Friday, June 28, 2013

FURLA & CALVIN KLEIN Handbag For Sale..

assalamualaikum...

sori untuk 2 entri berturut2 jual henbeg..
actually yang ni (Furla & CK) bukan saya punya, tapi kawan di sini yang jual..
so saya just tolong peromot dan war warkan di blog saya je..hehehe

FURLA 

Satu jenama dari Itali, merangkumi handbag, kasut dan aksesori . Company ini diasaskan oleh Furlanetto family, 80 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1927. HQ nya di Bologna, Itali dan ada  5 subsidiaries in USA, France, Japan, Hong Kong and Korea. Butik Furla, mewah kan? hehehhe..


1) FURLA Diamante (New)
Normal Price :RM1,260
Sale price :RM850 + RM80 (postage cost)
Made in Italy



2 beg pada 1 harga - warna beg besar: Hijau lumut, warna beg kecil: Hijau kekuningan


2) FURLA PLo Candy (New) 
Two Tone (Red & Blue)
Normal Price:RM955
Sale Price:RM680 + RM45 (
postage cost)
Made in Italy


CALVIN KLEIN

Jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi. hehehe...
Antara koleksi CK ialah pakaian, handbag, perfume dan banyak lagi. Diasaskan oleh seorang pereka fesyen dari Amerika, Calvin Klein pada tahun 1968 dan HQnya di Manhattan, New York.


3) CALVIN KLEIN
with shoulder strap
Normal Price :RM670
Sale Price: RM430
+ RM45 (postage cost)
Original from local boutique.
 


Semuanya ni original, dibeli dari butik di sini di Germany. dan harga yang ditawarkan tu mmg SEPESEL tau, siap penghantaran terus dr Germany ke rumah anda (tempoh penghantaran ialah 11-15 hari) dan Free Gift FM Germany..

tiga2 henbeg ni READY STOK di Germany, so kalau ada sesapa bekenan, boleh kontek beliau terus di FB beliau, Mael Dali atau email saya pon ok sitiezahim@gmail.com

Selamat Cuci Mata ye.. :)



Wednesday, June 26, 2013

LONGCHAMP Handbag For Sale..

assalamualaikum...

Longchamp - jenama handbag yang tak perlu diperkenalkan lagi.
Apa istimewanya jenama Longchamp ni ye?
- Diasaskan oleh Jean Cassegrain pada 1948, berasal dari Paris
- Perkataan 'Longchamp' (dalam bahasa France) bermaksud horse race track (trek lumba kuda)
- Sebuah jenama barangan kulit dan barangan kemas Perancis
- 1970an, membuka butik pertamanya di Jepun dan Hong Kong
- 1980, anak pengasasnya (sekarang merupakan Presiden) Philippe Cassegrain meluaskan empayarnya ke Belgium dan Germany
- "Le Pliage" merupakan produk yang paling 'menjadi', seterusnya berjaya menembusi pasaran US
- terdapat 8 butik Longchamp seluruh Germany, antaranya ialah Düsseldorf, Berlin, Hamburg, Frankfurt dll



soooo, Le Pliage ni ada 3 unit yang masih available, warna Biru, Coklat dan Merah..

 
 

saiz Medium 31x30x19 cm dan Long Handle..
siap ada paperbag tau...hehehe...


dan yang paling penting, KOMPOM original sbb saya pegi beli sendiri di Butiknya di 
Düsseldorf :D

harga? hanya RM420 (termasuk pos), boleh ansuran maksimum sebanyak 4 kali..
tiga2 henbeg ni dah ada kat Msia, so sapa2 berminat, boleh terus dapat..
boleh pakai untuk Aidilfitri kan? hehehhe...
oh ya, setiap pembelian akan dapat salah satu FM Germany / negara2 yang saya penah lawati spt dalam gambar ni :)


antara kelebihan ketara Longchamp ni ialah ia tahan lasak. kalau kotor, lap je permukaan dia.. :) 
jugak saiznya yang besar, sesuai bawak ke pejabat, pegi shopping dan lain2 kegunaan, banyak benda leh sumbat hehehe...
tapi kalau nak simpan selepas guna, boleh lipat jadi kecik, so jimat space kan? 



untuk pertanyaan lanjut, boleh kontek saya di page JOM SHOPPING MALAYSIA atau email ke sitiezahim@gmail.com
 









Sunday, June 23, 2013

Projek Mega Hjh Arpah & Famili - Interlaken, Swiss..

assalamualaikum...

untuk segmen terakhir jalan2 rombongan Hjh Arpah, saya kongsikan gambar2 kami di Interlaken, Swiss..

oh ya, mari kita kenali sikit sebanyak berkenaan Swiss, negara yang femes untuk lokasi penggambaran kebanyakan filem2 Hindustan..hihihi :P
(model di bawah ni bukan Rani Mukherji ek..hahaha)



Switzerland merupakan sebuah negara Republik Persekutuan, mempunyai penduduk sebanyak 7.5 juta orang. Bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Autria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.

