Sunday, April 13, 2014

Muffin Yogurt Pisang yang Sedap..

assalamualaikum...

asal nama resepi ni, Muffin Pisang Chocolate Rice tapi saya nak highlightkan Yogurt di situ..
sebab muffin yang gunakan yogurt memang rasa dan teksur nya lain dari yang tak guna yogurt..
so sapa yang ada yogurt lebih kat umah, boleh la terai..
memang bes..

time kasih pada pencipta resepi ni, Mak Lang (sori tak ada link khusus), dah terbang ke blog Mamafami, then Kak Hana jiran selang umahku, dan saya copy dari Kak Yati Sinar Kehidupanku..
Izinkan saya tepek2 di sini plak ek :)


MUFFIN YOGURT PISANG CHOCOLATE RICE
- by  Mak Lang, C&P ke blog Mamafami, Kak Hana dan Kak Yati Sinar Kehidupanku


Bahan-bahan
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2/3 cawan gula halus
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji telur  *saya guna 2 biji
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan yogurt plain
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan pisang lenyek
  • 3/4 cawan chip coklat - Yatie ganti dngn 1/2 cawan choc rice
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Masukkan gula dan kacau menggunakan whisk.
  2. Di dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak masak, yogurt plain dan esen vanilla.
  3. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan kering dan gaulkan sekejap sahaja
  4. menggunakan whisk. Bancuhan akan kelihatan berketul-ketul.
  5. Masukkan pisang lenyek dan chip coklat. Kacau sebentar sahaja.
  6. Sudukan ke dalam acuan muffin yang telah dialas dengan cawan kertas.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
 



2 comments:

  1. tak penah lagi buat sebarang kek atau muffin guna yogurt.. lain ya teksturnya..

    ReplyDelete
  2. Wah sedappp ni
    Choc rice x de but ai byk choc chip
    Must try 😊

    ReplyDelete