Monday, April 30, 2012

Waffle Sarapan Pagi..

192


assalamualaikum...

 bab sarapan ni mmg selalu rindukan Msia, terbayang nasik lemak, roti canai, nasi dagang dan kalau di tempat kerja saya dulu, bersarapan di Restoren Keluarga di Gambang, lempeng yg berintikan daging cincang...fuhh
dan kalau di Jelebu, nasik lemak ayam, soto dan mee bandung di Bandar Kuala Klawang..huhuhu

tp di sini? biasanya coco crunch, müsli oatmeal, roti kalau time nak cepat..
dan kalau rajin bangun awal bolehlah nak buat waffle ke,mihun goreng, mapin ke..hehehe..

ok lah kita share resepi ni ek..time kasih pada Zaliana di My Resepi, nanti bila bila saya mau buat lagi..hehe...

WAFFLE
-by Zaliana @ My Resepi

Bahan-bahan ( 4 keping ) *tapi saya dapat lebih
 • 1/2 cawan tepung gandum
• 75 ml susu segar
• 2 biji telur ( saiz C) asingkan putihnya
• 1/2 sudu teh baking powder
 • 1 sudu teh minyak masak
 • 1 sudu teh gula halus
 • secubit garam

Cara-cara 
1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan gebu.Ketepikan
2. Dlm bekas berasingan,gaul rata telur kuning,tepung( ayak bersama baking powder terlebih dahulu), susu,garam,minyak masak. Masukkan adunan ini ke dlm telur putih tadi.Gaul rata.
3. Panaskan snack maker,sapukan sedikit marjerin ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira 2 minit. Sedap di makan dengan jem,kaya,aiskrim atau madu.
4. Boleh juga di masak dalam kuali.Walaupun rupa tak serupa ,rasanya tetap sama

Sunday, April 29, 2012

3 Tahun Berlalu...

assalamualaikum...

terasa baru semalam melahirkan nya, hakikatnya genap 3 tahun dia pergi tinggalkan saya..
saya tahu dia tenang di sana, dan semoga saya sentiasa kuat menghadapi semuanya..

al Fatihah buat Nur Shazreena binti Muhamad Zahim...emak sentiasa rindukanmu...

Friday, April 27, 2012

Komuniti Islam di Germany..

assalamualaikum...

hari ni saya nak kongsikan cerita tentang komuniti Islam di sini, Duisburg..

sebelum kami datang ke German, terselit kebimbangan di hati saya tentang bagaimana kehidupan di sini, kerana mengikut pengalaman en husben di Jepun dulu (area ujung 90-an), sumber makanan halal agak terhad..
alhamdulillah, kami di sini sangat mudah unt mendapatkan makanan halal, baik makanan siap mahupon bekalan basah (daging dan ayam halal)..

kerana Islam di German umumnya dan Duisburg khasnya bukan la sesuatu yg asing..
wanita bertudung merupakan satu senario biasa, dan banyak kedai yg menjual makanan halal..
mengikut Wiki, sejarah muslim di sini bermula pada abad ke 18 lagi, yg mana mereka adalah sebahagian daripada diplomatic, military and economic relations di antara Germany dengan  Empayar Uthmaniyyah. 
Kemudian, bila Kerajaan German Barat invite foreign workers yg bebanyakannya dr Turki pada tahun 1961, agama Islam dan masyakarat Islam berkembang pesat sampailah lebih 4.3 juta dari jumlah penduduk German adalah beragama Islam (sumber pada tahun 2009)..

majoritinya muslim di sini berasal dari Turki, dan ada jugak dari Arab, Iran dan lain-lain..Indonesian pon ramai tau..hehehe
kebanyakkannya tinggal di Berlin, dan negeri negeri yg byk muslim ni di Baden-Württemberg, Hesse and parts of Bavaria and North Rhine-Westphalia (NRW negeri ku...hik hik hik)
mereka ni asalnya pekerja asing, sepatutnya balik semula ke negara masing2 tapi terus menetap di sini..dan asalnya kaum lelaki saje tp kemudian anak isteri dan saudara mara join sama..(senario biasa kan huhuhu)

kelas Deutsch saya dulupon separuh darinya beragama Islam, dan majoritinya Turki..
ada yg dah menetap berpuluh2 tahun di sini dan ada yg baru sampai tak sampai setahun..
dan orang Turki ni biasanya beranak ramai, biasanya satu famili lebih dari 2 anak, sedangkan orang German sendiri kebiasaanya hanya 2 atau 3 anak aje (biasanya 3 tuh sbb twins huhuhu)..

