Saturday, March 31, 2012

Sunny (2011) Korean Movie...

assalamualaikum...

pepagi ahad ni, saya nak share satu movie Korea, bertajuk Sunny (2011)..
movie ni saya tgk masa dlm flight balik ke Msia arituh..

bes sangat ceritanya, menyebabkan saya terkenangkan kengkawan sekolah menengah lama, An, Awin, Huda, Fadilah dan Yati..hehehe..

cerita melibatkan pelakon pertengahan usia (30 an) tp tgk citer ni takde la rasa cerita orang tua sbb banyak dia flashback masa derang remaja..
cerita ni takdela sweet sweet hero korea hensyem (hik hik hik :P) tp sweet sweet friendship mereka..

poster citer ni ada 2 versi, yg ni versi mereka remaja..


dan yg ni versi mereka dewasa...

*sumber dr google

trailer citer ni...


cerita mengisahkan Na-Mi (dewasa) yg mencari kawan2 lamanye kerana tak sengaja terjumpa balik ketua kumpulan mereka, Chun-Hwa (group derang nama Sunny), yg sakit dan wish unt jumpe balik geng lama before dia meninggal.

Na-Mi (remaja) ni baru berpindah sekolah, dia ada dialek pelik yg klakar giler dan badan dia shaking kalau dia lapar. so dengan kelebihan dia tuh, dia berjaya selamatkan kawan2 dia yg menyebabkan dia dapat jadi ahli Sunny. derang plan unt buat persembahan tarian lagu Sunny (lagu english 80-an kalau tak salah) tp something happened dan mereka bawak haluan sendiri..

sedih jugak bila akhirnya Chun-Hwa mati tanpa sempat jumpa 2 kawan mereka..dan akhirnya mereka menari hanya di depan gamba mendiang Chun-Hwa tuh je..huhuhu

Friday, March 30, 2012

Garlic Finger Bun & Mushroom Soup...

roti garlic
assalamualaikum...

buat tatapan semua di hujung minggu..:)
roti garlic ni sampai jugak ke dapur duisburg..
nampak di umah Kak Izah, dan Kak Mas..so lepas menuntut tips2 dari Kak Izah, maka inilah hasilnya...
cumanye saya aci kelat sikit sbb unt sapuan garlic di atas roti tuh (sebelum roti dibakar), saya pakai garlic butter beli kat kedai hahaha...jangan marah kak Izah yeee...:P

dan kakak kakak berdua tuh dok tayang roti ni dgn mushroom soup buatan sendiri, saya dok tayang mushroom soup segera dlm pek..hihihihi...:P

hasil roti ni fuhh sangat memuaskan hati, kelembutannye terserlah walau tukang buatnya ni tak bape nak lembut hahahaha :P

saya buat full adunan (punye la tamak) so dapat 2 loyang, dlm 14 fingers roti tuh..
kalau tak salah saya, resepi roti ni sebenanye leh buat ape bentuk pon (tak semestinya sapukan garlic spread), tp saya ikut Kak Izah yg follow Kak Nor Secubit Garam - meng finger kan roti ni seterusnya menyapu garlic spread di atasnya..

apapon time kasih banyak2 pada tukang cipta resepi, Pn Roshayati Johari dan kengkawan bloggers yg sudi share resepi ni..
dr roti biasa jadi roti kismis dan jadi plak garlic finger bun, sungguh kretip mereka mereka ini :D
izinkan saya paste di sini plak ek, moga moga virus roti ni tersebar dengan lebih meluas..aminn

roti garlic2

BASIC BREAD RECIPE

Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami, Tun Telani
Sumber lain dah jadi roti kismis: Kak Hana & Ika
Sumber saya copy dah jadi plak Garlic Bun dari Kak Izah

Bahan A
500g tepung roti
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional *saya letak
1 sk bread improver- optional *saya letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine *saya pakai butter

Bahan D
Gula kasar utk tabur *tak letak sbb pakai garlic butter

Cara2:
1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.

*CARA KAK IZAH (dari Kak Nor)
Bila doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.

Proff doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread di atas permukaan roti.


4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.


RESEPI GARLIC SPREAD
- sumber Kak Yati Sinar Kehidupanku

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Nota:untuk resepi penuh guna uli tangan, leh klik kat tukang tukang share tuh ek..:)

Thursday, March 29, 2012

Puding Roti Marble Pink..

puding marble pink

assalamualaikum...

setelah lama tak meng entri masak masak..
tp jgn jenguk dapur duisburg ni tau sbb puding ni dah lama bermukim dlm perut..hihihi..

saya penah publish dahulu kat SINI tp masa tuh buat marble coklat..
so kali ni saje tukar kaler pink dan pakai strawbery emulco..
hummm sedap sedap, wangiii je masa makan hihihi..

