Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Bila Tiba-tiba Zayd Tak Bagi Respon...

Assalamualaikum...

Pengalaman Zayd disahkan ada jangkitan kuman Pneumonia di paru-parunya antara pengalaman mengerikan saya di hujung 2014..

Bayangkan perasaan saya bila dia tiba2 seperti tak sedarkan diri, tak bagi respon walaupon ditegakkan badannya, kepalanya terkulai?
walau ditampar2 perlahan pipinya, dia tak bukak mata?

ya Allah, luluh hati saya..

sepanjang perjalanan ke Hospital, satu je doa saya...
Susahnya saya nak dapatkan dia ya Allah, bermacam2 cerita duka saya tempuhi, baru hampir setahun dia bersama kami, jgnlah hendaknya ya Allah tarik balik pinjaman Mu... bagilah peluang kami ya Allah...

Kisah ni terjadi beberapa hari sebelum Geburtstag (Birthday) Zayd ke setahun.
Elok kami tengah jenjalan di ECM, dia tiba2 muntah yang sangat banyak. Dua kali muntah, kami decide untuk balik dan singgah ke klinik, memandangkan dia baru beberapa hari baik dari demam.
Masa tu dia OK je, tak merengek or apa2 tanda yang pelik..
Elok masuk ke kereta, saya baringkan dia, mata dia tiba2 kuyu dan tertutup (seolah2 dia tido)..
Saya mula tak sedap hati, panggil2 nama dia, dia buka mata sedikit tapi tertutup balik, seolah2 dia penat sangat..
Dan lepas tu memang dia tak respon langsung dah apa saya buat, saya panggil dia tak respon, saya tegakkan badan dia, mmg kepala dia terkulai.
Walau nampak dia bernafas macam biasa, suhu badan normal, tapi kami terus ke DMMC (Darul Makmur Medical Center) memandangkan HTAA mesti lambat kan... huhu

Di Bhgn Kecemasan, Zayd dah mula terjaga. Alhamdulillah leganya hati saya...
Tapi keadaannya tak menentu, perlahan2 dia tertido semula, sehingga time doktor amik darah dia pon, dia tak berapa bertindak balas..

Seterusnya, apalagi... menetap lah kami di Wad anak beranak hehehe...
Hasil X Ray dan ujian darahnya menunjukkan paru2 nya dijangkiti kuman pneumonia..

Pneumonia ni sebenarnya bahaya sangat tau, ada kajian dari UNICEF mengatakan 3 juta kanak2 di seluruh dunia meninggal disebabkan kuman ni tau...
Bayi di bawah usia 2 tahun yang senang mendapat jangkitan ni.
Antara tanda2 nya ialah:
- Demam
- Batuk
- Tidak mempunyai selera makan
- Tidak aktif (simptom Zayd)
- Merengek dan mudah marah
- Bernafas dengan laju
- Tidur berdengkur dan susah bernafas
Sumber dari Blog Dr Zubaidi


Hari pertama di wad, mmg lemah abis dia. asik muntah je alahaiii siannyaaaa my little boy uwaaaa...
Nasib baik dia tak demam, so simptom dia hanyalah muntah2 tu je..

Time dah sihat mulalah merata dia jalan. habis jarum kat tangan ditarik2.. huhu

Katil Zayd tapi Lea selalu amik alih. Misi datang nak isi ubat, konpius yang mana satu yang sakit sebenarnya hihihi..

3 malam kat wad, makanan mmg bes2, derang bagi bubur nasik dan lauk2.. bubur zayd ngan kakak2 nya tibai, lauk mak bapak zayd tibai ekekkeke :P

Ni lah DMMC, alhamdulillah layanan nurse2 nya sangat memuaskan hati. cuma Doktor dia je yang susah nak bagi kita kuar wad... huhuhu

Kami entitle bilik single, walau sebelum tu masuk bilik double sbb tak cek bebetul ngan insurans..
Ada katil, Sofa bed, TV, bilik air, aircond, almari. mmmm not bad :)

Time kasih sumer warga DMMC atas layanan baik anda semua.
dan Terima kasih ya Allah kerana sembuhkan Zayd... huhuhuhu masih ngeri bila kenangkan kisah ni, semoga tak berulang lagi Aminnnn

Monday, August 25, 2014

Family Paling Poyo Kat KLIA hehehe...

