Sunday, June 23, 2013

Projek Mega Hjh Arpah & Famili - Interlaken, Swiss..

assalamualaikum...

untuk segmen terakhir jalan2 rombongan Hjh Arpah, saya kongsikan gambar2 kami di Interlaken, Swiss..

oh ya, mari kita kenali sikit sebanyak berkenaan Swiss, negara yang femes untuk lokasi penggambaran kebanyakan filem2 Hindustan..hihihi :P
(model di bawah ni bukan Rani Mukherji ek..hahaha)



Switzerland merupakan sebuah negara Republik Persekutuan, mempunyai penduduk sebanyak 7.5 juta orang. Bersempadan dengan Jerman, Perancis, Itali, Autria dan kerajaan kecil Liechtenstein. Masyarakat Switzerland berbilang bahasa dan terdapat empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Jerman, Perancis, Itali dan bahasa Romansh yang kurang dikenali.

Info menarik tentang Swiss:
1) Ibu negara nya ialah Bern dan bandar terbesar ialah Zurich
2) Matawang yang digunakan ialah Swiss franc (CHF), RM1 bersamaan CHF0.29  dan €1 bersamaan CHF1.23
3) Hanya ada 12 universiti di Switzerland
4) Tiada tol di Swiss tapi setiap kereta dan trak perlu membeli sticker yang berharga CHF40 (yearly).
5) Di kebanyakan tempat di Swiss, household rubbish disposal kena bayar. Sampah disposal hanya akan dikutip sekiranya sampah tu dalam plastik yang bersticker berbayar atau dalam beg sampah rasmi yang masa beli tu dah kena caj siap2. Ini bertujuan untuk menggalakkan kitar semula (recycle free)...hahaha menarik kan??

tong recycle depan supermarket di Swiss

rumah Swiss

Info dari Wikipedia

Interlaken, bandar yang gelemer dari segi pelancongan. kalau dah duduk Europe, mmg tak sah kalau tak pegi Interlaken..hehehe...

Antara cenderahati di bandar Interlaken, loceng lombu...hehehe

Tasik yang clear giler airnya di sini..subhanallah


Duisburg - Interlaken, perjalanan berkereta kalau direct 7 jam, fuhh mmg lenguh punggung la jawapnya..huhuhu

Interlaken ni terletak di antara 2 tasik besar, iaitu Lake Thun dan Lake Brienz. Dikelilingi oleh 3 gunung iaitu Jungfrau (paling gelemer), Eiger dan Mönch.

Hajat ati nak naik sampai Jungfraujoch tp mengenangkan tiket mencecah €150 seorang (dalam RM600), turpaksa biarkan hajat tu terpendam jauh di lubuk ati..hehehehe :P

so kami pilih Interlaken - Lauterbrunen - Winteregg - Mürren - Allmendhubel sahaja...itupon semua orang dah tersenyum gembira dan puas hati, alhamdulillah :)

kami berkereta dr Interlaken ke Lauterbrunen (boleh jugak kalau nak terus naik tren), tapi ke Winteregg dah mmg tak boleh berkereta, so kena naik kabel car (huhuhu gayat), then ke Mürren naik tren dan terus ke Allmendhubel naik funicular. Harga tiket hanya lebih kurang €30 sorang..

Stesen Lauterbrunnen

View ke Winteregg dari dalam kabel car..

Semakin tinggi dan tinggi..saya dah duduk sonyap2 masa ni, ketar lutut hahahaha :P

tren ke Mürren, klasik i like..hehehe

bandar kecik dan comel Mürren..
 

seleji tebal giler..:)

funicular yang akan bawak kita ke Allmendhubel.. ok la i like jugak sbb tak gayat hehe..

akhirnya suda sampaaaiii...hehehe....
 

actually Allmendhubel ni salah satu tempat orang skii so takde apa la sangat kat atas ni. tp yang besnya walaupon kiri kanan seleji, mmg tak terasa sejuk so masing2 terus tayang baju hahaha :P
 

soooooooo....fuhhh alhamdulillah akhirnya berjaya siapkan jugak coret coret perjalanan kami. jutaan maaf kalau ada readers yang tidak selesa dengan entri2 saya ini, manalah tahu ada rezeki, insyaAllah anda akan sampai di bumi Swiss yang mendamaikan ini.. (kerana saya pon tak penah mimpi dapat peluang ni, since en husben saya dulu bercadang sambung belajar di Jepun huhu). apapun, saya menulis hanya untuk berkongsi info pada semua, semoga dapat membantu pada yang memerlukan..

semoga jumpa lagi di lain entri.. salam untuk semua :)

4 comments:

  1. Amboi...best nye kamu main salji tebal tu ye... hoho... rindu nak main salji ;)

    ReplyDelete
  2. cantik kali pemandangannya akak, oya kat sana tak boleh guna euro ya

    ReplyDelete
  3. bestnye...dan yg pasti cantik ..bila la nk pegang snow tu jugakkkkkkkkkkkkk...hehe

    ReplyDelete
  4. SWIZERLAND ANTARA NEGARA YG INGIN DILAWATI
    CUMA SERU BELOM SMPI ;)

    ReplyDelete