di Duisburg ni ada satu kawasan iaitu Hochfeld, mmg menjadi pusat orang Islam..



di sini ada supermarket yg menjual daging, nuget, sosej halal, di samping barang2 harian spt sayur, spegeti dan lain-lain..
ni Basken, supermarket paling gelemer di Hochfeld hehehe..kalau pegi sabtu biasanya mmg jem dlm ni huhu...

dan lain lain supermarket harian di sini..
 

ada jugak kedai2 yg menjual barang2 dr Turki, al maklumlah komuniti ni derang punye kan ekeke :P




kat kawasan ni jugak byk kedai makan Turki..kebab ada..durum ada...pizza Turki pon ada..pendek kata semua stail turki la..hehehehehe...

contoh makanan Turki, Döner teller namanye..


Gefüllte Auberginen, terung yg dlm nya ada daging cincang (peberet saya hehehe) dan nasik Turki ni besar2 tau, dulu masa awal2 kembang setaman tekak den nak makan...bila dah masuk tahun ke dua ni, ketagih gak kengkadang hahahaha (lagi2 bila time malas memasak melanda)

Uludağ Gazoz,  air ber gas Turki kegemaran Izzah...hehehe


ada Masjid Ali, tempat en husben saya solat Jumaat..kalau sabtu penuh ngan budak2 pompuan remaja, ada kelas agama rasanye...




so far alhamdulillah bersyukur sangat2 sbb diberi kemudahan Allah untuk kehidupan seharian dan makanan harian..
dan orang orang di sini pon takde la pandang serong ke ape kat kita, izzah di sekolah pon takde masalah, senang citer takde la rasa asing sangat walau bukan di negara sendiri...:)






Tuesday, April 24, 2012

Blumen im Frühling (2)...

assalamualaikum...

subhanallah indahnya ciptaan Allah kan..:)
435-001 451-001

Sunday, April 22, 2012

Ayam Bakar Peanut Butter dan Terima Kasih...

assalamualaikum...

firstly, time kasih banyak atas komen2 semangat yg diberikan pada entri saya yg lepas..
dan maaf kalau bahasa yg kurang menyenangkan, bukan apa saya selalu ingat pesan Ros Jintanmanis, supaya sentiasa menjaga penulisan kita..tp kadang2 saya merasakan kalau bahasa terlalu berlapis ni, maksud tak sampai atau orang salah menilai..
dan ada jugak yg tidak menyokong dan masih meneruskan kutukan kutukan yg tak berapa mesra itu, terpulanglah masing2 saya tidak boleh memaksa..
mungkin mereka merasakan apalah sangat 32K caj perkhidmatan yg terpaksa saya bayar tuh kalau nak compare dengan perasaan pekerja2 PTPTN...hahahha *gaji saya setahun pon takleh nak cover, takpelah abaikan sahaja perasaan saya itu*

cuma saya menulis di atas pengalaman saya, saya tahu saya tidak berbohong, selainnya terpulang pada individu masing2 unt bebas menafsir, kerana yg mengalaminya adalah diri saya...kan? hehehe...

okehlah entri ini sbg penghargaan pada seorang kenalan blogger saya, Otai Chef yg ber karier Chef masak masak..
dah lama saya simpan resepi ni cuma tak buat2...
memang menarik, ayam bakar menggunakan peanut butter..
rasanya mmg superb...anak2 dan en husben saya sangat sangat suka tau! tak payah cecah dengan apa2, makan macam tuh aje...sooooo lecker!!
time kasih byk2 chep, izinkan saya tepek resepi di sini plak ek..hehehe

ayam bakar peanut-001

PEANUT BUTTER LEMON CHICKEN BERMADU
by Mr. Gerhard Albrech, Exec Chef di Hotel Concord Shah Alam (1997) dan The Chef Otai 

Resepi;
1. Paha dan kaki ayam di buang tulang----------- 4 ketul *saya pakai ayam seekor yg dibelah 2
2. bawang putih------------------------------------ 5 ulas} cincang halus
3. Halia---------------------------------------------- 1 inci} cincang halus
4. Lemon-------------------------------------------- 3 biji} perah airnya
5. Peanut butter------------------------------------ 3 sudu makan
6. Madu--------------------------------------------- 1 sudu makan
7. lada hitam--------------------------------------- 1 sudu makan} mesin
8. Garam-------------------------- secukup rasa.

