Wednesday, December 24, 2014

Bila Tiba-tiba Zayd Tak Bagi Respon...

Assalamualaikum...

Pengalaman Zayd disahkan ada jangkitan kuman Pneumonia di paru-parunya antara pengalaman mengerikan saya di hujung 2014..

Bayangkan perasaan saya bila dia tiba2 seperti tak sedarkan diri, tak bagi respon walaupon ditegakkan badannya, kepalanya terkulai?
walau ditampar2 perlahan pipinya, dia tak bukak mata?

ya Allah, luluh hati saya..

sepanjang perjalanan ke Hospital, satu je doa saya...
Susahnya saya nak dapatkan dia ya Allah, bermacam2 cerita duka saya tempuhi, baru hampir setahun dia bersama kami, jgnlah hendaknya ya Allah tarik balik pinjaman Mu... bagilah peluang kami ya Allah...

Kisah ni terjadi beberapa hari sebelum Geburtstag (Birthday) Zayd ke setahun.
Elok kami tengah jenjalan di ECM, dia tiba2 muntah yang sangat banyak. Dua kali muntah, kami decide untuk balik dan singgah ke klinik, memandangkan dia baru beberapa hari baik dari demam.
Masa tu dia OK je, tak merengek or apa2 tanda yang pelik..
Elok masuk ke kereta, saya baringkan dia, mata dia tiba2 kuyu dan tertutup (seolah2 dia tido)..
Saya mula tak sedap hati, panggil2 nama dia, dia buka mata sedikit tapi tertutup balik, seolah2 dia penat sangat..
Dan lepas tu memang dia tak respon langsung dah apa saya buat, saya panggil dia tak respon, saya tegakkan badan dia, mmg kepala dia terkulai.
Walau nampak dia bernafas macam biasa, suhu badan normal, tapi kami terus ke DMMC (Darul Makmur Medical Center) memandangkan HTAA mesti lambat kan... huhu

Di Bhgn Kecemasan, Zayd dah mula terjaga. Alhamdulillah leganya hati saya...
Tapi keadaannya tak menentu, perlahan2 dia tertido semula, sehingga time doktor amik darah dia pon, dia tak berapa bertindak balas..

Seterusnya, apalagi... menetap lah kami di Wad anak beranak hehehe...
Hasil X Ray dan ujian darahnya menunjukkan paru2 nya dijangkiti kuman pneumonia..

Pneumonia ni sebenarnya bahaya sangat tau, ada kajian dari UNICEF mengatakan 3 juta kanak2 di seluruh dunia meninggal disebabkan kuman ni tau...
Bayi di bawah usia 2 tahun yang senang mendapat jangkitan ni.
Antara tanda2 nya ialah:
- Demam
- Batuk
- Tidak mempunyai selera makan
- Tidak aktif (simptom Zayd)
- Merengek dan mudah marah
- Bernafas dengan laju
- Tidur berdengkur dan susah bernafas
Sumber dari Blog Dr Zubaidi


Hari pertama di wad, mmg lemah abis dia. asik muntah je alahaiii siannyaaaa my little boy uwaaaa...
Nasib baik dia tak demam, so simptom dia hanyalah muntah2 tu je..

Time dah sihat mulalah merata dia jalan. habis jarum kat tangan ditarik2.. huhu

Katil Zayd tapi Lea selalu amik alih. Misi datang nak isi ubat, konpius yang mana satu yang sakit sebenarnya hihihi..

3 malam kat wad, makanan mmg bes2, derang bagi bubur nasik dan lauk2.. bubur zayd ngan kakak2 nya tibai, lauk mak bapak zayd tibai ekekkeke :P

Ni lah DMMC, alhamdulillah layanan nurse2 nya sangat memuaskan hati. cuma Doktor dia je yang susah nak bagi kita kuar wad... huhuhu

Kami entitle bilik single, walau sebelum tu masuk bilik double sbb tak cek bebetul ngan insurans..
Ada katil, Sofa bed, TV, bilik air, aircond, almari. mmmm not bad :)

Time kasih sumer warga DMMC atas layanan baik anda semua.
dan Terima kasih ya Allah kerana sembuhkan Zayd... huhuhuhu masih ngeri bila kenangkan kisah ni, semoga tak berulang lagi Aminnnn

Tuesday, December 23, 2014

Rindu....

Assalamualaikum...

Lama betul tak menulis di sini...

Rindu...
Rindu pada ketenangan kehidupan kami 4 tahun yang lepas..
Rindu pada musim2 yang silih berganti itu...

