)

kami berkereta dr Interlaken ke Lauterbrunen (boleh jugak kalau nak terus naik tren), tapi ke Winteregg dah mmg tak boleh berkereta, so kena naik kabel car (huhuhu gayat), then ke Mürren naik tren dan terus ke Allmendhubel naik funicular. Harga tiket hanya lebih kurang €30 sorang..

Stesen Lauterbrunnen

View ke Winteregg dari dalam kabel car..

Semakin tinggi dan tinggi..saya dah duduk sonyap2 masa ni, ketar lutut hahahaha :P

tren ke Mürren, klasik i like..hehehe

bandar kecik dan comel Mürren..
 

seleji tebal giler..:)

funicular yang akan bawak kita ke Allmendhubel.. ok la i like jugak sbb tak gayat hehe..

akhirnya suda sampaaaiii...hehehe....
 

actually Allmendhubel ni salah satu tempat orang skii so takde apa la sangat kat atas ni. tp yang besnya walaupon kiri kanan seleji, mmg tak terasa sejuk so masing2 terus tayang baju hahaha :P
 

soooooooo....fuhhh alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan jugak coret coret perjalanan kami. jutaan maaf kalau ada readers yang tidak selesa dengan entri2 saya ini, manalah tahu ada rezeki, insyaAllah anda akan sampai di bumi Swiss yang mendamaikan ini.. (kerana saya pon tak penah mimpi dapat peluang ni, since en husben saya dulu bercadang sambung belajar di Jepun huhu). apapun, saya menulis hanya untuk berkongsi info pada semua, semoga dapat membantu pada yang memerlukan..

semoga jumpa lagi di lain entri.. salam untuk semua :)

Sunday, June 16, 2013

Projek Mega Hjh Arpah & Famili - Swiss...

assalamualaikum...

gambar yang menyimpan seribu kenangan buat kami...
mana taknya, bukan senang orang jengka nak sampai Europe kan..hehehe
sebenarnya famili saya bukanlah orang senang (walaupon org Msia suka kata orang Felda ni kaya, tp emak saya ter exclude tau), cuma famili kami mmg suka menyimpan duit untuk berjalan dari spend ke barang2..
sebab jauh berjalan tu luas pandangan dan pengalaman kan...hihihi

sebenarnya, dalam banyak2 negara Europe, saya paling suka ke Swiss..
walaupon harga barangnya lebih mahal, tp bagi yang sukakan pemandangan macam saya, mmg berbaloi menabung untuk ke sini...hehehe...

cenderahati yang dijual, fuh agak botak kalau nak borong..hehe..cukuplah seketul FM untuk kami buat kenang-kenangan...

Lembu sebagai simbol Swiss :D

Luzern, Swiss.. rasa macam takde apa sangat, nyesal tak direct terus ke Interlaken (kes jeles ngan Izu London sbb Blue Lake dia lagi lawo..hihihihi :P)
  
 

 kerusi VIP kat salah satu restoren.. fuh kompom panas satu badan kalau dapat duduk atas ni kan hihi

Tuesday, May 28, 2013

Segmen Peromot Apartment di Swiss...

 
assalamualaikum...

direct je tajuk entri saya kan..hehehe
mmmm biasanya kalau travel, kami mmg mencarik hotel yang murah tp bersih..
murah ni besar takrifannya bagi setiap orang kan tp biasanya kemampuan kami ialah dlm €60 - €70 semalam.. biasanya nak dapat lagi murah tu agak susah dah sbb kami berempat..huhu
dan wifi, brekpes atau lawa bukanlah kriteria penting bagi kami hehehe... :P

oh ya, di europe ni hotelnya ikut jumlah orang yg nak duduk dlm satu bilik tu, maksudnya takleh main sumbat2 je tau...
so bagi kami yang berjumlah 4 orang ni, kenalah carik bilik Triple or paling kurang Double tp boleh masuk extra bed untuk Izzah (sbb kadang2 certain hotel, Lea tu dikira boleh tido satu katil dgn kami)..


masa famili saya dtg dr Msia, jumlah ahli rombongan dah meningkat kepada 7 orang..
mak pulak jenis orang Melayu yang kena makan nasik tp berbrekpes dgn oat.. jgn tak caye hihihihi...
so sepanjang kami ber poya2 tu, kenalah sewa apartment.. lebih jimat sbb leh masak kan...

masa di Swiss, kami book apartment di Innertkirchen, Swiss. Dekat dengan Interlaken dan kami check in awal jugak, since mak penah komplen 'rugi bayar tp check in lambat' macam di apartment di Holland haritu, macam saya cerita di SINI :P
dan di Swiss ni hotel dan harga barangnya agak mahal berbanding negara lain, meibi sbb mmg pusat pelancongan..huhuhu

