Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, October 14, 2014

Nak Makan BBQ Tapi Tak Rajin?

Assalamualaikum...

Izzati Frozen Food, satu permulaan baru untuk kami sefamili..
Khas untuk yang tercari-cari produk makanan beku yang halal dan semestinya sedap (ehem ehem) :P

Main fokus kami, Ayam dan Lamb BBQ siap perap

Lamb BBQ Izzati's Special
Nak tau apa specialnya? Kena la cuba hihihi :P


Lamb Chop Blackpepper Marinate


Ayam Bakar Resepi Istimewa (Half)


Ayam Bakar Berempah (2 whole leg dalam satu pek)



Kepak Ayam Madu


Ikan Bakar/Kukus Portugis



Sos marinate ni saya buat sendiri, berkat dari aktiviti favourite kami masa kat Germany dulu, BBQ laaaa apa lagi hihi..



Selain tu, kami ada import Sate Ayam dan Daging Pak Cu..
Sate ni kalau di kampung saya, mmg gelemer tau..
Honestly pada saya, ni sate tersedap penah saya rasa, tak payah kuah pon dah sedap hehe..



So skarang warga Kuantan dah tayah susah2 belek2 kat kedai bahan untuk perapan..
Tayah pening2 kepala nak carik sos ini itu, daun ini itu..
Kami perap, anda bakar.. Hehehhe

Oh ya, bagi yang nak buat aktiviti BBQ dengan famili, atau just nak simpan stok dalam peti ais, boleh order jugak ikut kuantiti yang anda nak..
Harga kompomlah lagi murah  sebab kami tak perlu includekan kos packaging kan hihihi..




mmmmm nak tau camne boleh datang idea nak buat bisnes frozen ni?

sebabnya simple je, kami nak tolong kawan2 untuk mudahkan urusan seharian..
Saya pernah bekerja makan gaji, saya mmg faham sangat dengan rutin ibu bekerjaya..
nasib baik en husben saya tak tuntut nak makan masakan saya hari2 dolu .. hehe
so dengan adanya bisnes frozen ni, kami harap dapat bantu kawan2 semua yang sibuk bekerja, tapi still nak sediakan masakan best untuk famili..
Jadi kawan2 lagi2 kaum ibu dan isteri tu, dapat jimatkan masa memasak, just sediakan nasik atau ada jugak yang goreng kentang untuk tambah2..
jadi masa selebihnya yang sangat limited tu boleh la digunakan untuk benda2 lain, cek kerja sekolah anak ke, tengok TV sama2 ke.. kaaann??
dan kami pon Muslim, so memang tak perlu bimbang la kan Halal ke tak, bersih ke tak..
InsyaAllah produk kami Halal, bersih dan sedap... hihihi

Then nak tau tak satu benda?


Hajat di hati resign keje untuk fokus pada famili, tak sangka ini plak jadinya hehe...
Tapi saya seronok dengan dunia baru ni, walaupun lebih penat dari bekerja makan gaji, namun rasa puas dapat sama2 ngan  anak2 dalam ruang kedai kecik ni hihi..
kat sinilah kami makan, main, tgk TV dan kadang2 gaduh jugak hahaha :P


Bagi warna Kuantan, jemputlah singgah di kedai kami..



Kami bukak Isnin - Jumaat, 2.30 petang - 8.30 mlm
Sabtu dari 10.00 pagi - 6.00 petang (tapi biasanya kami stay sampai malam)
Boleh like FB kami untuk lebih update, Izzati Frozen Food

Bagi yang dah cuba, komen anda kami sangat alu2kan.. bukan semata2 komen positif tapi kalau rasa terkurang garam ke, bagitau je..
Kami pon masih dlm tempoh adjust2 kan... so komen2 anda mmg sangat2 kami hargai..
dan kalau ada yang datang kedai, kalau sudi snap la gamba ngan kami.. hahahaha jgn maraaahhh

contohnya akak ni, dia malu so kasik tangan jeks..



ni plak kawan lama kenal di Germany, Kak Umi Pekan.. time kasih borong.. banyak dia beli sebab en husben dia nak outstation so dia dah beli siap2 stok makanan dia dan anak2 hihihi...



jadi...
jangan tunggu lagi ye, sudi2 kan datang jenguk kami...
insyaAllah kami dapat mudahkan proses masak memasak anda lepas ni..
anda heppi, suami heppi, anak-anak pon heppi... :D