Rindu untuk kembali menyarung jacke tebal dan sarung tangan itu...
Rindu dengan perasaan eksaited menunggu titik2 putih itu turun dari langit..
Rindu untuk berjalan di bawah pepohon yang menguning...
Rindu dengan kegembiraan menghabiskan masa di bawah bunga2 yang berkembang...
Rindu untuk membuka jendela dan lihat pemandangan ini...



Terasa cepatnya masa berlalu sejak kami kembali ke sini...
Sedangkan terasa baru semalam kami mendukung Lea melambai tangan mengucap selamat tinggal kepada kaum keluarga..
Sambil memikirkan betapa lamanya 4 thn masa yang akan dihabiskan di rantau orang...
Sehingga tak sedar rupanya Lea dah lama pandai berjalan, bercakap dan berlari, dan insan yang didukung kembali ke tanah air rupanya Zayd...
Hmmmmmmm

Rindu....
Apalah agaknya khabar Supermarket Penny yang menjadi tempat harian kami berbelanja..
Sihat tak agaknya Pak cik Aiskerim di hadapan rumah kami, tempat kami melepak makan Eis sambil memerhati orang lalu lalang...
Tercari-cari tak Pak cik Turki jual ikan basah di Pasar Hochfeld yang setiap awal bulan kami kunjungi itu?
Atau paling tidak, tak terasa kah penjual2 di Trödelmarkt dengan ketiadaan kami sefamili?

Kehidupan di sini bukan lah seteruk mana..
Cuma sibuk, sibuk dan sibuk hampir setiap masa menyebabkan saya rindukan kehidupan 4 thn saya yang lama..
Tambahan kini Internet pon ada limitnya..
Nak streaming online tgk Oppa-oppa pujaan hati mmg harapan tinggal harapan sahajalah nampaknya..
Harapkan Oppa-oppa muncul secara percuma di TV aje lah jawapnya, itupon selalunya sekadar di tebing2 mata...
Terlalu banyak tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan..
 Ohhhhh sungguh stress jadinya....

Cukuplah, kembalilah diriku di alam nyata..
Tutuplah laptop ini, esok bersusun kerja menanti...
Selamat Malam Deutschland, percayalah Kau tetap dalam hatiku... selamanya... :D






Monday, November 17, 2014

Tiket ke Syurga?


Assalamualaikum

Harini saya membaca satu komen berjela Islamik habis siap hadis bagai dari seorang lelaki mengatakan kerja2 rumah ni benda senang yang merupakan tiket untuk ke syurga bagi kaum isteri...

Siap ckp nasiblah kalau dapat suami yg tanak menolong kerja rumah, siapa suruh perempuan tu terima pinangan lelaki tu dulu..

Wah wah wah

Mmg fb ni ramai keyboard warrior betul lah ye
Tulis main sedap aje, dan rasanya apa yg ditulis itu kalau betul dia praktikkan, hummmmmmm kirim salam simpatilah kepada wife dia huhu


Masak, basuh, iron baju dll kerja rumah, kalau isteri buat, bukan tiket wajib untuk seorang isteri masuk ke syurga..
Kerja yang ramai suami anggap mudah tu hanyalah budaya dan pemikiran ramai orang Melayu
Pemikiran kaum2 lelaki atau suami yang nak melepaskan diri dari sama2 buat kerja rumah
Rata2 org kita, kalau perempuan nak kawin je, kenalah belajar masak dll
Dan rata2 orang lelaki seronok je nak kawin sbb nanti ada org masakkan untuk dia
Kadang2 siap demand tanak makan kedai lagi, padahal isterinya tu kerja kuar pagi balik petang
Sampaikan ada pepatah Melayu, nak pikat suami dgn jagalah perutnya (masak sedap2)
Atau lagi hebat, nampak je lelaki gemuk lepas kawin, tandanya isterinya pandai jaga suami..
Hahahaha
Errr bukan gemuk tu petanda ke arah tak sihat ke?
Hihihi :P

Kenapa jadi gitu ye?

Kadang2 sikap kita perempuan jugak
Sayang sangat kat suami, turutkan lah sehabis mungkin
Bukan tak boleh, tapi kita sendiri kenalah ada hadnya
Bincang dari awal, kalau dia balik dr kerja boleh relax dpn tivi, kenapa kita sibuk2 balik kerja terus sinsing lengan baju memasak?