Info menarik tentang Swiss:
1) Ibu negara nya ialah Bern dan bandar terbesar ialah Zurich
2) Matawang yang digunakan ialah Swiss franc (CHF), RM1 bersamaan CHF0.29  dan €1 bersamaan CHF1.23
3) Hanya ada 12 universiti di Switzerland
4) Tiada tol di Swiss tapi setiap kereta dan trak perlu membeli sticker yang berharga CHF40 (yearly).
5) Di kebanyakan tempat di Swiss, household rubbish disposal kena bayar. Sampah disposal hanya akan dikutip sekiranya sampah tu dalam plastik yang bersticker berbayar atau dalam beg sampah rasmi yang masa beli tu dah kena caj siap2. Ini bertujuan untuk menggalakkan kitar semula (recycle free)...hahaha menarik kan??

tong recycle depan supermarket di Swiss

rumah Swiss

Info dari Wikipedia

Interlaken, bandar yang gelemer dari segi pelancongan. kalau dah duduk Europe, mmg tak sah kalau tak pegi Interlaken..hehehe...

Antara cenderahati di bandar Interlaken, loceng lombu...hehehe

Tasik yang clear giler airnya di sini..subhanallah


Duisburg - Interlaken, perjalanan berkereta kalau direct 7 jam, fuhh mmg lenguh punggung la jawapnya..huhuhu

Interlaken ni terletak di antara 2 tasik besar, iaitu Lake Thun dan Lake Brienz. Dikelilingi oleh 3 gunung iaitu Jungfrau (paling gelemer), Eiger dan Mönch.

Hajat ati nak naik sampai Jungfraujoch tp mengenangkan tiket mencecah €150 seorang (dalam RM600), turpaksa biarkan hajat tu terpendam jauh di lubuk ati..hehehehe :P

so kami pilih Interlaken - Lauterbrunen - Winteregg - Mürren - Allmendhubel sahaja...itupon semua orang dah tersenyum gembira dan puas hati, alhamdulillah :)

kami berkereta dr Interlaken ke Lauterbrunen (boleh jugak kalau nak terus naik tren), tapi ke Winteregg dah mmg tak boleh berkereta, so kena naik kabel car (huhuhu gayat), then ke Mürren naik tren dan terus ke Allmendhubel naik funicular. Harga tiket hanya lebih kurang €30 sorang..

Stesen Lauterbrunnen

View ke Winteregg dari dalam kabel car..

Semakin tinggi dan tinggi..saya dah duduk sonyap2 masa ni, ketar lutut hahahaha :P

tren ke Mürren, klasik i like..hehehe

bandar kecik dan comel Mürren..
 

seleji tebal giler..:)

funicular yang akan bawak kita ke Allmendhubel.. ok la i like jugak sbb tak gayat hehe..

akhirnya suda sampaaaiii...hehehe....
 

actually Allmendhubel ni salah satu tempat orang skii so takde apa la sangat kat atas ni. tp yang besnya walaupon kiri kanan seleji, mmg tak terasa sejuk so masing2 terus tayang baju hahaha :P
 

soooooooo....fuhhh alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan jugak coret coret perjalanan kami. jutaan maaf kalau ada readers yang tidak selesa dengan entri2 saya ini, manalah tahu ada rezeki, insyaAllah anda akan sampai di bumi Swiss yang mendamaikan ini.. (kerana saya pon tak penah mimpi dapat peluang ni, since en husben saya dulu bercadang sambung belajar di Jepun huhu). apapun, saya menulis hanya untuk berkongsi info pada semua, semoga dapat membantu pada yang memerlukan..

semoga jumpa lagi di lain entri.. salam untuk semua :)

Tuesday, June 18, 2013

Setelah Sekian Lama...


assalamualaikum...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengaturkan segala2 nya buat kita..

pertamanya, entri ini bukanlah unt memburukkan mana2 orang mahupon mana2 pihak, atau membuka pekung di dada, atau meraih simpati, cuma sekadar berkongsi pengalaman saya dan famili, dan semoga kita mendapat sedikit pengajaran daripadanya..

hari ini hari yang cukup bermakna buat kami satu famili..
penantian bertahun2 akhirnya sampai ke penghujung..
alhamdulillah, akhirnya Allah kabulkan permintaan dan doa kami..
emak saya akhirnya berjaya mendapat separuh dari tanah ladang, tapak rumah dan pendapatan bulanan Felda..