Wednesday, December 5, 2012

Ayam Goreng Ala Kaprau..

assalamualaikum...

resepi ni asalnya Daging Goreng Ala Kaprau, saya saja tukarkan ayam dan hasilnya mmg sedap..
lain kali nak cuba pakai daging plak hehehe...

sekali imbas macam ayam masak kicap kan? tp bila geget ayam tu, terasa tomyam masuk ke tekak..hehehe...
so kengkawan surirumah sepenuh dan separuh masa, meh kita cuba untuk variasi...hehehe

time kasih pada Kak Jie, Kak Nor dan Kak Izah atas resepi ini, izinkan saya tepek2 di sini plak ek..

AYAM GORENG ALA KAPRAU
- resepi asal dr Kak Jie dan dipanjangkan oleh Kak Nor & Kak Izah



BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Wednesday, November 28, 2012

Creamy Butter Chicken...

assalamualaikum...

resepi yg sedap, bagi penggemar ayam yg perlukan variasi dalam masakan anda, direkemen mencuba resepi ini...hehehe

terima kasih pada Kak Hana yg jadi tukang share, dan pada Selera Dapur Kita...izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

CREAMY BUTTER CHICKEN
dari Selera Dapur Kita dan Kak Hana @ Hanamemories



Bahan-bahan
Bahan untuk perap
  • 250g ayam boneless
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar tepung - kak hana guna tpg jagung, saya pon
  • 1 biji telur
Bahan menumis
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 biji cili padi - jika mahu pedas lebihkan
  • 1-2 tangkai daun kari segar
  • 1/4 cawan heavy cream - kak hana guna susu cair, saya campur susu cair + whipping cream
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 sudu besar gula
  • secubit pati ayam
  • secubit garam & lada sulah secukup rasa
Cara-cara
  • Perap ayam minima 1 jam. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan.
  • Panaskan kuali, cairkan mentega.
  • Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau
  • Tuangkan cream dan air / susu cair dan diikuti bahan-bahan lain
  • Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa.
  • Tuang atas ayam goreng tadi. (atau jika suka boleh gaul terus ayam dlm gravy)
  • Hidang segera dengan nasi panas dan sayur yang dicelur seperti sawi cina/buncis/asparagus dll

Sunday, April 22, 2012

Ayam Bakar Peanut Butter dan Terima Kasih...

assalamualaikum...

firstly, time kasih banyak atas komen2 semangat yg diberikan pada entri saya yg lepas..
dan maaf kalau bahasa yg kurang menyenangkan, bukan apa saya selalu ingat pesan Ros Jintanmanis, supaya sentiasa menjaga penulisan kita..tp kadang2 saya merasakan kalau bahasa terlalu berlapis ni, maksud tak sampai atau orang salah menilai..
dan ada jugak yg tidak menyokong dan masih meneruskan kutukan kutukan yg tak berapa mesra itu, terpulanglah masing2 saya tidak boleh memaksa..
mungkin mereka merasakan apalah sangat 32K caj perkhidmatan yg terpaksa saya bayar tuh kalau nak compare dengan perasaan pekerja2 PTPTN...hahahha *gaji saya setahun pon takleh nak cover, takpelah abaikan sahaja perasaan saya itu*

cuma saya menulis di atas pengalaman saya, saya tahu saya tidak berbohong, selainnya terpulang pada individu masing2 unt bebas menafsir, kerana yg mengalaminya adalah diri saya...kan? hehehe...

okehlah entri ini sbg penghargaan pada seorang kenalan blogger saya, Otai Chef yg ber karier Chef masak masak..
dah lama saya simpan resepi ni cuma tak buat2...
memang menarik, ayam bakar menggunakan peanut butter..
rasanya mmg superb...anak2 dan en husben saya sangat sangat suka tau! tak payah cecah dengan apa2, makan macam tuh aje...sooooo lecker!!
time kasih byk2 chep, izinkan saya tepek resepi di sini plak ek..hehehe

ayam bakar peanut-001

PEANUT BUTTER LEMON CHICKEN BERMADU
by Mr. Gerhard Albrech, Exec Chef di Hotel Concord Shah Alam (1997) dan The Chef Otai 

Resepi;
1. Paha dan kaki ayam di buang tulang----------- 4 ketul *saya pakai ayam seekor yg dibelah 2
2. bawang putih------------------------------------ 5 ulas} cincang halus
3. Halia---------------------------------------------- 1 inci} cincang halus
4. Lemon-------------------------------------------- 3 biji} perah airnya
5. Peanut butter------------------------------------ 3 sudu makan
6. Madu--------------------------------------------- 1 sudu makan
7. lada hitam--------------------------------------- 1 sudu makan} mesin
8. Garam-------------------------- secukup rasa.

