Sunday, December 8, 2013

Banjir di Kuantan & Kemaman, Info Untuk yang Nak Jadi Sukarelawan & Menderma..


assalamualaikum...

Ada yang berminat nak jadi Sukarelawan dan derma barang2 keperluan untuk mangsa banjir?

Pertubuhan IKRAM Malaysia telah bukak 2 Pusat Bantuan Banjir di Kuantan..

1. SRI Al Amin Paya Besar - terletak di belakang Pasaraya Terus Maju (contact person: Abang Irfan +60199903390)

Alamat Penuh Sri Al Amin Paya Besar:
B14 Lorong Seri Damai Perdana 5, Batu 6,
Jalan Gambang-Kuantan,
25150 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

 


2. Pejabat IKRAM IM 8 (contact person: Pak Ngah Suhaimi 0197550796)

Alamat Pusat Bantuan Banjir IKRAM:
Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia Pahang,
B76-1, Taman Mahkota Putra, IM8,
25200 Kuantan Pahang.



Juga kepada warga Selangor, saya sharekan beberapa tempat pengumpulan yang mungkin dekat dengan anda :) 


antara barang2 keperluan yang boleh di donate ialah air mineral, selimut, pampers, tuala wanita, telekung, sejadah, barang mandian, stokin dan lain2...


semoga Allah membalas kebaikan kita semua yang sama2 menderma untuk mereka yang memerlukan.. insyaAllah



Thursday, December 5, 2013

Banjir di Kuantan & Kemaman, Mari Sama Membantu...

assalamualaikum...

forward dari FB Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir di Kuala Lumpur ialah di Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan di Taman Keramat Permai

Bahan bantuan yang diterima ialah:

1. Pakaian yang baik dan tidak koyak/rosak (sila asing kepada pakaian dewasa lelaki, dewasa wanita, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan dan bayi.

2. Makanan dan minuman

3. Lampin pakai buang

4. Sumbangan kewangan untuk sumbangan kepada mangsa dan kos pengurusan.

Sebarang urusan bantuan sumbangan, boleh hubungi Sdr Abdul Hafidz Hashim, Pengerusi Bantuan Banjir IKRAM WP (019-3566760).



Untuk option lain, boleh jugak refer poster2 di bawah ni..




mari sama2 membantu.. paling tidak pon bantu doa atau bantu dr segi concern anda kepada kawan2 atau kenalan yang terlibat. semoga banjir di Kuantan & Kemaman surut cepat, amin..

Tuesday, December 3, 2013

Buttermilk Cupcake yang Sedap Ump ump...


assalamualaikum...

nak share satu resepi kek / cupcake yang bes di tekak kami dan cikgu2 kindergarten lea...
actually cupcake ni saya buat untuk hantar ke kindergarten untuk lea celebrate ngan kengkawan dia masa besday dia haritu..
biasanya cikgu2 tadika dia prefer cupcake / muffin dari kek seketul tu, sbb lagi senang nak handle budak2 makan...
btw kek ni guna buttermilk, so hasilnya mmg moist dan berbeza dengan kek yang tak pakai buttermilk..
time kasih pada Kak Azie Kitchen atas resepi yang marbeles ni, izinkan saya tepek2 resepi di sini plak ek... :)


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE EVER
- dari Azie Kitchen



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara Penyediaan : 
Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).

Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.  Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Untuk frosting kat atas cupcake tu, saya pakai resepi oleh Our Best Bites, yang dishare oleh Liza Frankfurt.. danke both of u.. bes jugak frosting ni, leh buat lain kali heheheh...
deco ni hasil keras tangan kami 4 beranak.. abis dengan en husben pon turun padang sbb ketua chep dah takde idea nak buat design apa.. hihihihi


CUPCAKE FROSTING & FILLING
- resepi asal Our Best Bites (English version dan gambar step by step), diterjemahkan kepada Bahasa Melayu Kedah oleh Liza Frankfurt :P



Bahan² :
  • 6 sb tepung
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan @ 1/2 butter
  • 1 cawan gula ( blh kurangkan )
  • 1 sk essen vanilla @ perasa apa²
  • color - kalau nak

Cara² :
  1. Campur n kacau tepung + susu - hilang ketul² tepung
  2. Panaskan pan n panaskan tepung + susu smp jadi mcm doh lembik - always kacau
  3. Masukkan doh dalam fridge - letak kat luar pon tak pa.. asalkan bila nak guna dia betul² dah sejuk
  4. Guna mixer utk pukul butter + gula smp putih..
  5. Masukkan doh tepung + susu td dan pukul lg... + essen vanilla + color
  6. Pukul 5-7minit (lebih pon takpa) smp adunan lembut dan cantik - check dengan tenyeh kat 2 jari.. kalau tak rasa gula, means dah ok
  7. kaut tepi² mangkuk, so that semua gaul sebati n gula hancur
  8. then blh deco cake or cupcakes.... (i masukkan dlm fridge sat then br guna...)
 

