Assalamualaikum
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengatur hidup
kita dengan sebaik-baiknya..
Setelah hampir 4 tahun en husben saya berhempas pulas,
akhirnya segala penat lelahnya terbayar sudah..
Inilah pengakhiran manis bagi beliau, dan juga kami satu
famili..
Tanpa convo, hanya topi inilah sebagai simbolik beliau sudah
grad. Hahaha, ye stail di Germany sangat berbeza dengan stail di Malaysia.. :P
Topi ni dibuat oleh rakan-rakan labnya, di atas topi ni akan
dihias dengan miniature yang berkaitan dengan si pelajar. Contohnya KLCC
melambangkan Malaysia dan Wind turbine ni adalah topic kajian en husben saya :)
Di sini, selepas selesai Viva, kira selesailah perjuangan
mereka. Biasanya akan ada
minor correction dan selepas itu, kena bukukan thesis mereka.
Inilah dia research hampir 4 tahun dia di sini :)
Dan di sinilah beliau present hasil kerjanya, bilik suka duka mereka :)
Selepas
Viva, biasanya si pelajar akan jamu Supervisor, External Examiner dan
rakan-rakan dia.. hahaha terbalik kan, kita grad tapi kita kena belanje orang
:P
En husbenku bersama Supervisor dia (rambut kerinting berkot hitam tu) dan External Examiner
Supervisor
dia ni nampak je senyum, sebenarnya amatlah strict orangnya. Bak kata en
husben saya, tak kuat semangat, janganlah berani nak jadi student dia huhu.. jangan
haraplah nak dengar kata2 motivasi dari dia, time keje (masuk lab), sila lah
keje bebetul (baca: masuk lab ikut time yang sepatutnya). Sampaikan time tulis
thesis pon still kena tulis kat lab (sesetengah SV akan bagi student dia
menulis dr umah)..
Walaupon begitu, kebaikan dia ialah, dia jenis sangat cepat
buat kerja. So thesis en husben saya sangat lancar, kejap je dia cek dan proses
hehehe.. ni la yang paling penting sebenarnya, yang menentukan seseorang
student tu akan habis belajar cepat atau lambat.. huhu
Dia jugak jenis yang tak halang student dia bercuti (setiap
student dia diperuntukkan 30 hari cuti setahun). Dia sangat galakkan student
dia melancong, tengok tempat orang. Setiap tahun (semasa Krismas), dia akan
buat jamuan untuk student dan family student dan kasik hadiah pada budak2
hehehe..
Menu hi tea dari kami, mihun goreng, roti jala, roti canai
kuah kari, keropok, cupcakes, puding strawbery.. Alhamdulillah, seronok dengar
orang Jerman enjoy masakan Msia :D
Keluarga kecil kami (kecik2 pon dah berlima kan ekekkek :P)
Antara kengkawan Msia yang sudi meraikan hari bahagia kami,
tankiu u all :D
Lastly,
tahniah Abang atas kejayaan mendapatkan PhD. Kami satu family bangga giler
dengan Abang hehehe.. time kasih atas kesempatan dapat merasa lihat dan hidup
di negara orang :D
Time kasih
banyak2 jugak pada pasangan ni, Hanim & Firdaus, yang sudi datang dari
Aachen (2 jam tau dari Duisburg). Mereka ni lah orang penting kami, runner ke
sana sini, siap bawak puding lagi.. al maklumlah saya dah banyak handbag ni mmg
susah skit nak all out huhu... Semoga Allah permudahkan urusan mereka di sini
insyaAllah..
Dan pada
adik2 undergrad yang manis2, Asmaa (tokey kari), Rosi, Hidayah dan Saidatul
(tokey roti jala) time kasih atas segala susah payah masak.. Lap lap lap u all
okey :D
Selesai
Viva, bermakna selesai jugaklah urusan kami di negara orang ini. Huhuhu
Malaysia tunggulah kami balik uwaaaaaaa :(
Tahniah buat husben
ReplyDeletetahniah utk husband hajar, pengalaman yg sgt bermakna dpt stay kat negara maju
ReplyDeletewelcome back to Malaysia :)
waahh good luck for ur hubby =)
ReplyDeletewahh nak balik dah ke?mesti seronok ada sedih pun ada.apa pun, untung sebab ada experience merantau. tahniah untuk ko sefamili.aku pun tumpang bangga hehe
ReplyDeletetahniah utk asben ye
ReplyDeleteso bila balik sini?
Congrats!!!! Hajar & family...
ReplyDeleteTAHNIAH!!.. rasa cam hepi sangat bila tengok gambar2 ni.. berjaya akhirnya..Alhamdulillah...
Rasa cam sebak & nak menitiskan air mata bila baca & tengok gambar2 ni..
TAHNIAH sekali lagi.. ! :)
Akakkk....tetiba saya pulak yg sebak baca entry ni.. terbayang susah payah akak family survive disana..n berkat kerja keras n kesungguhan..Selesai jugak PhD en boss akak. Tahniah akak and anak2 kerana menjadi pemdamping setia disebalik kejayaan manis beliau.
ReplyDeleteSaya sebak..bukan sedih..tapi tumpang gembira dengan kejayaan akak sefamili.
Thanks for sharing too... seronok baca entries akak. Jazakumullahukhairan jaza'
Akakkk....tetiba saya pulak yg sebak baca entry ni.. terbayang susah payah akak family survive disana..n berkat kerja keras n kesungguhan..Selesai jugak PhD en boss akak. Tahniah akak and anak2 kerana menjadi pemdamping setia disebalik kejayaan manis beliau.
ReplyDeleteSaya sebak..bukan sedih..tapi tumpang gembira dengan kejayaan akak sefamili.
Thanks for sharing too... seronok baca entries akak. Jazakumullahukhairan jaza'