Monday, March 31, 2014

Bahan Perapan BBQ Grill Lamb..

assalamualaikum...

antara resepi perapan Kambing panggang yang selalu saya buat..
actually tak de la ikut sebijik2 resepi, selalunya main masuk sesuka ati je.. hehehe
janji sedap dek tekak kan?

apapon tq pada pencipta resepi ni, Kellazule (maaf link umum ye). Saya copy paste dari blog Twinkle Twin :)

KAMBING PANGGANG MARINATE
- by Kellazule dan di share oleh Twinkle Twin


Untuk 4 keping daging kambing



Bahan rempah perap

5 ulas bawang putih
* 1sudu kecil serbuk halia - yang ini aku tambah sendiri *saya hiris halia
1 sudu besar lada hitam *saya ganti sos lada hitam secukup rasa
1 sudu makan daun rosemary kering
1/2 sudu makan jintan kasar *saya pakai serbuk
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula *saya pakai gula merah
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
 2 – 3 sudu besar minyak zaitun
* Kashmir mango chutney secukupnya – beli kat Asia Markt


Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering (yang ni saya x tumbuk sbb pakai serbuk), garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak zaitun 
 (bekas gorengan bawang putih tadi), jus limau, kicap dan sos tiram. *cara saya, campur je semua bahan di atas. Rasa, edjas ikut sedap tekak hehehe
3. Tumbuk dan Gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick atau pembakar elektrik

Thursday, March 27, 2014

Tefal Bistro RM350 je..

Assalamualaikum...

Ada sesapa nak beli set periuk Tefal Bistro ni?

 
Deposit cuma RM200
Harga full RM350 (shipping Germany - Kuantan)
Free COD kat Kuantan, Kajang, Jengka
InsyaAllah ETA Ogos 2014


Set ni include:
24cm Frypan, 20cm Frypan, 2.7L/18cm Saucepan with Lid, 1.5L/16cm Saucepan with Lid, 1L/14cm Milk Pan
Set periuk kuali ni tak berapa besar, so sangat sangat sesuai bagi orang muda2 (macam i ekekeke) yang anak tak ramai
Sesuai untuk semua hob kecuali Induction

Kelebihan set ni

1) THERMO-SPOT - Bagitau kita perfect temperature untuk start masak
2) NON-STICK INTERIOR - tak perlu pakai minyak & sisa senang nk bersihkan
3) EVEN HEAT BASE - kat punggung periuk, untuk sekatakan kepanasan
4) Lid (Penutup) kaca

Ada banyak lagi pilihan, boleh jenguk2 di fb page kami JOM SHOPPING MALAYSIA
boleh whatsapp di no +4915171726965+4915171726965
atau email kami di sitiezahim@gmail.com

Monday, March 10, 2014

Resepi Sarapan Ringkas Guna Brötchen..

assalamualaikum...

Brötchen ni sebenarnya sejenis roti yang menjadi makanan ruji orang Jerman
Dulu saya tak minat sbb permukaan dia keras kejung tau
Tapi jeng jeng jeng jgn tak caya sebenarnya dalam dia lembut

Tapi sejak duduk wad 3 malam masa bersalin harituh, sarapan mmg roti inilah yang dia kasik
Makan dengan cheese, ada pilihan jem jugak
Terus jadi jatuh chenta ngan Brötchen ni hahaha... :P
Saya ni pesen makanan kat wad, dari tak suka terus jadi suka, dulu masa D&C dia kasik Apfelmus, balik umah terus meraban carik resepi dia hihihi

Duduk kat sini biasalah, mana nak dapat makan sarapan roti canai nasik lemak bagai..
Nak tak nak kena ubah stail sikit ala-ala orang Jerman gitu.. hik hik hik

So biasanya Brötchen ni saya buat cenggini la

1) Sediakan Brötchen, potong 2


2) Letak salami dan crabstick (nak letak sosej pon ok)


3) Bubuh la serbuk lada hitam skit, mayonis, sos - ikut suke


4) Topping dengan cheese, bakar dalam oven dalam suhu 200 degree


Tadaaaa dah siap..


Cepat, senang dan ringkas!

Thursday, March 6, 2014

Scandinavian Tour - Di Sepanjang Jalan Kenangan...

assalamualaikum...