sebenarnya saya sendiri tak pasti berapa tahun kes mahkamah mak saya berlangsung..
sebabnya kes tuntutan harta sepencarian ni berlangsung sebaik sahaja kes penceraian mak saya berjaya selesai, juga melalui mahkamah syariah...
yang pastinya, mak saya naik turun mahkamah syariah sebelum saya berkahwin lagi (majlis saya tahun 2004), jadinya paling tidak sudah 10 tahun mak saya menjadi 'pelawat tetap' mahkamah syariah...
lama kan??

sepanjang tempoh itu, hanya beberapa kali sahaja saya dapat teman emak ke mahkamah..
teringat kenangan drive hampir 3 jam dr Jelebu ke Temerloh, mahkamah bersidang cuma beberapa minit dan saya drive balik pada hari yang sama..
juga kadang2 adik beradik yang lain bergilir2 bersama...
apapon tabik pada kakak saya yang sentiasa berusaha menghadirkan diri meneman emak dr Putrajaya..
drive jauh2, kadang2 sesi mahkamah cuma beberapa minit, atau pernah jugak sesi kensel.. frust kan?
paling meruntun bila melihatkan wajah emak yang kecewa (atau mendengar suaranya dari telefon)..

macam2 halangan selama 10 tahun ini..
tukar lokasi mahkamah syariah, dr Maran, Bentong (tak salah saya) dan Temerloh..
tukar peguam..sebutan semula..Hakim naik pangkat..dan lain2..
sebenarnya, kalau ikutkan kes ni tak makan masa yang lama begini, kalau dapat kerjasama dr dedua pihak.. tp tulah, manusia ni macam2 perangai kan...huhuhu

setelah bertahun2 tanpa jemu menghadirkan diri, akhirnya emak tak ada masa keputusan dibacakan (emak saya di Mekah sekarang)...
hanya tangisan gembira dan bersyukur yang mampu dilafazkan dari jauh saat kakak memberitahu berita gembira ini padanya..
semoga beliau selamat pulang untuk memulakan satu penghidupan baru baginya, insyaAllah...

moralnya, kepada kaum perempuan (atau isteri) beringatlah sebelum kena..
memang, tiada orang yang inginkan perpisahan terjadi, semua orang nak bahagia sepanjang masa..
tapi hakikatnya tiada yang mustahil di dunia ini.. termasuk juga cinta suami isteri..
bagi yang belum berkahwin, jgn gelisah jika jodoh lambat tiba..
gunakan kesempatan yang ada untuk kumpul harta, paling tidak sebiji rumah untuk back up kemudian hari...

dan yang dah berkahwin seperti saya, sayangkan suami berpada2lah...
sekiranya gaji anda lebih tinggi, jgn biarkan beli rumah (selepas kawin) atas nama bersama, TETAPI anda seorang yang membayar loan..
beli kereta power atas nama anda dan anda yang bayar tp suami bergaya habis2 san dengan kereta tu..
kalau anda bekerja, simpanlah gaji anda, bershopping, berhenset baru berpada2lah..
ingatkan suami tentang tanggungjawap asasi dia (rumah, belanja dapur, peruntukan bulanan untuk ibubapa dll)..
dan kalau surirumah, mintak lah paling tidak RM50 untuk elaun kita (kalau kewangan suami tidak berapa kukuh)..
jadilah isteri yang cerdik, jgn sampai orang ambik kesempatan pada kita..

saya menulis atas dasar pengalaman ibu saya.. sebab emak saya selalu pesan pada kami anak-anaknya 'Jgn jadi bodoh macam emak'...
mungkin ada yang tidak setuju, terpulanglah..
mungkin juga ada yang fikir saya paranoid, juga terpulanglah..

kerana hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang faham bagaimana perasaannya membesar dalam keluarga yang tidak stabil..
dan hakikatnya kalau anda rajin menjengah kes kes yang berlaku di mahkamah syariah, anda akan nampak menerima bulat2 cakap suami anda (atau melaburkan semua wang gaji anda untuk dia) tindakan yang kurang bijak..
jgn kerana cinta kita, perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawap suami, menjadi tanggungjawap kita pulak..huhuhu

cuma saya kadang2 jeles dengan anak2 sendiri, bila tengok diorang ada ayah yang baik melayan mereka...
boleh gitu?? hehehehehe...:P
apapon saya bersyukur dengan kebahagiaan kami sekarang, semoga Allah terus merahmati hidup kami sefamili...amin



Sunday, June 16, 2013

Projek Mega Hjh Arpah & Famili - Swiss...

assalamualaikum...