Sunday, November 24, 2013

Pengangkutan Awam di Germany, Kenapa Saya Kata Ia Bagus?

assalamualaikum...

hari ni rasa nak bercerita tentang pengangkutan awam (public transportation) di sini, Germany dan bandar kami Duisburg..

seperti yang semua sedia maklum, Germany ni salah satu negara maju yg memang tip top dari segi pengangkutan awamnya..
sbb apa?
meh baca dari point of view saya... :)

1) Kepelbagaian pilihan pengangkutan awamnya.

Secara umumnya, public transport di mana2 bandar di Germany ni lebih kurang sama. Ada Bas, Train (ICE, IC, RE, RB), S-Bahn, U-Bahn, Tram.

Ni adalah simbol2 pengangkutan awam di sini



a) Bas
Bas di Germany memang sangat efisen. Selain bas di waktu siang ke malam, ada jugak bas yang beroperasi di waktu malam ke siang (pukul 12 tengah malam ke 6 pagi).

Bas Awam Duisburg, Mercedes... sempoiii :D


sumber gambar dari SINI

Bus Stop di sini, ada yang bentuk pondok dan ada yang tompang tiang lampu je.. hihihihi :P


b) Train
Paling meluas digunakan di sini. Jumlah railway ialah 40,826 km, menyediakan khidmat ke 7000 bandar seluruh Germany. Syarikat utamanya ialah Deutsche Bahn AG (atau ringkasnya kami panggil DB AG), boleh layari websitenya di SINI untuk dapatkan info berkenaan timetable, latest promosi dan lain2.

Jenis2 train yang ada di Germany

1) ICE (Intercity Express)
Train laju yang pergi ke bandar2 utama di Germany sampailah ke bandar2 utama di negara2 jiran (Vienna di Austria, Brussels di Belgium,  Amsterdam di Netherlands, Basel dan Zurich di Switzerland, Copenhagen di Denmark dan Paris di France)

Sumber gambar dari SINI

2) IC dan EC 
IC (Intercity) trains hanya dalam Germany dan EC (Eurocity) trains boleh sampai ke bandar2 utama di negara jiran. Dengan kelajuan 200 km/h, kedua2 tren ni lebih kerap perjalanannya, samada sejam sekali atau dua jam sekali, bergantung kepada destinasinya. 

Sumber gambar dari SINI

3) RE dan RB
Merupakan 2 jenis train yang cover antara satu bandar ke bandar berhampiran yang lain di dalam Germany. Harga tiket yang lebih murah dr naik ICE atau IC train, cuma kalau perjalanan jauh, kena naik turun tren sikit la hehehe.. :P
Juga kurang laju dr ICE or IC train tp lebih laju dr S Bahn hihihihi...

Sumber gambar dari SINI

Kadang2 sesetengah RE, ada yang 2 tingkat


view dalam RE, luas dan selesa. siap ada toilet :)


4) S-Bahn
City-center and sub urban railway system. Keretapi bandar yang jalan atas jalan keretapi, destinasinya juga ke bandar2 sekitar yang berhampiran. Kekerapan perjalanan yang kerap dan singgah di banyak stesen. Kelajuan tren yang lebih slow dari RE/RB jadi biasanya, orang naik kalau nak ke mana2 lokasi dlm bandar sahaja. Untuk ke bandar2 sebelah, orang prefer naik RE atau RB trains sbb lebih cepat

Sumber gambar dari SINI

5) U-Bahn
Keretapi bawah tanah. Fungsi yang sama dengan S-bahn (cover stesen2 di dalam sesuatu bandar dan bandar sekitar). Besar sikit dan lebih panjang dari Tram namun kalau di Duisburg ni, railway nya kongsi dengan Tram (so kadang2 atas jalan raya jugak) cuma U-Bahn ni sampai ke Düsseldorf - bandar sebelah Duisburg (Tram tak cover sampai ke situ) cuma berjanggut nak sampai haahaha :P

Sumber gambar saya ambil dari SINI

6) Tram
Keretapi dalam bandar agak pendek yang jalan atas jalanraya (kadang2 lalu dlm terowong bawah bangunan jugak). Dia ikut peraturan jalanraya, so kenderaan pon kena hati2 kalau jalan tu ada tram sbb kadang2 tram berhenti tengah jalan untuk ambil penumpang. Biasanya Tram ni beroperasi dalam pusat bandar, pergi ke tempat2 yang jadi tumpuan orang ramai. Sangat kerap, dan kalau lokasi feberet tu (macam shopping complex) banyak Tram yang lalu, so tak jadi masalah kalau terlepas Tram hehehe. Lokasi perhentian Tram (tram stop) lebih senang nak tuju cuma biasanya gerabak lebih kecil, slow dan tak semua bandar di Germany ni yang ada Tram. Dan Tram ni biasanya share railway (tramway) yang sama dengan U-Bahn


Tram depan kereta kita, cool kan? hehehhee...

