Tuesday, July 31, 2012

Sushi at Oststraße..

assalamualaikum..

projek sushi bersama keluarga tersayang..
mastermind by en husbenku dan askar upahan Izzah..
juga askar tukang sibuk time bergambar, Lea..

time kasih kerana menceriakan hariku..:D
 

Sunday, July 29, 2012

Puding Kacang Merah..

assalamualaikum...

selamat berhari Isnin semua..ada yg ber Monday blues tak? hehehe
bagi saya yg jadi housewife ni, Isnin - Ahad sama aje, takde perubahan sangat...lagi2 time Ramadhan ni sbb kami lebih banyak memerap di umah hehehe...

entri kali ni saya nak share resepi Puding Kacang Merah..
sangat senang dan cepat disediakan, sesuai dibuat waktu Ramadhan ni..
yg penting, bahan utama iaitu kacang merah, macam saya ada inti kacang merah readymade dr Msia, lagi la senang keje...hihihihi
puding ni rasa cam eskerim kacang merah tau, so tersenyum lebar la en husben saya since dia peminat tegar eskerim tu...hik hik hik
apapon time kasih pada AlongRiz as tukang cipta resepi, tp saya copy resepi ni dari Kak Hana..
time kasih dedua, izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek...hehehe

PUDING KACANG MERAH
- by AlongRiz dan dishare oleh Kak Hana


Bahan-bahan 
*saya buat half dr adunan di bawah
  • 1 cawan kacang merah - hana tukar 2 cawan inti kacang merah readymade *saya pakai 1 cawan shj
  • 1 peket @ 13g serbuk agar2 *6g serbuk agar2
  • 1 liter air - jika guna serbuk agar2 yg 10g, kurangkan sedikit sukatan air ye *500 ml air
  • 240g gula - hana ltk 1/2 cwn jer sbb inti dah manis * 1/4 cawan
  • 1 tin susu cair *200g susu cair kotak
  • 1sb tepung jagung *1/2 sudu besar
  • 1 helai daun pandan simpul *takde
  • sedikit pewarna merah jambu *saya pakai pewarna merah

Cara-cara
  • Rebus kacang merah hingga empuk. Ambil 1/2 cawan ratakan ke dalam acuan. Blend baki kacang dengan susu, tepung jagung, pewarna sehingga sebati. - hana guna inti kacang merah readymade
  • Masak air dengan serbuk agar-agar, gula, daun pandan sehingga sebati.
  • Ambil setengah cawan air tersebut dan tuang ke atas kacang merah tadi. Biarkan mengeras sebentar. -hana tak buat lapis
  • Masukkan kacang merah yang telah dikisar tadi ke dalam agar2 dan masak sehingga mendidih.
  • Bila lapisan kacang merah telah mengeras, lorekan sedikit menggunakan garfu dan tuang pula adunan agar2 tadi. Sejukkan dalam suhu bilik dahulu kemudian baru masukkan peti ais. Potong dan hidangkan.

Cara saya yg pakai inti readymade
  • Inti kacang merah tu saya masakkan bersama 200ml air - untuk bagi dia lembut dan cair. Kacau bagi jangan berketul
  • Masak lebihan air dengan serbuk agar-agar, gula, susu cair dan inti di atas sehingga sebati. Masukkan tepung jagung dan pewarna dan didihkan bagi pekat sedikit
  • Masukkan dalam bekas. Biarkan sejuk sepenuhnya baru masukkan dlm peti ais. Sedia dihidangkan waktu buka puasa :)

Thursday, July 26, 2012

Summer Break - Camping at Wisseler See..

assalamualaikum...

dok terliur tgk entri masak2 di keliling alam maya ni, meh saya mengurangkan tekanan perasaan kita dengan entri tak masak masak..hehe

coti coti camping satu malam kami di Wisseler See, dlm 1 jam berkereta dr Duisburg..
saje nak kasik new experience dan pendedahan unt izzah n lea tentang dunia camping2...
masa bebudak ni la nak dedahkan dia dengan macam2 pengalaman kan, kerana sikit sebanyak akan pengaruhi dia semasa besar nanti..
juga nak cipta macam2 kenangan dengan anak2 buat bekalan dia di kemudian hari..huhuhu

jauh beza dengan dunia camping saya di zaman aktip di MMU dulu, tp ok la terimbas jugak saya memori sikit sebanyak..hehe
tiada makan dlm mestin, toilet celah2 pokok (hahaha), trecking berjam jam dan beg beg besar..
camping kali ni penuh dengan ke leasure an, siap bawak bbq set letrik, heater portable, dan toilet dan tempat mandi yg sangat proper...

paling tak tahan parking kete sebelah khemah aje...huhuhu nangis kawan2 se outdoor ku kalau derang tengok..


tempat camping yg besar dan complete, siap ada website sendiri unt tujuan booking dan info..
selain tempat unt bercamping2, ada dewan, kedai, playground dan tasik yg leh mandi manda..





tempat bercamping pon byk section, section unt khemah biasa..


