Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

Nasi Impit Kuah Kacang..

sambal kacang
assalamualaikum...

menu orang yg tak saba tunggu raya..??
hahaha mana adeee...
puasa ke, raya ke, sama aje suasana nye ngan hari biasa kat sini...
paling tidak masa raya nanti kami berkumpul sesama Malaysian..
sebenanyer tak tunggu raya pon, kengkadang kami kumpul jugak kalau buat makan-makan..
cuma yg sepesel masa raya ni sbb juadahnya memang juadah raya dan memasing pakai baju raya..setahun sekali aje la melaram pakai baju kurung..hik hik hik

so pic di atas bukan lah menu in advance raya saya..hahahaha :P
saje suka2 rasa nak makan nasik impit dan kuah kacang..
sedap jugak resepi kuah kacang ni, leh buat lagi lain kali...hehehehe
time kasih kat blog Oh Malaysia atas perkongsian resepi ni, izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

KUAH KACANG NASI IMPIT
- sumber Oh Malaysia

Bahan-bahan (7-8 orang)
15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 senduk cili kisar
3 batang serai (diketuk)
1 tin santan (125-150 mL)
1 keping gula Melaka
Gula dan garam
1 atau 1/2 kg kacang tanah
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara
1. Goreng kacang tanah di atas kuali (tanpa minyak). Selepas masak, ramas buang kulitnya. separuh daripadanya dikisar sehingga hancur dan separuh lagi dibiarkan separa hancur.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Tumis bahan yang dikisar ke dalam periuk. Untuk menumis, guna 3-4 sudu minyak masak.
4. Masukkan cili kisar dan santan ke dalam periuk. Kacau hingga sekata.
5. Kemudian masukkan kacang yang telah dikisar dan gula Melaka ke dalam periuk.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Bila hampir masak, masukkan pula serai ke dalam periuk.
8. Siap untuk dimakan bersama-sama ketupat, sate dan cucur udang.

Monday, August 22, 2011

Nasi Lemak Sambal Udang Petai...

sambal udang petai
assalamualaikum...

dah lama craving sambal petai...
petai ni cam chipsmore kat sini, maklumla barang import gegege...so kengkadang time ada, fulus $$ plak tak bape ada...time fulus $$ ada, petai lak menghilangkan diri..
mahal gak satu pek 2 euro lebih, so kengkadang memang *agak* lamaaaa pikir kalau nak beli hehehehe :P

baru2 ni tekadkan azam, beli gak la, ni la hasilnye...
nasik lemak sambal udang petai...
soooooo lecker yummyyy yummy...
resepi hasil bantai-bantai sendiri suke ati....hehehehhehe
nasi lemak sambal petai

SAMBAL UDANG PETAI
- by hajar@catatandarideutschland

Bahan-bahan
udang yg dikopek kulit - tak kisah nak banyak mana, agak2 aje..
petai yg dikupas kulitnya dan dipotong kecil2
1 biji bawang besar *blend
2 ulas bawang putih *blend
segenggam udang kering geragau *blend
cili kisar / cili boh - ikut kepedasan *saya pakai sket je then campur ngan serbuk paprika
1 sudu besar sos tiram
sos cili
sos tomato
sedikit santan

Cara-cara
1) Tumis bahan * sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
2) Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato
3) Masukkan udang dan petai, balik-balikkan sampai udang masak
4) Masukkan santan dan air (kalau santan pekat sangat), kacau dan renehkan sebentar. Perasakan dengan garam dan gula. Siap :)

Wednesday, March 9, 2011

Nasi Lemak Hijau..


assalamualaikum..

alhamdulillah malam tadi tidur agak lena..
mmm dekat 2 minggu dok terbatuk2 dan selsema ni..
ni la pes time sejak dok german dah 8 bln ni, kami satu famili batuk + selsema yg agak teruk..
en husben, izzah n lea siap demam lagi..huhu
mm saya ni mmg camni, alhamdulillah badan kuat sket..jarang nak kene sakit..
dulu paling tidak pon migrain aje la yg selalu kene..
tp sekali demam or sakit, mmg teruk sampai x bangun la..
nauzubillah, mintak dijauhkan la, tambah2 dok sendri camni..tak berasap dapur nanti...huhuhu

okehla sapa tertarik dengan nasi lemak hijau saya ni, angkat tangan..:P
hehe ye la nak pos ke Msia pon, sempat la nasi yg hijau ni bertambah hijau..
hijau dek cendawan yis dan lain2 kulat yg membiak dengan jayanye..hahahah

sebenanye baru lepas dapat daun pandan fresh dr Msia..
ada prof dr UKM yg datang las week, so dia bagi la, banyak ni tah la nak buat apa lagi..
time kasih pada Prof Tuti yg selalu tolong bawak barang dr Msia..hehehe :)

resepi nasi lemak hijau ni saya copy dari blog kak hana, sambal tuh saya try-try sendri aje...hehehe

