Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Telur Bistik..


assalamualaikum..

disebabkan kemalasan unt men transfer gamba, so meh la kita adap beramai2 menu tah bile punye ni...hihihii
dok peram, peram dari sehari ke sehari...
so kira ari nih ari bertuah bagi telur bistik ni la, sbb akhirnya dapat gak interprem dlm ini blog...
nak jugek dia gelemer yee...hihihi :P

time kasih pada wafaalatiff@myresepi..memang peberet saya dr zaman dok msia lagi..hehe
tapi dolu peberet meng order kat kedai la..hihihi

TELUR BISTIK
- sumber wafaalatiff@myresepi

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
• 3 biji telur (size sederhana) - bancuh
• Daging/Ayam cincang secukupnya
• Black pepper secukupnya
• 1 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih - tumbuk/mayang halus
• 3 sudu sos tomato
• 3 sudu sos cili
• 2 sudu sos tiram
• 1/2 biji tomato - potong dadu kecil-kecil
• Mixed vege (jika tiada, boleh ganti dgn bunga kobis, carrot, apa2 yang sesuai)
• Gula dan garam

Cara-cara
1) Bancuh telur dengan daging/ayam kisar dan tomato yang dipotong dadu. Perasa dengan sedikit garam/gula. Goreng macam telur dadar.

2) Untuk kuah. Tumis bawang merah dan bawang putih.

3)Masukkan semua bahan sos dan sayur. Perasakan dengan bahan perasa (gula, garam)
Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang.

Tuesday, March 15, 2011

Salad Gulung yg Tak Bergulung..


assalamualaikum..

semalam saya saje mencuba-cuba resepi dr kak izah ni..
tapi standard la kan, pes time saya 'biasanya' tak bape menjadi...hahaha..
kengkadang x jadi dr segi rase, kengkadang dari segi rupe..
nak buat camne, saya ni dah kira pelajar tua..tuh susah sikit..hahahha

sesapa nak tgk versi yg cun x hengat sila la klik SINI; umah kak izah ye..
klik SINI pon bule, umah kak Hana..
versi umah saya, nak cun cam kakak-kakak otai ni, tah bile la..hehehe..
takpe la janji rasa syedap kan..gegegegege...
eh ke syedapkan ati sendrik?? hahaha :P

SALAD GULUNG
- sumber Kak Izah@Mufin Lover

Bebahannya:

Untuk kulit dadar:
2 biji telur-dikocok
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air

Bancuh tepung dengan air. Masukkan ke dalam telur yang dikocok dan gaul sebati. Goreng nipis hingga masak. Fungsi tepung jagung: telur dadar tidak akan koyak bila digulung.

Bahan salad:

daun salad
sosej di bakar
timun jepun
carrot
sos thousand island
tomato

semuanya dibersihkan dan dipotong memanjang. Letakkan ditengah2 dadar tadi dan gulungkan. Potong dan hidangkan.