Dulu saya pon begitu, walau dr dulu en husben saya mmg sama2 buat kerja rumah, tapi saya mmg ada pemikiran yg 'nak kwna masak, nak kena iron baju bl bla bla'
tapi sejak ada kedai ni saya mmg surender angkat bendera putih betul
Satu hari saya mmg habis di kedai, ada anak kecik yg tengah lasak, so masak mmg konsep 'kalau sempat saya masak'..
Gosok baju? Siapa ada masa dia buat. Kadang2 saya, kadang2 dia
Tak ada jadual khusus siapa person in charge hihi :P
Dan saya sangat bernasib baik en husben saya jenis yg sangat memahami
Tak larat nak masak? Takpe kita beli.. (Errr walau dlm hati saya, abang tanak masak ke? Hihihi )

Jadi buat kaum suami - ubahlah pemikiran yg isteri kena buat segalanya untuk anda
Jgn gunakan alasan2 Islamik untuk suruh isteri anda buat itu ini..

Kaum isteri - nak buat tak salah, namun jgn sampai suami anda pikir itu semua kerja anda sbb anda yg akan teruk nanti tau

Buat semua ibu bapa - didiklah anak tak kira lelaki mahupon perempuan untuk buat kerja rumah, jgn anak lelaki tak apa tak basuh pinggan tapi anak perempuan siap kena tolong masak
sbb kalau tak, in future, samada anak lelaki anda akan buat isteri dia gitu, atau anak perempuan anda kena buli dek suami dia
Haaaaaaaaa mana satu anda nak?

Tuesday, October 14, 2014

Nak Makan BBQ Tapi Tak Rajin?

Assalamualaikum...

Izzati Frozen Food, satu permulaan baru untuk kami sefamili..
Khas untuk yang tercari-cari produk makanan beku yang halal dan semestinya sedap (ehem ehem) :P

Main fokus kami, Ayam dan Lamb BBQ siap perap

Lamb BBQ Izzati's Special
Nak tau apa specialnya? Kena la cuba hihihi :P


Lamb Chop Blackpepper Marinate


Ayam Bakar Resepi Istimewa (Half)


Ayam Bakar Berempah (2 whole leg dalam satu pek)



Kepak Ayam Madu


Ikan Bakar/Kukus Portugis



Sos marinate ni saya buat sendiri, berkat dari aktiviti favourite kami masa kat Germany dulu, BBQ laaaa apa lagi hihi..



Selain tu, kami ada import Sate Ayam dan Daging Pak Cu..
Sate ni kalau di kampung saya, mmg gelemer tau..
Honestly pada saya, ni sate tersedap penah saya rasa, tak payah kuah pon dah sedap hehe..



So skarang warga Kuantan dah tayah susah2 belek2 kat kedai bahan untuk perapan..
Tayah pening2 kepala nak carik sos ini itu, daun ini itu..
Kami perap, anda bakar.. Hehehhe

Oh ya, bagi yang nak buat aktiviti BBQ dengan famili, atau just nak simpan stok dalam peti ais, boleh order jugak ikut kuantiti yang anda nak..
Harga kompomlah lagi murah  sebab kami tak perlu includekan kos packaging kan hihihi..




mmmmm nak tau camne boleh datang idea nak buat bisnes frozen ni?

sebabnya simple je, kami nak tolong kawan2 untuk mudahkan urusan seharian..
Saya pernah bekerja makan gaji, saya mmg faham sangat dengan rutin ibu bekerjaya..
nasib baik en husben saya tak tuntut nak makan masakan saya hari2 dolu .. hehe
so dengan adanya bisnes frozen ni, kami harap dapat bantu kawan2 semua yang sibuk bekerja, tapi still nak sediakan masakan best untuk famili..
Jadi kawan2 lagi2 kaum ibu dan isteri tu, dapat jimatkan masa memasak, just sediakan nasik atau ada jugak yang goreng kentang untuk tambah2..
jadi masa selebihnya yang sangat limited tu boleh la digunakan untuk benda2 lain, cek kerja sekolah anak ke, tengok TV sama2 ke.. kaaann??
dan kami pon Muslim, so memang tak perlu bimbang la kan Halal ke tak, bersih ke tak..
InsyaAllah produk kami Halal, bersih dan sedap... hihihi

Then nak tau tak satu benda?


