Wednesday, October 23, 2013

KDdrama - Gu Family Book...


assalamualaikum...

Gu Family Book, sapa peminat Lee Sung Gi sila angkat tangan..hehehe..

sebenarnya LSG bukanlah oppa dalam senarai teratas saya, erkk dia lagi muda mana leh panggil oppa kan hehehe :P
tapi saya suka lakonan dia lagi2 dalam The King 2 Heart, macam yang saya penah kongsikan di SINI dulu..
dari mata saya, lakonan beliau dlm King 2 Heart lagi hebat dari Gu Family Book ni..

Suzy?
mmmmmm dlm citer ni okeylah.. sbb dulu penah tak suka watak dia dlm Big (lakonan oppaku carta teratas Gong Yoo)... hehehe...

Gu Family Book ni mengisahkan Choi Kang-Chi (lakonan LSG) yang separuh gumiho separuh manusia. Mulanya dia tak tahu dia half gumiho sbb dia hidup macam manusia biasa namun dia sedar dia ada beberapa 'special' dlm diri dia. Dia dipelihara oleh satu keluarga berpengaruh yang baik hati dan bila dah besar, Kang Chi ni suka pada adik angkat dia sendiri..

Standard la orang besar2 ni, mesti ada musuh kan? huhuhu...
Pendek cerita, ayah angkat dia mati di tangan orang jahat (dulu orang jahat ni penah suka kepada emak kandung Kang Chi tapi tak dapat dan musnahkan famili emak Kang Chi ni dan 'bunuh' ayah Kang Chi jugak (ayah Kang Chi ni gumiho)..

Episod 1 dan 2 Gu Family Book ni pada saya power. Masa ni kisah Kang Chi tak kuar lagi, so kisah camana emak (manusia) dan ayah (gumiho) Kang Chi ni berjumpa, berkahwin dan akhirnya terpisah.
Sedih woooo dia punya OST masa ni...



*bengang betul kat emak Kang Chi yang tak dapat terima hakikat bila tau en husben dia bukan manusia.. tak reti bersyukur dapat en husben yang baik dan ensyem macam ayah Kang Chi ni.. huhuhu



ni masa emak Kang Chi lahirkan Kang Chi, kemudian tinggalkan camtu je huhuhu...

Episod 3 dan seterusnya, jalan citer dah jadi cool down plak. Dok pusing2 kisah orang jahat tu nak musnahkan famili angkat Kang Chi, Kang Chi nak jadi manusia, Kang Chi dok kejar adik angkat dia yang memula tu booo layan kat Kang Chi tp lepas Kang Chi kapel ngan Yeo-Wool (Suzy), baru la dia plak sibuk terhegeh2...

  

watak jahat dalam citer yang susah betul nak mati.. huhuhu

Kang Chi jumpa balik dengan emak kandung dia (ingatkan dah mati). tapi sayang, pelakonnya dah tukar huhuhu


Lee Sung Gi jadi gumiho.. takde la horror mana pong hehehhe

dan ending??

huh tak pueh ati den. apa ke hal Suzy mati...
 

tapi lepas tu menjelma jadi orang lain pada zaman skarang dan jumpa balik dengan Kang Chi (Kang Chi tu still hidup beratus2 tahun sbb dia pilih untuk terus jadi gumiho rasanya)


*ending pesen2 Rooftop Prince, Dr Jin ceh hehehe... sepanjang siries pasal citer hero & heroin, tiba2 ending hero/heroin dapat ke orang lain, walaupon muka sama tp jiwa tetap bukan orang tu hua hua hua... so still kira tak aci kan :P

apapon OST dari Suzy ni saya sukeeee... naerul... naerul....hehehhe



dan sebenarnya pada saya, impak kisah emak ayah Kang Chi ni lebih kuat kalau nak compare dengan kisah Kang Chi. Bes lakonan ayah Kang Chi ni, tak sangka rupanya dia boleh belakon dengan pelbagai ekspresi - muka kiut, muka baik, muka ganas as gumiho dan muka sedih bila wife dia sendiri tikam dia dr belakang.. sebab lakonan dia dalam Pasta before ni as extra biasa2 je, tak nampak langsung sisi kiutnya..hahahhaha :P
so camne, tertarik tak? boleh la start online streaming lepas ni... hihihihi

5 comments:

  1. saya fail bab nak ingat nama pelakon korea..tapi suka..hahaha..

    ReplyDelete
  2. suka sangat layan korea tai lately x ada masa, bizi manjang!

    ReplyDelete
  3. ooo peminat korea rupanya..js gak dh lama tak layan korea...hihi..
    citer korea pun tak tau...kihkih

    ReplyDelete
  4. He he.. Dah lama sangat dah tak tengok cerita korea..baru je nak concentrate..uwaa sana ..uwaa sini..hai anak2:-/

    ReplyDelete
  5. Dh taw ur fav oppa ader sure uols tgk punya ...ai kureng sket citer gini kecuali ader fav actor baru gagah tgk ngeeeee

    ReplyDelete