Monday, August 19, 2013

Hati-hati Dengan Seminar Dr Azizan, Duit Ambil Tapi Personal Coaching Hilang...


assalamualaikum...

*entri ni bukan nak aibkan beliau tp buat pengajaran pada semua supaya lebih berhati2..

Pengalaman Sebenar Sis Rohaniah Noor (kakak saya), anda boleh baca lebih lanjut di SINI

Saya ceritakan secara ringkas sahaja ye :)

Kakak saya mula2 join seminar free Dr Azizan pada Oktober 2012, seminar yang bagus menurutnya dan masa tu, Dr Azizan tawarkan 3 pakej, VIP (RM 999), Diamond (RM 2999) dan Supreme Diamond (RM 4999). Kakak saya ambil Pakej Diamond (mungkin ramai orang rasa denga ceramah free dia je dah cukup tp disebabkan kakak saya ada projek, so dia ambil pakej berbayar)


Dipendekkan cerita, semasa kakak saya join salah satu program di bawah Pakej Diamond ni, Dr Azizan dok peromot keuntungan upgrade kepada Supreme Diamond, peserta akan menerima 12 bulan online personal coaching dari beliau sendiri (sebulan sekali akan skype dan beliau akan follow up perkembangan peserta coaching ni nanti dan dia akan beri panduan)

Wow, hebat bukan? bukan senang nak dapat Personal Coaching dr Dr Azizan. mmg bagi yang memerlukan, peluang ni sangat berharga..

so, selepas upgrade dirinya menjadi salah seorang peserta Supreme Diamond, tiba2 Personal Coaching yang dijanjikan........ SENYAP!!

hanya ada Group Mentoring (mmg suppose dlm pakej) pada Januari tahun ini..

so tunggu punya tunggu, akhirnya Julai lepas kakak saya email personal kepadanya. NO REPLY..

selepas C&P di FB Alumninya, baru ada jawapan. Mereka kata nak ubah Personal Coaching kepada Group Coaching Live (tapi detailnya tidak diberitahu pulak huhu)
*masa peromot lain, tiba2 janji benda lain plak, dan samar2...apadaaa

So kakak saya mula menulis di FBnya berkenaan isu ini. Sapa tak frust kan, ingat sikit ke RM4999 tu?

Nasib baik, ada kawan beliau yang kebetulan 'kamceng' dengan Dr Azizan, tag DAO berkenaan isu ini di FB, zaaaappppp cepat pulak Dr Azizan ni respon

responnya boleh baca di SINI, tp menurut Dr Azizan, tak ada lagi peserta yang komplen selama ini. *Wah kalau betul, kaya betul orang Msia 5k terbang begitu saja, derang diam kan... huhuhu

Dan dia janji akan menggantikan Personal Coaching dengan 'sesuatu yang lebih bernilai' (dia tak mention apa). Maklumat lanjut akan diberikan selewat2nya lepas raya ini..

mmmmm..... jawapan standard bukan? pada saya, beliau tak patut sesuka hati nak ganti dengan benda lain (tak kisahlah lebih bernilai atau apa). kerana, peserta pilih pakej ikut apa yang mereka nak (contohnya kakak saya inginkan personal coaching). benda mudah, dah janji, tunaikan. mana boleh suka2 hati nak tukar2 atau buat diam... tak berkat woooo.. lainlah kalau benda free kan, so semuanya bergantung pada dia... huhuhu

so pada semua yang jadikan Dr Azizan ni idola anda, berhati2lah..


13 comments:

  1. sy ada join yg free tu, ramai sungguh yg dtg
    kalau dgr cakapnya atas stage tu, bagi yg berduit mmg pejam mata jelah utk join kelas mahal.tp bagi sy org biasa2 ni, takdelah kot..dgr citer mcm ni lagi lah takut ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya perasan irfa ada tulis dulu pasal tu..hehehe

      Delete
  2. RM 5000 tu bukannya sikit, diorang ni senang-senang je tipu...:( . Selamat Hari Raya untuk Siti dan family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal wa.. kadang2 sbb ni lah kita tanak tolong bangsa sendiri :(

      Delete
  3. Agaknya memang ramai yg dah terkena cuma malu nak tampil sebab sebelum ni terlalu mengagungkan dia, akak dah lama tau penipuan dia ni tapi bila ckp kat org, ramai yg tak percaya.. sekarang akhirnya dah terbukti, syabas!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih kak sari. tulah saya before ni tak kenal pon dia ni sapa..hehe.. lepas kakak saya join ni baru kenal. tak sangka kan..huhuhu

      Delete
  4. saya tak pernah join ape2 aktiviti dia or sape2 pakar motivasi or sape2 org yg ternama... wlupun free...pada pendapat saya, joinlah mana2 sekali pun ape2 program berbentuk mcm ni, klu diri sendiri tak berusaha..takkan menjadik jugak... hehehe

    Selamat Hari Raya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu juls julie. tapi untuk sesetengah orang, seminar2 macam ni bagi manafaat lain (cthnya orang nak meniaga, boleh expand kontek kan..)

      Delete
  5. sy setuju dgn juls...apa2 pun bermula dr diri kt sndr
    nway mabruk kak sbb buat n3 yg bijak ni..double thumbs up~

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih saliha. semoga ramai yang akan lebih berhati2 :D

      Delete
  6. ada jugak cerita kurang enak pasal seminar dia. tapi tak pernah terjadi pada kenalan dekat.. cuba bawak kes ke mahkamah tribunal. Mungkin boleh lakukan sesuatu. ada simpan resit bayaran tak?

    ReplyDelete
  7. Email to all members..supaya tak ada kenalan yg terkena mcm ni...Done...
    Tq.

    ReplyDelete
  8. saya dengar ceita kawan2 je sebelum ni... emm info berguna ni :)

    ReplyDelete