Assalamualaikum...

Kejadian 2 bulan lepas... Hihihi

Alhamdulillah kami dah selamat pulang for good ke Msia..
Semuanya dipermudahkan oleh Nya...
Walaupun owner umah sewa kami di Duisburg banyak cekadak sikit (standard orang jerman) tapi alhamdulillah semuanya ok..

Alhamdulillah Zayd jadi baby baik sepanjang perjalanan (6 jam flight +4 jam transit + 7 jam flight). Jaoooo kan? Huhuhu...


Kami tak ambik flight direct, sebaliknya transit di Dubai dulu.. Bolehla luruskan kaki tangan di surau dulu hehehe...
Masa kat surau, jumpa org Msia nak balik dr umrah, rasa pelik dgr suara di sekeliling kita ckp bahasa yang kita paham.. Selalunya tak ambik pot apa org ckp sbb tak berapa paham kan.. Hehehe..

Mercu tanda Dubai..



Berdebar, sedih, gembira semua ada masa flight last ni..
Masa tu belum kejadian MH17 tau.. So bila MH17 terhempas ni, terasa dekat sangat ngan saya, sbb dlm tu kan ada satu famili yg nak balik for good dan sorang yg dah nak abis phd tu, rasa sediiihh sangat lagi2 bila emak saya ckp "tak tahulah perasaan mak camana kalau jadi kat mak huhuhu"

Keluar je dr pintu tu, jeng jeng jeng muka2 yang dirindui semua ada.. Mak, mak mertua, kakak abang, kakak ipar, biras, anak sedara semua dah standby menunggu...

Siap dengan banner, tu yang paling tak tahan n terharu.. Poyo pon poyolah hihihi...
(nasib baik amik gamba yang muka ai comel hihihi)


Zayd paling gelemer, maklumlah tak penah jumpa, then tombam semacam plak tu..hehehe..

Sesi bergambar selepas berapa tahun tak jumpa..


Jugak sesi makan Nasik Arab.. time kasih pada yang sudi belanjeeeee hehehe


Alhamdulillah akhirnya semuanya dah selesai dan selamat.
Perjalanan dan kehidupan Dochland selama 4 tahun macam sekejap sangat rupanya..
Bila kembali dikelilingi famili dan kehidupan lama di Msia, kadang2 rasa macam mimpi je tu semua tau..
Terasa sedih jugak, terasa rindu dengan kesejukan, kebersihan, masyarakat Germany (walau sampai ke sudah masih tak fasih Deutsch hahaha), bahasanya, team bolanya, makanan Turki yang jadi alternatif saat malas memasak, aktiviti harian kami, route amik anak sekolah, playground yang terjaga, ukhwah sesama Msian di sana, empat musim - bunga yang berkembang, daun yang menghijau, jalan yang dipenuhi daun kering dan tak dilupa salji yang kadang2 je ada hahahha :P..

Selamat menempuh hidup baru semula di Msia buat kami sefamili.. Apapon Dochland tetap selamanya dlm ingatan..:)

Wednesday, August 13, 2014

Tschuss Oststraße...


Assalamualaikum...

Mengabadikan kenangan kenangan terakhir di bumi Dochland...

Kenangan shipping barang...
Time kasih banyak2 pada pahlawan2 melayu kengkawan phd, adik2 undergrad ukm dan MARA yang sudi mengorbankan sedikit lemak mereka untuk angkat barang kami hihi...