Cara membuatnya; 
1. Basuh ayam dan keringkan airnya.
2. Campurkan bahan-bahan diatas dan gaul bersama ayam sehingga sebati, perap selama 1 jam.
 3. Susun ayam di atas loyang dan bakar, suhunya 180*, selama 20 ke 30 minit, tapi hati2 kerana madu akan membuatkan ayam terbakar cepat. Jauhkan sikit ayam dari bahagian atas ayam. Dah pun siap.
*saya bakar lama jugak, dlm sejam kot sampai lah ayam tuh masak

Thursday, April 19, 2012

PTPTN - Kalaupon Anda Tidak Menyokong..

assalamualaikum...

*ni entri luahan perasaan so maafkan saya kalau terkasar bahasa*

Kalaupon anda tidak menyokong pada FREE EDUCATION (atas sebab apa pon), tolonglah jangan buat statement kepada peminjam2 PTPTN spt di bawah ini:

1) Awak jugak yg sain aggreement dengan senyum di bibir
2) Dah tau ada caj perkhidmatan, tp terima jugak. skarang pandai nak komplen
3) Kalau taknak berhutang, tak payah la pinjam
4) Peminjam pinjaman pendidikan lain (Yayasan, MARA dll) pon kene bayar, macamlah korang je yg kene tanggung hutang..
5) Dulu masa dapat, bermewah2..tak beringat...skarang?

dan lain lain statement pendek akal yg tak dapat nak dinyatakan di sini...

tahukah anda...

Saya meminjam dengan PTPTN unt pengajian degree selama 4 tahun, di MMU..setahun 16k so semuanya 64K dan termasuk caj perkhimatan (masa tuh 4%) JUMLAH 96K

Saya terpaksa membayar balik RM400 selama 20 tahun, yg mana RM160 hanya unt caj perkhidmatan!

Selepas ujrah 1%, ansuran bulanan saya ialah RM360, yg mana caj perkhidmatan ialah RM59 selama 11 tahun dari sekarang.

Saya pernah bayar 1.4k sebulan selama 5 bulan berturut2 kerana hampir di blacklist (sbb ada tunggakan 5k), memandangkan saya nak ikut suami ke oversea, so takut apa2 hal jadi nanti susah..

dan

1) Saya tak pernah sain dengan senyum tp apalah budak berumur 18 thn yg berasal dari kampung tahu? Saya bukan anak orang senang yg famili mampu sponsor bulanan..

2) saya juga bukan scorer unt layak dapat mana mana biasiswa (setahu saya masa itu pinjaman/biasiswa Telekom hanya diberikan kepada anak anak Telekom dan SPM bawah agreget 10)

3) Yuran belajar saya di MMU pernah mencecah 13k setahun, so saya cuma ada 3k unt bayar hostel dan duit belanja. Mewah?? Tolonglah, mungkin ada budak IPTA yg boleh buat camtuh tp BUKAN SAYA..

4) yes mmg saya alert dengan caj itu tp apa pilihan yg saya ada? perlu ke saya berhenti dr MMU serta merta? kemudian tunggu je nasib kalau dapat panggilan dr IPTA (pendaftaran MMU awal dr result IPTA) sedangkan saya tahu peluang sangat limited, dan saya bukanlah pelajar cemerlang SPM? bekerja sambilan unt tampung 13k yuran pengajian saya?

5) Jumlah peminjam PTPTN adalah yg paling banyak di Msia, dan caj perkhidmatannya adalah paling membebankan antara yg lain...ada sapa nak argue bab ni??