ada section untuk caravan yg kita bawak..


dan caravan yg dah diubahsuai jadi chalet..comel kan..heheh


dan ada chalet sedia ada sangat sangat kiut tp bilangan nya hanya 2,3 buah aje..


yg besnya setiap section ni kecik2 dan dikelilingi oleh bunga pagar, so privacy la sket kan..hehehe..


setup khemah dulu..


tadaaa...khemah comel unt kami kami yg comel (dush dush)



kebetulan hari tu ada Kinder festival, so ada program unt budak2..suka giler izzah hehe..




antara aktiviti santai kami, ber bbq...


dan mengasah strategi bermain UNO jugak..heheh..


berangan2 menjadi Neuer, Özil dan Ronaldo jugak hik hik hik..


khemah2 orang2 german yg besar besar. siap ada khemah unt lepak2 dan khemah tido..mmg tanpa was was kami kalah tanpa bertanding hehehe :P



apapon mmg pengalaman baru jugaklah kami tido dlm khemah, sebab selalunya tido kat umah je or kalau jenjalan sesekali tido hotel kan... mmg tak berapa lena sbb dok on off heater tu. bila on, panas sangat, so kena off. then sejuk, kena on balik. camtu je la sampai pagi hehehe.....

dan yg bes nya izzah kasik markah 10 lagi...yee.. hehehe :D :D

Monday, July 23, 2012

Sotong Goreng Tepung..

 
assalamualaikum...

menu berbuka semalam..simple (tema masakan saya sepanjang zaman hehe) tp mmg sedap..
walaupon sotongnya asal keras kejung dan tak fresh macam kat kuantan dulu tp hasilnya tak mengecewakan..
senang hanya pakai tepung gandum dan sedikit baking powder (bukan baking soda ek), garam, telur dan serbuk lada sulah, hasilnya tip top macam kat restoren tg lumpur yg selalu full house itu..
jutaan terima kasih pada che iza as pencipta resepi, izinkan saya tepek2 di sini plak ek...

SOTONG GORENG TEPUNG
- by Che Iza @MyResepi


  • 300 gm sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • lada sulah

Cara-cara

  1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  3. Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  4. Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  5. Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Friday, July 20, 2012

Summer Break - Safari Park...

assalamualaikum..

selamat berpuasa semua. kami di german ni dah 1 Ramadhan hari ni, awal sehari dari kengkawan di Msia...semoga diberi kekuatan unt bertahan berpuasa dr kol 3.34 pagi hinggalah berbuka pada 9.41 mlm nanti insyaAllah..

cuti sekolah penghujung sesi persekolahan tahun ni dah bermula. awal September nanti Izzah dah darjah 2..hehe..disebabkan cuti panjang, tp terkena time pose, kami just jenjalan sehari je di Safari Park..


jauh jugak, dr Duisburg dalam 1 jam 40 minit perjalanan berkereta. kami pegi dengan famili kawan dr Kaiserslautern, Azmir & Fauzana & famili...


Safari Park ni yg menariknya, kita naik kereta unt tgk binatang2 ni, dan ada themepark macam taman tema lain. ada show jugak.. mmg sesuai unt bawak budak2, di samping kasik new experience pada dorang, leh enjoy2 main jugak..hehe


sebenarnya mahal jugak nak masuk,  2 dewasa & 1 kanak2 (bawah 6 thn masuk free) tiket nya €74. tp kami dapat diskaun guna groupon.de jadinya €29 je unt 3 orang...murah giler hehehehe....


section binatang buas (buas ke asik tido je huhuhu)..tak dibenarkan bukak tingkap kete n kena kunci pintu..



  


section binatang jinak..leh bukak cermin kete tp takleh kasik makan..huhuhu



 

section themepark, seronok banyak mainan dan free dan takyah beratur panjang2...



  




antara permainan unt satu famili...

 


budak budak dan emak dan bapak yg suka leh main macam2 dan naik berkali2...hehehe






ada section wet wet world...dah lama tak jumpe swimming pool hehehe




show circus..menarik2..


show koboi. tak bape menarik sbb renyai so show nye pendek je huhu
 



budak budak seronok dapat pengalaman masuk kandang kambing dan kene kerumun dek kambing...hahaha :P


tong sampah yg cantik dan menyelerakan..kretip kan..hehehe



kawasan yg besar, view pon cantik..dan paling bes leh bawak makanan sendiri dr umah. so leh piknik2..sangat berbeza ngan taman tema di msia yg takleh bawak masuk makanan (paksa beli makanan derang yg mahal huhu)
pengunjung boleh sewa benda alah ni unt angkut beg or barang2 piknik..n angkut anak2 derang skali pon buleh hehehehe...

 

singa putih betul..mmg asal kejadian putih tau so tayah risau sun burn hehe 


singa putih tipu...gegegege :P

bergambar beramai2...sweet memori..:)


alhamdulillah overall walau sehari je, kami puas ati. walau masing2 kepenatan seharian kat situ..huhu..yg penting izzah kasik markah penuh 10 markah...yeeee :D