Sunday, February 17, 2013

KDrama: Queen In Hyun's Man...

assalamualaikum...

dah tengok Queen In Hyun's Man kengkawan? hehehhe

ohh sila lah tengok...sileee sileeeee :P

lagi cerita zaman silam dan zaman sekarang, selepas Rooftop Prince, Faith, Dr Jin..
kali ni hero dr zaman silam plak datang ke zaman sekarang..dan besnya boleh datang dan balik dan datang balik...hehehe
means that bukan lah stuck di zaman tu macam cerita yg lelain tu kan..hihihi
dan ending yang pueh ati makcik, sapa kata hero dan heroin berlainan zaman takleh kapel dan hidup happily forever dan ever ?? kikiki...

Cerita ni mengisahkan Kim Boong Du, seorang scolar di zaman Joseon Dynasty yang tiba2 travel 300 tahun ke zaman sekarang semasa hampir maut dalam satu pergelutan, disebabkan oleh satu talisman ajaib kepunyaannya. Beliau menyokong usaha untuk menaikkan kembali tahkta Queen In Hyun yang dirampas oleh Lady Jang, seorang concubine istana. Takdir menemukan beliau dengan Choi Hee Jin, seorang aktres suam suam kuku yang berjaya mendapat watak utama sebagai Queen In Hyun. selepas beberapa kali pertemuan, mereka akhirnya bercinta. Untuk datang ke zaman sekarang, beliau perlu menghadapi situasi 'hidup atau mati' tapi untuk kembali ke zaman dahulu, hanya perlu membaca mentera yang tertulis di talisman itu. tak aci kan? ekekke...

Bila dah berada di zaman sekarang, beliau mengambil kesempatan dengan mengetahui sejarah di zaman beliau dalam usaha untuk mengembalikan takhta Queen In Hyun dan berdepan dengan musuh beliau. Lama kelamaan, beliau mengambil keputusan untuk tinggal di zaman sekarang, tetapi 'terpaksa' balik tiba2 apabila sesuatu terjadi kepada talisman itu. Dan bermulalah episod sedih berpanjangan, setelah disajikan dengan adegan sedih geli2 (bak kata kakak saya) di dalam episod awal2 tu..hehehehe...


Soooo, cerita ini antara favorite saya. Lakonan yang super duper cute oleh Yo In Na (penah belakon jadi kawan Ha Ji Won cerita Secret Garden), ditambah muka innocent heronya, Ji Hyun Woo dan lakonan watak2 sampingan yang sangat natural dan menggelikan hati..
Manager heroin tu, ex boipren heroin tu dan Manager ex bf heroin tu..

Lady Jang zaman sekarang..

Jalan cerita pon takdelah complicated mana, of course jaaaauuuhhh lagi bagus dari Dr Jin (sian citer ni asik kena kutuk dek saya ihihihih). Oooohhh pasangan yang sangat sweet, momen2 yang sweet sweet belaka, ost yang bes, ending yang eppi...yeeee

 

paling saya suka, adegan2 di mana heroin tu dok kenakan hero, ye lah lelaki tu tak tahu apa2 tentang dunia sekarang..kenkonon nak kenakan lelaki tu, suruh beli curry (dia tulis dalam english) tapi rupanya dia pon salah eja...wakakaka...
camana heroin tu syok sendiri masa nak terangkan apa fungsi tie..hehehehe
scene lelaki tu salah order sampai tak termakan, tp tanak mengaku sbb ego...hik hik hik
dan scene manager heroin tu soal background hero tu, 3 kali scene tu berulang dalam masa yang berlainan, tapi susunan soalan tu still sama..wakakaka lawak jugak..
oh ya selepas cerita ni, hero dan heroinnya kapel bebetul tau...hik hik hik i likeee

meh layan ost plak ek..:)

Kim So Jung - Its You (bagi yang suka rancak2)


Young Jae - Really Once (bagi yang suka jiwangs2)


dan jeng jeng jeng, kawan saya Fauzana mainkan lagu ni untuk saya, nampak tak ada tulis nama saya dipermulaan...hihihihi..danke Ana..

  

Friday, February 15, 2013

Info: Lot Parking Pada Pembeli Apartment...

assalamualaikum...

saya nak share satu info yang sangat berguna kepada pembeli rumah yang dalam pembinaan, berkenaan lot parking yang ditawarkan pemaju..
hati2 kerana kalau dapat lot parking begini, naya dibuatnya..

1) masalah lot parking yang tak cukup besar keluasannya, lagi2 kalau dapat parking kat corner.

