Showing posts with label sarapan. Show all posts
Showing posts with label sarapan. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Brekpes Ala Happy Together...

assalamualaikum...

sengal sungguh nak meng update blog sekarang... huhuhu


siapa layan korean talk show Happy Together?
kalau iye, korang mesti perasan ada satu segmen Late Night Cafetaria kan?
dulu masa di Dochland, disebabkan internet pree dan unlimited plus laju zomm zoooomm saya suka layan citer ni tau..
boleh jugak tgk menu2 dia, manalah tau sesuai untuk dijadikan santapan kami hehehhe...
lagi2 sebab derang mmg sajikan menu yang ringkas dan cepat disediakan..

so kali ni saya nak berkongsi menu dia yang dikongsi oleh salah sorang Atlet Korea (dah lupa siapa)..
mmg simple abis tapi yummy yummyyy...
sampai sekarang anak-anak saya suka, cuma kadang2 derang skip bab cheese..

SARAPAN MUDAH ALA HAPPY TOGETHER
- di ambil dari Korean Talk Show, Happy Together ( Late Night Cafetaria)

Bahan-bahan

1) Roti

2) Jem apa apa perisa
3) Cheese (boleh skip)
4) Susu segar

Cara-cara

1) Sapu jem kat atas roti, letak dlm pinggan


2) Letak cheese


3) Tuang susu

 

4) Potong kecil-kecil (dalam masa potong tu, susu dah serap ke dalam roti)


5) Ngap... hehhehe.. senang giler kan?


Silalah cuba ye kengkawan... sedaaaaaapppp heheheh...

Sunday, April 13, 2014

Muffin Yogurt Pisang yang Sedap..

assalamualaikum...

asal nama resepi ni, Muffin Pisang Chocolate Rice tapi saya nak highlightkan Yogurt di situ..
sebab muffin yang gunakan yogurt memang rasa dan teksur nya lain dari yang tak guna yogurt..
so sapa yang ada yogurt lebih kat umah, boleh la terai..
memang bes..

time kasih pada pencipta resepi ni, Mak Lang (sori tak ada link khusus), dah terbang ke blog Mamafami, then Kak Hana jiran selang umahku, dan saya copy dari Kak Yati Sinar Kehidupanku..
Izinkan saya tepek2 di sini plak ek :)


MUFFIN YOGURT PISANG CHOCOLATE RICE
- by  Mak Lang, C&P ke blog Mamafami, Kak Hana dan Kak Yati Sinar Kehidupanku


Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur  *saya guna 2 biji
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 3/4 cawan chip coklat - Yatie ganti dngn 1/2 cawan choc rice
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  4. menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
 



Monday, March 10, 2014

Resepi Sarapan Ringkas Guna Brötchen..

assalamualaikum...

Brötchen ni sebenarnya sejenis roti yang menjadi makanan ruji orang Jerman
Dulu saya tak minat sbb permukaan dia keras kejung tau
Tapi jeng jeng jeng jgn tak caya sebenarnya dalam dia lembut

Tapi sejak duduk wad 3 malam masa bersalin harituh, sarapan mmg roti inilah yang dia kasik
Makan dengan cheese, ada pilihan jem jugak
Terus jadi jatuh chenta ngan Brötchen ni hahaha... :P
Saya ni pesen makanan kat wad, dari tak suka terus jadi suka, dulu masa D&C dia kasik Apfelmus, balik umah terus meraban carik resepi dia hihihi

Duduk kat sini biasalah, mana nak dapat makan sarapan roti canai nasik lemak bagai..
Nak tak nak kena ubah stail sikit ala-ala orang Jerman gitu.. hik hik hik

So biasanya Brötchen ni saya buat cenggini la

1) Sediakan Brötchen, potong 2


2) Letak salami dan crabstick (nak letak sosej pon ok)


3) Bubuh la serbuk lada hitam skit, mayonis, sos - ikut suke


4) Topping dengan cheese, bakar dalam oven dalam suhu 200 degree


Tadaaaa dah siap..


Cepat, senang dan ringkas!

