Tuesday, June 10, 2014

DNA Khinzir dan Cap Logo Halal..


assalamualaikum...

Isu DNA Khinzir, logo Halal mmg sensitiviti orang Melayu Muslim Malaysia saya rasa..

Saya menulis ni bukan untuk buat rumusan sendiri, sebab saya tahu orang kita mmg susah nak ubah pemikiran..
cuma bagi yang nak membaca pengalaman saya di negara non muslim yang tak ada keluarkan logo Halal ni, silakan, saya ucapkan ribuan terima kasih hehehe :)

dulu saya mmg simpan kod E bagai tu, tepek kat blog, simpan dalam purse..
pegi kedai untuk beli bahan makanan (yang mentah mahupon dah siap) mesti akan refer kod tu..
senang kata, kalau ada kod E tu, kompom tak beli lah..
sebab biasanya kod E ni ada kat roti, donut dan benda2 lain...

sehingga lah ada kawan FB di Germany ni share, fatwa Dr Yusuf Qardawi yang mengatakan kod E boleh dimakan (masa tu saya faham makanan buatan Europe sahaja, rupanya terpakai untuk semua ye)..
kawan saya tu pulak mmg jenis kami buat rujukan kalau ada permasalahan agama..
so sejak tu saya tengok jugak, kalau yakin saya akan beli..

duduk di negara bukan Islam, nak makan restoren halal mmg sangat limited..
sanggup makan makanan Turki selama 4 tahun? kembang tekak jugak kan lama2 hehehe :P
so kadang2 kami masuk jugak restoren biasa, tapi akan beli makanan vegetarian, tuna atau seafood la..
pastikan tiada alkohol, schwein (khinzir) atau fleisch (daging) cukup lah, selebihnya baca Bismillah dan makan :)
tak de la pikir sampai pinggan tu before ni guna untuk apa, kuali campur ke tak, minyak dll bagai2 tu...
oh ya orang Germany makan khinzir jugak ye hehehe...

bahan makanan mentah harian pulak macam cheese, butter, cookies dan lain2, mmg kena belek ingredient la..
apa yang ditulis di belakang paket, itulah yang jadi kayu pengukur kami, samada boleh makan atau tak..
biasanya kami prefer beli benda2 yang ditulis suitable for vegetarian, atau tak ada bahan terlarang, kira beli aje.. hehehe


sebabnya, sejak dok sini, banyak benda yang selama ni saya tau hanya A je, rupanya ada jugak B dan C...
contoh lain yang saya boleh bagi ialah pengalaman solat jamak takdim untuk solat Magrib dan Isyak di musim panas ni..
dulu yang saya tahu, jamak hanya untuk musafir tapi rupanya ilmu Allah ni tersangatlah luasnya kan..
dan di sini jugak saya jumpa Muslim (bukan orang Msia) yang makan ayam yang di kedai2 biasa (tak semestinya kedai halal sahaja) atas sesuatu pegangan yang dia yakin..
di sini jugak saya jumpa Muslimat yang solat nampak jambul dan tak pakai stokin..
so siapalah saya untuk kata satu benda tu betul atau salah kan.. :)
eh tiba2 lari topik pulak hehehe...

so apa yang saya nak cuba sampaikan di sini ialah, bagus kita sangat berhati2 dengan sumber makanan kita, sebab benda tu akan jadi darah daging kita kan..
tapi sampai nak cuci darah, sampai nak pertikaikan fatwa Dr Yusuf Qardawi dan lain2 komen yang tak membina tu, saya rasa keterlaluan..
bukan apa, selama ni kita dok beli jugak gula2, mashmallow yang dijual kat stall di tengah2 pasaraya tu, sedangkan mashmallow tu, kami tak beli tau kat sini selain dari yang dijual di kedai Turki (ada cop halal dari Turki)..
mmmmm mungkin sebab kita di Msia dah terbiasa dengan logo halal tu, jadi kalau tak ada, kita assume benda tu tak halal..
kalau anda rasa was was nak makan, tak payah makan..
rasa yakin, beli dan makan lah..

tapi sebenarnya, yang paling penting kita bukalah minda kita, banyakkan baca, dengar pendapat dan pengalaman orang..
kadang2 apa yang kita tau selama ni tak semestinya betul (walau mungkin tak salah)..
mungkin dah tiba masanya kita berlapang dada dan tambahkan ilmu agama yang kita tahu.. :)
saya pon bukan lah alim ulamak, cuma nak share pengalaman, supaya kita jangan sempitkan pemikiran kita dengan sesuatu isu, tu je..
sebabnya kalau dok sini nak bergantung dengan sijil halal, jenuh la makcik.. heheheh :P

p/s: nasib baik saya bukan penggemar coklat so tak kisahlah mmg saya susah nak beli coklat2 ni hehehehhe :P

2 comments:

  1. oh oh..saya teramat amat setuju dengan entry ini..

    masalah mentaliti juga barangkali.. selesa bila ada logo halal.. walau pun kadang2 logo halal tiru tiruan.. saya tak pernah ambik tahu pasal kod E dalam makanan.. sebab di jepun diorang almost tak gunakan kod E tu.. bila check ingredient saya akan check apa yang ditulis.. kalau ada shortening contohnya kami tak ambik sebab ia boleh jadi datang dari sumber haiwan.. emulsifier pulak kalau tak tulis dari sumber apa kami tak makan.. just yg mmg ditulis sumber tumbuhan je ambil.. selain dari tu..bila pergi kedai makan pun kami sama jugak pilih makanan yg takde daging dan alcohol.. yg saya tahu.. biasanya diorang tak campur guna chopping board yg guna utk potong daging dan ikan dan bahan lain..

    tapi untungnya, di jepun banyak kedai makan berasaskan ikan.. cuma kena ambil tau sikit bahan makanan yg mungkin ada alcohol..

    mungkin saya pernah termakan yg tak halal ketika di sana.. semoga Allah ampunkan dosa saya daripada apa yg saya tak tahu.. bukan kita saja2 nak cari..

    oh..ada jugak tau yg makan steak kat jepun dulu.. sbb katanya daging yg kedai tu masak diorang import dari australia.. sbb kan aussie beef banyak halal kan..tapi saya tak tergamak la nak makan..hehehe

    ReplyDelete
  2. kat mana like button?hehe

    aku sependapat. bagi aku sangat keterlaluan orang-orang malaysia, melayu so called muslim berdepan dengan isu ni.

    berlapang dada lah, kalau tak yakin, ambil jalan tengah, tak payah makan. banyak lagi pilihan lain.

    tak perlu la nak pertikai kan pandangan orang yang ahli dah kalau kita pun takde ilmu langsung pasal tu. yang ada cuma emo..emo..emo..

    malu la kat orang agama lain.

    ReplyDelete