Hajat di hati resign keje untuk fokus pada famili, tak sangka ini plak jadinya hehe...
Tapi saya seronok dengan dunia baru ni, walaupun lebih penat dari bekerja makan gaji, namun rasa puas dapat sama2 ngan  anak2 dalam ruang kedai kecik ni hihi..
kat sinilah kami makan, main, tgk TV dan kadang2 gaduh jugak hahaha :P


Bagi warna Kuantan, jemputlah singgah di kedai kami..



Kami bukak Isnin - Jumaat, 2.30 petang - 8.30 mlm
Sabtu dari 10.00 pagi - 6.00 petang (tapi biasanya kami stay sampai malam)
Boleh like FB kami untuk lebih update, Izzati Frozen Food

Bagi yang dah cuba, komen anda kami sangat alu2kan.. bukan semata2 komen positif tapi kalau rasa terkurang garam ke, bagitau je..
Kami pon masih dlm tempoh adjust2 kan... so komen2 anda mmg sangat2 kami hargai..
dan kalau ada yang datang kedai, kalau sudi snap la gamba ngan kami.. hahahaha jgn maraaahhh

contohnya akak ni, dia malu so kasik tangan jeks..



ni plak kawan lama kenal di Germany, Kak Umi Pekan.. time kasih borong.. banyak dia beli sebab en husben dia nak outstation so dia dah beli siap2 stok makanan dia dan anak2 hihihi...



jadi...
jangan tunggu lagi ye, sudi2 kan datang jenguk kami...
insyaAllah kami dapat mudahkan proses masak memasak anda lepas ni..
anda heppi, suami heppi, anak-anak pon heppi... :D

Saturday, October 4, 2014

Kambing yang Kompom Tak Kena Korban...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha semua...

Taun2 lepas di dochland kami tak sambut pon..
Alhamdulillah taun ni kami raya pertama di Sngor, Umah Mak mertua saya..
Dia buat korban lembu...
Tapi gambar ni bukan yang nak kena korban tau..
Ni kambing kat dochland hihihi... :P



Thursday, September 4, 2014

Kenangan Autumn Deutschland...

assalamualaikum...

September, mesti daun daun di dochland dah mula menguning dan gugur sikit sikit...
Suhu dah makin turun...
Mesti derang derang dah start balik pakai jaket...

nak tahu tak, time ni lah jaket kena banyak..
baju t shirt dah tak penting, lawa ke tak.. sbb dah tersorok dlm jaket.. huhuhu...
so kalau saya urlaub (melancong), saya akan pastikan bawak 2 helai jaket...
sbb mesti snap banyak gambar kan.. so tamo la nampak macam tak tukar baju jeks... hihihi :P

rindu... rindu.... rinduuuuuuu

  

 

Tuesday, September 2, 2014

Brekpes Ala Happy Together...

assalamualaikum...

sengal sungguh nak meng update blog sekarang... huhuhu


siapa layan korean talk show Happy Together?
kalau iye, korang mesti perasan ada satu segmen Late Night Cafetaria kan?
dulu masa di Dochland, disebabkan internet pree dan unlimited plus laju zomm zoooomm saya suka layan citer ni tau..
boleh jugak tgk menu2 dia, manalah tau sesuai untuk dijadikan santapan kami hehehhe...
lagi2 sebab derang mmg sajikan menu yang ringkas dan cepat disediakan..

so kali ni saya nak berkongsi menu dia yang dikongsi oleh salah sorang Atlet Korea (dah lupa siapa)..
mmg simple abis tapi yummy yummyyy...
sampai sekarang anak-anak saya suka, cuma kadang2 derang skip bab cheese..

SARAPAN MUDAH ALA HAPPY TOGETHER
- di ambil dari Korean Talk Show, Happy Together ( Late Night Cafetaria)

Bahan-bahan

1) Roti

2) Jem apa apa perisa
3) Cheese (boleh skip)
4) Susu segar

Cara-cara

1) Sapu jem kat atas roti, letak dlm pinggan


2) Letak cheese


3) Tuang susu

 

4) Potong kecil-kecil (dalam masa potong tu, susu dah serap ke dalam roti)


5) Ngap... hehhehe.. senang giler kan?


Silalah cuba ye kengkawan... sedaaaaaapppp heheheh...

Monday, August 25, 2014

Family Paling Poyo Kat KLIA hehehe...

Assalamualaikum...

Kejadian 2 bulan lepas... Hihihi

Alhamdulillah kami dah selamat pulang for good ke Msia..
Semuanya dipermudahkan oleh Nya...
Walaupun owner umah sewa kami di Duisburg banyak cekadak sikit (standard orang jerman) tapi alhamdulillah semuanya ok..

