Monday, April 28, 2014

Beg Bagasi SAMSONITE yang Lebih Murah Dari Harga Pasaran..

assalamualaikum....

harituh ada sorang kawan bertanya, beg bagasi SAMSONITE berapa harga di Germany ni..
ada pernah nampak jual kat pasaraya tapi tak pernah belek berapa harga hihih..

so lepas belek (padahal tengok online je :P) dan convert, waaaahhh jauh lebih murah dari harga pasaran kat Msia tau!
sebab utamanya beg bagasi Samsonite ni sekarang tengah mid year SALE..
so bagi yang bekenan, jangan tunggu2 tau sebab saya sendiri pon tak tahu Sale ni sampai bila..
Kang geget jari kang hihihihi :P

so meh cuci mata ek, warna menarik2 memang tergoda hihihi...

yang ni beg bagasi Samsonite pesen kulit keras

1) SAMSONITE Aeris Trolley Spinner Putih (4 roda)
Saiz 53cm x 31cm x 75cm (29.5 inci) - RM860
Deposit RM400


2) SAMSONITE F Lite Hard Case (2 roda)
Saiz 45cm x 28cm x 64cm (25 inci) - RM750
Saiz 51cm x 30cm x 71cm (28 inci) - RM850
Saiz 57cm x 33cm x 79cm (31 inci) - RM890
Deposit RM350


 
 

3) SAMSONITE F Lite Young Trolley Spinner (4 roda)
Saiz 45cm x 28cm x 67cm (26 inci) - RM840
Deposit RM400

 
 

4) SAMSONITE Sky Wheeler Ltd. Edition Hitam (4 roda)
Saiz 55cm x 32cm x 76cm (30 inci) - RM999
Deposit RM450

 

Ni pulak bagi yang tamo beg keras2, walau tak keras cover dia, still power tau. Iyelah setanding dengan harganya kan.. hehehe

1) SAMSONITE Spinner Arenal (4 roda)
Saiz 55 x 39 x 20 cm (22 inci) - RM695
Saiz 67 x 43 x 28 cm (26 inci) - RM760
Deposit RM300


2) SAMSONITE Base Hits Spinner (4 roda)
Saiz 41cm x 26cm x 66cm (26 inci) - RM750
Saiz 45cm x 32cm x 77cm (30 inci) - RM850
Deposit RM350
 


3) SAMSONITE Daytrip Spinner (4 roda)
Saiz 44cm x 29cm x 66cm (26 inci) - RM840
Deposit RM350
 


Untuk tengok gambar beg beg ni posing macam2 angle lagi, boleh like page kami kat JOM SHOPPING MALAYSIA, or email kami kat sitiezahim@gmail.com atau Whatsapp je kat no ni +4915171726965

oh ya, kalau anda nak request brand lain yang lebih murah or saiz lebih kecil pon boleh mesej kami ye :D

Sunday, April 20, 2014

Mural atau Vandalism?

Assalamualaikum..

Sabtu lepas, dlm perjalanan ke bandar Dortmund, mata tertangkap dengan lukisan2 cantik di dinding highway ni..
Tak tahu la mmg sengaja dilukis atau vandalism.. Huhu
Tapi yang pasti mmg cantik heeeeee....





Oh ya Germany pon tak terlepas dgn masalah conteng2 ni tapi biasanya derang suka lukis2 gini..
Tak adalah rosakkan playground macam yang biasa terjadi kat msia tu huhu...

Dan yang ni kompom mural kat dinding bangunan..
Cantik kan? He he he



Thursday, April 17, 2014

Sapa Minat Sup Kari Tulang?


assalamualaikum...



