Friday, October 14, 2011

Ikan Sweet & Sour..

ikan sweet & sour

assalamualaikum...

salam petang Jumaat yg sejuk dari bumi Duisburg..:)

resepi ikan sweet sour dari dapur Kak Hana yg lama menyepi tuh...
semoga sihat2 aje la hendaknye kakak kita yg sorang tuh kan..hehehe
izinkan saya tepek2 resepi kat sini ye kak..trima kasih daun keladi..heeehehehhe...

IKAN SWEET & SOUR

sumber Kak Hana@HanaMemories

Bahan-bahan
Utk Ikan Goreng
• Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuai dgoreng *saya pakai fillet ikan dipotong sederhana
• *garam
• *serbuk kunyit
• *tepung jagung
• *tepung kentucky - optional
Utk Sos
• 1 biji bawang besar - potong dadu
• 2 ulas bawang putih - cincang
• 1 inci halia - cincang
• 2 sudu makan sos tomato
• 2 sudu makan sos cili *saya tukar sos sweet & sour
• 1 sudu makan sos tiram
• sedikit air
• 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
• sedikit air nenas
• lada benggala merah dan hijau - potong dadu
• garam dan gula

Cara-cara

• Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
• Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
• Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
• Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
• Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
• Hiaskan ikut suka dan hidangkan.

Wednesday, October 12, 2011

Pancake Mayo...

pankek mayo
assalamualaikum...

hujan bumi Duisburg...dari las week kami bersejuk sejukan...hehehe...
cuaca arini 11 darjah, angin tidak lagi sepoi2 dan matahari pon sudah bertukar menjadi gadis ayu, bersembunyi di sebalik awan...
tingkap dah mula berwap, dengan resminya keje saya seharian bertambah lagi..huhuhu

ujan ujan meh kita layan pancake..en husben sila lah jangan bocor rahsie ini pancake kurun ke berapa..
sisa2 pancake pon dah lupus di badan, entri baru mau dipublish...hahhaha

apapon time kasih pada Kak Nor Secubit Garam dan Kak Seri atas pancake yg sedap ini..
izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek..hehehe

PANCAKE MAYO

- sumber Kak Nor Secubit Garam, di share oleh Kak Seri Azril

Bahan-bahan :

• 3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
• 1 bj telur (guna saiz A)
• 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
• 1 sudu teh baking powder
• 1 sudu besar gula castor
• 1 cawan susu segar
• secubit garam
• 1 sudu besar jus lemon (kite tak letak)
• 1 1/2 sudu besar mayonis

Cara membuatnya :

• Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
• Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer. Kite guna whisk saje.
• Biarkan selama 10 minit.
• Kemudian bolehlah dioreng dlm frying pan hingga masak.
• Sedia dimakan dengan topping kegemaran masing-masing.

Monday, October 10, 2011

Apam Ladybird yang Comel...

assalamualaikum...

apam yg asal kejadiannya sangat comel, tp bila sampai ke dapur duisburg, kecomelan nye agak berkurang sedikit gara2 ketidak amaturan secara kekal oleh saya...hik hik hik...

mata dan bintik2 badan ladybird a.k.a Marienkäfer yg tidak sama diameternya..
nasib baik masih denga cakap, beratur elok2..hehehe

apam ladybird comel

ampun dan mahap pada asal pencipta resepi yg kretip ini...huhuhuhu
apapon izzah sangat suka apam ni memandangkan Marienkäfer ni haiwan kesayangannye...pantang jumpe mesti terbongkok2 membelek di tepi2 jalan dan di taman2 permainan...hahahaha

walaupon step by step nampak rumit, sebenanye takde la rumit mana..kiranye tak serik la nak buat lagi hik hik hik...
cuma kene spent masa yg lama sket sbb nak melukis tuh memang memakan masa pada yg amatur cm saya, kiranya takleh buat time lapar sbb nanti sempat kelaparan dulu dan tangan pon ketar2 nak melukis...ceeewaahh hehehe :P

time kasih pada semua yg terlibat mencipta, mereka mahupon mengshare resepi ini...izinkan saya tepek2 di sini plak ye...:)
ohye kalau nak tengok step by step camne nak lukis, leh usha2 di SINI okeehh...:D

apam ladybird

APAM LADYBIRD COMEL

Adaptasi dari resepi : Lilydvalley
Sumber : Hana Memories, Nuri,& Ida Marlida
Ditulis & edit semula secara detail : MaDiHaA a.k.a Ratna
Idea Kreatif Lukis Ladybird : Fadilah Mazlan
Dishare bersama Kak Nieza Finland

