hari tu saya kongsikan gambar2 bangunan sekolah Izzah dari luar, kali ni saya nak sharekan apa yg ada di dalamnya...
mmm basically berbeza skit dengan stail di Msia sbbnya bangunannya bertutup (sbb sejuk time winter kan hehe)..
tp parents boleh masuk dalam tu, lagi2 time winter ni semua orang nak menyorok dlm bangunan kan hehehe...:P
selepas pintu utama, ada koridor (sama macam Msia) dan ada mural di dinding..
ni gambar cikgu2nya...
gambar2 ni saya ambik time ada function kat sekolah baru2 ni, kalau tak, tak berani gak nak snap2 picture huhuhu...
hasil budak2 ditampal di dinding sekolah..
ni Aula (Dewan), biasanya apa2 majlis dibuat di sini..
ni dipanggil ape ek? gambar untuk huruf awal sesuatu perkataan contohnya A für Ampel (traffic lights)..ditampal besar2 kat pintu kelas..
ni dalam salah satu kelas yg ada, mmg meriah dengan bahan2 untuk Kunst (Art).. ada mainan jugak di rak belakangnya..
sori gambar goyang pakai kamera hp je masa ni hehehe...
kalau tgk dr gambar ni, nampak kan beza kelas di Msia dengan di sini? seingat saya, kelas saya dulu kemas je tp kadang2 menimbulkan perasaan stress pon ye, bosan pon ye, pada saya la (sori cikgu hehe)
Izzah & kawan baik dia, Sinya (budak turki)
oh ya, stail persekolahan di sini, sesi bermula pada Ogos/September bagi setiap tahun. cuti sekolah pulak, biasanya 2 minggu bagi setiap musim,contohnya Winter ni cutinya bermula 21 hb Disember sehingga New Year. cuma cuti Summer je lama, sebulan lebih sbb kiranya cuti terakhir sebelum bermula sesi baru.
dan takleh main ponteng sesuka hati. cuma yg besnya, kalau budak tu sakit, dia boleh tak datang sekolah (tanpa surat doktor) selama 2 hari. hari ke3 kalau masih sakit, baru kena hantar surat doktor kepada pihak sekolah.
sebab tu kalau time cuti sekolah, flight or hotel mmg berganda2 mahalnya. sbb mereka tahu, hanya time cuti sekolah je baru famili ni berpeluang berjalan...huhuhu
apapon macam saya cakap di entri yg lepas, pengalaman ni mungkin berbeza dr kawan2 lain. cuma yg pastinya, budak2 MEMANG SEMANGAT nak ke sekolah. hehehe...