TEFAL Pressure Cooker 6 liter..
sesuai sangat untuk sesapa yang suka rebus tulang untuk buat sup atau kari..
memang jimat masa memasak, kejap je tak sampai 1 jam dah lembut tau..
periuk ni jugak boleh guna untuk terus memasak dalamnya, sebab tinggi so memang sesuai la untuk jenis berkuah..

oh ya, dapat sekali benda ni, untuk stim masakan :)


kami kat sini, senang nak dapat stok tulang kambing or tulang lembu..
bahagian rusuk, bahagian leher, bahagian peha..
tunjuk dan bayar saje.. hihihihi
saya biasalah, orang Johor Jawa suka buat sup la kan.. hihihih
memang senang keje saya kat dapur.. :P

dulu saya rasa tak ada beza pon kalau guna periuk biasa, tapi sebenarnya ada beza tau hehe..
selain jimat masa memasak, jimat gas (atau elektrik), kalau guna pressure cooker ni, jimat air jugak..
air yang kita guna untuk merebus dalam pressure cooker ni lebih sikit amaunnya dr guna periuk biasa..
then rasa dan aroma akan lebih blend dengan daging tu, sebab penutup dia kedap kan..
kalau kita masukkan herba, perasa apa2 memang kiranya menyerap abis ke dalam masakan kita..


harga full RM400..
untuk yang berminat, boleh bayar deposit RM200 je dulu..
selebihnya boleh ansuran hingga barang sampai, insyaAllah Ogos sama2 ngan barang saya dari Germany ni..
boleh delivery kat Kuantan or Kajang..
area lain2 boleh postage (tapi bayar asing ye hehe)
stok ni sentiasa berubah2 harga, so kalau berminat mmg kena cepat ye kengkawan.. :)

ni order dari customer, dah masuk kotak tunggu shipping jek hihihi... 


so, boleh carik kami di fb page Jom Shopping Malaysia, email kami kat sitiezahim@gmail.com atau Whatsapp je kat no ni +4915171726965

Wednesday, April 16, 2014

Sakura Germany Super Duper Lawa di Bonn...

assalamualaikum....

dah ujung2 dok germany ni baru tau ada tempat super duper lawa kalau nak tengok Sakura.. hahaha
nasib kami baik, ada kawan duduk Bonn yang selalu lalu di jalan ni, so dia lah informer tak resmi kami hahaha.. :P
time kasih Abang Mael & Zura :D

actually, saya tau dari taun lepas, tapi masa tu musim sakura dah abis..
untuk info, sakura ni tak lama kembangnya tau..
dalam masa beberapa hari pon dah nampak bezanya.. huhuhu
Europe ni Musim Bunganya dalam April - Mei, sakura ni biasanya kembang awal dari Tulips..
tapi kadang2 susah jugak nak agak bila full bloom nya sebab cuaca sekarang tak menentu huhu..

cuma satu je yang kurang syioknya, laluan ni kenderaan boleh lalu, so kalau nak gambar kat tengah2 jalan kena hati2 la.. huhu

dari jalan besar, macam masuk dalam satu dunia lain yang penuh indah.. :)


amacam cantik tak? Subhanallah.. saya kalau tengok tempat lawa camni, selalu pikir, macam manalah agaknya cantik Syurga tu kan?







Sakura yang dah berguguran, kami pegi time full bloom so tak banyak la kelopak2 dia kat jalan :)


Ada aktiviti melukis untuk kanak2 masa ni.. cantik2 hasil yang derang lukis :)

 

Us.. alhamdulillah dah berlima :D
 


Sunday, April 13, 2014

Muffin Yogurt Pisang yang Sedap..

assalamualaikum...

asal nama resepi ni, Muffin Pisang Chocolate Rice tapi saya nak highlightkan Yogurt di situ..
sebab muffin yang gunakan yogurt memang rasa dan teksur nya lain dari yang tak guna yogurt..
so sapa yang ada yogurt lebih kat umah, boleh la terai..
memang bes..

time kasih pada pencipta resepi ni, Mak Lang (sori tak ada link khusus), dah terbang ke blog Mamafami, then Kak Hana jiran selang umahku, dan saya copy dari Kak Yati Sinar Kehidupanku..
Izinkan saya tepek2 di sini plak ek :)


MUFFIN YOGURT PISANG CHOCOLATE RICE
- by  Mak Lang, C&P ke blog Mamafami, Kak Hana dan Kak Yati Sinar Kehidupanku


Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur  *saya guna 2 biji
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 3/4 cawan chip coklat - Yatie ganti dngn 1/2 cawan choc rice
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  4. menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
 



Wednesday, April 9, 2014

Kuali oh Kuali..

assalamualaikum..

Sejak duduk di Germany ni, kuali saya memang macam2 jenis dan saiz..
Nak tahu, disebabkan dulu di Msia saya tak guna kuali non stick, so masa mula2 datang sini, abis saya 'garas' (basuh) kuali non stick saya dengan berus periuk..
so abislah lapisan non stick tu kan.. hahaha punyalah cerdik :P
jangan tak tahu, saya mmg buta mata hati bab dapur ni dulu.. huhuhu
mana tak nya, masak seminggu sekali.. hihihi

pelan pelan, di sini saya kumpul kuali macam2 jenis dan saiz..
jadi saya nak panjangkan di sini, share dengan semua kot2 ada yang berminat nak pakai kuali Germany..

Kuali Wok
Biasanya saya gunakan kuali jenis ni untuk buat nasik goreng, mihun goreng dan goreng sayur bayam (sbb bayam macam banyak tp bila dah masak, nampak sikit je hihihi)
Ada kaler merah, hijau atau ungu, yang ungu ni ada penutup ye..
Kuali ni non stick seramik, tahan calar & sesuai untuk semua jenis hob
Saiz 30 cm, harganya RM190





Kuali Grill Tefal
Kuali grill ni saya pakai start masa pantang bersalin haritu, untuk grill ikan bawal.
Memang puas hati, guna minyak stakat nak basahkan permukaan je. Then nak basuh pon senang :)
Yang ni sesuai untuk semua jenis hob kecuali Induction
Non stick, tahan calar dan ada Thermo-Spot (indicator merah kat permukaan kuali yang bangitau kita, OK kuali dah panas leh start masak.. hihihi
Saiz 26 cm dan harganya cuma RM160

 

Kuali Seramik
Kuali kat Germany ni dasar dia semuanya leper, tak macam kuali kat Msia. Sebabnya? kat sini biasanya dapur rata, so kalau dasarnya bulat, tergolek la jawapnya hihihi...
Biasanya saya guna kuali ni untuk goreng2 dan kegunaan biasa..
Mmg macam2 saiz dari saiz penkek sampailah ke 28cm.. hihihi


Kuali Seramik Set 2 pcs
Saiz 20 cm + 24 cm, harga RM250 (boleh bayar deposit je dulu)

Kuali ni non stick seramik, tahan calar & sesuai untuk semua jenis hob jugak

 


Kuali Seramik 28 cm, harga RM190
Warna Ungu, Merah-Putih atau Merah-Hitam 

Kuali ni non stick seramik, tahan calar & sesuai untuk semua jenis hob jugak




Kuali Seramik 28 cm, harga RM180
Warna Hitam-Putih 
Kuali ni non stick seramik, tahan calar & sesuai untuk semua jenis hob jugak


Kuali Seramik 28 cm, harga RM160

Kuali ni non stick seramik, & sesuai untuk hob gas, electrik dan seramik

 

Bagi yang berminat, boleh carik kami di fb page Jom Shopping Malaysia, email kami kat sitiezahim@gmail.com atau Whatsapp je kat no ni +4915171726965


Wednesday, April 2, 2014

Munga Munga Munga...

assalamualaikum..

Dah masuk Spring atau Frühling kata orang Jerman..
Musim munga yang munga ada di mana-mana..
Sampaikan munga kecik melata seketul tepi jalan pon saya belek.. hihihi