Bahan-bahan Apam

* 3 biji telur - dari peti sejuk (MaDiHaA guna gred A)
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus – (MaDiHaA guna 170 gm)
* 150 gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* 1 sudu kecil esen vanilla (MaDiHaA tambah)

Lain2 bahan
* Filling blueberry / strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna hitam & merah
* Nozel bulat ~ untuk picit dot dot hitam (nozel yg biasa guna utk menulis semasa deco kek) (kalau takde boleh juga.. cuma perlu pastikan gunting muncung piping beg utk warna hitam dengan lubang yg kecil saja supaya dpt membuat dot dot hitam yg halus terutama utk bahagian mata ladybird)
* Acuan lompang atau acuan yg sesuai untuk menampung paperliner.
* Paperliner atau mangkuk kertas saiz yg sesuai dengan acuan yg anda gunakan.
* Piping beg atau plastik bersih yang sesuai.

Cara-cara Menyediakan


1. Masukkan semua bahan2 apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga adunan menjadi putih & gebu.
2. Ambil 1 ½ sudu besar & masukkan dalam piping beg kecil & ikat kemas. Gunting halus muncungnya apabila nak digunakan.
3. Ambil lagi 3 sudu besar adunan & warnakan dengan pewarna hitam & masukkan dalam pipig beg kecil yang dimasukkan nozel bulat terlebih dulu & kemudian ikat kemas piping beg dengan getah. Gunting muncungnya apabila nak digunakan.
4. Adunan selebihnya diwarnakan dengan pewarna merah hingga mendapat warna merah yang disukai. Masukkan adunan yg diwarnakan ke dalam piping beg besar atau plastik bersih yang sesuai & sedia utk digunakan.
5. Seterusnya.. susunkan acuan kertas/paperliner di dalam acuan yg sesuai. Picitkan sedikit adunan merah ke dalam mangkuk kertas tadi hingga separuh ketinggian acuan kertas tadi.
6. Picitkan filling kesukaan anda secukupnya. (tak perlu byk sebab jika terlalu byk ia berat & akan mendap ke bawah!)
7. Picitkan lagi adunan warna merah sehingga ¾ penuh.
8. Gunakan pula piping beg adunan warna hitam & picit 2 garisan seperti dalam gambar. Satu garisan mesti berada ditengah2 diameter apam & satu lagi garisan buat sedikit ke tepi utk dapatkan bentuk kepala ladybird. Penuhkan bahagian kepala ladybird yg kecil sedikit tu dengan adunan warna hitam.
9. Dot dotkan bahagian badan ladybird di kiri & kanannya dengan beberapa dot dot berwarna hitam yang halus (sebab tu MaDiHaA syorkan menggunakan nozel bulat halus utk piping beg warna hitam ni ~ hasil tunjuk ajar dari sifu Ida Marlida.. hehe..).
10. Gunakan piping beg adunan warna putih tadi & dotkan mata ladybird. Dotkan pula warna hitam ditengah2 dot warna putih tadi untuk mendapatkan mata ladybird yang lebih menyerlah.
11. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kecil (jangan terlampau kecil ye). (tempoh mengukus bergantung saiz apam anda) Pastikan juga balut penutup pengukus dengan kain yang sesuai supaya wap tak jatuh ke atas apam.

Nota dari Hana : jangan gunakan api yang besar kerana ini akan membuatkan apam merekah. TQ Hana untuk petua tu yer..
Nota dari MaDiHaA : jangan gunakan api yang terlalu kecil kerana akan membuatkan apam terbantut & tak mau naik.

