Monday, November 11, 2013

Sharing: 3 Sifat Terpuji Orang Jerman...


assalamualaikum...

nak share satu entri dari blog En Khairul Abdullah Leben In Deutschland yang saya rasa ramai dah baca..

IKEA dan SIKAP MANUSIA

ye, mmg saya sangat bersetuju dengan pengalaman beliau. rasanya semua yang penah menetap di Germany mengalami pengalaman yang sama.. tentang 3 sifat orang2 german iaitu JUJUR, BERADAP dan PEMBERSIH

mmg staf di sesuatu kedai/pasaraya di Germany ni boleh dibilang dengan jari. Pasaraya harian di sini, dialah (staf) cashier, dialah tukang susun barang. dialah jugak merangkap customer service. sangat berbeza dgn Msia, saya pernah bekerja di Pasaraya Tunas Manja Kuantan (walau sbg admin tp kadang2 kena tolong staf di pasaraya).. Cashier berderet (paling kurang 3 kuanter, kadang2 siap ada staf jadi tukang masukkan barang customer dlm plastik). Staf susun barang pulak orang yang lain.. hummm

Kuanter bayaran tambahan kat sini akan dibukak sekiranya staf tu nampak ramai yang beratur. kadang2 customer (biasanya warga emas) siap boleh request untuk bukak kuanter bayaran. hehehe...

Doktor di klinik, mmg dialah yang bukak pintu panggil nama kita. iring kita masuk bilik rawatan. dan rawatan mmg tip top, sangat detail, cek satu2... kita yang sakit ni rasa yakin je... hehehe...

ucapan 'Hallo', 'Guten Tag', 'Danke', 'Schön Tag' (a nice day) atau 'Shchöne Wochende' (a nice weekend) mmg tak lekang dari bibir mereka. walau ada yang kata orang German ni strict, tapi strict mereka mmg bertempat. kalau dah mmg kita salah, mereka akan tegur direct je (tp saya biasanya less sensitive sbb tak berapa paham hahahaha :P)

kat restoren, mmg konsep 'kau yang makan, kau kemas okey'... staf kedai makan biasanya tolong lap meja je.. takde istilah 'kang staf ni takde keje plak kalau aku tolong kemas' atau 'staf ni dah dibayar gaji untuk keje2 tu, buat apa aku susah2'...huhuhu

apapon bukan niat kami untuk bangga2 pada bangsa atau negara lain. sekadar berkongsi pengalaman manis menetap di negara orang, dan sangat berharap dapat merasa pengalaman sama di negara sendiri. mereka bukan Muslim tp akhlak mereka mmg menjurus pada yang sepatutnya kita, Muslim ada.. so tak salah kan kita cuba improve diri sendiri?

4 comments:

  1. salam siti….huhu!!!mmg betul sgt2 la tu. kdg2 pelik kan sdgkan ajaran islam tu lengkap & details tapi pelaksanaan drp manusia jd terbalik. klu tgk org arab (yg kita kata bangsa & tempat lahirnya para anbiya) lagi leeeeee teruk perangai dorg ni. lengkap dgn kasar & sombong lagi. pepepun kita tiru yg baik dr barat tapi buang yg buruk, inshaALLAH

    ReplyDelete
  2. Salam, Sitiezahim.. Akak pernah terjumpa MatSaleh.. tak pasti negara mana di kfc (Msia), lepas mkn mereka kemas meja angkat dulang mknn dan kertas2 bungkusan, minuman dan cari tong sampah utk buang bungkusan tu... kata husbnd, Msia jer yg lepas mkn tinggal, tmpat lain, kau makan kau kena kemas.. :-))))

    ReplyDelete
  3. Saudari Sitie Zahim,

    Terima kasih kerana berkongsi artikel saya di blog ini. Yang baik kita sama-sama jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

    Teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  4. bagusnya, sepatutnya Allah & Rasulullah dah suruh kita semua macam tu kan kak, lebih2 kita yang islam ni.. suka baca benda baik macam ni kak :)

    ReplyDelete