so bagi sesapa nak coba, meh layan resepi okeh..
time kasih buat kesekian kalinya pada Kak Hana yg dah aktip ber blog balik dan Kak Izah juga MamaFami yg sudi sama sama share...:)

PUDING ROTI MARBLE PINK
asal resepi Kak Hana, Kak Izah dan MamaFami as tukang share

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys *saya pakai strawberi emulco
* sedikit pewarna merah

Cara-cara
1) Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
2) Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
3) Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
4) Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
* saya masukkan strawberi emulco dan pewarna pink, edjas edjas aje hehehe...
5) Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6) Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

oh ya, kat sini (german) saya pakai serbuk agar agar yg ni tau..beli kat Asia Markt, serbuk ni ada kaler putih, hijau, merah dll..tp saya guna yg putih je..hehehe

Wednesday, March 28, 2012

Frankfurt & Würzburg...part 2 dan finish :)

assalamualaikum...

jgn mara saya selalu mem 'part' kan entri jenjalan saya..
but dun worry sbb jenjalan kali ni pendek aje so takde la part ke 3 ek..hehehhe :P

umah adik undergrad tempat kami menumpang kasih eh menumpang tido..comeeelll dengan neighbourhood yg rapat2..:)



apapon time kasih nuzul, masa nak balik sempat bergamba kenangan ngan izzah..:)



so kami pusing2 Würzburg, bertemankan pemandu pelancong yg setia melayan karenah kami, terutamanye saya yg sibuk nak carik angle gamba...:P

oh ye Würzburg ni terletak di negeri Bayern or Bavaria, dari Duisburg (bandar kami) dlm 4 jam naik kete..jauh kan? huhuhu

Ianya bandar lama, wujud sejak abad ke 6 dan ke 7 lagi...memang lama giler kan?
Kemudian pada tahun 1945 masa Perang Dunia ke 2, 90% bandar ni musnah dibom British. Gereja, bangunan rosak teruk dan dibina semula mengikut pelan asal oleh kebanyakannya kaum WANITA kerana lelaki banyak terkorban atau dipenjara...sumber SINI
fuhh respek respek..:D

Festung Marienburg (Fortress Marienberg)
antara yg terawal wujud di Würzburg. merupakan simbol kepada bandar ni dan served as a home of the prince-bishops selama 5 abad. The origins of this fortress wujud sejak 1000 thn Sebelum Masihi dan pembinaan bangunan pertama iaitu Saint Mary's Church pada tahun 704 AD.





pemandu pelancong dan pelancong sama sama menelek peta hihihi...:P



dari Fortress ni leh nampak bandar Würzburg...sangat cantik subhanallah..:)



dengan ladang ladang anggur nuunn jauh di atas bukit yg tengah togel skarang...hik hik hik



dan dari bawah leh nampak fortress ni...di depan tu ladang anggur..cung kan? hehehe



Nuzul bawak kami makan di Restoren Kashmir, restoren Pakistan-India Halal..
buffet makan tghari 7.90 euro (dewasa) tp kene paksa beli air yg paling murah pon 2.60 euro..kalau tak beli nanti dia charge 2 euro tambahan hahahahaha...

sedap2 lain la dgn yg selalu (eh selalu ke? huhuhu) kami makan..mmg puas ati..:)




jenjalan bandar Würzburg..cantik cantik




Alte Mainbrücke
jugak merupakan landmark di sini. jambatan paling awal dibina dan penghubung antara Fortress Marienburg dengan bandar Würzburg. takde tram/kete leh lalu atas ni, hanya pejalan kaki je tau..kompom selamat hihihi...
Pemandangan paling cantik berlatarbelakangkan fortress tp kami arituh tak lawa sbb cahaya matahari ..so sudahnye ber backgroundkan bandar je la huhuhu...




tengok tempat duduk ni ngeri kan...kalau runtuh, naye je masuk dlm sungai hehehehe...


The Residenz
merupakan istana Prince Bishops selepas abad ke 18. Pembinaan yg sangat lama, dr satu Prince ke satu Prince, meninggal, sambung pembinaan, tambah ini dan itu, dan masa Perang Dunia Ke2, hampir keseluruhan bangunan musnah terbakar. Dipelihara semula sejak 1945 to 1987 dan diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1981..(hihihi umur i le tuh :P)
saya translate ikut bahasa sendiri di SINI

versi dr kamera saya yg tak muat satu prem huhuhu



bahagian tepi The Residenz ni, ada taman unt kami lepak2..


so dengan itu tamatlah cerita jenjalan tak plan kami ini..kot kot dapat membantu kengkawan yg ingin menerjah ke 2 buah bandar ni, Frankfurt yg moden dan Würzburg yg lebih nostalgia gitu hehe... ...
apapon alhamdulillah selamat pergi dan balik...jumpe lagi okey :)



Tuesday, March 27, 2012

Frankfurt & Würzburg...part 1

assalamualaikum...