6) Saya takde pilihan selain dr MMU masa itu, kerana saya dah membayar yuran 1k lebih dan kemudian baru tahu dapat pilihan yg saya langsung tak pilih di IPTA..

saya menulis bukan unt komplen, kerana saya sedar diri saya meminjam dan saya sangat komited membayarnya (tunggakan kerana awal2 dulu bayar tak cukup RM400 kerana gaji kecik dan penah tak keje)..skarang ni pon walau coti tak bergaji, PTPTN saya still saya lunaskan...

jadi kepada semua yg menulis di FB ayat2 pendek akal di atas, tolonglah hentikan kerana saya dan ramai lagi peminjam PTPTN sangat terguris membaca nya..mungkin anda tak kena macam kami atau anda tak baca habis pasal free education tuh tp nak menentang, walla hu a'lam..

dan pada kengkawan IPTA yg hanya bayar RM100 sebulan, tolonglah komited dengan bayaran anda..kerana nasib saya jauh lagi teruk dr anda..
dan jgn kerana anda, orang2 yg komited bayar beratus2 tiap2 bulan tp ada tunggakan kerana masa lampau menjadi mangsa ugutan surat blacklist itu (spt saya)...

So soalan nya, adakah PTPTN ini tidak membebankan??
ANDA NILAIKAN SENDIRI...

Tuesday, April 17, 2012

Jelajah UK di Musim Bunga (England) - part 2..

assalamualaikum..

dari Sheffield, kami bergerak gerak ke Nottingham, dalam sejam setengah perjalanan..
macam dekat kan? tp sbb dah singgah Conisbrough Castle, dan on the way tuh jumpa schnee di tepi jalan, kami singgah golek golek *ayat mengade :P* di RnR tepi highway..


hahaha tak golek golek pon sbb kasut dan baju tak ready unt masuk dlm salji..
dengan kasut sukan ni unt terjun dlm salji, maunye kembang kaki masuk air celah kasut haha..


sebenanye sangat tak sangka boleh jumpa salji lagi di bulan April, yelah patutnya dah Spring, bunga pon patutnya dah mula nak berkembang...
kami pon tak ready travel dengan boot semua tuh..huhuhu
itulah kengkadang takut tgk cuaca sekarang, kalau tak insap lagi taktau la kan huhuhu...

sampai di Nottingham, kami igt nak terjah gua dulu...jeng jeng jeng...

CITY OF CAVES EXHIBITION
gua ni merupakan original sandstone cave yg wujud before Perang Dunia ke Dua lagi dan digunakan dr satu century ke century yg lain sbg tempat perlindungan semasa perang, tannery dan byk lagi oleh penduduk setempat...


skali pusing2 jalan kaki, hampeh tak jumpe..rupanya gua ni dlm bangunan shopping complex, Broadmarsh Shopping Centre yg bersambung skali dgn stesen bas dan tempat parking...ohhh apakah??
bahagian belakang bangunan shopping complex ni, siapa sangka di sebalik tingkat2 parking ni ada gua rupanye huhuhu...


*sebenanye dlm Wiki ada tulis, ohh kantoi saya tak baca before pegi..(sbb saya biasanya rujuk pada TripAdvisor)*
MORAL: carik sebanyak mana maklumat before urlaub huhu...

entrance fess ni boleh tahan jugak, satu famili dlm 17 pound..*pejam mata pejam mata*..huhu

masuk by group dlm 15 org, takleh main terjah aje..so akan ada tourist guide yg guide kita sambil bla bla bla citer pasal sejarah gua ni...


bahagian dalam gua ni..




dan before abis tuh, dia kasik satu statement - Gua ni bukan bawah tanah pon, bahagian kiri adalah jalan besar dan kanan adalah ground floor shopping complex ni...hahahahhaha hampeh tertipu dengan perasaan sendiri yg ala ala xplore bawah tanah gitu..:P

menerjah nerjah jugak ke Nottingham Castle..di depannya ada statue Robin Hood..
oh ya Robin Hood ni merupakan lagenda di Nottingham tau..hehehe



dan ke Green's Windmill and Science Centre sayang nye dah lepas waktu melawat, so budak2 main di playground dia aje..huhuhu




kawan lama en husben yg sama sama blajar di Jepun dulu, skarang sambung blajar di Nottingham..
time kasih byk byk King dan Kak Jie serta anak2 dia yg sangat peramah..macam emak dan ayahnye hik hik hik..

