Monday, August 12, 2013

German Cookies yang Cair di Mulut..

assalamualaikum...

masih dalam mood raya?
kami di sini mood raya hanya waktu gather2 je.. rasanya semua kengkawan di obersea pon sama kan..hihihi...

kali ni nak share satu resepi biskut yang pada saya dan anak2 antara 'the best'.. buktinya 1 tupperware bersaiz sederhana abis dikerjakan lea sahaja..hihihi.. :P

time kasih pada Ros Jintanmanis yang bersungguh2 peromot..
dia cakap saya mesti buat sbb saya mmg duduk Germany hahaha... :P
jugak pada pencipta resepi, Kak Rima.. time kasih atas resepi yang simple tp sedap ni :)
izinkan saya tepek2 di sini jugak ek...



GERMAN COOKIES
- resepi asal Kak Rima, di share jugak oleh Mat Gebu, Kak Yati, Ika dan Ros



BAHAN-BAHANNYA :-)

125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch *untuk kengkawan Germany, saya pakai Kartoffel Mehl, sila rujuk gambar di bawah ni ek
80 gram tepung halus ( superfine) *saya pakai tepung kek Weizen Mehl Kod 1050
40 gram gula aising, diayak
Secubit garam (resipi asal tak letak)
*sedikit gula castor yang digaul pewarna – untuk topping (idea dari Ika Ijayuji)


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
- cara ros toppingkan gula tu, lepas gentel cookies ni bulat-bulat, ros celupkan atasnye dengan gula yang pink tu, ambil garpu dan tekan serperti gambar di bawah, lepas tu bakar hingga masak.

mmm untuk tepung kentang tu, saya gunakan Kartoffel Mehl macam gamba ni bawah ni, beli di Edeka saje :D

9 comments:

  1. Ini baru betul... made in german ♡♥♡♥

    ReplyDelete
  2. Tengok pon dah tau delicious! Tp first time dgr buat kuih pakai potato starch ni hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu la kan izu.. tp serius sedap..hihihi

      Delete
  3. kukis yg meletop tahun lepas ni.. tp tahun ni males nak buat hehe

    slmt hari raya hajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu kak nor. last year saya macam buat tp tak guna tepung kentang, dah lope guna tepung apa..hehehe

      Delete
  4. x penah try tp diorang kata senang je nak buat
    selalunya yg senang tu yg buat lg susah ;)

    ReplyDelete
  5. mudah aja bahannya ya kak, rasanya pasti sedap

    ReplyDelete
  6. aritu dah nampak dah resepi cookies ni.. tapi tak terbuat lagi sbb takde tepung potato tu..

    ReplyDelete