Cara membuatnya; 
1. Basuh ayam dan keringkan airnya.
2. Campurkan bahan-bahan diatas dan gaul bersama ayam sehingga sebati, perap selama 1 jam.
 3. Susun ayam di atas loyang dan bakar, suhunya 180*, selama 20 ke 30 minit, tapi hati2 kerana madu akan membuatkan ayam terbakar cepat. Jauhkan sikit ayam dari bahagian atas ayam. Dah pun siap.
*saya bakar lama jugak, dlm sejam kot sampai lah ayam tuh masak

Wednesday, August 10, 2011

Akhirnya....

kari ayam
assalamualaikum...

akhirnya, pecah rekod dlm hidup saya, saya berjaya masak kari...hehehe..

before ni kalau en husben nak makan kari, memang dia yg masak..
sebabnye selain bukan makanan peberet saya, reason yg paling tepat ialah ni je satu masakan yg dia kompom kene masak kalau nak makan hahahaha...:P
so kari jawa ke, kari ape ke belasah aje janji rasa kari hihi...

last 2 days saje saya nak cuba masak..
ni la hasilnya...kari ayam tapi pakai perencah kari daging sbb takde dlm stok..hahaha
orang2 utara sila lah ampunkan saya ek...:)

time kasih pada Kak HaSue atas resepi yg sedap ini...
dan pada step by step yg sangat detail, sesuai la unt saya yg baru nak blajar ni kan hehehe....izinkan saya tepek2 di sini plak ek...
psstt sorilah gamba comot sbb memasing dah tak sabar nak berbuka pose hehehe...

KARI AYAM CARA KAMPUNG
- sumber Kak HaSue@MyResepi

Bahan-bahan
• 500-600g peha ayam(atau mana2 bahagian)
• 2 cm Halia*
• 2cm Lengkuas*
• 2-3cm Kunyit Hidup*
• 2 Ulas Bawang Putih*
• 4 Ulas Bawang Merah*
• 1/3 sudu mkn Belacan*
• 2-3 Btg Serai-Diketuk
• 3 Sudu mkn(penuh) Kari Daging(ayam brand)
• 1/2 cawan Air Asam Jawa/1-2 keping asam gelugor
• 3 sudu makan Kerisik
• 1/4 cawan pati santan(ikut kepekatan sendiri)/setengah cwn susu sejat [optional]
• 2 Biji Kentang/Keledek (potong sederhana kecil)
• Rempah Tumis-4 Beradik(1 setiap 1 jenis)
• Bahan2 perasa-2 sudu kecil Garam,1 sudu kecil Gula,sedikit pak aji(jika suka)[sukatan bergantung kpd citarasa]
• 1/3 cawan minyak(agak2 jer)
• Air Secukupnya