Sunday, April 15, 2012

Jelajah UK di Musim Bunga (England) - part 1..

assalamualaikum...

cuti musim bunga (Osterferien) unt budak sekolah selama 2 minggu dah tamat..
sempena cuti ni, kami ber urlaub ke UK (England, Noth Ireland dan Scotland)..
dari Leeds - Sheffield - Nottingham - Liverpool - Belfast - Edinburgh - Highland dan Glasgow..
selama 9 hari kami merantau, urlaub paling lama setakat ini..huhu

dr Germany kami naik flight Ryan Air (flight tambang murah) ke Leeds..beruntungnya di sini, banyak kompeni tambang murah, so kos nye takde la mahal sangat kalau nak ke mana2..
flight dlm sejam so nak tido pon tak sempat hehehe :P

sampai di Leeds yg bersalji...waaaahhhh akhirnya terkabul permintaan saya, rasa nak terjun je dr kapal terbang tuh hehehehe...:P

kereta sewa kami, Renault Megane, ambik di Airport Leeds dan pulang di Airport Liverpool..

jenjalan di bandar Leeds, di Town Hall

Millenium Square

on the way ke Sheffield, hijau mata hitamku...hehehe

tumpang tidur di rumah kawan en husben merangkap kawan lama sekolah menengah saya di Sheffield *oh keciknya dunia ini*..time kasih byk2 pada Ahmad Nor, Fatihah dan 2 anak comel mereka..:)

bandar Sheffield


The Peace Garden - Memorial Square Perang Dunia Ke 2..


Winter Garden Sheffield, taman dlm bangunan yg nampak langit..cantik tp banyak sangat replika binatang berlengkar2 tuh...huhuhu


Conisbrough Castle ni terletak di South Yorkshire, on the way ke Nottingham..
tak masuk pon sbb entrance berbayar *urlaub org sengkek katakan hik hik hik* plus mengejar masa *ayat kaber line* so kami just snap gamba keliling2 itu aje..:)


oh ya di area UK ni mmg terkenal dengan castle..ada yg masih utuh dan ada jugak yg cuma tinggal cebis cebis aje..huhuhu
tp apapon saya mmg suka tgk castle, sbb senibina tuh satu, sbb takde kat Msia satu..
dan paling penting sbb dia besar so saya akan rasa diri kerdil aje..
dengan automatiknya ia akan insafkan diri saya, menyedarkan saya yg manusia ni tak de la berkuasa mana, so hindarkan lah sifat besar diri, tamak dan lain2 sifat mazmumah *takzirah ari isnin* hehhehe...

Friday, April 13, 2012

Marble Banana Muffin..

070

assalamualaikum...

mapin yg dibuat sebelum projek urlaub arituh..
dah lama peram dlm folder baru ni berkesempatan kasik dia interprem heheh...
dah byk kali buat sbb memang sedap..
time kasih byk pada pencipta resepi yg sedap ni Rima (versi English) dan Kak Izah Daut (tukang translate), tp saya copy dr Kak Hana..hehe
apapon izinkan saya tepek tepek di sini plak ek..:)

078-001

MARBLE BANANA MUFFIN
- by Rima (versi English)
- ditranslate oleh Kak Izah dan saya copy dr Kak Hana

Bahan-bahan
Bahan A

• 2 cawan tepung gandum
• 1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
• 1 sudu besar baking powder
• 1/2 sudu teh garam

Bahan B
• 1 biji telur (L)
• 1 cawan susu segar
• 1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
• 1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste *saya pakai coklat emulco

Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai

Cara-cara
• Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
• Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati. Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu dan masukkan pisang yang dilecek kasar tadi.
• Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan. Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
• Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.

Tuesday, April 3, 2012

Blumen im Frühling..

assalamualaikum...

meh layan gamba bunga di Duisburg (je huhuhu)...

1) Lokasi: Taman Kecik Depan Umah Jiran..

tulip

tulip2



2) Lokasi: Depan Sekolah Izzah..

plum blossom2

plum blossom