  
 

Hari terakhir di bumi dochland..
Gambar terakhir di hadapan rumah...
Oh umahku, betapa aku rindukanmu... Sob sob sob


Inilah ruang tamu kami dulu... Sebelum dipenuhi kotak2 hehehe


Opis saya.. Kabinet dapur yang paling murah di pasaran, maklumlah beli masa awal2 sampai dochland, tengah tadok duit heheheh, tp alhamdulillah bertahan 4 thn.. Jgn nakal2 dengan tuan baru wokey...


Di airport, alhamdulillah hingga saat terakhir di sini, kami dikelilingi oleh kengkawan rapat yang sudi menceriakan hidup kami di perantauan...


Time kasih kengkawan..
Time kasih atas semua kenangan bersama...
Time kasih kerana sudi menjadikan kami sebahagian dari hidup kalian walau hanya sementara...
Di sinilah saya belajar erti hidup, erti berdikari, erti sahabat, erti perlu memerlukan...
Jugak belajar ilmu masak2 hihihi...
Dan ilmu drama korea jugak wakakakak....
Rindu saya pada dochland hanya Allah yang tahu bagaimana..
Walau mungkin takkan terjejak lagi ke sana, namun segala kenangan pahit manis akan tersimpan kemas dlm hati saya..

Auf Wiersehen Deutschland...

Thursday, July 31, 2014

Salam Aidilfitri 2014..

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya.... Hihihihi


Tuesday, June 3, 2014

Kenangan Dolu - Batu Bersegi Giant's Causeway di North Ireland...

assalamualaikum...

stay up mode mencuci rumah..
dah tak larat buat keje, sementara tunggu subuh 3.09 am, saya sharekan dengan kengkawan kenangan dedolu kami...
April 2012, Jelajah UK kami yang saya hanya buat satu entri di SINI... hahaha :P

antara banyak2 tempat di UK, saya sangat rekemen untuk pegi sini tau, Giant's Causeway.. kenapa?
lihatlah sendiri, menakjubkan kan?



Giant's Causeway ni terletak di County Antrim, North Ireland, dan 3 batu dari Bushmills. Penemuannya di war warkan kepada umum pada tahun 1693 dan diisytiharkan sebagai salah satu Wold Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1986. Sekarang, ia dah dipunyai dan diuruskan oleh National Trust. 


Dari tempat parking kereta ke tepi laut ni, agak jauh kena jalan kaki, tapi series tak terasa sebab view yang sangat cantik subhanallah...

 


Menurut para ahli geologi, Giant's Causeway terbentuk dari sebuah letusan gunung berapi 60 juta tahun yang lalu. Letusan dahsyat itu membentuk lebih kurang 40 ribu kumpulan batu-batu basal, menghasilkan batu yang kebanyakannya berbentuk heksagon (segi enam)


 

Namun, nak tahu tak, ada mitos berkenaan Giant's Causeway ni tau.. hehehe
Mengikut cerita lagenda, batu bersegi ni dibina oleh seorang Raksasa Ireland bernama Finn McCumhail. Dia bina causeway ni sebab nak berlawan dengan Raksasa Scotland bernama Benandonner. Satu versi mengatakan beliau menang. Satu versi lagi mengatakan beliau bersembunyi bila menyedari yang lawannya jauh lebih besar. Kemudian, isterinya mendandan Finn menjadi seperti seorang bayi, dan taktik ni menyebabkan raksasa lawannya, Benandonner takut. Sebab dia fikir, baby pon dah besar macam ni, ayah baby ni kompomlah jauh lebih besar.. dipendekkan cerita, Raksasa Finn pon menang la.. ekekekke... lawak plak rasa :P

Kasut raksasa..

View dari tepi. Batu2 ni ada yang mencecah 12 meter tinggi.. tengoklah orang putih tu nampak kecik je kan.. huhuhu



Akhir sekali, gambar kami di sini, cukuplah tepek sekeping gambar kami kan.. hehehe



Monday, May 26, 2014

Tamat Pengajian Tapi Tak Ada Convo.. huhuhu



Assalamualaikum

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengatur hidup kita dengan sebaik-baiknya..