Cara-cara
1. Bahan2 bertanda * ditumbuk.(bagi yg baru belajar memasak,sila masukkan satu persatu bhn2 ke dlm lesung batu ketika menumbuk,masuk skaligus mmg susah ler..)nak senang,masukkan semua bhn yg hendak dtumbuk(kecuali kunyit) ke dalam pengisar bhn kering dan kisar..keluarkan baru tumbuk dlm lesung batu bersama kunyit.utk elakkan warna kunyit melekat kat pengisar.
2. Panaskan minyak. Dah agak panas,masukkan bhn penumis(rempah tumis 4 beradik). Setelah naik bau, masukkan bahan yg ditumbuk/dikisar tadi..masukkan juga serai yg sdh diketuk/dititik.Kacau hingga kekuningan dan beraroma.
3. Serbuk kari dicampur dengan setengah cawan air(lebih pun takpe).Masukan ke dalam bhn yg sudah ditumis..perlahankan sedikit api.
4. Kacau goreng sehingga kari masak dan pecah minyak.Tambah air jika perlu..dan kacau lg hingga kari berubah warna dan garing.Bila memasak masakan kari,adalah penting untuk memastikan kari yg dimasak benar2 masak.Ini untuk mengelakkan rasa kari yg hambar dan mentah.[utk bezakan dah masak ke belum,boleh hidu bau kari sebelum dmasak dan stelah msk,ada bezanya]
5. Setelah kari masak(garing ye,takde air dah,tp jgn hangus),masukkan ayam dan gaul sebentar.Kemudian masukkan kentang.(ini jika mgunakan ayam frozen sbb mudah msk)Kalo guna ayam liat(tua),masukkan kentang kemudian yer (jika guna ubi keledek sila masukkan kemudian jugansebab kentang lebih mengambil masa yg lama utk msk)Kacau rata dan biarkan air ayam keluar sepenuhnya
6. Tutup periuk dan kadang2 dikacau gaul supaya bahan2 meresap sekata.Pastikan air ayam dikeringkan.Bila air ayam sudah agak kering,kelihatan minyak sahaja dibahagian bawah.(ini bukan sahaja utk mengelakkan bau hanyir ayam tetapi untuk masakan thn lebih lama tanpa dipanaskan)selalunya ayam yg dmasak malam ni,masih elok malam esoknya tanpa dipanaskan. biasanya kes lupa ler..hee
7. Dah pastikan air ayam kering,baru masukkan air asam jawa.Kacau seketika,barulah masukkan sedikit air agak2 tenggelam ayam dan kentang.
8. Masukkan bhn2 perasa:garam,gula dan pak aji.Masak sehingga ayam empuk dan kentang masak.Renihkan lagi dan masukkan lagi sedikit air jika perlu..(jgn terlampau banyak nanti kari terlampau cair pula.
9. Setelah ayam lembut,masukkan kerisik,kacau rata dan barulah masukkan santan/susu sejat. (step yang ni boleh skip jer jika tak letak bahan2 tersebut)
10. Sebatikan semua rasa dan tunggu sehingga mendidih sebelum api dipadamkan..Minyak yg berlebihan (timbul dipermukaan)bolehlah dibuang jika mahu..
11. Sesuai dihidangkan bersama nasi putih,roti,nasi beriani atau apa jua hidangan kegemaran anda.

Wednesday, August 3, 2011

Menu Berbuka Hari ke 3...

daging ala kaprau
assalamualaikum...

menu berbuka kami semalam...
ayam masak ala kaprau...dan sayur bayam..hehehe..
makan ngan bubur nasik...:)
simple je kan, bukan gara2 malas nak masak (ayat kaber diri sendri :P) tp en husben pon pesan takyah menu banyak2...fuhhhh selamat den hahahha
bukan ape, 2 lauk ni pon kengkadang tak abis..padahal berbuka + sahur..
kengkadang nak makan sahur pon konpius sbb perut memang kenyang lagi..
kami berbuka dlm 9 lebeh, siap makan terus solat dan tidur biasanye before kol 12 mlm la..
dan bangun sahur kol 2 lebih..makanan berbuka pon tak sempat nak hadam hehehehe...

okehla meh layan resepi..bes tau menu ni, sbb ada rasa tomyam tp bukan tomyam hehehehe...
mahapla gamba tak lawa (bkn selalu memang tak cantik ke hahaha) sbb dah malam kan..hihihi
thanks a alot kat kak izah sbb share, izinkan saya tepek2 di sini plak eeekkkk...:)

AYAM MASAK ALA KAPRAU (asalnye daging goreng ala kaprau)
- sumber Kak Jie, dishare bersama oleh Kak Nor dan Kak Izah

BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis *saya guna ayam
2 sudu besar paste tomyam *saya guna kiub tomyam
cili api diketuk2 *saya tak bubuh
2 labu bawang besar *1 labu aje, separuh blend dan separuh potong ring
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
daun selasih *takde, saya ganti daun limau purut carik2 kan
* 2 biji bawang putih di blend

CARA:

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Nota: Saya ikut kak izah yg tumis bawang putih dan bawang besar (blend), kemudian dah dekat las2 baru masukkan 1/2 labu bawang besar (hiris bulat) dan daun limau purut..