Skanör, Sweden - tempat paling menarik dalam Scandinavian Tour kami..
ye lah bila dok Europe ni, kadang2 lebih banyak bangunan je..
lagi2 kat Germany ni, susah nak jumpa laut kecuali belah atas2 (Hamburg dan area sekitar)..

actually tempat ni tak gelemer pong.. masa gugel2 dengan gugelmap, ternampak la laluan tepi laut ni..
kalau nak cepat mmg boleh lalu highway tapi saje gedik2 dah berapa taun i tak jumpa laut u.. so eksaited tu mmg terlebih la skit hihihihi..

cantik giler kan?

 
yang sepeselnya umah2 kocik2 kaler2 comel2 ni la.. hihihi

  


rasanya umah kocik2 ni digunakan untuk tukar baju dan lepak2 kot.
mesti time Summer havoc giler tempat ni.
tapi sebab kami pegi time Autumn, sapa laaa yang sanggup berenang dlm laut kan.. ekekekke :P
err tapi nengok laut gini macam tak sesuai je untuk mandi manda huhu


budak2 dan mak budak eksaited hehehe..


dari Trelleborg, Sweden, kami guna Cruise untuk balik ke Germany (Travemünde).


TT Line, siap ada kabin 4 katil dan bilik mandi.. 8 jam dlm cruise, sangap weh huhuhu...

  

Travemünde, Germany di waktu senja..
 

So secara resmi, tamatlah Scandinavian Tour kami. Esoknya kami ke Hamburg, nanti saya sharekan pengalaman berjalan kaki di dalam terowong yang dibina di dalam tasik (?)... hehehehe

Scandinavian Tour - Copenhagen yang ada Nyhavn
Scandinavian Tour - Lyngby yang ada Frilandsmuseet
Scandinavian Tour - Malmö yang Bangunannya di 'Twist'


Wednesday, March 5, 2014

Scandinavian Tour - Malmö, Sweden dan Øresund Bridge..

assalamualaikum...

blog suam-suam kuku yang hampir ke laut dah ni.. hihihi

Denmark kami tinggalkan, seterusnya kami ke Malmö, Sweden yang pernah menjadi bandar paling awal dan paling maju di Scandinavia..

Øresund Bridge - penghubung di antara Denmark dan Sweden


Jambatan untuk Kereta, Motorsikal, Lori, Bas dan juga Tren ni panjangnya hampir 8 km tau..
Pembinaan bermula pada tahun 1995 dan siap pada tahun 1999..
Tiada Passport Check untuk masuk di antara kedua-dua negara ni, tapi ada Tol.. huhuhu..
Sumber dari SINI 


Dapat duit Kronor hihihi


View dari atas jambatan, lautnya nampak putih dan blend betul dengan langit masa ni.. Subhanallah :)


Boleh nampak Kincir Angin Lillgrund Wind Farm dari bridge ni. Ada 48 Wind Turbine kesemuanya, dan merupakan yang terbesar di Sweden, di mana ianya cukup untuk menampung kegunaan elektrik lebih dari 60, 000 rumah.. Fuh, power power...
Sumber dari SINI 


Bandar Malmö, tempat yang kami tuju adalah Lilla Torg (Little Square). Wujud sejak dari seawal tahun 1500, di Square ni, terdapat restoren, Cafe, dan adalah jumpa satu kedai Sourvenier.. hahaha :P

  
 

posing depan satu2nya kedai sourvenier yang kami jumpa.. hihihi


Selain Lilla Torg, tempat gelemer di Malmö adalah HSB Turning Torso..


Merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di Sweden dan Nordic Countries (Denmark, Sweden, Norway, Iceland dan Finland). Tingginya mencecah 190 meter (623 feet) dan di dalamnya terdapat lot office dan kedai, apartment, gym dan lain-lain.

Yang special tentang bangunan ni adalah rekabentuknya yang 'twist to each other' - bahagian paling atas twist 90 darjah clockwise dengan bahagian paling bawah, direka oleh arkitek dari Sepanyol, Santiago Calatrava.

View dari bawah


Bangunan ni takleh masuk ke dalamnya, tapi area sekitar tu free je kalau nak jenjalan. Di depannya ada kawasan perumahan, cantik2 bangunannya.. :)

 


Juga ada playground yang besar, time kami pegi tu ramai ibu ibu dok lepak layan anak2 derang main hehehe...






 
Nak tengok laut Sweden? Nanti saya kongsikan di entri yang akan datang ek... hehehe

Scandinavian Tour - Copenhagen yang ada Nyhavn
Scandinavian Tour - Lyngby yang ada Frilandsmuseet