assalamualaikum..
*ini bukan entri lepas geram, cuma saje nak share sikit pengalaman saya..:P
berpengalaman call mana2 customer service di Msia? camana kualiti jawapan bagi pegawai2 khidmat pelanggan ni? memuaskan? so so? dia konpius ngan soalan kita, kita konpius dengan jawapan dia?
huhuhu :P
sejak sehari dua ni, kami ber problem dengan sim card prabayar
CELCOM kami, no tel Msia la..
pakai kredit jek, so kene top up la kan..
problem:
INACTIVE SIM
- takleh terima sms, call dll. dgn kata lain, mmg macam takde line langsung.
so saya
CALL Celcom customer service, jawapan pegawai tu adalah spt berikut:
Cara 1:
cuba off dan on balik henpon. kalau tak boleh, sila....
Cara 2:
cuba masukkan sim card ke henpon lain. kalau boleh, maksudnya henpon 1st tu tak leh baca simcard. Kalau tak boleh jugak, makna nye simcard tu rosak, so puan kena bawak sim card tu ke kuanter khidmat pelanggan kami yg berhampiran.
saya tanya, adakah sebab dah tamat tempoh perkhidmatan? (sbb lupa bila top up dan bila abis masa kecederaan hehe)
Jawapan dia: TAK, sbb kalau tulis inactive sim tu, masalah dia hanya kerana henpon atau simcard.
ok fine dengan jawapan dia. saya puas ati.
dlm masa yg sama en husben EMAIL ke customer service mereka, dan ini jawapan En Mohd Firdaus Mohd Nor,
Pengurusan Interaksi Pelanggan Celcom
Untuk makluman, akaun prabayar encik 019234****
telah ditamatkan perkhidmatannya pada 26 Mei 2012. Selepas melepasi
tempoh tamat kredit panggilan, encik diberikan tempoh 61 hari bagi
membolehkan cik melakukan perkara dibawah:
1. Menambah nilai bagi membolehkan cik membuat panggilan seterusnya mengaktifkan nombor tersebut
2. Membuat panggilan kecemasan, menerima panggilan dan SMS serta menyemak baki.
Oleh yang demikian, pengaktifan semula akaun encik perlu dilakukan dicawangan Celcom dan RM30 akan dicaj bagi yuran pengaktifan.
Merujuk kepada situasi encik, sila maklum bahawa encik boleh memohon
seorang wakil di Malaysia untuk mengunjungi cawangan kami bagi proses
pengaktifan semula akaun.
Wakil berkenaan perlu mengemukakan dokumen berikut ketika kunjungan dibuat untuk pengesahan pihak kami.
1. Surat kebenaran/pengesahan yang ditandatangani oleh encik
2. Salinan MyKad/passport encik
erk..
kenapa soalan yg sama tapi jawapan
BERBEZA?
dia tulis akaun kami dah tamat 26 Mei tapi kenapa saya masih boleh terima sms pada
4 JUN?
katalah kami ikut jawapan pegawai 2, mintak jasa baik sesiapa di Msia unt pegi kuanter khidmat pelanggan Celcom unt aktifkan balik dan bayar RM30, ada jaminan ke yg sim card kami
TAK ROSAK sepertimana jawapan pegawai 1? money back guaranty tak? huhuhu
sebenanya kalau kami di Msia, rasanya tak kisah sangat. tp memandangkan jauh di perantauan kan, yelah nak call derang kat Msia dah satu hal, dengan masa German-Msia yg tak sama satu hal, nak mintak jasa baik sesapa tu ke kuanter celcom laaaagi satu hal..
tolonglah, pelanggan bayar unt khidmat mereka. semestinya pegawai2 ni dah terlatih dlm menjawap soalan pelanggan. tp kalau jawap pon satu A, satu B, camne la msia ni nak maju..huhuhu
p/s: buhsan dengan jawapan pegawai khidmat pelanggan PTPTN: puan jgn risau, kami akan selaraskan kemudian....