Tuesday, June 7, 2011

Ayam Golek Tergolek-golek..


assalamualaikum..

meh la sesama kita menggolekkan diri bersama ayam golek ni...
memang bes wehh..memang tergolek la kekenyangan lepas makan..hihihi

alkisahnya en husben i tuh nak makan ayam golek..
biasanya kalu dia ckp camtuh, dia akan beli kat kedai turki di sini..
tetibe skarang dah tak jual...
so balik la dia ngan kehampaan..ecececece ayat tak hengat..hihi..
dia pon mula buat soklan cepu emas kat saya..ayam golek ni takleh buat sendri ke..??
hummm ayat double meaning tuh..so saya kan isteri yg memahami (ecececece lagi :P) selongkar la balik simpanan resepi yg menggunung ni..
nasib baik saya penah print dr pn ros jintanmanis kita tuh..tak sesia la ek..:D
dlm resepi tulis, perap 3 jam..
tapi sbb perkenan dr ketua umah merangkap tukang request, saya perap sejam setengah aje..hihihi
dia kata..takpe la next time buat kita perap 3 jam..errkkk...hehehehe :P

so ini lah hasilnya..berkat usahasama kami berdua di dapur ahad lepas..:D
alhamdulillah tukang request pueh ati..:D
time kasih ye ros...memang en husben i shiawaseeeee sangat...gegegegeg :P



MOIST ROASTED CHICKEN RECIPE
- sumber Ros@JintanManis

Bahan-bahannye


1 ekor ayam ( ros guna ayam 700gram)
2 sudu besar olive oil
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
2 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit marjerin

Cara-caranya

1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada hitam.
2. Kemudian cucuk-cucukkan ayam tadi dengan garpu dan lumurkan bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam, perap ayam selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Lagi lama diperap lagi sedap.
3. Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama satu jam, setelah 30 minit di bakar, keluarkan ayam dan sapukan ayam dengan marjerin dan lebihan minyak yang terdapat pada dulang pembakar, kemudian teruskan proses pembakaran.
4. Pastikan ke dua-dua permukaan ayam perang sekata, balik-balikan ayam dan bakar ayam sehingga garing dan masak.
5. Setelah siap dibakar, potong ayam pada dua bahagian dan hidangkan bersama kentang putar, coslaw dan macaroni cheese. Selamat Mencuba.


p/s: gamba yg cun melecun di atas tuh, saya padankan ayam ni dengan potato spiral n creamy macaroni...ala-ala western gitu..hihihi

Friday, May 27, 2011

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken..


assalamualaikum..

selamat berhari minggu unt semua..

ujung2 minggu ni meh kita layan resepi ayam yg simple, tapi marbeles rasanye..
leh dibuat siaran ulangan lagi dan lagi dan lagi ni..hehehe
time kasih pada kak tulip77 selaku pencipta resepi..
jugak kak izah daut sbb sudi share..
izinkan saya tepek2 di sini unt tambah koleksi plak ek..hehehe

VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
- by Tulip77@MyResepi, dan Kak Izah@Izah Mufin Lover..

Bahan-bahan ( 5 org )

3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 *saya goreng sebentar
3sb gula
2sb minyak masak
3sb sos ikan
3btg serai - ketuk
1sb cuka
1sb sos tiram
1bj bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong *saya tukar lada benggala
1 biji tomato - dipotong baji *saya tambah

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain &gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.

p/s: denga citer cik Rohaniah tuh dah lama tak pegang bawang..resepi ni sangat simple so rasanye leh la prektis2 kat dapur ekk..hahaha :P

Saturday, May 14, 2011

Hati Ayam Masak Kicap..


assalamualaikum..

pagi Ahad yang sunyi sepi..
tengah dok menunggu makcik BM menguli pizza, so update la blog kejap..hehehe

hati ayam ni ada orang tak makan kan..
biasanya emak emak tak kasik sbb kata organ dalaman tak elok makan selalu..
tapi emak saya dan emak mertua saya jenis yg takde pantang larang ni..
so kami anak2 dia ni, pantang jumpa je la...semua bedal....hahahha :P
lgpon bukan makan selalu, zaman dulu masa bebudak, ayam sekor so hatinya satu je la..
org kampung lak tuh, ayam kampung so hatinye cenooeettt aje..hihihihi
berebut adik bradik je...huhhuu
bkn cm zaman skarang, leh gi pasaraya then beli hati aje sbb dah jual asing kan..
tuh la betapa bersyukurnya kita skarang, atau bersyukurnya anak2 sekarang...
semoga anak2 sekarang menjadi anak2 yg tahu bersyukur dengan kesenangan yg ada...
aminnnn...:D

