Tuesday, June 18, 2013
Setelah Sekian Lama...
assalamualaikum...
alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengaturkan segala2 nya buat kita..
pertamanya, entri ini bukanlah unt memburukkan mana2 orang mahupon mana2 pihak, atau membuka pekung di dada, atau meraih simpati, cuma sekadar berkongsi pengalaman saya dan famili, dan semoga kita mendapat sedikit pengajaran daripadanya..
hari ini hari yang cukup bermakna buat kami satu famili..
penantian bertahun2 akhirnya sampai ke penghujung..
alhamdulillah, akhirnya Allah kabulkan permintaan dan doa kami..
emak saya akhirnya berjaya mendapat separuh dari tanah ladang, tapak rumah dan pendapatan bulanan Felda..
sebenarnya saya sendiri tak pasti berapa tahun kes mahkamah mak saya berlangsung..
sebabnya kes tuntutan harta sepencarian ni berlangsung sebaik sahaja kes penceraian mak saya berjaya selesai, juga melalui mahkamah syariah...
yang pastinya, mak saya naik turun mahkamah syariah sebelum saya berkahwin lagi (majlis saya tahun 2004), jadinya paling tidak sudah 10 tahun mak saya menjadi 'pelawat tetap' mahkamah syariah...
lama kan??
sepanjang tempoh itu, hanya beberapa kali sahaja saya dapat teman emak ke mahkamah..
teringat kenangan drive hampir 3 jam dr Jelebu ke Temerloh, mahkamah bersidang cuma beberapa minit dan saya drive balik pada hari yang sama..
juga kadang2 adik beradik yang lain bergilir2 bersama...
apapon tabik pada kakak saya yang sentiasa berusaha menghadirkan diri meneman emak dr Putrajaya..
drive jauh2, kadang2 sesi mahkamah cuma beberapa minit, atau pernah jugak sesi kensel.. frust kan?
paling meruntun bila melihatkan wajah emak yang kecewa (atau mendengar suaranya dari telefon)..
macam2 halangan selama 10 tahun ini..
tukar lokasi mahkamah syariah, dr Maran, Bentong (tak salah saya) dan Temerloh..
tukar peguam..sebutan semula..Hakim naik pangkat..dan lain2..
sebenarnya, kalau ikutkan kes ni tak makan masa yang lama begini, kalau dapat kerjasama dr dedua pihak.. tp tulah, manusia ni macam2 perangai kan...huhuhu
setelah bertahun2 tanpa jemu menghadirkan diri, akhirnya emak tak ada masa keputusan dibacakan (emak saya di Mekah sekarang)...
hanya tangisan gembira dan bersyukur yang mampu dilafazkan dari jauh saat kakak memberitahu berita gembira ini padanya..
semoga beliau selamat pulang untuk memulakan satu penghidupan baru baginya, insyaAllah...
moralnya, kepada kaum perempuan (atau isteri) beringatlah sebelum kena..
memang, tiada orang yang inginkan perpisahan terjadi, semua orang nak bahagia sepanjang masa..
tapi hakikatnya tiada yang mustahil di dunia ini.. termasuk juga cinta suami isteri..
bagi yang belum berkahwin, jgn gelisah jika jodoh lambat tiba..
gunakan kesempatan yang ada untuk kumpul harta, paling tidak sebiji rumah untuk back up kemudian hari...
dan yang dah berkahwin seperti saya, sayangkan suami berpada2lah...
sekiranya gaji anda lebih tinggi, jgn biarkan beli rumah (selepas kawin) atas nama bersama, TETAPI anda seorang yang membayar loan..
beli kereta power atas nama anda dan anda yang bayar tp suami bergaya habis2 san dengan kereta tu..
kalau anda bekerja, simpanlah gaji anda, bershopping, berhenset baru berpada2lah..
ingatkan suami tentang tanggungjawap asasi dia (rumah, belanja dapur, peruntukan bulanan untuk ibubapa dll)..
dan kalau surirumah, mintak lah paling tidak RM50 untuk elaun kita (kalau kewangan suami tidak berapa kukuh)..
jadilah isteri yang cerdik, jgn sampai orang ambik kesempatan pada kita..