Alhamdulillah Zayd jadi baby baik sepanjang perjalanan (6 jam flight +4 jam transit + 7 jam flight). Jaoooo kan? Huhuhu...


Kami tak ambik flight direct, sebaliknya transit di Dubai dulu.. Bolehla luruskan kaki tangan di surau dulu hehehe...
Masa kat surau, jumpa org Msia nak balik dr umrah, rasa pelik dgr suara di sekeliling kita ckp bahasa yang kita paham.. Selalunya tak ambik pot apa org ckp sbb tak berapa paham kan.. Hehehe..

Mercu tanda Dubai..



Berdebar, sedih, gembira semua ada masa flight last ni..
Masa tu belum kejadian MH17 tau.. So bila MH17 terhempas ni, terasa dekat sangat ngan saya, sbb dlm tu kan ada satu famili yg nak balik for good dan sorang yg dah nak abis phd tu, rasa sediiihh sangat lagi2 bila emak saya ckp "tak tahulah perasaan mak camana kalau jadi kat mak huhuhu"

Keluar je dr pintu tu, jeng jeng jeng muka2 yang dirindui semua ada.. Mak, mak mertua, kakak abang, kakak ipar, biras, anak sedara semua dah standby menunggu...

Siap dengan banner, tu yang paling tak tahan n terharu.. Poyo pon poyolah hihihi...
(nasib baik amik gamba yang muka ai comel hihihi)


Zayd paling gelemer, maklumlah tak penah jumpa, then tombam semacam plak tu..hehehe..

Sesi bergambar selepas berapa tahun tak jumpa..


Jugak sesi makan Nasik Arab.. time kasih pada yang sudi belanjeeeee hehehe


Alhamdulillah akhirnya semuanya dah selesai dan selamat.
Perjalanan dan kehidupan Dochland selama 4 tahun macam sekejap sangat rupanya..
Bila kembali dikelilingi famili dan kehidupan lama di Msia, kadang2 rasa macam mimpi je tu semua tau..
Terasa sedih jugak, terasa rindu dengan kesejukan, kebersihan, masyarakat Germany (walau sampai ke sudah masih tak fasih Deutsch hahaha), bahasanya, team bolanya, makanan Turki yang jadi alternatif saat malas memasak, aktiviti harian kami, route amik anak sekolah, playground yang terjaga, ukhwah sesama Msian di sana, empat musim - bunga yang berkembang, daun yang menghijau, jalan yang dipenuhi daun kering dan tak dilupa salji yang kadang2 je ada hahahha :P..

Selamat menempuh hidup baru semula di Msia buat kami sefamili.. Apapon Dochland tetap selamanya dlm ingatan..:)

Wednesday, August 13, 2014

Tschuss Oststraße...


Assalamualaikum...

Mengabadikan kenangan kenangan terakhir di bumi Dochland...

Kenangan shipping barang...
Time kasih banyak2 pada pahlawan2 melayu kengkawan phd, adik2 undergrad ukm dan MARA yang sudi mengorbankan sedikit lemak mereka untuk angkat barang kami hihi...

  
 

Hari terakhir di bumi dochland..
Gambar terakhir di hadapan rumah...
Oh umahku, betapa aku rindukanmu... Sob sob sob


Inilah ruang tamu kami dulu... Sebelum dipenuhi kotak2 hehehe


Opis saya.. Kabinet dapur yang paling murah di pasaran, maklumlah beli masa awal2 sampai dochland, tengah tadok duit heheheh, tp alhamdulillah bertahan 4 thn.. Jgn nakal2 dengan tuan baru wokey...


Di airport, alhamdulillah hingga saat terakhir di sini, kami dikelilingi oleh kengkawan rapat yang sudi menceriakan hidup kami di perantauan...


Time kasih kengkawan..
Time kasih atas semua kenangan bersama...
Time kasih kerana sudi menjadikan kami sebahagian dari hidup kalian walau hanya sementara...
Di sinilah saya belajar erti hidup, erti berdikari, erti sahabat, erti perlu memerlukan...
Jugak belajar ilmu masak2 hihihi...
Dan ilmu drama korea jugak wakakakak....
Rindu saya pada dochland hanya Allah yang tahu bagaimana..
Walau mungkin takkan terjejak lagi ke sana, namun segala kenangan pahit manis akan tersimpan kemas dlm hati saya..

Auf Wiersehen Deutschland...