Wednesday, January 30, 2013

Istanbul - Dolmabahçe Palace & Mustafa Kemal Atatürk..

assalamualaikum..

Dolmabahçe Palace, merupakan pusat pentadbiran utama Kerajaan Uthmaniyyah di Istanbul dari tahun 1856 sehingga 1922. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdülmecid I 

Juga merupakan kediaman rasmi Sultan dan keluarganya, menggantikan Topkapi Palace, yang ketinggalan dari segi luxury dan style (huhuhu).
Rekabentuk yang lebih Western dan moden berbanding Topkapi Palace.
Hiasan Dolmabahçe Palace ini lebih kepada kristal dan emas, manakala Topkapi Palace lebih kepada hiasan tradisional (jubin dan ukiran)
Pengunjung pula perlu menggunakan Guided Tour (free of charge) di dalam bangunan Dolmabahçe Palace tetapi bebas merayau2 sesuka ati di Topkapi Palace. hehehe....


View paling cantik adalah dari seberang selat (boleh dapat full). Sumber dari SINI

Tripod kamera kena tinggal dalam safety locker. Beg kena scan..huhu (sama macam di Topkapi Palace)
Entrance fees bagi 'Selamlik' - 15YTL (dalam €7.50), 'Harem' - 10YTL dan Combined - 20YTL

View sekitar

 

Tour ada 2 bahagian, 1 di 'Selamlik' (Opis) dan 1 lagi di 'Harem' (kediaman Sultan)
oh ya, kena sarung kasut dulu dengan pelestik sebelum masuk ke dalam bangunan..kiuttt...hihihi

Dalam Main Building, mmg SANGAT SANGAT MEWAH dan MENAKJUBKAN
(saya sangkakan No Camera Please, so saya cilok dr pakcik gugel hehehe. tp ada website tulis boleh cuma kena additional fees *rugi kitorang huhu)

Tangga yang kalah cerita Hindustan hahaha. Sumber SINI

Ceremonial Hall. Sumber SINI

Bilik apa tah tapi mmg power kan hehehe..sumber SINI

Sebenarnya masa di Topkapi, kami terlepas untuk melawat Harem. so memang acara wajib la di Dolmabahçe ni kan..yelah nak tgk jugak camne kediaman Sultan2 ni..
tapi menurut guided staf ni, Harem di Dolmabahçe Palace lebih simple berbanding Harem di Topkapi Palace.
Harem ni merupakan kediaman Sultan, Isteri isteri isteri (sesetengah Sultan ada lebih dr 4 isteri huhu), anak, ibu, adik beradik perempuan Sultan (selagi belum berkahwin) dan orang gaji.

Bedroom. Sumber SINI

Hall. Sumber SINI

Toilet. Macam tandas cangkung Msia cuma stail pelik sket hehe..Sumber SINI


Hammam (tempat mandi). Sumber SINI

dan di sinilah tempatnya sekiranya anda ingin melihat katil dan bilik Mustafa Kamal Atatürk, Presiden Pertama Turki..
di atas katil inilah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, berpunca dari masalah hati kesan dr pengambilan alkohol yg berlebihan..
oh ya sumber dr SINI okeh

Mustafa Kamal ini bukanlah keturunan Sultan mahupun kerabat diraja, beliau asalnya seorang pegawai tentera dan akhirnya berjaya mendapat gelaran Atatürk (Father of the Turks, gelaran yg dilarang penggunaannya oleh orang lain oleh Parlimen Turki) kerana berjaya menjadikan Turki sebagai sebuah negara Republik.

Beliau berkahwin dengan Latife Uşaklıgil tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 2 tahun lebih. Selepas itu, beliau mahupun bekas isterinya tidak berkahwin lagi.
Latife Uşaklıgil ini, dipengaruhi oleh fahaman kuat sekular Mustafa Kemal,  menjadi 'wanita Turki moden' dengan menanggalkan hijab dan berpakaian stail Barat. *no wonder kebanyakan wanita di Istanbul (terutamanya warga muda) tidak berhijab sekarang..huhuhu
Mustafa Kemal bersama isteri. Sumber dari SINI

mereka tidak dikurniakan anak namun sepanjang hidupnya, Mustafa Kemal mengambil 13 anak angkat - 1 lelaki dan 12 perempuan. Salah seorangnya ialah Sabiha Gökçen, juruterbang wanita Turki yang pertama.
*rupanya Sabiha Gökçen Airport tu di ambil sempena nama dia..