Tuesday, January 28, 2014

Roti Kukus dan Pau Jugak..


assalamualaikum...

ni resepi Roti Kukus tapi actually macam Pau jugak..
resepi pun guna tepung pau..
rasa pon macam pau.. hihihi...

tankiu pada Ika @ Arah yang bersusah payah carik balik resepi ni..
dan pada pencipta resepi, Ayin.. izinkan saya tepek2 resepi kat sini plak ek :)



ROTI KUKUS
Resepi Asal : AYIN
Copy n Paste : KAK CM dan Ika @ Arah

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung pau.
5 tbsp gula kaster.
1 1/2 tsp yis segera.
2 tsp baking powder.
Secubit garam.
1 1/3 cawan susu segar.
1 tbsp minyak jagung.>>yg ni kita gantikan dgn shortening

Cara-caranya:
 
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali susu segar.
Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil uli perlahan-lahan (Cm guna KA)>>uli tgn .
Uli hingga sebati dan elastik dohnya.
Perap selama 1 jam.
Kemudian uli buang angin dan .bentukkan bulat bulat.atur dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.Biarkan doh kembang hingga dua kali ganda saiz asal.
Panaskan air untuk kukusan.Kukus sehingga masak.
Sedap dimakan dengan kari ayam atau sardin atau pun disapu dengan kaya.

Friday, November 1, 2013

Yogurt Pancake..


assalamualaikum...

buat yang selalu tercarik2 resepi mudah untuk sarapan..
time kasih Kak Nor Secubit Garam untuk resepi yang sedap ni..
izinkan saya tepek2 di sini plak ek.. :)

YOGURT PANCAKE
- by Kak Nor Secubit Garam


Bahan:
2 sudu kecil baking powder
2 biji telur A
5 sudu besar butter ~ dicairkan
1 cawan susu fresh
1 bekas yogurt plain (140gm)
2 sudu besar gula castor
secubit garam
1 sudu teh vanila

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan adun hingga sebati.
Boleh menggunakan blender/hand wisk.
Rehatkan adunan selama 5 minit.
Panaskan frying pan dgn api yg sederhana kecil.
Masukkan sesenduk kecil adunan dan biarkan hingga adunan td mengeluarkan lubang2 kecil.
Terbalikkan dan masak hingga pancake masak.
Hidangkan dgn jem, sos coklat atau madu, mengikut selera masing2

Monday, October 14, 2013

Mihun Goreng Special..


assalamualaikum...

mihun goreng ni saya buat masa BBQ bulan Ogos time Summer harituh rasanya..
skarang dah masuk Autumn (musim luruh) so suhu pon dah semakin sejuk.. maksudnya dah tak berapa sesuai nak buat aktiviti kat luar hehehe..
apapon resepi ni special skit sbb letak air asam jawa tau hehehe...

time kasih pada tukang share, Nabialishad Fotopages.. dia dapat dr Baby Batriesyia Fotopages (sumber asal menurut Baby Batriesyia ni dia dah lupa)...
izinkan saya tepek2 di sini plak ek :)

MIHUN GORENG SPECIAL
- sumber copy dari Baby Batriesyia Fotopages dan Nabialishad Fotopages




Bahan-bahan

 

Bihun (direndam hingga lembut)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar/cili boh

Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat 

1 sudu besar sos tiram 

3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa
Garam/Gula

Sayur Sawi/Taugeh
Udang - dibuang kulit 
Ayam - dipotong kecil2
Daging batang pinang - dipotong kecil2

Cara-cara


Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau. Kemudian masukkan semua bahan A. Kacau hingga sebati. Masukkan ayam,daging, garam dan gula. Biar sebentar hingga masak. Kemudian, masukkan bihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan siap!




Monday, June 10, 2013

Waffle Buat Sendiri...


assalamualaikum...

duduk di negara orang ni, antara cabarannya ialah tang brekpes..
benda inilah antara yang sangat dirindui, kenangan2 nasik lemak, roti canai, teh tarik dll..
tambah2 di dochland ni, makanan rujinya ialah roti, pagi petang siang malam derang makan roti huhu...
macam waffle jugak, biasanya kat Trödelmarkt (pasar barang2 seken hen) ada gerai2 yang jual waffle panas2...
dan kalau kat kedai2 eskerim, wafflenya menarik2 sbb dihias dengan eskerim dan buah2 segar..
macam gamba di atas ni, bebudak 2 orang ni yang hiaskan...
hehehhehe cantikkan..:P

btw thanks pada  pencipta resepi AlongRoz.. izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)

WAFFLE
- by AlongRoz @ MyResepi



Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )

  • 2 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu segar
  • 2 tbsp Minyak sayur
  • 1 cwn Tepung
  • 1 1/2 tsp Baking powder
  • 1 1/2 tsp Gula
  • 1/2 tsp Garam
Cara-cara
  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem