Tuesday, October 14, 2014

Nak Makan BBQ Tapi Tak Rajin?

Assalamualaikum...

Izzati Frozen Food, satu permulaan baru untuk kami sefamili..
Khas untuk yang tercari-cari produk makanan beku yang halal dan semestinya sedap (ehem ehem) :P

Main fokus kami, Ayam dan Lamb BBQ siap perap

Lamb BBQ Izzati's Special
Nak tau apa specialnya? Kena la cuba hihihi :P


Lamb Chop Blackpepper Marinate


Ayam Bakar Resepi Istimewa (Half)


Ayam Bakar Berempah (2 whole leg dalam satu pek)



Kepak Ayam Madu


Ikan Bakar/Kukus Portugis



Sos marinate ni saya buat sendiri, berkat dari aktiviti favourite kami masa kat Germany dulu, BBQ laaaa apa lagi hihi..



Selain tu, kami ada import Sate Ayam dan Daging Pak Cu..
Sate ni kalau di kampung saya, mmg gelemer tau..
Honestly pada saya, ni sate tersedap penah saya rasa, tak payah kuah pon dah sedap hehe..



So skarang warga Kuantan dah tayah susah2 belek2 kat kedai bahan untuk perapan..
Tayah pening2 kepala nak carik sos ini itu, daun ini itu..
Kami perap, anda bakar.. Hehehhe

Oh ya, bagi yang nak buat aktiviti BBQ dengan famili, atau just nak simpan stok dalam peti ais, boleh order jugak ikut kuantiti yang anda nak..
Harga kompomlah lagi murah  sebab kami tak perlu includekan kos packaging kan hihihi..




mmmmm nak tau camne boleh datang idea nak buat bisnes frozen ni?

sebabnya simple je, kami nak tolong kawan2 untuk mudahkan urusan seharian..
Saya pernah bekerja makan gaji, saya mmg faham sangat dengan rutin ibu bekerjaya..
nasib baik en husben saya tak tuntut nak makan masakan saya hari2 dolu .. hehe
so dengan adanya bisnes frozen ni, kami harap dapat bantu kawan2 semua yang sibuk bekerja, tapi still nak sediakan masakan best untuk famili..
Jadi kawan2 lagi2 kaum ibu dan isteri tu, dapat jimatkan masa memasak, just sediakan nasik atau ada jugak yang goreng kentang untuk tambah2..
jadi masa selebihnya yang sangat limited tu boleh la digunakan untuk benda2 lain, cek kerja sekolah anak ke, tengok TV sama2 ke.. kaaann??
dan kami pon Muslim, so memang tak perlu bimbang la kan Halal ke tak, bersih ke tak..
InsyaAllah produk kami Halal, bersih dan sedap... hihihi

Then nak tau tak satu benda?


Hajat di hati resign keje untuk fokus pada famili, tak sangka ini plak jadinya hehe...
Tapi saya seronok dengan dunia baru ni, walaupun lebih penat dari bekerja makan gaji, namun rasa puas dapat sama2 ngan  anak2 dalam ruang kedai kecik ni hihi..
kat sinilah kami makan, main, tgk TV dan kadang2 gaduh jugak hahaha :P


Bagi warna Kuantan, jemputlah singgah di kedai kami..



Kami bukak Isnin - Jumaat, 2.30 petang - 8.30 mlm
Sabtu dari 10.00 pagi - 6.00 petang (tapi biasanya kami stay sampai malam)
Boleh like FB kami untuk lebih update, Izzati Frozen Food

Bagi yang dah cuba, komen anda kami sangat alu2kan.. bukan semata2 komen positif tapi kalau rasa terkurang garam ke, bagitau je..
Kami pon masih dlm tempoh adjust2 kan... so komen2 anda mmg sangat2 kami hargai..
dan kalau ada yang datang kedai, kalau sudi snap la gamba ngan kami.. hahahaha jgn maraaahhh

contohnya akak ni, dia malu so kasik tangan jeks..



ni plak kawan lama kenal di Germany, Kak Umi Pekan.. time kasih borong.. banyak dia beli sebab en husben dia nak outstation so dia dah beli siap2 stok makanan dia dan anak2 hihihi...



jadi...
jangan tunggu lagi ye, sudi2 kan datang jenguk kami...
insyaAllah kami dapat mudahkan proses masak memasak anda lepas ni..
anda heppi, suami heppi, anak-anak pon heppi... :D

Saturday, October 4, 2014

Kambing yang Kompom Tak Kena Korban...

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha semua...

Taun2 lepas di dochland kami tak sambut pon..
Alhamdulillah taun ni kami raya pertama di Sngor, Umah Mak mertua saya..
Dia buat korban lembu...
Tapi gambar ni bukan yang nak kena korban tau..
Ni kambing kat dochland hihihi... :P