hummm banyaknya lagi entri tertunggak.. Suleymaniye Mosque, Eyüb Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, bla bla bla...hehehehhe
insyaAllah jumpa lagi di lain entri ek
wassalam

















Sunday, January 27, 2013

Corelle Stock Clearance Sale..

assalamualaikum...

kami tengah buat STOCK CLEARANCE SALE di Hot Corelle Malaysia


jualan sempena nak abiskan stok yang ada, before stok Pre Order sampai..
jom jom kita tengok apa yang ada...heheheh


Corningware StoveTop Blue Cornflower Casserole Set

Corelle Livingware 16 pcs
1) City Block
2) Classic Red Cafe
 
 3) Day dream


  

4) Garden Sketch
5) City Gardens


6) Spring Pink

  

7) Urban Black


8) Urban Red

cepat sebelum habis :D


Tuesday, January 22, 2013

Udang Lemak Merah Pekat & Kacang Buncis..


assalamualaikum...

saya percaya, kebanyakan readers Catatan Dari Deutschland ni minat masak2..
sebabnya bila saya check search keywords, memang orang akan carik resepi..huhuhu
tapi suka jugak saya mention di sini, rasanya belog sejota kenangan saya ni lebih banyak cerita pasal benda lain jugak hehehe...
info dan pengalaman di German, tempat2 yang saya dah lawati dan kalau ada entri entri kontrobersi mahupon sensasi tu adalah dari pengalaman saya sendiri...hihihihi :P

dan saya nak share satu resepi yg best..
dah lama saya print, macam dah penah buat dulu tp tak interprem kot..hihihi
btw time kasih pada Kak Ummi @ Home Sweet Home atas resepi ini, dan saya CnP dari Kak Nieza Finland yang dah balik Msia tu...izinkan saya tepek2 di sini ek..:)

UDANG LEMAK MERAH PEKAT & KACANG BUNCIS
- by Kak Ummi @ Home Sweet Home dan dishare oleh Kak Nieza Finland



Bahan-bahan:-
1/2 kg. udang - cuci bersih dan toskan.
4 tangkai cili padi merah *edjas sendiri
2 tangkai cili merah *
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji buah pelaga *
1 cm kunyit hidup * (bahan * dikisar bersama dgn sedikit air)
2 batang serai - diketuk
2 cawan santan pekat
6 urat kacang panjang - dipatahkan 2 inci *saya pakai kacang buncis
sedikit tempe dipotong ikut suka *ni kak nieza tambah tapi saya tak letak
2 keping kecil asam gelugor
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dalam periuk/kaserol. Tumis bahan kisar bersama serai hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan.
  2. Kemudian masukkan udang dan gaul balik sekejap.
  3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor, biar mendidih.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan tempe, kacang panjang dan biarkan sekejap. Jangan sampai layu. Tutup api.
  6. Hidangkan bersama nasi putih...
 


Thursday, January 17, 2013

Istanbul - Blue Mosque, Masjid Paling Gelemer di Istanbul..

assalamualaikum...

meh kita sambung pasal Istanbul ek..
kali ni saya nak share pasal Blue Mosque...

Blue Mosque
 

Nama sebenarnya Sultan Ahmet Mosque dibina pada tahun 1609 - 1616, pada zaman pemerintahan Sultan Ahmet I (kira2 150 tahun selepas zaman Sultan al Fatih)

Lebih gelemer dengan nama Blue Mosque dek kerana warna biru jubinnya yang menjadi hiasan dalaman di dinding masjid tersebut.
Tiles nya selain bercorak tradisional, ada jugak corak bunga, buah buahan dan cypresses (sila gugel sendirik :P).


perasan tak dalam gambar di bawah ni, ada dinding kayu? di situlah tempat muslimat bersolat, memang standard di setiap masjid begini (tak macam di Msia, yg mana kalau masjid besar2, biasanya muslimat solat di tingkat atas)
  

syiling bahagian muslimat

Dahulunya, selain fungsi Masjid, di dalamnya juga ada bazaar bertutup, hospital, Turkish baths, public kitchens, sekolah, caravanserai, dan makam Sultan Ahmet. Namun, sekarang banyak yang dah musnah..huhuhu

Oh ya, nak tahu satu fact menarik tentang Masjid Biru ini?
sebenarnya, warna asalnya bukanlah biru tau. kalau ikut Wikipedia ini, warna jubin asalnya ialah HIJAU, namun lama2 pudar menjadi BIRU.
dan kalau mengikut sumber dr website English.Istanbul.Gov.Tr ini, warna biru digunakan semasa renovation terakhir pada tahun 1990.