Setelah hampir 4 tahun en husben saya berhempas pulas, akhirnya segala penat lelahnya terbayar sudah..
Inilah pengakhiran manis bagi beliau, dan juga kami satu famili.. 


Tanpa convo, hanya topi inilah sebagai simbolik beliau sudah grad. Hahaha, ye stail di Germany sangat berbeza dengan stail di Malaysia.. :P

Topi ni dibuat oleh rakan-rakan labnya, di atas topi ni akan dihias dengan miniature yang berkaitan dengan si pelajar. Contohnya KLCC melambangkan Malaysia dan Wind turbine ni adalah topic kajian en husben saya :) 


Di sini, selepas selesai Viva, kira selesailah perjuangan mereka. Biasanya akan ada minor correction dan selepas itu, kena bukukan thesis mereka.
Inilah dia research hampir 4 tahun dia di sini :)


Dan di sinilah beliau present hasil kerjanya, bilik suka duka mereka :)


Selepas Viva, biasanya si pelajar akan jamu Supervisor, External Examiner dan rakan-rakan dia.. hahaha terbalik kan, kita grad tapi kita kena belanje orang :P

En husbenku bersama Supervisor dia (rambut kerinting berkot hitam tu) dan External Examiner


Supervisor dia ni nampak je senyum, sebenarnya amatlah strict orangnya. Bak kata en husben saya, tak kuat semangat, janganlah berani nak jadi student dia huhu.. jangan haraplah nak dengar kata2 motivasi dari dia, time keje (masuk lab), sila lah keje bebetul (baca: masuk lab ikut time yang sepatutnya). Sampaikan time tulis thesis pon still kena tulis kat lab (sesetengah SV akan bagi student dia menulis dr umah)..

Walaupon begitu, kebaikan dia ialah, dia jenis sangat cepat buat kerja. So thesis en husben saya sangat lancar, kejap je dia cek dan proses hehehe.. ni la yang paling penting sebenarnya, yang menentukan seseorang student tu akan habis belajar cepat atau lambat.. huhu

Dia jugak jenis yang tak halang student dia bercuti (setiap student dia diperuntukkan 30 hari cuti setahun). Dia sangat galakkan student dia melancong, tengok tempat orang. Setiap tahun (semasa Krismas), dia akan buat jamuan untuk student dan family student dan kasik hadiah pada budak2 hehehe.. 

Menu hi tea dari kami, mihun goreng, roti jala, roti canai kuah kari, keropok, cupcakes, puding strawbery.. Alhamdulillah, seronok dengar orang Jerman enjoy masakan Msia :D

  

Keluarga kecil kami (kecik2 pon dah berlima kan ekekkek :P)


Antara kengkawan Msia yang sudi meraikan hari bahagia kami, tankiu u all :D


Lastly, tahniah Abang atas kejayaan mendapatkan PhD. Kami satu family bangga giler dengan Abang hehehe.. time kasih atas kesempatan dapat merasa lihat dan hidup di negara orang :D

Time kasih banyak2 jugak pada pasangan ni, Hanim & Firdaus, yang sudi datang dari Aachen (2 jam tau dari Duisburg). Mereka ni lah orang penting kami, runner ke sana sini, siap bawak puding lagi.. al maklumlah saya dah banyak handbag ni mmg susah skit nak all out huhu... Semoga Allah permudahkan urusan mereka di sini insyaAllah..


Dan pada adik2 undergrad yang manis2, Asmaa (tokey kari), Rosi, Hidayah dan Saidatul (tokey roti jala) time kasih atas segala susah payah masak.. Lap lap lap u all okey :D

Selesai Viva, bermakna selesai jugaklah urusan kami di negara orang ini. Huhuhu Malaysia tunggulah kami balik uwaaaaaaa :(

Thursday, May 1, 2014

Hari Ahad - Hari Bersama Family..

Assalamualaikum...