Wednesday, October 5, 2011

German's Houses...

assalamualaikum...

umah Deutscher di kawasan pinggir bandar..
biasanya konsep taderk pagar cm umah2 di Putrajaya..
kalau ada pon, stakat unt cantik aje, sbb memang leh langkah dengan kaki bak kate orang hehehehe...



satu yg menarik tentang umah2 ni, tengok la halaman mereka...bersihhh aje...



cuma umah yg tepi jalan besar dan ada pokok besar ni banyak daun gugur sbb skarang dah masuk Autumn...


bumbung condong untuk kasik schnee (salji) gugur ke tanah bila time Winter...
dan bahagian tepi kecik yg berbumbung itu ialah stor or garaj kete..sangat kiut hehe..

Tuesday, October 4, 2011

Spegeti Goreng Kari..

spegeti goreng kari
assalamualaikum...

resepi yg asalnya dari Kak Nor Secubit Garam - Mee Sanggul..
kemudian dishare oleh Kak Izah Muffin Lover - Mee Kuning..
teeeerrrbang ke duisburg, jadi Spegeti...hik hik hik...
jangan marah kakak-kakak semua ye..izinkan saya tepek2 resepi di sini...:)

sedap..cuma izzah mengadu pedas padahal LANGSUNG..diulangi LANGSUNG tak bubuh cili..
cili mesin ke cili api ke, memang tak nampak batang hidung...huhuhu...
melayan karenah budak tak bape nak kecik tuh memang kengkadang memeningkan...hadoi hadoi dan hadoi....huhuhuhuhu

MEE SANGGUL GORENG KARI
- sumber Kak Nor Secubit Garam, dishare dr umah Kak Izah

Bahan :
3 kpg mee sanggul melayu
udang (atau boleh guna isi ayam)
1 labu bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin *saya tukar serbuk paprika
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi ~ dihiris (lebihkan jika suka pedas) *x bubuh
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis/sawi *x bubuh jugak
1 bj tomato *x bubuh jugak
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi ~ dihiris *xde
limau kasturi/limau nipis *xde

Cara :
1. Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan. (Rebus spegeti mcm biasa dan toskan)
2. Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
3. Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
5. Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
6. Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
7. Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
8. Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
9. Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
10. Kacau dan goreng hingga mee masak.
11. Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
12. Selamat mencuba..

Monday, October 3, 2011

Izzah & Roller blades..

assalamualaikum...

aktiviti hari Ahad kami, memandangkan kedai2 sumer tutup hari tuh so inilah aktiviti kami kalu sangap di umah..huhuhu
roller blades Hot Wheels yg dibeli 2nd hand di Trodelmarkt cuma 10 euro..
skali ngan beg, kasut dan ice skates..
condition sangat tip top memang pueh ati makcik..hehehe
*nasib baik ada Trodelmarkt kalu idak kompom tak mampu makcik..huhuhu


dah 2 minggu berturut2 budak kecik ni main roller blades..
yg lecehnye amek masa berejam nak pasang benda2 protection kt tangan dan lutut dan roller blades tuh..huhuhu


last 2 weeks main di Sportpark Wedau..
tiap kali main mesti ada budak paling kecik, as pelakon xtra nak enterprem..hahha


kakak sibuk blaja, dia sibuk ngan beskal..:P


famili ni meluncur siap bawak stroller baby lagi..hehehe


las week treining sendrik2 di Wedau, tempat kami BBQ las year..
ari tuh ramai giler orang mcm pesta BBQ plak..
sbb cuaca panas so derang memang suka outdoor, sangat beza ngan kita org Msia, time panas la dok kat umah aje..kan kan?? hehehhe...


orang Turki ni lepak2 siap isap sisha lagi..:P


gara2 susah nak jumpe laut, so mandi manda di tepi tasik aje..hik hik hik


berkat tunjuk ajar dari chekgu2 dia di kindergarten dulu, dia dah boleh balance..
tapi jatuh2 jugak..huhuhu


posing acara wajib hehehe...

Sunday, October 2, 2011

Cara Mudah Dapatkan Pahala..

assalamualaikum...

saya kongsi tip2 mudah dapatkan pahala berterusan yg diforward rakan2 dari facebook..:)

1) --> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati . *juga sejadah atau tekung

2) --> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali psakit guna , anda akn dpt pahala .

3) --> Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda dpt pahala .

4) --> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu mnjadi darah dagingnya .

5) --> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

Tambahan dari saya:
6) --> Kalau di tempat kerja / tempat belajar anda ada surau, apa kata seminggu / 2 minggu sekali bawak balik telekung kat situ dan tolong basuhkan..