gambar yang menyimpan seribu kenangan buat kami...
mana taknya, bukan senang orang jengka nak sampai Europe kan..hehehe
sebenarnya famili saya bukanlah orang senang (walaupon org Msia suka kata orang Felda ni kaya, tp emak saya ter exclude tau), cuma famili kami mmg suka menyimpan duit untuk berjalan dari spend ke barang2..
sebab jauh berjalan tu luas pandangan dan pengalaman kan...hihihi

sebenarnya, dalam banyak2 negara Europe, saya paling suka ke Swiss..
walaupon harga barangnya lebih mahal, tp bagi yang sukakan pemandangan macam saya, mmg berbaloi menabung untuk ke sini...hehehe...

cenderahati yang dijual, fuh agak botak kalau nak borong..hehe..cukuplah seketul FM untuk kami buat kenang-kenangan...

Lembu sebagai simbol Swiss :D

Luzern, Swiss.. rasa macam takde apa sangat, nyesal tak direct terus ke Interlaken (kes jeles ngan Izu London sbb Blue Lake dia lagi lawo..hihihihi :P)
  
 

 kerusi VIP kat salah satu restoren.. fuh kompom panas satu badan kalau dapat duduk atas ni kan hihi

Monday, June 10, 2013

Waffle Buat Sendiri...


assalamualaikum...

duduk di negara orang ni, antara cabarannya ialah tang brekpes..
benda inilah antara yang sangat dirindui, kenangan2 nasik lemak, roti canai, teh tarik dll..
tambah2 di dochland ni, makanan rujinya ialah roti, pagi petang siang malam derang makan roti huhu...
macam waffle jugak, biasanya kat Trödelmarkt (pasar barang2 seken hen) ada gerai2 yang jual waffle panas2...
dan kalau kat kedai2 eskerim, wafflenya menarik2 sbb dihias dengan eskerim dan buah2 segar..
macam gamba di atas ni, bebudak 2 orang ni yang hiaskan...
hehehhehe cantikkan..:P

btw thanks pada  pencipta resepi AlongRoz.. izinkan saya tepek2 di sini plak ek..:)

WAFFLE
- by AlongRoz @ MyResepi



Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )

  • 2 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu segar
  • 2 tbsp Minyak sayur
  • 1 cwn Tepung
  • 1 1/2 tsp Baking powder
  • 1 1/2 tsp Gula
  • 1/2 tsp Garam
Cara-cara
  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem


Friday, June 7, 2013

Zoo Duisburg, Akhirnya Setelah 3 Tahun...

assalamualaikum...

akhirnya Zoo Duisburg kami kunjungi jua, setelah hampir 3 tahun menjadi warga Duisburg..hihihi
zoo ni deeeekaaatt je dengan umah (jalan kaki pon boleh), biasalah kan menda yang dekat yang selalu laaaammmbaaatt nak pegi kan..
inipon mencemar duli (hik hik hik) bersempena Zura & Co, kawan dari Bonn (bandar yang letaknya 1 jam dr Duisburg) datang bermalam di sini..

sebenarnya Izzah dah penah pegi dengan kengkawan sekolah dia, selamba je jalan kaki dr sekolah ramai2 dengan chekgunya..
nasib baik dia tak singgah umah minum air sbb umah kami mmg in between sekolah n zoo tu (macam saya dulu bila kena merentas desa zaman sekolah rendah hihihi)...

Zoo Duisburg ni agak la gelemer dengan Dolphinnya.. boleh baca di SINI
sayangnya masa kami pegi baru2 ni, tak sempat kejar shownya.. bila dah ronda2 n kejar balik, still tak lepas nak masuk sbb dah penuh (nampaknya kena pegi lagi hehehe)
lepas ni 30 min before show dah kena jadi pak pacak la depan pintu tu gamaknya hehehe...

layan je la gamba ye..
  

sedang berkasih sayang :P

sedang bertafakur

overall ok lah tak la boring... budak2 jumpa budak2 kan..hehehe
 

paling syok kena kerumun dengan kambing (apakah? hehe) masa nak bagi makan...

keadaan masih terkawal..

sudah tidak mampu ku kawal lagi hehehe...

comelnya anak kambing ni - dialog izzah...

sekali mak bapak kambing datang kejar izzah...hahahaha...
 

huh sikit je rupanya makanannya - dialog mak bapak kambing... huhuhu

lea budak jerman tak penah jumpa kambing dah meraung2 ketakutan... :P


playground yang besar, boleh piknik2 jugak di sini...
 
 
so far rasanya kami penah pegi 2 zoo je kat Germany ni, satu lagi di Köln. lebih besar dari yang ni tp yang tak besnya playground dia sebelah kandang gajah, so penin kepala bila angin sepoi2 bahasa berbau najis gajah menyapu muka masa tunggu budak2 main...hahahahha