Nak tahu tak, hari Ahad di Germany tak sama suasananya macam di Msia..
Hari Ahad di sini, mostly kedai dan supermarket tutup, kecuali kedai di Hbf (stesen bas/train besar di bandar)..
Teringat masa awal2 sampai, saya mengeluh di hadapan kakak senior, "leceh la susah nak beli barang sbb ahad tutup"..
Jawap beliau, "alah bisa tegal biasa..."
Hihihi...

So apa orang2 di sini buat hari Ahad?
Mereka ke sini....



Mmmm kebanyakan mereka bawak anak ke Spielplatz, atau playground kata omputeh hihihi...
Tengok budak2 ni, mak bapaknya biarkan je derang main pasir..
Ada yang siap bawak bekas mainan yang biasa kita bawak ke tepi pantai tu.. Hihihi comel
Dan biasanya dekat area pasir ni, disediakan paip air untuk budak2 ni campur dengan air..



Tengok camni, terpikir kenapa mak bapak kita dulu tak kasik
kita main pasir ek?
Alasan takut berkudis atau kotor..

Mmmmm bebudak ni termasuk anak saya, balik playground mesti kena sental seluar tapi biarlah.. He he he

Taman permainan di sini memang terjaga. Susah betul nak jumpa yang rosak, padahal kadang2 nampak jugak remaja atau remaja tua (macam kami ekekeke) yang main buai..

Walaupun ada yang bawak anjing, tak ada jumpa najis anjing merata, apatah lagi dlm pasir..
Huhuhu kucing2 kat msia kena train kat Germany nampaknya ni hihihi :P

Dan paling saya suka, lihatlah keliling playground ni..
Penuh pokok2 merimbun hijau..
Bagus untuk alam sekitar kan? Udara pon bersih..

So inilah aktiviti kami kalau tiba hari Ahad..
Bagus jugak kedai tutup at least kita boleh fokus pada famili kan..
Anak2 pon kejap je membesar, so meh kita gunakan masa yang ada untuk bersama ngan derang.. Hehehe

Monday, January 13, 2014

Memperkenalkan Hero Kami, Zayd...

assalamualaikum...

entri permulaan di tahun baru 2014...
memperkenalkan hero kami, Zayd...


alhamdulillah, akhirnya penantian kami selama ni terbalas sudah..
tak tergambar betapa bersyukurnya saya bila selamat melahirkan baby lelaki ni..
dengan berat 3.6kg, memang kami terkejut sangat..
since scan cuma 3.1 kg dan masa last2 tengah2 sakit tu, doktor scan berat cuma 3kg..
dah la kami ni jenis comel2 je... hihihihi...
nasib baik dah lahir baru tau 3.6kg, kalau still dalam perut dah tau, mesti saya cuak... hahahaha :P


berpantang di perantauan ni mmg berdikari abis..
takde import mak dari Msia, just en husben bercoti dari lab untuk jaga saya (dan jaga anak2 hehehe)..
hihihihi time kasih banyak2 ye abang... :P

dan ni wajah2 kakak-kakak, budak2 undergrad Duisburg yang sudi jaga Izzah n Lea masa saya kat labour room..

time kasih banyak2 u all..hehehehe...


nak tgk bilik bersalin German? hehehe nanti saya kongsikan di next entri ye..

apapon syukur alhamdulillah sangat2 semuanya dipermudahkan..
sakit bersalin pon tak lama, en husben dapat teman saya bersalin, Izzah n Lea ada orang jaga, bersalin dapat doktor perempuan, Zayd pon takde kena jaundis..
ye lah, biasanya benda2 tu la yang kita risaukan sangat kan..

alhamdulillah skarang tinggal menghabiskan pantang lagi 2 minggu..
lepas tu leh merdekaaaa..... heheheheh
Zayd pon muka dah lain dr lepas lahir arituh.. mata dah besar... gegegege


oh ya, ni kad yang Hebamme (Midwife) buat sejurus lepas saya bersalin tu... sweet kan?