sebenanye nak tambah lagi tajuk kat atas tuh..Urlaub yg Tak Disangka..:P
sebabnye mmg mengejut pon, tetibe en husben dapat call dr UMP unt jadi urusetia pada bos bos nye yg dtg dr Msia..
wajah wajah orang besar UMP - yg tengah tuh Timbalan Naib Censelor dan ke2 hujung - Dekan Fakulti Manufacturing & wifenye..:)


kene jugak jadi pemandu pelancong, bawak jenjalan sekitar Frankfurt..(sedangkan kami pon tak penah sampai lagi ke sini hahahahahha :P)

Frankfurt ni antara 5 bandar terbesar di German, Frankfurt Airport merupakan antara international airport tersibuk di dunia, Frankfurt Central Station merupakan antara stesen terminal yg terbesar di Europe..
sumber dr SINI


cuaca sangat cantik hari tuh..sangat seronok berjalan kaki sambil menyaksikan bangunan-bangunan pencakar langit Frankfurt..:)



Frankfurter Roemer (Römerberg)
merupakan landmark terpenting di Frankfurt. Merupakan city hall or Rathaus selama 600 tahun..



kat sini ada jugak bangunan Parliment Pertama iaitu Paulskirche..dibina pada tahun 1789 dan 1833..


jugak Seufzerbrücke atau Bridge of Sighs...


cantik kan landmark Euro ni?


hahaha sebenanye tempat ni adalah unt orang orang yg tak berumah...so banyak khemah kat sini...huhuhu rasa agak mencacatkan pemandangan...


tak lama kami di Frankfurt, sbb dah alang alang sampai, kami ambik kesempatan ke Würzburg, dlm 2 jam perjalanan..
menumpang tido di umah Nuzul, adik undergrad yg dah nak balik Msia..
huhuhu lepas ni kurang lagi sorang tetamu open house i uwaaaa...

dia ajak singgah di factory outlet, Wertheim Village...




tak sebesar Reomond (factory outlet kat Holland) tp boleh la..antara brand yg ada di sini, Hugo Boss, Puma, Levi's, WMF dan lain lain..
SALE??
hummmm Levi's ada la sale yg bes tp NAFSU....tarik napas dan lepaaasss...
nasib baik pertimbangan akal menguasai diri so selamat euro ku hahahaha...:P

Thursday, March 22, 2012

Lori Majlis Perbandaran Duisburg..

assalamualaikum...

memperkenalkan antara lori2 pembersih yg banyak berjasa membersihkan bandar kesayangan saya ini, Duisburg..hehehe

perasan tak berus besar bulat di depan tuh? tugas nye unt membersihkan kiri dan kanan jalan...kiiiutttttt hihihihi

008

Wednesday, March 21, 2012

BBQ drei N..

Assalamualaikum...

entri yg lama diperam sbb karangan panjang tak siap2 hahaha..:P

las wiken (ketika draf asal ditulis) ber BBQ bersama2 komuniti Malaysia di sini (Duisburg) dan bandar2 sekitar..
penganjurnya Group Drei N (Abang Nazri, Kak Nadia dan Nafiz) yg mengsponsor ayam, daging dan kambing..danke danke muah muah..:D bersempena Kak Nadia dah nak tamat Phd..7 thn mengembara dr Msia ke German, dari Masters ke Phd, perjalanan yg panjang kan?..

juga potluck dr kami tukang makan ni, macam-macam juadah, dr yg tau nama spt Murtabak, Rojak Buah, Cucur Udang, Karipap, Mihun Goreng...


sampailah yg tak tau nama...hihihi..


lokasi yg sama, Tasik Wedau yg dipenuhi pokok pokok, walaupon skarang dah tinggal ranting aje tetap sojuk huhuhuhu...


tempat BBQ yg dah dipenuhi oleh kami kami...



gigih adik adik membakar....caiyok2!!


ucapan dr Group drei N....famili yg eppi dan dianggap kakak & abang oleh adik adik di sini termasuk la saya hik hik hik


persembahan nyanyian oleh adik adik ni...


ada main kotak beracun jugak..paling sadis bila ada yg kene celup kaki dlm air tasik yg gegegegege itu...huhuhu


sesi gamba beramai..acara wajib hehehe..


selain kami, ada jugak tetamu tak diundang iaitu angsa yg sudi join sbb kelaparan..huhuhu


hadiah kenang kenangan dr kami..


yg ada dan tiada dlm gamba semua sain...hihihhi


seronok gather gather beramai2..bersama sama adik, kakak dan abang, macam satu famili besar :)
tp sedih jugak sbb sorang sorang dah balik Msia..tinggal lah kami yg masih meneruskan perjuangan di lab (dan di umah hik hik hik)..:P
apapon AJA AJA FIGHTING!! Kak Nadia unt defend Viva ni, moga dipermudahkan segala urusan..insyaAllah :)