saya menulis atas dasar pengalaman ibu saya.. sebab emak saya selalu pesan pada kami anak-anaknya 'Jgn jadi bodoh macam emak'...
mungkin ada yang tidak setuju, terpulanglah..
mungkin juga ada yang fikir saya paranoid, juga terpulanglah..
kerana hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang faham bagaimana perasaannya membesar dalam keluarga yang tidak stabil..
dan hakikatnya kalau anda rajin menjengah kes kes yang berlaku di mahkamah syariah, anda akan nampak menerima bulat2 cakap suami anda (atau melaburkan semua wang gaji anda untuk dia) tindakan yang kurang bijak..
jgn kerana cinta kita, perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawap suami, menjadi tanggungjawap kita pulak..huhuhu
cuma saya kadang2 jeles dengan anak2 sendiri, bila tengok diorang ada ayah yang baik melayan mereka...
boleh gitu?? hehehehehe...:P
apapon saya bersyukur dengan kebahagiaan kami sekarang, semoga Allah terus merahmati hidup kami sefamili...amin
Labels:
famili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah tmpg gembira utk mak Hajar sekeluarga. Akhirnya Berkat kesabaran yg tinggi mak dan Hajar adik-beradik dapat menikmati hakmilik kalian. :)
ReplyDeletetime kasih izu :D
DeleteAlhamdullliah settle jugak khen
ReplyDeleteFinally kesabaran mengatasi segalanya
Betui kiter kawen ngan manusia so dh Nama manusia hati mmg cpt berubah
Agreed wit u syg biar berada jgn berputih mata di hadapan hari ... Moga Allah melindungi weols in shaa Allah
tq ayu.. mmg takut kan kalau fikirkan hati suami yang kita sayang ni akan berubah tp benda2 tu tak mustahil (mintak dijauhkan).. apapun i pon agree dgn pendapat u :D
Deletesetuju kepercayaan jgn sepenuhnya tp perlu ada keraguan agar sentiasa berjaga2...
ReplyDeleteinsyaallah sz kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
amin..insyaAllah js..:D
DeleteAlhamdulillah dah selesai semua.. adik me xselesai lagi case mahkamah syariah. Dah 2tahun pon. Semoga Allah terus merahmati & melindungi hambanya.. amin..
ReplyDeleteooo ye ke.. semoga u all satu famili kuat hadapinya.. doa banyak2 insyaAllah Allah akan tolong kita kan :)
DeleteGreat advice! Thanks. Peringatan utk sy yg masih tercari2/ternanti2 jodoh ni. That really touch my heart!
ReplyDeletetime kasih..salam kenal :D
Deletehuhuhu
ReplyDeletehuhuhu pendek nya u komen :P
Deletemencik ahhh aku dah komen panjang lebau tetiba intenet putus. seteressssss akak!
ReplyDeletesummary komen aku tadi, nak tau keputusan penuh mahkamah bleh tak if u dont mind to share.
anyway tahniah untuk mak ko. cakap kat beliau, aku tumpang hepy atas kejayaan kes nih.
tetiba aku rasa ibu mu seperti ibu ku jua hehe!
huhuhu kaaann...kita selalu rasa ibu orang macam ibu kita..aku pon selalu rasa macam tu..lagi2 nampak yang tua2 then innocent2 ni..hehe..
DeleteAlhamdulillah. akhirnya berkat kesabaran emak sis :) tq atas pesanan
ReplyDelete*ada satu baris ayat yang menakungkan airmata. huhuhu
time kasih juga..mmm salam kenal dr germany.. agaknya apa ayat yang menyentuh hati tu ye?
Deletealhamdulillah.. allah bersama sama orang orang yang sabar..
ReplyDeletebetul..kes kat mahkamah syariah selalu saya tengok tertangguh lama. kesian pada yang menuntut keadilan tu kan..
betul setuju benor..simpanan utk diri sendiri mau ada..jgn harap suami sj..jadi apa2, nganga la kita...
ReplyDeleteYG HAK TETAP HAK
ReplyDeleteCUMA MAKAN MASA KERANA KARENAH DAN UNDANG2 MANUSIA
DI TAMBAH PULA XDE KERJASAMA DR PIHAK SATU LAGI
#SAYANG BERPADA2.KATA MAK SAYA