just nak share satu artikel yang menarik dari Majalah Niaga ini..
BABI, RIBA & ORANG KITA - Halal Bukan Sekadar Dalam Makanan
"Sebesar-besar dosa makan babi, besar lagi dosa riba. Dosa riba bersamaan dengan mengangkat senjata memerangi Allah."
"Memakan riba dibariskan bersama 7 dosa besar di sisi islam iaitu syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). Ia berpandukan daripada satu hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim."
Ia termaktub di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 275,
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
moga jadi panduan kita semua :)
Salam sitiezahim..
ReplyDeleteBetul tu.. orang kita sangat jijik dengan khinzir apatah lagi nak makan daging khinzir, tapi tidak pula jijik makan rasuah.
mendalam sgt maksudnyakan?moga sama2 kita jadikan iktibar ..salam kenal,jmput follow kmbali :)
ReplyDelete