NASI LEMAK HIJAU
- sumber resepi Kak Hana @Hanamemories, time kacih byk2 ye akak, nanti lepas2 ni leh terai nasik kaler2 lain plak..hihihi

Bahan-bahan
• Beras
• Air pandan secukupnyer (blend daun pandan dan tapis)
• Santan pekat
• Garam
• Halba
• Halia
• Daun Pandan - simpul
• Pandan emulco@pewarna ijo + sedikit air (utk renjis)

Cara-cara
• Basuh beras bersih. Campurkan santan pekat dan juga air pandan mengikut sukatan beras.
• Masukkan skali garam, halba, halia dan juga daun pandan. Jika kaler ijo kurang menarik, bleh tmbh ngan sedikit pandan emulco@pewarna ijo yer!
• Masukkan rice cooker dan masak hingga beberapa minit nk tanak.
• Lagi beberapa minit nk tanak tuh, ambil sedikit pandan emulco@pewarna ijau. Campurkan dengan sedikit air (kaler ijo yg ni bior lg pekat dr warna nasik td yer) dan renjis2kan ke atas nasik. jgn gaul dulu. tutup smula periuk dan tanak hingga masak.
• Dah masak baru gaulkan. so nmpk la nasi lemak anda warna ijo yg cantik! heeeee... Slamat mencube!! :)

RESEPI SAMBAL BILIS
- sumber resepi hajar @catatandarideutschland

Bahan-bahan
• 1/2 biji bawang besar - diblend
• 2 ulas bawang putih - blend juga
• segenggam ikan bilis - 1/4 darinya saya blend
• sedikit belacan - di blend juga
• 2 sudu besar cili kering dah dah diblend
• 1/2 biji bawang besar - potong ring
• sedikit air asam jawa
• 1 sudu besar sos cili
• 1 sudu besar sos tomato

Cara-cara
1) Panaskan minyak, tumis bahan blend hingga wangi.
2) Masukkan sos tomato dan sos cili, ikan bilis, bawang besar dan air asam.
3) Masak hingga pecah minyak, perasakan dengan garam dan gula.

p/s: time kasih byk2 pada kawan lamaku, cik suriyati atas tips hilangkan batuk tuh, mmg mujarab hehehe...

Wednesday, November 3, 2010

Menu Malaysia Tak Ku Lupe hehe..



nasik lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan


acece..berpantun2 lak saya arini hehe..
tp cam kene lak pantun nih buat saya di perantauan..
kerana ikutkan en husben terpaksa berpisah ngan famili..
tapi saya x de la sampai buang emak buang famili..huhu

gamba nih dah lama..
tapi sbb ada yg mintak resepi sambal nasik lemak nih (ash tersedak x? hehe)..
so saya upload la di sini..

slamat mencuba ye..
jgn lupe panggil saya unt sama2 tes hahaha..:P

SAMBAL TUMIS LEBUR
- resepi asal dr Kak Anim, di C&P oleh Kak Hana..mintak copy ke kakak-kakak..hehe

Bahan-bahan
• Ikan bilis yang sudah di buang kepala sebanyak rm2 (sini pakai euro so saya main bantai2 aje hehe...)
• Bawang besar di hiris bujur
• 20 tangkai cili kering * (saya kurangkan sbb x tahan pedas huhu)
• 1 labu bawang besar*
• 3 ulas bawang putih*
• semua bahan2 * dikisar bersama
• sedikit gula
• sedikit garam

Cara-cara
• Panaskan minyak.
• tumis cili dan terus masukkan ikan bilis dan bawang besar.
• Tambah gula dan garam.
• Rasakan dan biarkan ia mendidih di atas api hingga kering atau sehingga cili masak.
• Amat mudah kan..tapi percaya lah rasanya sungguh enak sekali.