Friday, May 18, 2012

Cupcake Kek Pisang..

assalamualaikum...

kek pisang yang dibuat cupcake..gara2 maleh nak tunggu dia bakar lama sangat kalau buat stail kek..hehehehe...
lembut, gebu, tp tak kering, kira memang menarik unt petambahan lemak di badan, tambah2 lak dimakan panas2..
hasilnya beberapa ketul cair di mulut begitu saje dalam sekelip mata..huhuhu

sebut pasal kek pisang ni, dulu kat msia saya paling suka kek pisang jual kat Mydin, plastik dia ada gamba katun kalau tak salah..sbb kek dia lembab je..kalau plastik cover lain, mesti tak bape umphh (ngengade :P)..
tp skarang sejak takde Mydin kat Germany ni, lembab tak lembab, belasah aje..sendri buat mana leh byk songeh hihihihihi :P

okehla time kasih kat Cik Mat Gebu atas tukang cipta resepi, sapa nak tgk step by step leh refer blog dia ek dan saya copy dari Kak Hana..time kasih dan izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek..hehehe


KEK PISANG
sumber CMG, copy dr Kak Hana

Bahan-bahan:

250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
  2. Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
  3. Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2. *klu wat cc cam hana, bakar 20-25minit.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....


8 comments:

  1. comeiii kejadiannye...nmpk sedap pulak tu...

    ReplyDelete
  2. nampak moist sgt cc tu...sy pun suka wat versi cc...esp kalau nak buat makan2 ramai2...senang...tak payah nak potong2 lagi...leh amek sorang seketul...

    ReplyDelete
  3. Adui terliurla plak petang2 ni tp nak buat tade mood. Hehehe..nway, kt tpt Hajar ada jual ovallette tak? Kawan izu kata kt London ni tade so dia mintak family kt Msia pos

    ReplyDelete
  4. nyummmmyyyy..sedapnye..kalau dekat js dh gi jln umah SZ ni...hehe..

    ReplyDelete
  5. huh.time lapar tengok gambar pon kadang2 mau jadi kenyang!
    pos sini !
    nanti nak try gak ni!

    ReplyDelete
  6. alamak, menggodanya... nmpk mcm ada choc rice bertaburan..

    ReplyDelete
  7. sedapnya akak! nk try la nnt :D

    ReplyDelete