HATI AYAM MASAK KICAP
- by hajar@Catatandarideutschland

Bahan-bahan

250 g hati ayam + jantung ayam
1 biji bawang besar - separuh tumbuk halus, separuh potong ring
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu besar cili boh / cili giling - saya pakai serbuk paprika aje, tamo pedas hehe
sedikit halia - tumbuk juga
sedikit lada hitam serbuk - bule juga pakai lada hitam yg ditumbuk
sedikit lada benggala - hiris kasar
rempah tumis 4 sekawan
1 sudu besar sos tiram
kicap pekat
sedikit air
minyak unt menumis

Cara-cara
1) Hati dan jantung ayam dibersihkan, ditos dan dilumur sedikit garam dan kunyit. Goreng separuh masak. Ketepikan
2) Panaskan minyak, masukkan rempah tumis hingga wangi, then masukkan bahan kisar dan cili boh, tumis sampai naik bau
3) Masukkan sos tiram dan kicap pekat, air dan lada hitam. Lada hitam tuh agak2 je, kalu tamo pedas,isi sikit aje. Didihkan
4) Masukkan hati dan jantung ayam tadi, lada benggala. Perasakan dengan garam dan gula. Biarkan sehingga kuah agak pekat.
5) Masukkan bawang besar yg dihiris, dah agak layu boleh tutup api dan hidangkan..:D

Wednesday, March 23, 2011

Ayam Masak Lengkuas..


assalamualaikum..

masih ingat lagi entri Ikan Masak Singgang ni?
satu-satunya masakan yg saya tau gunakan lengkuas..
disebabkan lengkuas masih bertapa di dalam esbok saya tu, so terpaksalah saya gunakan kecanggihan teknologi masakini untuk mencarik-carik apa jua resepi menggunakan lengkuas..
so dengan bangganya saya isytiharkan yg saya tau masakan lain menggunakan lengkuas selain singgang...hahhaha

okehla jangan layan merapu saya di malam hari ni..
meh sesama kita layan resepi ni..
mmg marbeles walaupon saya lopa nak masukkan rempah tumis, tukar daun kunyit yg kompom x de di german ni kepada daun limau purut..
dan tukar jugak santan kepada susu cair..
mahal weh santan kotak kat sini..huhu..hahaha :P
seriyes mmg bes dan akan dibuat lagi dan lagi dan lagi...
nak buat lauk raya pon bule, sbb rasa dia ala-ala rendang gak...hihihi
time kasih banyak2 pada penyumbang resepi..mmg bes sangat2 di tekak kami satu famili..:D



AYAM MASAK LENGKUAS
- sumber Ela@Mesra.Net

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
santan (1 biji kelapa) - saya pakai susu cair
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun kunyit - tukar daun limau purut
3 sudu besar cili kering yg dikisar - sikit aje tak tahan pedas..hehe
4 sudu makan minyak untuk menumis
2 ulas bunya lawang - lope
4 biji buah pelaga - lope
3 cm kulit kayu manis - lope gak
4-5 bunga cengkih - lope lagi

Bahan-bahan untuk dimesin:
2 inci lengkuas muda
2 cm halia
2 cm kunyit hidup - kunyit serbuk aje..
5 batang serai
5-7 biji bawang merah - saya pakai bawang besar

Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunya cengkih.
3. Bila dah harum, masukkan bahan-bahan yang dimesin dan campur sedikit air.Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan cili kisar.
4. Kacau dan biarkan sebentar lebih kurang 10 minit
5. Bila cili dah masak, masukkan ayam.
6. Selepas 5 minit, masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Kacau sedikit dan biarkan sehingga ayam masak menggunakan api yang sederhana.
7. Apabila kuah agak kering, masukkan daun kunyit dan bolehlah dihidang.

Nota: lepas ni insyaAllah takkan lope masukkan rempah tumis kompom lagi bes...hehe

Sunday, March 6, 2011

Semalam Hari Belajar..

assalamualaikum..

selamat hari Isnin semua..
jgn malas2 keje ye..:P
sebenanye ari ni coti umum di Duisburg, Rosenmontag nama dia..sempena minggu Fasching ni la..
nanti tengahari ada perarakan pakai pakaian beragam, macam yg bebudak kindergarten izzah arituh..
ekceli dr las week lagi ada perarakan, tp di bandar2 lain la..
ari sabtu lepas masa on the way balik dr Bochum, penuh satu tren ngan derang ni..
izzah duduk sebelah akak kelasi, saya duduk sebelah akak dracula...hahahaha
mmm tatau la di Duisburg ni meriah ke idak, jakun jugak nk tngok ni..hehehe

smalam disebabkan kaput mode tak abis lagi, dok umah je kami satu famili..
tghari tuh belajar buat nasik beriyani..
itupon sebab kak ja ada tinggalkan rempah dia..hahaha macam tau-tau aje kak ja ni yg saya mmg x penah masak beriyani ni...hihihihi :P
lap u la kak ja, sambil suap sambil igt kat kak ja...
punye la byk memori kita sampai berpinggan kami makan....hahahha


nak beli kambing, x sempat ke Basken, so saya masak ayam masak merah aje le..
resepi dh publish kat SINI..