2) masalah lot parking yang bersambung, selagi kete kat depan tak keluar, kete kat belakang melangut la jawapnya..hehehe

so, boleh baca di SINI ye. tq :D

Wednesday, February 13, 2013

Winter 2012 - 2013..

assalamualaikum

lepas baca entri Ishamizu arituh, baru saya perasan, saya pon tak menulis lagi pasal winter ujung 2012 dan awal 2013 ini...hehehe
tahun ni adalah yang paling bes sepanjang 3 kali winter kami di sini, kerana agak banyak berseleji dan banyak kali jugak turun..
ye lah, Duisburg ni banyak kilang dan bukan di kawasan gunung2, so tahap kesejukan tu mmg kurang la sikit...tempat lain dah memutih, kami baru terhegeh2...hihihih..
apapon bersyukur padamu ya Allah kerana beri kami kesempatan untuk merasa...alhamdulillah


Tuesday, February 12, 2013

Keciwa...

assalamualaikum...

bila sebut free education, ramai antara kita cakap Msia akan bankrup. tapi membelanjakan 2.3 juta untuk satu persembahan 8 minit PSY, tak mengapakah? takkan bankrupkah? tak membazirkah?

sesungguhnya saya sangat kecewa. sekian

Wednesday, February 6, 2013

Jom Shopping Malaysia..


assalamualaikum..

rata2 dah tahu yang saya dan adik berbisnes Corelle kan..
alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan..
time kasih banyak2 pada Ros JintanManis atas sumbangan beliau memperomot FB Page Hot Corelle Malaysia kami tu..hehehe

dan baru2 ni saya dan adik meluaskan sedikit cabang bisnes kami..
JOM SHOPPING MALAYSIA..

di mana kami menawarkan lebih banyak pilihan produk kepada pelanggan, diimport khas dari Germany..

bagi ibu ibu dan bapa bapa, kami ada Botol Susu Avent (Jenama UK) dan Nip (Jenama Germany)..

bagi wanita, kami ada Purse GUESS..

bagi remaja, kami ada Beg Sandang Adidas dan Reebok (bagi ibu bapa nak beli kat anak pon boleh, abang/kakak nak beli kat adik pon kami alu alukan heheheh)...

bagi pelari2 di luar sana, kami ada Botol Air PUMA..

bagi semua orang, kami ada T Shirt Adidas dan Reebok..


sooooo sesuai untuk semua kan? hehehe...
setakat ini, semuanya Ready Stock di Malaysia, bayar dan boleh terus dapat..
insyaAllah kalau sambutan menggalakkan, kami ingat nak bukak Pre Order untuk produk2 lain jugak..

jadi, sudilah kiranya readers semua melayari dan like FB page kami ni, JOM SHOPPING MALAYSIA..
jumpa di sana ye :D

Monday, February 4, 2013

Muffin Pisang Sedap..


assalamualaikum..

nak share resepi Mapin Pisang yang sedap ini.
hummmm biasanya saya suka buat kek pisang dalam bekas mapin, pakai ovalett..
hasilnya gebu gebu dan ringan..saya suka suka...
so mapin pisang ni bagi kelainan dr segi struktur dan rasanya..
saya suka suka suka jugak hehehe...:P

time kasih pada pencipta resepi, Ana Penang Fotopages, dan Izah Mapin Lover kerana berjaya meracun saya untuk membuatnya...hehehe..
oh ya saya buat half aje, banyak jugak dapatnya..hehehe

MUFFIN PISANG
- sumber Ana Penang Fotopages (takde link), di forward oleh Kak Madihaa Fotopages dan Izah Mapin Lover
saya buat half dari adunan di bawah ek :)

BAHAN A 
400 gm butter cair
300 gm (6 biji) telur
200gm susu segar

BAHAN  B
600gm pisang dilecek
400gm gula castor (saya kurangkan sedikit
1 tsp garam

BAHAN C 
550 tepung superfine
2 tsp baking powder
2 tsp sodium bikarbonate 

CARA CARA
Double boil butter sampai cair dan sejukkan sebentar. *izah cairkan aje atas api *saya pon sama.
Pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam susu segar, gaul sebati. 
Sementara itu lecek pisang dan campurkan gula dan garam. Gaulkan sebati sehingga gula agak hancur. 
Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. 
Satukan bahan A dan B dan campurkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu.  
Sendukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar 180 C selama 20-25minit.

Nota: Jika ingin membuat marble boleh diasingkan sedikit adunan dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko atau adunan kelihatan coklat . Tuangkan ke dalam muffin cup dengan diselang-selikan kedua-dua adunan.