Ufem Egg Ferienwohnungen, fuh mmg terbaik...:D
view cantik, apartment baru dan luas, siap disediakan gula, garam, minyak dll untuk masak, wifi, bathtub, staf pon baik, ada playground dll.. 
dengan harga €140 semalam untuk 7 orang, mmg rasa berbaloi sangat :)



view dr tingkap dan sekeliling apartment, tayah gi jauh2 dah hehehe...
 

 dalam apartment, ada 2 bilik tidur + sofabed besar di ruang tamu

dapur tahap rasa nak hangkut kitchen kabinet bawak balik hehehe...

toilet, hijauuuu... i likeee..

playground dan padang untuk bebudak main...


apapon seronok tengok semua orang eppi.. terasa berbaloi dok planning trip ni berbulan2 lamanya bila semua orang senyum gumbira hehehehe

Friday, October 29, 2010

From Germany To Austria & Swiss With Love.. ~ Pt 4


DAY 4 ~ INTERLAKEN - THUN - BASEL (SWISS) - DUISBURG (GERMANY)

Last day, so sad..huhu...
Esok pagi kami akan bangun tido dr umah di Duisburg..huhu..

oh ye, meh saya nak share Hotel Rossli yg kami sewa semalaman..ala yg melayang 150 euro tuh..huhu..




so lepas sarapan, kami pon gerak la untuk balik ke Duisburg. cuma dlm perjalanan, kami akan singgah di Thun, Basel n supposely akan singgah ke umah kawan en husben yg x jadi smalam..bandar Interlaken nih cantik, rupenye kawasan hotel yg kami sewa tuh bangunan nye cantik2 sangat..ramai pelancong China / Jepun / Korea jalan kaki aje pepagi tuh..huhu..miss lagi nampak gaye nye..kompom la Interlaken nih akan ku kunjungi lagi..




on the way ke Thun, kami singgah di tepi2 jalan..





Thun nih cantik..(hehe sumer bandar cantik la senang citer..)Kami just park kete kat stesen minyak (slambe je haha) n pusing2..ada castle tapi x leh masuk, sbb apa tah huhu..round2 unt carik signboard Thun tp x jumpe, las2 saya tangkap gamba penutup saliran kat atas jalan aje..haha..buleee la kannn :)





Dr Thun ke Basel agak jauh..mm sebenanyer bandar Basel nih pertembungan 3 negara, Swiss - Germany - France..kira cam sempadan la..tp mmg kompom susah nak parking..makcik GPS lak buat hal, asal salah masuk start la dia penin..huhu..kitorang pon susah nak carik tempat unt snap2 gamba..las2 en husben dpt satu parking tp upenye dah jauh dr bandar..n jalan punya jalan (pakai kaki lak tuh) upenyenya bandar Basel nunnn di seberang sungei...huhu...



Kami gerak balik dr Basel tah kol baper..so next plan balik Duisburg aje la, on the way akan singgah di Kaiserslautern..saya mmg xcited nak ke situ, sbb hanya en husben yg penah jumpe En Azmir tuh..wife dia mmg saya x kenal..before trip nih dah sempat bukak blog dia n hafal nama anak2 dia..izzah pon smangat nak jumpa kawan baru..tapi ntah la, plan 2 ari terakhir nih mmg lari sangat2..akhirnya kami x jadi singgah langsung umah derang..rasa mmg besalah x hengat la..maaf sangat2 ye Farzana & En Azmir..insyaAllah kami akan datang jua akhirnya..huhuhu..
gamba spanjang perjalanan balik..byk betul kincir angin kat tepi2 jalan..ngan ladang2 yg saujana mata memandang..



supposely kami sampai ke umah (ikut makcik GPS ni) dlm kol 10 pm..tp disebabkan dedua dah sama-sama penin (kami n makcik GPS) sesat tatau tang mana..memula sbb salah saya meng set Universiti Duisburg-Essen, so dia hala ke Essen..bila dah sedar yg kami salah set, betulkan la balik...haaaaa makcik GPS dgn suka ati start penin..las2 kami pon penin..haha...tp alhamdulilah akhirnya sampai jugak ke umah sewa kami yg terchenta ini..jadi secara rasminya perjalanan kami pon TAMAT...

Syukur alhamdulillah walau x dapat menikmati sgt sesetengah perjalanan krn kejar waktu, singgah bandar-bandar dlm tempoh yg kejap-kejap aje..takpe la..atleast lepas nih dah tau, n bule plan bebetul..tp mmg la, kalu nak bebetul menikmati tempat2 nih, mmg kene tido kat situ..sbb perjalanan antara satu bandar ke satu bandar mmg jauh..abis masa dlm kete aje..hehe..syukur krn selamat semuanya, dan diberi peluang untuk meluaskan perjalanan n pengalaman kami...:)