sesi blaja tak abis lagi..petang tuh sesi ke-2 plak..
blaja guna BM hadiah en husben tersayang....gegegegege..
ada orang tuh nak buat suprise sebenanye, tp terkantoi ngan member sbb benda tu sampai elok2 masa ramai2 tengah punggah barang dr umah kak ja..
then tak buat pakatan sulit agaknye, so member ni kasitau saya, nk dtg umah makan roti..
hahaha pelik la saya kan, rupenye ada hadiah menanti kat umah...
hehehehhe suuukeee sangat...time kasih ye, lap u muah muah...

cuba buat donut, kesukaan zwei madchen saya ni..
ni lepas makcik BM ni menguli, elok aje naiknye, skali saya bawak keluar terus penyek, tatau la sebab musababnye, kene tanye pakar..hihihi..


jadi tak..jadi tak..??


ni dah bubuh glaseur choco atas dia..sememeh rupenye..kene polish lagi bakat mendeco..hehehe


puas anak2 dan en husben makan..saya pon senyum sampai ke telinga..ye la apa lagi nikmat selain tgk famili kita seronok makan hasil masakan kita yg x seberapa kan..

so kesimpulannya, buat apa2 pon still kene belajar kan..belajar bukan semestinya dr segi ilmiah aje, tp dlm hidup kita ni banyak benda lagi nak kene belajar..
kengkadang kita ni nampak hebat dr segi akademik atau harta benda, tp dr segi lain kita kekurangan..jadi sesama la kita menuntut ilmu selagi ada kesempatan...wallahu a'lam...

Wednesday, March 2, 2011

Sup Trademark ku..


assalamualaikum...

ni la speciality saya..(macam la pakar sangat ye...hihi)
at least ni la masakan yg saya confident nak buat..:P
rasanye kengkawan di sini dah cop muka saya ni muka sup..
asal saya buat makan-makan mesti ada menu ni..hihihi
arituh penah skali x buat, ada yg tanye..takde sup ke arini..?? hahahaha

kami adik bradik antu mihun sup..
orang kampung, so ayam kampung aje la..hehe
anta ayam unt disembelih, celup ayam yg dah arwah tuh dlm air panas dan buang bulu..
sumer keje kami adik bradik..mak tinggal masak aje..:)
dolu potong ayam mmg saya surrender, tp dah dok merantau ni kene la blaja buat sendrik..kat Msia dolu bule gak suh orang kedai tuh potongkan kan...hehehe

mm rasanye sama aje kot mana-mana resepi sup ayam..
tp saje gak nak abadikan kat sini..hehehe..:P

SUP AYAM
- sumber resepi hajar@catatandarideutschland

Bahan-bahan
1) beberapa ketul ayam - bahagian tulang, kepak
2) 3 biji bawang merah - ditumbuk halus
3) 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
4) 2 inci halia - ditumbuk halus
5) 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk halus (saya pakai serbuk lada hitam, agak2 aje)
6) rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga)
7) 1 biji kentang - potong
8) carrot - optional
9) 1/2 kiub pati ayam
10) air - unt kuah
11) minyak untuk menumis
12) Bawang goreng dan daun sup

Cara-cara
1) Panaskan minyak, tumis sebentar rempah tumis, kemudian masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga naik bau
2) Masukkan ayam yg telah dipotong, gaul bagi sebati dengan bahan tumisan. Tutup periuk dan kecilkan api. Sentiasa kacau supaya tak hangit
3) Apabila ayam dah agak tergoreng, masukkan air (ikut nak kuah banyak mana). Besarkan api dan masukkan kentang, biarkan sampai mendidih
4) Masukkan carrot, kiub pati ayam, garam dan gula. Renehkan
5) Bila dah masak semuanya, masukkan bawang goreng dan daun sup. Siap