Rasanya semua orang tau Blue Mosque ni adalah yang paling gelemer di antara semua masjid kat Istanbul ni, mungkin kerana lokasinya yg senang di access (walau secara peribadi saya lebih mengagumi Masjid Fatih, Masjid Suleymanie dan Masjid Eyüb).
Ia berada memang di pusat tumpuan (Hagia Sophia, Topkapi Palace, Hippodrome dan Basilica Cistern)

Hippodrome yang dahulunya menjadi 'heart of Constantinople's political and sporting life', sekarang bergelar Sultan Ahmet Square
 

di sini ada The Obelisk of Theodosius atau dalam bahasa Turkinya Dikilitaş. sapa berminat leh klik SINI okeh (tak larat nak translate heheheh)



selain tarikan di atas, ada juga German Fountain di sini. Dibina sempena memperingati ulangtahun kedua lawatan German Emperor Wilhelm II pada 1898.
Nak tahu tak?
Ia dibina di German tau, dan diangkut piece by piece dan di assemble di tapak ini pada tahun 1900.

sumber dari SINI dan SINI dan SINI


p/s: sebenarnya hajat nak tulis sekali pasal Dolmabahce Palace tp dah kecik besar mata dok menggugel...hihihi :P

 

Wednesday, January 16, 2013

Mat Luthfi..:)

assalamualaikum...

saje nak share video ni dari Mat Luthfi, respon tentang tsunami 'Listen Listen Listen' baru2 ini...
sangat bersahaja dan mantap..



dan 3 sebab dr Mat Luthfi kenapa pelajar dan sesetengah rakyat Msia lebih suka kerja di oversea, saya rasa ada betulnya...hihihihi :)

Monday, January 14, 2013

Istanbul - Syurga Makanan...

assalamualaikum...

maaf kalau gunakan perkataan yg kurang tepat untuk tajuk entri kali ini..
tapi itulah yang menggambarkan perasaan saya semasa ke sana..
kerana?

tau saje lah dochland ni makanan halalnya limited, dan kalau pergi urlaub (melancong) pon biasanya mmg susah bab makan..
negara keliling german pon mmg non muslim, so paham2 la kan..hehehe
jadinya saya mmg sangat sangat looooooking forward trip kami kali ni, sbb nak makan puas2..hehehe

walaupon sebenarnya makanan Turki mmg familiar di german (sbb mostly muslim di sini mmg Turkish) tapi mmg ada perbezaannya..

masih terbayang2 di tekak kelazatan kebab, pide dan lain2..

mereka juga ada Cola Turki (ke Turka hehe). rasa macam air coke biasa tu la hehe..

juga ikan yg fresh dr laut dan murah2...derang buat ikan bakar camtu je tanpa perasa tambahan...fuhhh terus rasa lapar..

apapon jgn lupa untuk merasa Burger Ikan fresh di Eminönü, hanya 5 lira je tau.. memang menjadi tumpuan ramai sebab cepat disediakan dan murah harganya..kedai2nya sangat unik, mereka siang ikan, bakar ikan dan sediakan burger kita di atas kapal yg bergoyang...


kalau berani, padankan dengan air jeruk ini...fuhh kompom terangkat :D

dan jangan lupa jugak untuk merasa Lokum, sejenis manisan Turki. Dicipta oleh Bekir Effendi pada tahun 1776, merupakan gabungan jeli dengan perasa spt rose, oren, lemon dan lain2. sesetengah lokum juga diisi dengan potongan kurma, hazelnut dan sebagainya. dan kebiasaan lokum ini dibalut dengan serbuk gula, coklat dan lain2 untuk mengelakkan ia melekat antara satu sama lain. rasanya? sedap dan kenyal, sedikit manis (masih boleh diterima pada kami)...hehehehe....

saya tak sure bentuk asal Lokum sebelum dipotong, tapi seperti bungkah2 pada pandangan saya..

selepas dipotong, cantik kan? hehehe

boleh jugak kalau nak merasa roti bakar bercheese ini. sangat melazatkan time sejuk2 dan lapar2 (dan time sesat jugak)...hehehe...

dan akhirnya, hati2 dengan kedai2 yg menawarkan variati lauk camni..menarik kan? harga pon tersangatlah menarik sbb selalunya M.A.H.A.L
 
  
*gambar di atas ni, en husben terpedaya dengan pujukan manis orang kedai ni. 'boleh campur' dia kata. kami semangat campur2 lauk las2 70 lira..nasib baik tak sampai gadai jam tangan hihihi