Wednesday, January 30, 2013

Istanbul - Dolmabahçe Palace & Mustafa Kemal Atatürk..

assalamualaikum..

Dolmabahçe Palace, merupakan pusat pentadbiran utama Kerajaan Uthmaniyyah di Istanbul dari tahun 1856 sehingga 1922. Dibina pada zaman pemerintahan Sultan Abdülmecid I 

Juga merupakan kediaman rasmi Sultan dan keluarganya, menggantikan Topkapi Palace, yang ketinggalan dari segi luxury dan style (huhuhu).
Rekabentuk yang lebih Western dan moden berbanding Topkapi Palace.
Hiasan Dolmabahçe Palace ini lebih kepada kristal dan emas, manakala Topkapi Palace lebih kepada hiasan tradisional (jubin dan ukiran)
Pengunjung pula perlu menggunakan Guided Tour (free of charge) di dalam bangunan Dolmabahçe Palace tetapi bebas merayau2 sesuka ati di Topkapi Palace. hehehe....


View paling cantik adalah dari seberang selat (boleh dapat full). Sumber dari SINI

Tripod kamera kena tinggal dalam safety locker. Beg kena scan..huhu (sama macam di Topkapi Palace)
Entrance fees bagi 'Selamlik' - 15YTL (dalam €7.50), 'Harem' - 10YTL dan Combined - 20YTL

View sekitar

 

Tour ada 2 bahagian, 1 di 'Selamlik' (Opis) dan 1 lagi di 'Harem' (kediaman Sultan)
oh ya, kena sarung kasut dulu dengan pelestik sebelum masuk ke dalam bangunan..kiuttt...hihihi

Dalam Main Building, mmg SANGAT SANGAT MEWAH dan MENAKJUBKAN
(saya sangkakan No Camera Please, so saya cilok dr pakcik gugel hehehe. tp ada website tulis boleh cuma kena additional fees *rugi kitorang huhu)

Tangga yang kalah cerita Hindustan hahaha. Sumber SINI

Ceremonial Hall. Sumber SINI

Bilik apa tah tapi mmg power kan hehehe..sumber SINI

Sebenarnya masa di Topkapi, kami terlepas untuk melawat Harem. so memang acara wajib la di Dolmabahçe ni kan..yelah nak tgk jugak camne kediaman Sultan2 ni..
tapi menurut guided staf ni, Harem di Dolmabahçe Palace lebih simple berbanding Harem di Topkapi Palace.
Harem ni merupakan kediaman Sultan, Isteri isteri isteri (sesetengah Sultan ada lebih dr 4 isteri huhu), anak, ibu, adik beradik perempuan Sultan (selagi belum berkahwin) dan orang gaji.

Bedroom. Sumber SINI

Hall. Sumber SINI

Toilet. Macam tandas cangkung Msia cuma stail pelik sket hehe..Sumber SINI


Hammam (tempat mandi). Sumber SINI

dan di sinilah tempatnya sekiranya anda ingin melihat katil dan bilik Mustafa Kamal Atatürk, Presiden Pertama Turki..
di atas katil inilah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, berpunca dari masalah hati kesan dr pengambilan alkohol yg berlebihan..
oh ya sumber dr SINI okeh

Mustafa Kamal ini bukanlah keturunan Sultan mahupun kerabat diraja, beliau asalnya seorang pegawai tentera dan akhirnya berjaya mendapat gelaran Atatürk (Father of the Turks, gelaran yg dilarang penggunaannya oleh orang lain oleh Parlimen Turki) kerana berjaya menjadikan Turki sebagai sebuah negara Republik.

Beliau berkahwin dengan Latife Uşaklıgil tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 2 tahun lebih. Selepas itu, beliau mahupun bekas isterinya tidak berkahwin lagi.
Latife Uşaklıgil ini, dipengaruhi oleh fahaman kuat sekular Mustafa Kemal,  menjadi 'wanita Turki moden' dengan menanggalkan hijab dan berpakaian stail Barat. *no wonder kebanyakan wanita di Istanbul (terutamanya warga muda) tidak berhijab sekarang..huhuhu
Mustafa Kemal bersama isteri. Sumber dari SINI

mereka tidak dikurniakan anak namun sepanjang hidupnya, Mustafa Kemal mengambil 13 anak angkat - 1 lelaki dan 12 perempuan. Salah seorangnya ialah Sabiha Gökçen, juruterbang wanita Turki yang pertama.
*rupanya Sabiha Gökçen Airport tu di ambil sempena nama dia..

hummm banyaknya lagi entri tertunggak.. Suleymaniye Mosque, Eyüb Mosque, Grand Bazaar, Spice Bazaar, bla bla bla...hehehehhe
insyaAllah jumpa lagi di lain entri ek
wassalam

















13 comments:

  1. Bangunan lama yg masih terpelihara, bertuahnya dapat jejak kaki kat sana... tak licin ke sarung plastik tu?

    tandas dia macam bentuk anak kunci, jangan salah pergi sudah, hehe..

    ReplyDelete
  2. bestnye k.hajar...melihat2 tempat org :)

    ReplyDelete
  3. subhanallah..jeles kan tengok negara orang cantik2.. negara sendiri bukan tak cantik..tapi ada tempat yang jadi tak cantik sebab sikap manusia.. buang sampah merata..ishk..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. saya sgt tertarik dgn turki. tempat ni dikawasan mana di turki? dkt dgn istanbul ke?

    ReplyDelete
  5. rasanya entrance fee tu kena revise semula.. mcm tak betul jer.. seingatnya dewasa combine tiket 45 TL.. budak2 free.. tp klu ada ISIC card leh dapat 5 TL jer :)

    ReplyDelete
  6. SUBHANALLAH..............Cantik tempatnya akak.............teringin kesitu lah.........mudah2an ada rezki, ada langkah untuk kesitu...........Amin........makasih infonya akak.........

    ReplyDelete
  7. mmg cantik...dh msk dlm list nk g bercuti ni...hikhik..tp tak tau bila...

    ReplyDelete
  8. cantiknye dan mewah giler... dulu2 zaman sekolah suka gak baca kisah mustafa kamal attaturk ni... sy dulu suka subjek sejarah...hehehe

    ReplyDelete
  9. Mmg cantik binaannya..cuma terkejut tgk toilet dia tu, tak mcm toilet mewah plak hihi..dianaktirikan ke sbb dia toilet :D

    ReplyDelete
  10. cantiknya gambar2..
    n cite2 ni sangat informatif...
    rindu kat istanbul..antalya jugak..! hehhee

    ReplyDelete
  11. baru baca. tapi dah lima tahun (2017). harap kak Siti teruskan. huhuhu.

    ReplyDelete