 


2) Stesen Utama (main station) yang lengkap

Di Germany, setiap bandar ada Main Station yang dipanggil Haupbanhof (Hbf) yang combine semua jenis pengangkutan awam di dalamnya. Jadi, mudah untuk pengguna, lagi2 bagi pelancong atau yang pertama kali sampai kan. Gambar di bawah ni ialah Duisburg Hbf, saya ambil dr SINI


Di dalamnya ada kedai2 makanan, kedai keperluan harian dan lain2 yang hari Ahad pon bukak - sbb biasanya kedai di Germany tutup pada hari Ahad

  

Juga disediakan info tentang jadual Train (Bus Stop biasanya di luar bangunan so jadual bas diletakkan di bus stop di luar).  


Selain itu, Hbf ni lengkap dengan tandas awam, locker (tempat simpan barang) dan bilik menunggu tertutup (sangat berguna time Autumn/Winter)




3) Ketepatan masa dan Info yang Lengkap

Boleh dikatakan, hampir semua jenis pengangkutan awam di Germany ni mengikut masa. Jadual bas dan Nombor Bas yang lalu di setiap bus stop tu dah ditampal/di display siap2 di setiap bus stop



Setiap Bus Stop ada ditampal jadual perjalanan setiap bas lengkap dengan minit ke berapa dia sampai di stop tu dan stop2 seterusnya, tambang untuk ke bandar2 berhampiran dan lain2.  

 

Contohnya untuk bas bernombor 926 ni, dia akan sampai di stop ni pada minit ke 13 dan 43. So kalau kita sampai di stop ni contohnya pukul 10.15 am, insyaAllah tertinggal bas. hehehe..:P


 

Sama jugak dengan jadual Train. Info yang lengkap juga sangat memudahkan pengguna sbb kita boleh plan perjalanan kita dengan lebih efisen. 




Ya, kadang2 ada yang lewat sedikit dari jadual (biasanya Bas ke Uni sbb ramai orang atau Train RE/RB yang perjalananya jauh sedikit dr S-Bahn/U-Bahn/Tram), namun info terkini akan diberikan pada pengguna dari semasa ke semasa. Jadi, tidaklah orang menunggu ibarat buah tak kunjung tiba gitu.. hehehe  

4) Sistem Website yang Bagus
Yang ni saya rasa sangat2 menarik dan bagus di Germany. Websitenya akan provide suggestion perjalanan untuk kita. just isikan dari mana dan ke mana, beberapa suggestion akan diberikan kepada kita, merangkumi bas/tren/tram, siap duration keseluruhan, masa dan terminal no berapa. dan kalau kena berjalan kaki, dia akan tulis estimate masa berjalan itu. hebat bukan? hehehe

Contohnya dari Bus stop terhampir dengan rumah kami ke Frankfurt Hbf, ada beberapa option perjalanan seperti di bawah ini



Dari website ni juga, kita boleh print jadual pengangkutan awam (contohnya bas yang lalu depan rumah) dan tampal siap2 di dinding rumah kita :P

5) Kekerapan perjalanan dan banyak pilihan
Kebiasaaanya, untuk tempat2 yang ramai orang, perjalanan bas/train mmg kerap (10-15 min dalam satu jam) Jadi, tak menjadi masalah besar kalau terlepas satu bas/train. Namun, kena berhati-hati jugak kalau anda keluar di hujung minggu. Train biasanya tak ada masalah tapi ada sesetengah bas, kekerapan akan kurang (30 minit - 1 jam sekali) atau kadang2 tak jalan langsung.. hihihihi... Tapi jangan risau, jadual bas dah ditampal siap2 kan (boleh cek di Website jugak), so boleh rancang perjalanan anda :) 

Juga, sekiranya lokasi tersebut dekat2 pusat bandar, akan ada beberapa jenis bas dan train akan pergi ke tempat yang sama. Contohnya, dari rumah kami ke pusat bandar, selain 4 jenis bas yang berbeza, boleh jugak naik tram. Pilih saje yang mana lebih mudah dan cepat :)

6) Kepelbagaian tiket yang ditawarkan
Selain tiket One Way yang biasa (€1.50 untuk Short Distance dan €2.50 untuk perjalanan biasa), ada banyak kategori2 tiket lain yang ditawarkan, menyebabkan pengangkutan awam tetap menjadi pilihan utama walaupon penduduk Germany mempunyai kereta. 


Antara tiket2 lain yang ada ialah seperti Tages Ticket (Day Ticket - valid untuk 1 hari), Group Ticket (maksimum 5 orang untuk 1 hari), BärenTicket (Tiket untuk Warga Emas 60 tahun ke atas), SchokoTicket (Tiket untuk Pelajar) dan lain2. Tiket2 ni valid untuk naik train (RE, RB, S-Bahn, U-Bahn, Tram dan Bas sahaja).
Contoh Tiket Pelajar, sumber dari SINI


 Jadi, bagi yang kerap menggunakan ICE atau IC, ada juga ditawarkan tiket khas iaitu BahnCard 25 (potongan 25%), BahnCard 50 (potongan 50%) atau BahnCard 100(Annual ticket that allows free unlimited travel)
Contoh BahnCard 25, sumber dari SINI



Selain tiket2 yang disebutkan di atas, terdapat beberapa promosi tiket yang gelemer di sini iaitu:

a) Schönes-wochenende-ticket (Nice-Weekend-Ticket)
Weekend tiket. Maksimum 5 orang (atau parents/grandparents plus all their children or grandchildren up to 14 years) untuk travel anywhere in Germany untuk satu hari (dari midnight Saturday or Sunday until 3am the next day) dengan hanya €30. Tapi hanya boleh naik tren RE, RB dan S-Bahn in 2nd class (bas &tram takleh)

b) Ländertickets
Weekdays tiket. Untuk satu hari (mana2 hari Isnin - Jumaat, janji bukan weekend). Limited to travel hanya dalam satu negeri tu je (bukan bandar ye) (or, in some cases, also in bordering states). Harganya berbeza ikut negeri tp dalam range €22 to €27 dan sesetengah negeri, ada offer tiket untuk individual traveller dengan kos lebih murah (between €17 and €21)
Sumber dari SINI

7) Perkhidmatan ke Serata Tempat

Tidak keterlaluan bila dikatakan kita mampu ke mana2 lokasi dengan menggunakan public transportnya (lebih2 lagi perkhidmatan basnya). Dari pusat bandar hinggalah ke ceruk dochland ni, insyaAllah takkan ada masalah untuk tiba ke destinasi yang ingin dituju. Selain itu, untuk ke tempat-tempat khas seperti Airport, Factory Outlet pon ada disediakan perkhidmatan Shuttle Bus. Jadi, memang tak ada masalah kan?

Rasanya cukuplah faktor2 yang saya senaraikan di atas memberi gambaran, betapa pengangkutan awam yang bagus dapat memberi faedah kepada penduduknya. Bukan bermaksud 'kita dah ada kereta so tak perlu susah2 naik bas/tren' atau 'tak kisahlah servis public transport macamana pon sbb las2 kita pakai kereta jugak'. Sbb orang2 Germany ni ada je kereta, bukan mahal mana pon kereta di Germany ni, macam saya pernah tulis harganya di SINI dan SINI dulu.. dan kalau guna highway, bukan ada tol pon tp ramai masih memilih untuk naik public transport. dan faedahnya tempias jugak kepada stundent2 Msia di sini yang kebanyakannya takde kereta, kiranya mmg tarik nafas lega la kan.. hehehehe... (lagi2 kalau macam Universiti en husben saya yang Student Card nya ada benefit - dia boleh naik free untuk 1 negeri kami, NRW dan boleh bawak famili pada weekdays (pukul 7 pm ke atas) dan free on weekends (tapi ada limited range).

dan oh ya, kalau anda pertama kali sampai ke Germany, jgn terkejut bila tak ada pegawai yang cek tiket anda. atau anda bebas naik turun landasan tanpa mesin penghadang (stail di Msia). Walau begitu, jgn tak beli tiket pulak ye, dan tiket anda masih perlu di 'validate' kat mesin khas sbb kadang2 ada pegawai yang randomly naik train untuk cek, kalau tiket tak valid (atau tak ada tiket), mereka mmg akan saman anda terus tanpa banyak soal!

dan lastly, mungkin info2 yang saya berikan di atas ni sedikit berbeza dengan bandar2 lain di Germany. Apapon semoga kita semua dapat sedikit info dan manafaat dari pengalaman saya di bumi Deutschland ini :)